Cara Masak Mi Maggi Goreng Ayam Kicap Ringkas Untuk Sahur

Cara Masak Mi Maggi Goreng Ayam Kicap Ringkas Untuk Sahur

Bila tiba bulan Ramadan, ibu-ibu terutamanya yang bekerjaya tentunya sibuk merancang menu yang sedap, mudah dan digemari oleh ahli keluarga. Seawal minggu pertama berpuasa mungkin tiada masalah, namun bila masuk minggu kedua dan seterusnya, mulalah buntu memikirkan menu yang harus disajikan.

Jangan risau kerana MAGGI® berbesar hati berkongsi resipi Mi Maggi Goreng Ayam Kicap Ringkas yang boleh anda cuba masak. Sangat mudah dan tak guna banyak bahan pun. Selamat mencuba!

 

 

CARA MASAK MI MAGGI GORENG AYAM KICAP RINGKAS

Cara Masak Mi Maggi Goreng Ayam Kicap Ringkas Untuk Sahur

Waktu memasak: 10 mint

Saiz hidangan: 6 orang

 

IKLAN

 BAHAN-BAHAN

  • 3 paket Mi MAGGI® 2-Minit Ayam
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 250gm dada ayam
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang kecil
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu kecil kicap pekat
  • 50ml air
  • 150gm sayur sawi
  • 50gm lobak merah
  • 30gm daun bawang
  • 10gm cili merah

CARA MEMASAK:

1. Rebuskan Mi MAGGI selama 1 minit dan tapiskan bawah air sejuk untuk memberhentikan proses masakan.

IKLAN

2. Panaskan minyak, tumiskan bawang kecil, bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam dan tumis sehingga masak.

3. Masukkan 2 paket Perencah MAGGI Ayam, kicap manis, kicap pekat dan air. Gaulkan rata.

4. Gaulkan Mi MAGGI  dan sayur sawi berserta lobak merah. Gaulkan sehingga sebati dan masak.

5. Hiaskan dengan daun bawang dan cili.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI
- Advertisement -spot_img

Mesti Baca!

- Advertisement -spot_img