Di musim PKP ni kalau kehabisan bahan membuat kuih, biskut atau kek, susah juga nak keluar. Apa lagi kalau bahan utama seperti tepung kek atau tepung naik sendiri tak ada. Memang terbantutlah segala niat nak ‘baking’ tu. Tapi sebenarnya ada resipi yang boleh buat semangat anda tu kembali malah boleh berjimat lagi. Dan paling best, kekyang dibuat pun menjadi dan sedap pula rasanya. Jom kita buat sendiri!
CARA BUAT TEPUNG KEK & TEPUNG NAIK SENDIRI SECARA HOMEMADE
1. RESIPI TEPUNG NAIK SENDIRI
Ads
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum
7 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
CARA MEMBUAT:
Campurkan semua bahan dan ayak sebanyak 3 kali.
Simpan dalam bekas bertutup dan bila nak nak guna bolehlah guna tanpa was-was.
2. RESIPI TEPUNG KEK (untuk 1 cawan tepung kek)
Ads
BAHAN-BAHAN:
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
CARA MEMBUAT:
Campur dan ayak kedua-dua bahan.
Jika perlukan 2-3 cawan tepung kek, boleh gandakan jumlah bahan diatas.
Percaya atau tidak, rasa buah yang terlalu masam memang membantukan selera makan. Jangan cepat putus asa, ada cara senang nak kurangkan rasa masamnya hanya dengan menggunakan garam je.
Selama ni tak tahu, rupanya sangat mudah, taburkan sedikit garam pada buah yang masam seperti buah mangga muda, buah kedondong, limau dan kundang. Selain rasa masam berkurangan, ia menimbulkan sedikit rasa manisnya. Inilah rasionalnya mengapa orang makan mangga muda dengan garam.
Selain itu, dengan sedikit taburan garam pada buah dari berubah warna dan lebam, sangat sesuai untuk buah-buahan seperti apel. Oleh itu, selepas potong apel rendam seketika dalam air yang dicampurkan dengan sedikit garam.
Secara tidak langsung garam membantu mengurangkan asid dalam masam buah yang anda makan. Selain itu, segala bahan kimia yang melekat pada buah juga boleh hilang dengan merendam dengan air garam.
Macam mana? Senangkan petua ni, lepas ni bolehlah amalkan. Sesiapa yang tak berani jamah buah masam boleh cuba ye…
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nak tahu cara simpan serai, halia, lengkuas dan kunyit yang terbaik agar tahan lama? Ini caranya. Maklumlah bahan-bahan ini sememangnya digunakan setiap hari dalam masakan namun bukanlah dalam kuantiti yang terlalu banyak. Jika disimpan lama, ia akan menjadi kecut dan kurang enak untuk dimasukkan ke dalam masakan. Dah membazir kan? Jom cuba petua bagi mengekalkan kesegaran serai, halia, lengkuas dan kunyit perkongsian dari saudari Myna AR ini. Semoga bermanfaat!
PETUA SIMPAN KUNYIT, HALIA, LENGKUAS & SERAI AGAR TAHAN LAMA.
BAHAN-BAHAN:
CARA-CARA: 1. Bersihkan bahan-bahan masakan diatas. Kemudian masukkan ke dalam bekas.
2. Masukkan air bersih dengan secukupnya. Tutup bekas.
3. Simpan di dalam peti ais. Tukar air dua minggu sekali. Hasilnya, bahan masakan anda akan kekal segar dalam tempoh masa yang lama.
Semua orang suka ayam goreng salut tepung yang rangup seperti makanan di restoran makanan segera. Tapi sayang bila cuba sendiri di rumah hasilnya tidak seperti diharapkan, kalau tidak keras ianya berminyak. Memang potong selera kerana anda sudah membayangkan keenakan dan kerangupan salutan tepung di gigitan yang pertama.
Jangan putus asa atau ulangi kesilapan yang sama, sebaliknya ikut enam tips yang RASA kongsikan ini supaya lepas ini apa sahaja makanan salut tepung yang anda goreng akan rangup seperti diinginkan.
Untuk mendapatkan makanan goreng salut tepung yang rangup, anda perlu tahu tepung apa yang harus digunakan. Sebagai cadangan campurkan tepung gandum dengan tepung ubi. Kalau nak lebih rangup lagi boleh tambah sedikit soda bikarbonat atau serbuk penaik.
Sediakan Adunan Tepung Kering Dan Basah
Anda gunakan dua jenis adunan tepung, satu adunan basah dan satu lagi kering. Setelah minyak dipanaskan, celup ketulan ayam dalam adunan basah kemudian gaulkan dalam adunan tepung kering dan terus goreng. Dengan cara ini adunan kering akan melekat pada adunan basah yang menjadikan bahan gorengan lebih rangup atau crispy.
Pastikan Tangan Kering.
Semasa memasukkan atau mengaulkan bahan makanan pada kedua-dua adunan tepung pastikan tangan dalam keadaan kering. Paling mudah gunakan dua tangan berbeza, misalnya tangan kiri untuk memasukkan ayam dalam adunan kering dan kanan yang untuk memasukkan dalam adunan basah. Tujuannya untuk mengelakkan adunan kering menjadi berketul dan basah
Goreng Guna Minyak Banyak
Langkah ini wajib lakukan., pastikan anda menggoreng menggunakan minyak banyak atau goreng secara deep frying. Di mana semua bahagian makanan terendam dalam minyak panas dengan sempurna. Sebelum itu pastikan minyak betul-betul panas sebelum memasukkan bahan untuk digoreng.
Elakkan Goreng Terlalu Banyak
Menggoreng menggunakan minyak banyak tidak bermakna anda boleh memasukkan bahan gorengan dalam jumlah banyak. Sebaiknya, goreng secukupnya saja supaya cukup ruang untuk gorengan menjadi garing dan tepung yang membalut makanan tidak tertanggal. Akhirnya hasil gorengan lebih rangup dan garing.
Tapis Minyak
Ini juga penting anda lakukan, pastikan anda mengguna penapis semasa mengangkat makanan yang digoreng. Tujuannya supaya minyak yang melekat pada ayam goreng turun ke bawah. Dengan cara ini hasil gorengan anda lebih garing tanpa berminyak.