Aneka resipi kuih-muih untuk sarapan pagi, sedap dan mudah. Menu sarapan pagi kalini RASA fokuskan kepada hidangan ringkas, sesuai untuk mereka yang tidak mahu ambil heavy breakfast tetapi ingin sesuatu yang mengenyangkan.
Kepada yang ada anak kecil pun boleh cuba hidangan yang RASA sediakan ni. Walaupun ringkas, tetap berkhasiat. Selamat mencuba!
DONUT LABU
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum cap Rose
20gm susu tepung
1/2 sudu besar baking powder
50gm gula halus | boleh lebihkan gula jika suka manis
10gm instant yis | campurkan dengan 1/2 cawan air suam + 1 sudu besar gula. Sebatikan sehingga yis aktif dan berbuih
2 biji kuning telur
3gm ovalette
2 sudu besar susu pekat
1/2 cawan labu | dikukus & dilenyek
150gm air sejuk dari peti ais
50gm shortening / marjerin
5gm cream super
Sedikit garam
Minyak | untuk menggoreng
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
DONUT AYAM
BAHAN-BAHAN:
2 ketul dada ayam
3 biji kentang | direbus
½ biji bawang Holland | cincang halus
3 ulas bawang putih | cincang halus
Daun sup
5 sudu besar serbuk roti
Cukup Rasa @ serbuk perasa
BAHAN SALUT:
Tepung jagung
Telur
Serbuk roti
Ads
Cara membuat boleh lihat di dalam video. Selamat mencuba!
DONUT GEBU
BAHAN-BAHAN:
1 cawan air suam
11gram yis
4 cawan tepung gandum
2tbsp gula kastor
3 tbsp marjerin
2 tbsp susu pekat manis
Minyak secukupnya
CAPATI ROLL BERINTI SARDIN & KEJU
BAHAN-BAHAN:
80gram Anchor Unsalted Butter
1 labu bawang besar – dicincang
1 biji cili merah – dicincang
1 biji cili hijau – dicincang
1 sudu teh garam masala
400 gram ikan sardin – dibuang sos
Secukup rasa garam
Secukup rasa lada sulah
1 tangkai daun ketumbar – dicincang
1-2 keping Anchor Cheese Slices
ROTI PURI & KARI SARDIN
BAHAN-BAHAN ROTI PURI:
1 cawan tepung
2 sudu minyak masak
1 sudu teh garam
Air secukupnya
BAHAN-BAHAN KARI SARDIN:
1 tin sardin
1 paket rempah kari
2 tangkai daun kari
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 inci halia
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
1 biji tomato
Gula secukupnya
Garam secukupnya
Serbuk perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
Ads
ROTI CANAI SOSEJ
BAHAN-BAHAN:
Roti canai frozen
Sosej keju
Bijan hitam
Minyak untuk menggoreng
Cara membuat boleh lihat di dalam video.
NUGGET AYAM HOMEMADE
Ads
BAHAN-BAHAN:
2 keping dada ayam bahagian keel– kisar tanpa air
2 biji telur ayam
2 sudu makan tepung ubi kayu
4 biji kentang sederhana – rebus, lenyek
1/2 batang lobak merah – sagat. nak letak sayur lain pun boleh
1 sudu teh lada sulah
Garam secukupnya
BAHAN SALUTAN TEMPURA:
Tepung bestari pedas secukupnya – boleh juga salut dengan tepung beras. Nak salut guna serbuk roti pun boleh.
Telur – dipukul sedikit
Cara memasak boleh tonton dalam video. Selamat mencuba!
PIZZA PLANTA FRENCH TOAST
BAHAN-BAHAN:
2 sudu besar Planta
4 keping roti
4 keping chicken slice
2 sudu besar Sos pizza/sos pasta
Keju Mozzarella secukupnya
2 biji telur
50ml susu
Mixed herbs
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Kadang kita tak cukup masa nak masak banyak lauk. Mungkin nak cepat atau hari tu malas nak memasak. Jadi cukuplah satu lauk sahaja. Kalau macam tu situasi anda, apa kata masak sambal tumis petai dan dicampur dengan telur puyuh. RASA nak kongsikan resipi berasaskan telur puyuh. Kalau dimasak sambal, memang sedap. Tambah kalau ada petai. Perghhh. Tak terkata sedapnya. Peminat petai mesti suka lauk macam ni.
TELUR PUYUH SAMBAL PETAI BERSANTAN
BAHAN-BAHAN
10 biji telur puyuh (rebus, kupas dan goreng)
Minyak masak secukupnya
5 biji bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
2 sudu makan cili (kisar)
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Sedikit asam jawa
4 sudu makan santan pekat
10 ulas petai (buang kulit)
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili kisar. Tumis hingga terbit bau wangi.
2. Setelah naik bau, masukkan gula dan garam secukup rasa.
3. Masukkan sedikit air bersama perahan asam jawa diikuti dengan santan. Kacau perlahan hingga sebati.
4. Setelah mendidih, masukkan telur puyuh yang sudah siap direbus, dikupas dan digoreng tadi.
5. Akhir sekali, masukkan petai. Kacau sekejap dan angkat. Selamat mencuba.
Bagi yang suka makan aneka kuih muih tradisional, Kuih Badak Berendamni pasti antara yang jadi kegemaran. Lemak-lemak manis. Memang sedap! Bagi yang belum pernah rasa, resipi perkongsian saudari Zura Zulni antara yang boleh dicuba.
CARA BUAT KUIH BADAK BERENDAM PALING SEDAP UNTUK MINUM PETANG
BAHAN DOH: 3 cawan tepung pulut – beli online disini 2 sudu makan tepung gandum – beli online disini 2 cawan air jus pandan (air + 4-5 helai daun pandan. Kisar & tapis) Sedikit pewarna hijau – jika suka – beli online disini
CARA MEMASAK: 1. Tuang air jus pandan sikit-sikit ke dalam bekas berisi campuran tepung. Gaul sebati dan uli hingga jadi doh. 2. Bulatkan doh (ikut nak besar mana) kesemuanya. Kemudian leperkan doh. 3. Isi inti kelapa atau apa sahaja inti kegemaran. Bulatkan semula. 4. Didihkan air dan rebus doh macam membuat kuih Onde-Onde @ Buah Melaka. Bila doh sudah terapung, angkat dan jirus sekejap bawah air paip. Toskan airnya.
5. Tuang dadih dalam bekas yang sesuai. Masukkan doh yang direbus tadi dan Kuih Badak Berendam sedia untuk dihidang.
BAHAN INTI KELAPA: 1 biji kelapa parut putih 1/2 cawan gula merah – beli online disini 1 ketul gula melaka – beli online disini 1 1/2 cawan air 1-2 ulas durian (buang biji) – jika ada 3 helai daun pandan Secubit garam 1 sudu makan tepung gandum – beli online disini
CARA MEMASAK: 1. Masak gula merah, gula melaka dan air hingga larut. Tapiskan. 2. Kemudian masak air gula tadi bersama kelapa parut putih. isi durian, sedikit garam dan daun pandan. Gaul sekata. 3. Bila inti agak nak kering, masukkan tepung gandum. Gaul sebati dan angkat. Sejukkan sebelum dibalut bersama doh.
BAHAN DADIH: 5 cawan santan sederhana pekat 8 sudu makan tepung beras – beli online disini 8 sudu tepung gandum – beli online disini 2 helai daun pandan – simpul Sedikit gula Sedikit garam
Mulut terasa nak mengunyah. Dapat kunyah kacang sedap juga ni sambil layan cerita korea. Kalau kacang yang beli rasa umpph kurang, apa kata buatnya sendiri dengan rasa pedas dan masin yang seimbang. Buatnya pun mudah.
Bahan-bahan:
Kacang kuda- direndam semalaman sebelum tidur ( Bangun pagi rebus letak secubit garam)
Butter atau minyak
Bawang putih dan bawang rose kecil-BOLEH BELI DI SINI
(Kalau suka biji sawi boleh letak sikit , kak tak letak)
1.Tumis bawang putih dan bawang rose hingga kekuningan.
2.Masukkan cili kering. Tumis hingga naik bau. Cili hendaklah dimasak elok.
3.Masukkan garam, gula dan perasa(jika suka)Kak letak kunyit serbuk sikit. tak letak pun tak pa.
4.Nak letak ikan bilis goreng pun boleh. Terpulang pada selera masing-masing.
5.Letak kacang kuda yang direbus. Kacau dan angkat.
Cinnamon roll memang sedap jadi hidangan waktu petang. Memang boleh buat sendiri tapi mengenangkan nak membuatnya kena uli doh bagai ramai yang lebih suka...