
Akan Datang: 7 hari bersama Philips di dalam Rasa Masak Challenge dari 18 – 24 Mei setiap jam 3PM
Biskut Tiga Bahan Pasti Berulang Kali Nak Makan

Biskut ni pernah viral suatu ketika dahulu. Biskut 3 bahan ni habiskan saki baki tepung jagung yang ada, jadi la kudapan untuk anak-anak.
BISKUT TIGA BAHAN
Bahan-bahan:
1 cawan tepung jagung
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar butter(saya guna marjerin)
Cara membuat:
1.Kacau butter dan susu pekat sehingga sebati.
2.Masukkan tepung sikit-sikit.Uli sehingga menjadi doh dan tak lekat di jari.
3.Buat bentuk yang kita nak atau buat bulat-bulat, tekan sikit dengan garfu.
4.Bakar suhu 170 masa 20 minit.
*nak buat banyak gandakan bahan.
Kredit: Siti Hadirah
Sedap Makan Sejuk-Sejuk, Resipi Mini Cheese Cake Mudah & Sedap
Double Chocolate Cheesecake Mewah Dengan Rasa Coklat & Cheese, Memang Ketagih Makan
Resipi Ayam Ungkep Sedap Buat Penggemar Lauk Pedas

Sedapnya Ayam Ungkep! Buat peminat masakan Jawa, anda pasti akan in love dengan resipi Ayam Masak Ungkep ni.
Rasanya sedap dan kalau makan pasti tak cukup sepinggan nasi.Untuk memasak menu ini juga tidaklah sesusah mana. Bahan-bahannya pun senang nak dapat. Sangat ringkas.
Untuk anda yang teringin untuk mencuba, anda boleh gunakan resipi perkongsian saudari Noor Baini Ali ini sebagai panduan. Pasti nda sekeluarga berselera menikmatinya. Selamat mencuba.
CARA MASAK AYAM UNGKEP YANG SANGAT SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam – potong kecil
2 batang serai -titik
3 ulas bawang merah – tumbuk – beli online disini
3 ulas bawang putih – tumbuk – beli online disini
Kunyit hidup (besar ibu jari) – tumbuk
Cili padi (sukatan ikut citarasa. Empunya resipi suka pedas) – tumbuk
Biji ketumbar paket kecil -rendam dulu supaya senang tumbuk. Jika tiada, boleh guna serbuk – beli online disini
1 sudu teh serbuk kunyit – jika perlu – beli online disini
1 sudu makan asam jawa – beli online disini
Gula dan garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis semua bahan tumbuk serta serai hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan ayam dan gaul rata hingga bersalut dengan rencah. Tutup periuk hingga ayam masak.
3. Kemudian masukkan air asam jawa. Kacau seketika dan biarkan kuah memekat. Jika kuah tidak terlalu kuning, masukkan serbuk kunyit.
4. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Noor Baini Ali
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Aiskrim Jeruk Mangga Macam Dulu-Dulu. Begini Cara Buatnya
Dijamin Bersih & Halal, Buat Sendiri Sawi Jeruk Hanya Guna 5 Bahan
Cara Mudah Buat Ikan Masin / Ikan Budu / Ikan Jeruk Secara Homemade
Tak Sakit Tekak, Buat Sendiri Jeruk Mangga Sedap Tanpa Guna Ibu Jeruk
Buat Sendiri Jeruk Limau Nipis Homemade. Mudah, Sedap, Pelbagai Guna
Cara Buat Cili Jeruk Homemade Yang Sedap, Rangup & Tak Lembik
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Kek Pisang Karamel Perisa Pisang Asli & Manisnya Karamel, Cantik Tersusun Pisangnya.

Bagi penggemar karamel dan pisang, kek ini memang manisan lazat untuk hidangan pencuci mulut. Hiasan pisang cantik tersusun tu yang memikat selera.
Bagi yang suka manis secukup rasa boleh lah hiaskan karamel dan pisang atasnya, tetapi kalau nak buat keknya sahaja pun dah cukup sedap bagi min. Jom semak resipi perkongsian dari Wawa Kitchen ni.
KEK PISANG CARAMEL

BAHAN-BAHAN :
Bahan Karamel :
- 4 sudu gula kasar
- 1 sudu air
- Loyang 6 inci yg sy pakai ni
Pisang potong jangan nipis sangat untuk susun dipermukaan loyang

CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan dalam loyang panaskan loyang sehingga gula larut
2.Biarkan sehingga gula keperang-perangan selesai tutup api dan biar caramel sejuk seketika
3.Dah sejuk ( permukaan gula mcm kaca ) susun pisang ikut kreativiti sendiri menutup permukaan loyang
4.Ketepikan
Bahan adunan kek :
Bahan A :
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil baking powder
*Satukan dan ayakkan, ketepikan
.
Bahan B :
- 1 cawan pisang yang telah dilenyekkan
- 3 biji telur gred A – asingkan putih dan kuning
- Setengah cawan gula kasar
- 1 sudu kecil ovellete
- Secubit garam
- 3/4 cawan minyak masak
- 1 cawan susu cair / fresh milk
- 1 sudu kecil esen vanilla
.Bahan C :
1. Chocolate rice boleh juga letak badam, pun sedap

CARA NAK MENYEDIAKAN ADUNAN KEK :
1. Pukul putih telur bersama gula sehingga kembang
2. Setelah adunan kembang (soft peak) masukkAn ovellete pukul lagi sehingga betul2 kembang
3. Kemudian masukkn pisang lenyek..minyak masak..pukul lg sehingga rata
4. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sampai tepung habis dan masukkan garam
5. Kemudian masukkan susu dan esen vanilla
6. Akhir sekali baru masukkan choclate rice
7. Masukkan adunan kedalam loyang yg telah disusun pisang dan caramel tadi
8. Kukus sampai masak.,dlm 30 ke 45 minit atau sehingga masak

Pemilik Resepi : Wawa Kitchen
FB : resepi roti