Hampir dua minggu kita beraya, namun mood raya masih hangat walaupun dalam waktu PKPB ini. Biarpun ramai sudah keluar bekerja namun pematuhan SOP  yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu diikuti. Jadi kenalah biasakan diri dengan norma baharu agar diri dan keluarga terjaga. Memasak sudah jadi amalan yang biasa semua sejak PKP dilaksanakan. Maka eloklah budaya memasak sendiri diteruskan lagi.

Mungkin daripada tidak tahu memasak, kini sudah mahir dengan resipi yang boleh membanggakan sekeluarga. Jadi anda yang sudah ada bakat memasak  usah terhenti di situ. Jom cabar diri dengan menyertai Rasa Masak Challenge Raya dan menangi produk Philips yang tentukan menjadi keinginan semua.

Mudah saja caranya. Anda bebas untuk menghantar apa-apa bentuk video masakan sajian Hari Raya kreatif anda berdurasi 1 minit hingga 3 minit. Kami kongsikan beberapa contoh video yang mungkin boleh dijadikan idea buat anda.

https://www.instagram.com/tv/B-h6Ko1JyVX/?igshid=16fikaa72nf3a

https://www.instagram.com/tv/B-oUwXuni26/?igshid=kib9hu4fk175

https://www.instagram.com/p/B_TlI4UHlXU/?igshid=verfrp4k5vf8

IKLAN

CARA PENYERTAAN

Rasa Masak Challenge Raya Join Dan Menang Barangan Philips

Rasa Masak Challenge Raya Join Dan Menang Barangan Philips

IKLAN

Rasa Masak Challenge Raya Join Dan Menang Barangan Philips

Rasa Masak Challenge Raya Join Dan Menang Barangan Philips

Rasa Masak Challenge Raya Join Dan Menang Barangan Philips

IKLAN

Rasa Masak Challenge Raya Join Dan Menang Barangan Philips

TERMA DAN SYARAT

Dengan menyertai Peraduan “RASA MASAK CHALLENGE EDISI RAYA”, anda mengakui dan bersetuju untuk menerima terma-terma dan syarat-syarat seperti berikut:

  1. Peraduan ini dianjurkan oleh Nu Ideaktiv Sdn Bhd (“Penganjur”).
  2. Penyertaan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali kakitangan dan ahli keluarga terdekat serta agensi promosi Penganjur, Philips Malaysia dan anak syarikat yang berkenaan.
  3. Peraduan ini berlangsung dari 4 Jun 2020 sehingga 24 Jun 2020 (“Tempoh Peraduan”).
  4. Pihak penganjur berhak untuk melanjutkan, menamatkan atau menukarkan Tempoh Peraduan dan meminda mekanik peraduan pada bila-bila masa tanpa memberikan notis terlebih dahulu. Hanya penyertaan yang dihantar melalui penyertaan di laman Instagram dan Facebook majalah Rasa dan Rasa Share Resepi FB Group dengan menyertakan tanda pagar #RasaMasakChallengeRaya akan diterima sebagai penyertaan peraduan yang sah.
  5. Anda bebas untuk menghantar apa-apa bentuk video masakan sajian Hari Raya kreatif anda berdurasi 1 minit hingga 3 minit.
  6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 24 Jun 2020 (Rabu) atau mana-mana tarikh lain yang ditetapkan oleh Penganjur.
  7. Semua keputusan adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.
  8. Pemenang peraduan akan dihubungi oleh wakil majalah RASA dan diumumkan di Instagram dan Facebook Majalah Rasa.
  9. Semua hadiah berupa barangan tajaan PHILIPS akan diproses dalam tempoh tiga bulan selepas tempoh peraduan tamat. Penganjur berhak untuk menggantikan hadiah barangan tajaan kepada voucher atau produk yang mempunyai nilai yang sama.
  • Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju memberi kebenaran kepada Penganjur untuk menerbit dan/atau memapar butiran dan/atau gambar/video peserta/pemenang untuk tujuan pengumuman pemenang, pengiklanan atau publisiti/pemasaran di media cetak dan elektronik tanpa sebarang bayaran royalti dan/atau pampasan kepada peserta/pemenang.
  • Segala perbelanjaan untuk menyertai peraduan ini, tuntutan hadiah dan/atau sebagainya adalah tanggungan peserta sepenuhnya. Peserta bersetuju tanpa syarat untuk menanggung liabiliti mutlak dan bertanggungjawab sepenuhnya jikalau terdapat sebarang kerugian, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan yang dialami atau timbul disebabkan penyertaan peserta dalam peraduan ini dan tidak akan menuntut apa-apa jua bayaran dan ganti rugi dari Penganjur. Maklumat lanjut boleh didapati di https://www.rasa.my/rasa-x-philips

Kami yakin anda semua banyak idea untuk menghasilkan video-video masakan yang power dan catchy. Jangan lepaskan peluang ini dan menang barangan Philips.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI