

BAHAN-BAHAN
- 2 sudu makan minyak jagung atau secukupnya
- 50 gram bawang merah | dihiris
- 50 gram bawang putih | dicincang
- 100gram udang | dikupas dan bersihkan
- 1 biji telur | dipukul
- 1 pek Mi MAGGI® 2-Minit Kari | direbus tanpa rencah
- 1 paket perencah Mi MAGGI® 2-Minit Kari
- 1 sudu teh kicap manis atau secukupnya
- 1 sudu makan air atau secukupnya
- 30 gram sayur sawi | dihiris
- 30 gram kubis | dihiris
- 20 gram lobak merah | diparut
- 30 gram tauhu | dipotong dadu dan digoreng
HIASAN
- 2 biji limau kasturi, dipotong dua
- 3 sudu besar daun bawang, dihiris
- 20 gram cili merah, dibuang biji dan dihiris
CARA MEMASAK
- Panaskan minyak, tumiskan bawang merah dan bawang putih.
- Pecahkan telur dan masukkan udang, tumis sehingga masak.
- Masukkan Mi MAGGI yang direbus, perencah MAGGI Kari, kicap, air. Gaulkan rata seketika.
- Masukkan sayur sawi, kobis, lobak merah, dan tauhu. Gaulkan semua bahan sehingga rata dan masak.
- Hidangkan bersama limau kasturi, daun bawang dan cili merah.
INFO:
- Penyediaan & Masa Memasak: 20 minit
- Hidangan: 1 orang
- Seorang: 35g Protin, 41.2g lemak, 77.6g kabohidrat, Tenaga 811 Kcal
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Kepak Ayam Madu Sedap Ala Bazar Boleh Masak Secara Homemade

Bila ke bazar Ramadan, gerai yang menjual Kepak Ayam Madu pasti penuh dengan pelanggan. Namun situasi semasa pandemik Covid-19 membataskan pergerakan. Sebelum ini, bila waktu petang sahaja, ramai akan berpusu-pusu ke bazar untuk membeli makanan. Namun sejak tahun lalu, semua berubah. Bimbang akan penularan wabak serta pematuhan SOP yang ketat, agak merumitkan.
Jangan susah hati kerana anda boleh cuba memasak sendiri menu bazar ini untuk keluarga. Resipi yang MAGGI® kongsi ni cukup mudah. Masak sendiri dan makan ramai-ramai mesti lebih meriah dan dapat berjimat. Cubalah.
CARA MASAK KEPAK AYAM MADU

Waktu memasak: 80 mint
Saiz hidangan: 8 orang
BAHAN-BAHAN:
- 700gm kepak ayam
- 2 sudu besar minyak masak
- 1 bawang merah
- 6 ulas bawang putih
- 3 inci halia
- 1 sudu kecil lada hitam
- 1 sudu besar serbuk cili
- 30gm MAGGI® Sambal Tumis
- 4 sudu besar Sos Tiram MAGGI®
- 2 sudu besar Sos Cili MAGGI®
- 3 sudu besar gula
- 5 sudu besar madu
CARA MEMASAK:
1. Di dalam pengkisar eletrik, kisarkan bawang merah, bawang putih lada hitam dan halia.
2. Didalam mangkuk, masukkan kepak ayam, bawang, serbuk cili, MAGGI Sambal tumis, Sos Tiram MAGGI, Sos Cili MAGGI dan gula. Perapkan selama 1 – 2 jam atau semalaman.
3. Panaskan periuk leper atau pemanggang. Gaulkan madu dan ayam sebelum panggang.
4. Panggangkan dengan api yang perlahan supaya tidak hangus atau terbakar.
Padu Rasa Mi MAGGI®Goreng Sambal Hijau Ni

Mi MAGGI® 2 Minit telah 50 tahun bersama rakyat Malaysia. Tentunya banyak memori manis yang dicipta bersama dan kadang kala, bila makan akan teringat kat seseorang. Buat kita tersenyum sendirian.
Bila sebut Mi MAGGI® pasti ada cerita di sebaliknya. Masing-masing terimbau kenangan lalu bersama MAGGI®. Mungkin anda yang pernah tinggal di hostel atau asrama, makan Mi MAGGI®bersama kawan satu dorm adalah menu paling ‘win’ ketika itu. Nak sedap lagi letaklah telur rebus di atasnya. Memang menu paling lazatlah ketika itu.
Sememang menu yang ringkas dari MAGGI® ni mengimbau banyak kisah bersamanya.Lapar di tengah malam pun teringat Mi MAGGI®. Inilah menu penyelamat yang tersedap di abad ini. Untuk lebih sedap Mi MAGGI® boleh diolah dengan pelbagai cara. Kalau nak nikmati mi yang enak dengan rasa yang berbeza boleh cuba resipi ini.
Mi MAGGI® Goreng Sambal Hijau
Waktu memasak: 15 minit
Saiz hidangan: 4 hidangan
Bahan-bahan:
1 sudu besar minyak jagung
100g bawang merah
4 ulas bawang putih
50g cili hijau
50g serai
250g dada ayam
150g kailan
4 paket Mi MAGGI® Ayam 2-Minit
30g cili padi
1 tangkai daun bawang
1 biji cili merah
Cara memasak:
1.Rebuskan Mi MAGGI selama 1 minit dan tapiskan di bawah air sejuk. Ketepikan.
2.Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih, cili padi, cili hijau dan serai. Tumis sehingga wangi.
3.Masukkan ayam, tumis sehingga bertukar warna. Gaulkan perencah Mi MAGGI® Ayam 2-Minit, Mi MAGGI® Ayam 2-Minit dan sayur kailan.
4.Gaulkan sehingga rata. Hidangkan bersama daun bawang dan cili merah.

Ketahui lebih banyak memori MAGGI® dan jom sertai peraduan MAGGI® SAH Malaysia untuk menang hadiah sehingga RM449,000*! Layari https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/maggi-sah-malaysia/.
Aneka Resipi Spageti


Mudah & Sedap! 3 Resipi Spageti Carbonara Homemade Ni Boleh Masak Tanpa Guna Sos Segera
Sedapnya Spageti Carbonara ni. Pelbagai rupa, berlainan rasa. Sekali tengok, nampak macam sajian yang dihidang di restoran tapi sebenarnya masak secara homemade di rumah je. Tak perlu guna sos segera pun. Rasa yang lemak berkrim, sangat mudah disediakan dan enak dinikmati ketika panas, menjadikan ia hidangan terbaik buat seisi keluarga.
SPAGETI CARBONARA AYAM & BROKOLI
BAHAN-BAHAN
- 1 paket spageti | dicelur dan ditoskan
- 200gm idi dada ayam | hiris nipis memanjang
- 150gm brokoli | potong kecil & celur
- 1 sudu makan minyak zaitun
- 5 biji kuning telur
- 3/4 cawan krim masakan
- 1 sudu makan MAGGI® Cukup Rasa
- 80gm parutan keju parmesan
CARA MEMASAK
- Tabur satu sudu makan MAGGI® Cukup Rasa pada hirisan ayam dan perap sebentar.
- Celur spagheti hingga al-dente (empuk tapi tidak lembik). Toskan dan masukkan semula ke dalam periuk supaya kekal suam.
- Di dalam kuali, panaskan minyak zaitun.Tumis hirisanayam hingga lembut. Ketepikan.
- Di dalam mangkuk yang besar, pukul kuning telur bersama krim menggunakan ‘hand whisk’. Tambah 1 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa, parutan keju dan cincangan daun parsli. Gaul sebati dan sesuaikan rasanya.
- Tuang bancuhan telur ke dalam periuk berisi spageti yang sudah dicelur tadi bersama brokoli dan ayam yang telah digoreng.
- Gaul semua bahan hingga sebati dan hidangkan segera.
TIPS DI DAPUR: Ketika merebus spageti, pastikan anda tidak rebus secara berlebihan. Cukup sekadar lembut (al-dente) dan renjiskan dengan minyak zaitun untuk mengelak spageti melekat.

SPAGETI CARBONARA PEPPERONI
BAHAN-BAHAN
- 1 paket spageti | dicelur dan ditoskan
- 8 -10 keping pepperoni ayam/daging |potong kecil
- 1 cawan krim masakan
- 1/2 cawan parutan keju | mozzarella/cheddar/parmesan
- 1 biji telur
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa
- Campuran herba Itali kering ( Italian herbs)
CARA MEMASAK
- Didihkan 1.5 liter air bersama 1 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa.
- Apabila air mendidih, masukkan spaghetti lalu rebus hingga al-dente dan toskan. Simpan air rebusan pasta.
- Panaskan satu sudu makan minyak zaitun di dalam kuali. Masukkan pepperoni dan goreng hingga keperangan.
- Masukkan cincangan bawang dan tumis hingga naik bau.
- Masukkan pasta, 4 sudu makan air rebusan pasta, herba kering dan satu 1 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa. Masak 2 minit lagi.
- Sementara itu, di dalam mangkuk, satukan krim masakan bersama telur dan parutan keju. Kacau rata lalu tuangkan ke atas spageti . Gaul sebati dan hidangkan segera.
TIPS DI DAPUR:
- Pastikan spageti yang telah direbus berada dalam keadaan suam (warm). Ini kerana bancuhan telur yang tidak dimasak nanti akan masak dengan sendirinya ketika dicampur dalam spageti rebus yang masih suam.
- Boleh ditambah dengan sayuran seperti asparagus, lobak merah dan brokoli yang telah dikukus supaya makanan lebih seimbang dan memenuhi nutrisi dalam badan.

SPAGETI CARBONARA UDANG
BAHAN-BAHAN
- 1 spageti | dicelur dan ditoskan
- 10 ekor udang (saiz sederhana) | bersihkan/buang kulit
- 300ml krim masakan
- 60gm parutan keju parmesan
- 50gm mentega
- 4 biji kuning telur
- 1 sudu teh chilli flakes (emping cili)
- 1 sudu teh Italian herbs kering
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh lada sulah
- 1 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa
CARA MEMASAK
- Didihkan air yang banyak dalam periuk bersama 1 sudu the MAGGI® Cukup Rasa. Rebus spageti hingga lembut kemudian toskan. Letak spageti kembali ke dalam periuk supaya kekal suam.
- Di dalam kuali, cairkan mentega lalu goreng udang bersama ½ sudu teh MAGGI® Cukup Rasa hingga udang bertukar warna (jangan terlebih masak). Ketepikan.
- Di dalam mangkuk, pukul kuning telur bersama krim masakan hingga sebati. Masukkan parutan keju parmesan, tambah chilli flakes, lada sulah dan lada hitam, sesuaikan rasanya dan gaul sebati.
- Tuang bancuhan telur bersama udang goreng ke dalam periuk berisi spageti rebus tadi.
TIPS DI DAPUR:
- Udang handaklah digoreng sebentar sahaja. Jika digoreng berlebihan udang akan menjadi liat dan hilang nutrisinya.
- Selain udang, boleh juga gantikan dengan makanan laut jenis lain seperti kepah, sotong atau lala.
- Boleh ditambah dengan sayuran seperti asparagus, lobak merah dan brokoli yang telah dikukus supaya makanan lebih seimbang dan memenuhi nutrisi dalam badan.
Selamat mencuba!


