Teringin nak makan kek butter zaman mak-mak kita dulu. Bahan-bahan yang digunakan pun tidak banyak dan cara buatnya juga mudah. Inilah sebab ia menjadi kesukaan ramai. Teksturnya sangat lembut dan gebu. Boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Rozel ini. Mesti korang puas dan tak berhenti makan sebab rasanya yang sedap.
#oven di panaskan terlebih dahulu#
1.Pukul butter dan gula hingga kembang dan putih
2.Masukkan telur satu per satu dan pukul lagi dlm 3 minute
3.Masukkan tepung gandum
4.Masukkan baking powder dan pukul lagi
5.Masukkan esen vanila dan pukul lagi
6.Sediakan loyang, sapu mentega di dalam dan keliling
7.Tuang adunan..ketuk-ketuk sikit biar sama rata dalam loyang
8.Bakar dalam suhu 175°c /45-50 minit bergantung pada oven.
Ads
Kredit resipi & foto: Rozel Kitchen
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kek Chiffon Oren ni memang sedap dan gebu. Sama seperti Kek Chiffon pandan, ia merupakan antara kek popular yang diminati dari dulu hingga kini. Teksturnya yang ringan dan gebu serta lembut dimakan membuatnya amat digemari ramai. Bagi yang nak cuba buat Kek Chiffon Oren ni, Opah Mas Cotek ada kongsikan resipinya. Jom cuba.
Nak buat chocolate cookies atau biskut choc chip ni, adalah paling senang sekali. Campurkan semua, mix sehingga sebati, bakar dan siap!
Anak-anak mesti suka dengan resipi biskut ini kerana rasanya sama seperti chocolate cookies ala famous amos.
Resipi yang dikongsikan Norita Farish Indah ini, boleh dihidangkan buat keluarga sebagai kudapan petang. Jika nak kurangkan manis, boleh kurangkan kuantiti gulanya.
CHOCOLATE COOKIES ALA AMOS
BAHAN-BAHAN:
250gm unsalted pure butter (mesti sejuk tapi lembut) – beli online di sini 140gm minyak jagung – beli online di sini 1 sudu teh garam halus 330gm gula perang (saya guna 250gm) – beli online di sini 2 biji telur B 1 sudu teh esen vanilla ½ sudu teh emulco coffee (pilihan) 3 sudu besar susu tepung full cream 2 sudu besar serbuk koko 1 sudu besar susu cair – beli online di sini 50gm serbuk badam (kalau ada letak, kalau tak ada tak payah, boleh kisar badam biasa tu) 500gm tepung gandum (saya guna baker choice) – beli online di sini 2 sudu besar tepung jagung – beli online di sini 1 sudu teh soda bicarbonat 1 cawan almond nips 1 cawan chocolate chip (saya guna milk comp choc) | dipotong dadu
1. Campurkan unsalted pure butter, minyak jagung, garam halus dan gula perang. Putar sehingga gula hancur. 2. Kemudian, masukkan telur, esen vanilla dan emulco coffee. Putar lagi.
3. Masukkan susu tepung full cream, serbuk koko, susu cair dan serbuk badam. Putar lagi sehingga sebati. 4. Akhir sekali, masukkan tepung gandum, tepung jagung, soda bicarbonate, almond nips dan chocolate chip/milk comp choc.
5. Mixer asal sebati ja tapi jangan putar lebih lama. 6. Alas baking paper atau guna alas macaroon tu lagi senang. Guna piping bag, pipe ikut selera.
Resipi sourcream butter cake ini wajib dicuba bagi peminat butter cake atau kek mentega. Lembut, gebu, moist dan ada rasa lemak berkrim yang memang memikat hati.
Serius, sekali cuba, mesti jatuh cinta. Rahsianya? Kena guna pure butter dan jangan ‘skip’ sourcream, itulah yang buat kek ini lain macam sedapnya.
250gm butter Anchor (guna pure butter untuk rasa premium)
300gm gula pasir halus
290gm tepung naik sendiri
200gm Sourcream (disyorkan guna brand Sunglo)
6 biji telur gred A
½ cawan susu cair atau susu full cream
Esen Vanilla secukupnya
1. Pukul butter dan gula hingga kembang, ringan dan gebu. Pastikan betul-betul sebati supaya tekstur kek halus.
2. Masukkan telur satu persatu bersama esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan tepung naik sendiri berselang-seli dengan sourcream. Gaul hingga adunan rata dan tidak berketul.
4. Tambahkan susu cair atau susu full cream. Gaul sebati.
5. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dilengser dan dialas baking paper.
6. Bakar dalam ketuhar suhu 170°C selama lebih kurang 40 minit atau sehingga kek masak (boleh uji cucuk lidi, kalau keluar bersih, dah masak).
Kalau guna loyang 10 inci, hasilnya dapat kek besar tebal lebih seinci, sesuai potong kiub. Jika menggunakan loyang 7 inci, boleh dapat dua biji kek comel.
Nasi Kerabu Darat dengan rencah ikan panggang, kelapa goreng, budu dan ulam-ulaman segar. Resipi tradisional Pantai Timur yang mudah, ringkas dan cukup menyelerakan.