Tengok rupa biskut ni alahai nampak comel aje. Macam pisang emas kuning dengan tompokan coklat.
Ni lah biskut pisang atau Banana Cookies ada rupa pisang emas kan, tapi sebenarnya disadur coklat berwarna kuning dan coklat. Tu yang sedap sangat tu. Ada inti kacang pulak tu. Ni resepi yang dikongsikan oleh Zaimah Zakaria. Jom semak resipi biskut sedap ni.
BANANA🍌 COOKIES🍪
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
Ads
170gm mentega
60gm gula halus
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen pisang
* Kacau dengan senduk sahaja semua bahan-bahan di atas
Bahan B :
300gm tepung gandum
20gm tepung jagung
20gm susu tepung
Bahan inti :
Kacang tanah secukupnya | disangai dan ditumbuk
Gula secukup rasa
* Campurkan dan gaulkan sekali
CARA MEMASAK : 1. Ayak semua bahan., masukkan ke dalam bahan A.
2. Uli sampai jadi doh, kalau nak sama besar timbang doh 15gm tiap satu
3. Masukkan inti kacang tanah yang dicampur dgn gula
Ads
4. Bentukkan doh jadi bentuk pisang
5. Bakar pada suhu 170 darjah Celsius selama 30 minit
Bahan Coklat
Ads
Coklat putih dicampur beberapa titik pewarna lemon kuning
Dark coklat
* Masak coklat guna kaedah ‘double boil’,celup biskut satu-satu dalam coklat kuning, coklat dah keras baru sapu dark coklat.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Resipi Chi Kwa atau snek daging kering ni sangat popular dalam kalangan masyarakat Cina sewaktu menyambut Tahun Baru Cina. Resipi asal telah di olah supaya menjadi versi yang Halal untuk di makan oleh orang Islam di kongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook. Dalam resipi ni menggunakan daging ayam sahaja. Jom kita cuba resipi ni.
Bahan serbuk ni, kalau malas nak sediakan satu-satu, beli sahaja rempah pra-campuran “chinese 5 spices” di pasar raya.
Campurkan rempah dan bawang putih pada ayam kisar. Gaul sebati.
Letak sos merah, atau kicap masin. Nak letak apa-apa perencah lain pun silakan. Resepi ni saya tak gunakan garam sebab sos dah masin.
OK ni sos merah ramuan rahsia! Padu benda ni!
Bahan-bahan: (dapat 1 cawan sos) 4 sudu besar taucu manis (masin pun OK) 8 sudu besar gula Melaka 2 sudu besar minyak bijan ½ sudu kecil cili boh ½ sudu kecil pes asam jawa 2 sudu kecil tepung jagung
Masukkan madu dan gaul sebati lagi. Dah gaul banyak kali baru terfikir kenapa tak campur semua bahan, barulah gaul.
Peraplah beberapa jam. Semalaman pun boleh.
Lepas dah perap, ambil isi ayam, dan ratakan ke atas kertas minyak. Jangan tebal sangat, jangan nipis sangat.
Lepas tu masukkan dalam oven yang dah dipanaskan. Masak dengam suhu 170-200°C untuk 10-15 minit. Suhu dan masa masak ni sebenarnya ikut saiz dan ketebalan chi-kwa kalian.
Ni dah masak separuh. Keluarkan dan asingkan air dan minyak yang terhasil.
Ini minyak dan air yang terhasil.
Letak sikit sos merah dalam minyak tu. Gaul sebati.
Sapu rata campuran minyak dan sos merah pada chi-kwa. Kemudian masukkan semula dalam oven.
Masak lagi 10 minit. Keluarkan, terbalikkan chi-kwa, sapu lagi minyak sos merah. Masak lagi 10 minit. Ulang masak sampai chick-kwa jadi kering dan berkilat. Renyah sikit prosesnya. Secara tradisi, mereka salai atas bara api.
Chi-kwa ni rasanya kenyal, masin, dan manis, serta sedikit berempah. Boleh makan begitu sahaja sebagai snek, atau dipotong kecil dan tabur atas bubur atau nasi goreng.
Bagi penggemar sajian asli Negeri Sembilan, harus cuba menu Masak Lemak Cili Api Jantung Pisang & Pucuk Ubi dan Ikan Bilis perkongsian saudari SuiSan Aliezsha ini. Menu begini sangat mudah dimasak dan begitu membuka selera. Ringkas sahaja caranya. Dinikmati semua golongan usia. Andai dinikmati bersama Ikan Goreng atau Ikan Masin, memang enak sekali. Ayam Goreng Kunyit garing-garing pun sedap tau. Jom lah cuba. Anda pasti berselera.
JOM CUBA! MASAK LEMAK CILI API JANTUNG PISANG & PUCUK UBI BILIS
BAHAN-BAHAN: Jantung pisang Air Asam keping – beli online disini Garam Cili api – ikut kepedasan yang disukai Kunyit hidup – ditumbuk 1 ikat pucuk ubi Ikan bilis secukupnya – beli online disini 1 ½ biji kelapa parut -perah ambil pati
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan jantung pisang dan kupas kelopaknya hingga jumpa kulit kuning susu seperti dibawah. Potong kecil, rendam dengan air, asam keping dan garam.
2. Masukkan santan, ikan bilis, asam keping dan cili ke dalam kuali. Masak sehingga mendidih. 3. Kemudian masukkan jantung pisang. Masak sehingga jantung lembut. 4. Akhir sekali masukkan pucuk ubi. Kacau dalam beberapa minit kemudian tutup api. Pastikan kuah sudah diperasakan dengan garam dengan secukup rasa.
5. Masak Lemak Cili Api istimewa ini siap untuk dinikmati.
INFO: Guna jantung pisang nipah supaya rasanya lebih sedap, tidak pahit dan tidak kelat.
Menu apa yang paling simple dan bertambah makan. Bagi yang rindukan ayam goreng kunyit kat kedai tomyamtu,boleh cuba masak sendiri.Gerenti licin sepinggan
AYAM GORENG KUNYIT
Bahan-bahan perap:
Ayam yang telah diperap Garam Kunyit Tepung jagung Cili giling Gaul sehingga sekata. Biar selama sekurang-kurangnya setengah jam
Kacang Panjang Bawang Holland Cili besar
Cara memasak:
1.Panaskan minyak.
2.Masukkan ayam yang telah diperap, goreng hingga warna keemasan.
3.Masukkan kacang panjang, cili dan bawang Holland. Goreng selama 2 hingga 3 minit.
Singgang tumis ikan selar, antara lauk ringkas yang pastinya membuka selera. Selain direbus, masak singgang ada banyak jenis, ramai yang tak tahu ada juga...