Ads

6 Fried Chicken Sandwich Popular Dari Pelbagai Negara Yang Kena Cuba

Fried chicken sandwich nampak macam menu yang cukup mudah,ayam goreng rangup, sos dan roti.

Tetapi bila tengok bagaimana ia disediakan di negara berbeza, satu sandwich boleh mempunyai karakter yang sangat berlainan.Ada versi yang pedas sampai berpeluh, ada yang disalut sos gochujang manis pedas, ada pula yang menggunakan roti putih lembut atau steamed bun dan bukannya burger bun.

Sempena Fried Chicken Sandwich Day, jom kenali enam gaya fried chicken sandwich dari pelbagai negara yang menarik untuk dicuba.

1. Nashville Hot Chicken Sandwich – Amerika Syarikat
6 Fried Chicken Sandwich Popular Dari Pelbagai Negara Yang Kena Cuba

Kalau suka pedas, Nashville Hot Chicken memang antara gaya yang paling dikenali.Berasal dari Nashville, Tennessee, hot chicken secara tradisional ialah ayam goreng rangup yang disalut atau disapu dengan campuran minyak pedas berasaskan cayenne selepas digoreng. Ia biasanya disajikan bersama roti putih dan jeruk.

Dalam versi sandwich moden, ayam tersebut diletakkan di dalam bun bersama pickle dan sos seperti mayonnaise.Tarikan utamanya ialah kontras antara ayam yang sangat pedas, pickle yang masam dan bun yang lembut.

Kalau nampak ayam goreng berwarna merah keperangan dengan sos pedas berkilat, besar kemungkinan ia mendapat inspirasi daripada Nashville Hot Chicken.

2. Korean Fried Chicken Sandwich – Korea Selatan
6 Fried Chicken Sandwich Popular Dari Pelbagai Negara Yang Kena Cuba

Gaya Korea pula terkenal dengan kombinasi rangup, manis, pedas dan melekit.

Ayam goreng biasanya dipadankan dengan sos berasaskan gochujang, bawang putih atau Korean BBQ. Versi sandwich moden turut menggunakan kimchi mayo, radish slaw atau sayuran jeruk untuk menyeimbangkan rasa.

Berbanding Nashville yang menonjolkan kepedasan cayenne, Korean-style fried chicken sandwich mempunyai rasa yang lebih kompleks.Ada manis,ada pedas dan ada masam.

Dan tentunya ayam yang rangup.Sebab itu gaya ini cukup sesuai untuk mereka yang suka sandwich dengan banyak lapisan rasa.

Ads

3. Chicken Katsu Sando – Jepun
6 Fried Chicken Sandwich Popular Dari Pelbagai Negara Yang Kena Cuba

Kalau versi Amerika biasanya menggunakan burger bun, Jepun mempunyai pendekatan yang lebih minimal.

Chicken katsu sando menggunakan ayam bersalut serbuk roti panko yang digoreng hingga rangup, kemudian diapit menggunakan roti putih Jepun yang lembut.Biasanya ia dipadankan dengan sos katsu, kubis dan kadangkala mayonnaise.

Apa yang menarik ialah kontras teksturnya.Ayam rangup di tengah.Roti pula sangat lembut.Tak perlu terlalu banyak topping kerana fokus utama memang pada ayam dan sos.Ia juga membuktikan bahawa fried chicken sandwich tidak semestinya perlu menggunakan burger bun.

4. Torta de Milanesa de Pollo – Mexico
6 Fried Chicken Sandwich Popular Dari Pelbagai Negara Yang Kena Cuba

Mexico mempunyai torta, iaitu sandwich yang biasanya menggunakan roti seperti bolillo atau telera.Untuk versi milanesa de pollo, dada ayam diketuk nipis, disalut tepung roti dan digoreng sehingga rangup.

Ayam kemudian dimasukkan ke dalam roti bersama bahan seperti kacang lenyek, avocado, lettuce, tomato, bawang dan jalapeño jeruk.Chicken milanesa torta juga semakin popular sebagai salah satu variasi torta di Mexico.

Berbanding fried chicken sandwich Amerika yang mungkin lebih fokus kepada ayam, sos dan pickle, versi Mexico terasa seperti satu hidangan lengkap dalam roti.Ada ayam rangup, sayur segar, rasa creamy daripada avocado dan pedas masam daripada jalapeño.

Ads

5. Taiwanese-Style Fried Chicken Sandwich – Taiwan
6 Fried Chicken Sandwich Popular Dari Pelbagai Negara Yang Kena Cuba

Taiwan memang terkenal dengan budaya ayam goreng jalanannya.Ayam goreng Taiwan biasanya menggunakan salutan kanji seperti sweet potato atau tapioca starch sehingga menghasilkan tekstur yang sangat crispy. Ia juga sering diperisakan dengan white pepper, rempah dan daun basil goreng.

Apabila gaya ini dibawa ke dalam sandwich, ayam boleh dipadankan dengan sayur jeruk, sweet chilli sauce atau sos berasaskan soya.

Ada juga versi yang menggunakan gua bao, iaitu steamed bun yang lembut, sebagai pengganti burger bun. Variasi fried chicken gua bao turut dijual di Taiwan.Hasilnya ialah sandwich dengan tekstur yang cukup menarik — ayam sangat crispy tetapi roti pula lembut dan gebu.

6. Aussie Chicken Schnitzel Sandwich – Australia
6 Fried Chicken Sandwich Popular Dari Pelbagai Negara Yang Kena Cuba

Chicken schnitzel mungkin mempunyai akar Eropah, tetapi ia memang cukup dekat dengan budaya makan Australia.Malah, analisis menu pub dan kelab di Sydney pada 2026 mendapati chicken schnitzel merupakan antara hidangan yang paling kerap muncul pada menu.

Dalam versi sandwich, kepingan chicken schnitzel yang rangup biasanya dipadankan dengan lettuce, tomato, keju, mayonnaise atau sos pilihan sebelum dimasukkan ke dalam roti.

Versi ini lebih straightforward. Tak terlalu banyak sos atau rempah yang kuat.Yang penting ayam rangup, sayur segar dan roti yang lembut.Sebab itu ia sesuai dijadikan lunch yang simple tetapi mengenyangkan.

Ads

Jadi, Fried Chicken Sandwich Tak Semestinya Burger Bun

Bila tengok enam gaya ini, jelas bahawa konsep fried chicken sandwich sebenarnya sangat luas.Amerika ada Nashville Hot dengan pickle dan kepedasan cayenne.Korea bermain dengan gochujang dan rasa manis pedas.Jepun menggunakan shokupan lembut untuk katsu sando.

Anda mungkin berminat dengan

Mexico pula menggunakan telera atau bolillo dengan avocado dan jalapeño.Taiwan boleh membawa ayam goreng rangupnya ke dalam steamed bao.Australia pula mempunyai gaya chicken schnitzel sandwich yang lebih santai.

Jadi, walaupun namanya fried chicken sandwich, roti yang digunakan tak semestinya roti sandwich biasa dan tak semestinya burger bun juga.

Apa yang menjadikannya menarik ialah bagaimana setiap tempat mengambil konsep asas ayam goreng dan roti, kemudian memberikan identiti rasa mereka sendiri.Kalau boleh pilih satu, korang nak cuba gaya negara mana dulu?

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Sandwich Lembik? Ini 7 Kesilapan Besar Yang Wajib Dielakkan

8 Kudapan Deepavali Rangup & Sedap, Pilihan Istimewa Untuk Tetamu

https://www.rasa.my/rempah-masakan-india/

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menu Lain

Cara Buat Granola Bar Homemade, Resipi Snek Sihat & Mudah

Granola Bar Homemade yang sedap dan mudah dibuat menggunakan oat, kekacang, madu serta buah kering. Sesuai dijadikan snek untuk seisi keluarga.