Ads

Resipi Ayam Panggang Homemade. Mudah, Jimat & Lebih Sedap!

Bulan puasa ni, ayam panggang pastinya antara lauk berbuka yang sangat laris. Tengoklah kalau di bazar Ramadan. Kalau gerai yang jual ayam golek, pasti ramai yang beratur. Harganya pun boleh tahan mahal. Jadi, bolehlah cuba buat sendiri. Lebih jimat & sedap!

 

AYAM PANGGANG HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam

BAHAN REMPAH:

Ads
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • Minyak zaitun secukupnya
  • Halia ( anggaran 1/2 inci)
  • Perasa maggi secukupnya
  • Sos lada hitam secukupnya
  • Sos tiram secukupnya
  • Serbuk lada hitam secukup rasa
  • Madu secukup rasa
  • Sedikit air

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan rempah kemudian lumurkan pada ayam. Sebaiknya perap seketika supaya bahan rempah meresap ke dalam isi. Boleh juga letak ubi kentang, bawang atau sayuran.

Resipi Ayam Panggang Homemade. Mudah, Jimat & Lebih Sedap!

Ads

2. Panaskan ketuhar pada suhu 200C. Bakar ayam selama 1 jam 30 minit atau hingga ayam masak sepenuhnya. Waktu memasak mungkin berbeza mengikut saiz ayam.

3. Jika suka, boleh tabur mix herbs selepas ayam masak.

Resipi Ayam Panggang Homemade. Mudah, Jimat & Lebih Sedap!

Ads

 

Selamat mencuba!

 

Kredit resipi & foto: Ema HidaYah

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Cara Buat ‘Chili Oil’ Sedap, Wangi Beraroma, Tak Hangit & Tahan...

Cara buat chili oil sedap, pedas dan wangi beraroma dengan minyak rempah. Ikut resipi mudah ini supaya tak hangit dan lebih tahan lama.