Untitled design - 1

Anda menyukai agar-agar gula merah? Boleh buat sebagai pemanis mulut untuk minum petang. Agar-agar ni terasa nikmat bila dimakan sejuk. Boleh juga dibuat untuk jualan. Kalau nak cuba buat boleh ikut resipi yang dikongsikan ini.

Agar-Agar Gula Merah

Agar-Agar Gula Merah Bila Dimakan Sejuk Memang Nikmat

Bahan-bahan:
*1 paket agar-agar tali (20gm)
*3 sudu besar gula {ikut suka kita)
*250gm gula Merah { ikut suka kita)
*1 liter air
*1 ketul Gula Melaka ( boleh masukkan gula batu sedikit kalau nak. Humie jarang masukkan)
*Daun pandan (Tak letak, tak pe. Tapi, kalau letak… ia lebih wangi & aromanya sedap)
200ml santan + air (sukatan dalam kotak santan juga.. 200 ml juga agaknya)
Secubit garam

1 biji telur ( Grade B)

Cara membuat:
1.Didihkan air dalam satu periuk dan letak barang-barang yang bertanda *. Dalam rice cooker pun boleh.
2.Masa agar-agar tengah didih, ambil satu mangkuk. Tuang santan kotak kecil. Kemudian, dalam kotak yang sama, isi air penuh sukatan dalam kotak. Tuang dalam mangkuk tadi. Letak garam secubit. Sebatikan (Kacau sekejap saja).
3.Apabila agar-agar dah hancur. Perlahankan api dan tuang campuran santan, air, telur dan garam tadi. Kacau perlahan berterusan hingga ia menggelegak dan mula naik buih. Jangan ditinggalkan waktu ni. Kalau buih tu melimpah keluar, rasanya memang agak kurang sikit.

Agar-Agar Gula Merah Bila Dimakan Sejuk Memang Nikmat

IKLAN

Agar-Agar Gula Merah Bila Dimakan Sejuk Memang Nikmat

Agar-Agar Gula Merah Bila Dimakan Sejuk Memang Nikmat

4.Basahkan Loyang sedikit sebelum adunan dituang kedalamnya.
Kredit: Humie Kalsum Kamaruddin

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

IKLAN

https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/

https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/

https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/

https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/

IKLAN

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

https://www.dailymotion.com/video/x8c2yy9

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI