Jika anda penggemar masakan Pantai Timur, Nasi Kerabu Darat sememangnya hidangan yang wajib dicuba. Berbeza dengan nasi kerabu biasa yang menggunakan pelbagai lauk, versi darat ini lebih ringkas tetapi tetap kaya dengan rasa. Gabungan isi ikan panggang, kelapa goreng, serai, budu dan ulam-ulaman segar menghasilkan hidangan yang cukup harum serta membuka selera.
Keistimewaan Nasi Kerabu Darat terletak pada rencahnya yang mudah disediakan menggunakan bahan-bahan asas. Walaupun ringkas, setiap suapan memberikan rasa lemak, pedas, masam dan masin yang seimbang. Jika anda sudah lama mengidam hidangan tradisional ini tetapi mahukan resipi yang mudah, inilah masa terbaik untuk mencubanya sendiri di rumah.
Bahan-Bahan Nasi Kerabu Darat
Ads
Nasi putih secukupnya
5 hingga 6 ekor ikan selayang (dipanggang tanpa perasa dan diambil isinya sahaja)
Bahan Rencah
3 biji bawang merah
2 biji cili padi merah
1 mangkuk kelapa goreng (daripada 1 biji kelapa)
4 batang serai (dihiris halus)
1 sudu besar lada hitam
2 hingga 3 biji limau nipis
Budu secukupnya
Bahan Ulam
Bunga kantan (dihiris halus)
Kacang panjang (dihiris nipis)
Daun pegaga
Kacang botol (dihiris nipis)
Daun kesum
Telur masin sebagai pelengkap hidangan
Cara Membuat Nasi Kerabu Darat
Tumbuk lada hitam bersama serai sehingga lumat dan mengeluarkan aroma yang wangi.
Masukkan kelapa goreng ke dalam lesung. Tumbuk lagi sehingga semua bahan sebati.
Masukkan cili padi merah dan bawang merah. Teruskan menumbuk sehingga menjadi campuran yang agak halus.
Pindahkan bahan tumbuk ke dalam bekas besar. Masukkan isi ikan selayang yang telah dipanggang dan diasingkan daripada tulang.
Gaul perlahan-lahan supaya isi ikan masih sedikit kasar kerana tekstur ini memberikan rasa yang lebih sedap berbanding ditumbuk terlalu halus.
Perahkan limau nipis mengikut cita rasa dan gaul sehingga sebati.
Tuangkan budu secukupnya sebagai sumber rasa masin utama. Kacau sehingga semua bahan bercampur rata.
Masukkan nasi putih ke dalam bekas atau pinggan hidangan. Tambahkan rencah ikan dan gaul sehingga nasi bersalut sempurna.
Susunkan ulam-ulaman seperti bunga kantan, kacang panjang, daun pegaga, kacang botol dan daun kesum di atas nasi.
Akhir sekali, letakkan telur masin sebagai pelengkap sebelum dihidangkan.
Petua Menyediakan Nasi Kerabu Darat
Gunakan ikan selayang yang segar untuk mendapatkan rasa isi ikan yang lebih manis.
Kelapa goreng perlu digoreng sehingga keperangan bagi menghasilkan aroma yang lebih wangi.
Serai hendaklah dihiris nipis supaya mudah ditumbuk dan sebati dengan rencah.
Masukkan budu sedikit demi sedikit agar rasa masin lebih mudah dikawal.
Ulam-ulaman segar akan memberikan rasa yang lebih enak dan tekstur yang lebih rangup.
Kenapa Nasi Kerabu Darat Begitu Istimewa?
Nasi Kerabu Darat merupakan antara hidangan tradisional Pantai Timur yang terkenal dengan kesederhanaannya. Walaupun menggunakan bahan yang tidak banyak, gabungan isi ikan panggang, kelapa goreng, budu dan ulam-ulaman menghasilkan rasa yang cukup unik serta sukar ditandingi.
Hidangan ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa, sama ada untuk makan tengah hari atau makan malam. Jika anda ingin merasai keenakan masakan tradisional yang mudah disediakan tetapi penuh dengan rasa asli, resipi Nasi Kerabu Darat ini sememangnya wajib dicuba. Selamat mencuba!
Buat orang bujang, kadang-kadang nak juga merasa masak sendiri di rumah kan. Selain boleh berjimat, boleh juga melatih diri untuk rajin memasak di dapur.
Resipi orang bujang yang dikongsi Mohd Nubli Kumkum Mohd Nor @ Uncle Nublikumz ini memang sangat mudah untuk dimasak. Rasanya pasti sedap!
KARI IKAN TANPA SANTAN
BAHAN-BAHAN:
Ikan (apa-apa jenis pun boleh) 3 sudu besar rempah kari 3 biji bawang merah | dihiris – beli online di sini 2 ulas bawang putih | dihiris – beli online di sini Halba campur Air asam jawa 1 biji tomato | belah 4 4 biji bendi 2 biji lada hijau/merah – beli online di sini Daun bawang Garam 2 tangkai daun kari
BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 2 biji bawang besar
CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris. Masukkan halba campur dan daun kari sehingga wangi. 2. Kemudian masukkan bahan kisar dan rempah kari yang dah ditambah air. Masak hingga pecah minyak. 3. Masukkan air asam jawa. Apabila kuah mendidih, masukkan ikan, tomato dan bendi. Perasakan dgn garam secukup rasa. Siap. 4. Sebelum dihidang, taburkan daun bawang serta hirisan lada merah/hijau.
5 ulas bawang putih 4 biji bawang merah 2 sudu besar cili kisar
BAHAN SOS:
2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar kicap manis 2 sudu besar sos cili 2 sudu besar sos tomato
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan tumbuk dengan cili kisar sampai pecah minyak. Masukkan semua bahan sos dan gaul rata. Masukkan sedikit air. 2. Masukkan udang dan kuey teow kacau sehingga rata. Ketepi sedikit kuey teow dan pecahkan telur. 3. Telur dikacau sehingga agak masak, baru digaul rata dengan kuey teow. Tabur tauge dan kucai. Kacau rata. Siap.
RENDANG SOTONG
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong Santan 2 sudu besar kerisik Daun limau purut Garam & gula secukupnya Minyak masak
BAHAN KISAR:
20 tangkai cili kering 10 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 3 batang serai 3 cm lengkuas 3 cm halia 2 cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik minyak. 2. Masukkan santan, kerisik, daun limau purut. Kacau sampai naik minyak. 3. Masukkan sotong. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. 4. Masakkan sekejap. Jangan terlalu lama nanti sotong akan liat. Siap.
KUPANG BERLADO
BAHAN-BAHAN:
Kupang
BAHAN KISAR:
6 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 5 biji cili merah Daun sup | dipotong-potong Garam
CARA MEMASAK:
1. Cuci kupang dan toskan. Tumis bahan kisar hingga harum. Masak hingga terbit minyak. 2. Masukkan kupang. Kacau sekali sekala hingga masak. 3. Tambah garam secukup rasa. Tabur hirisan daun sup. Siap.
AYAM MASAK BLACKPEPPER
BAHAN-BAHAN:
Ayam Sos Tiram Sos Kicap Lada hitam (jenis serbuk yang kasar bukan lada hitam yang serbuk halus tu atau boleh guna yang biji tapi kena tumbuk bagi hancur dulu) 3 biji bawang merah 2 biji bawang putih 1 sudu bancuhan tepung jagung dicampur sedikit air Garam & gula secukupnya 1 biji bawang besar Daun bawang
CARA MEMASAK:
1. Perap ayam dgn sos tiram, sos kicap dan lada hitam. Kemudian goreng separuh masak. 2. Kalau malas, goreng je tak perlu perap dengan apa-apa. Kemudian angkat. 3. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sampai naik bau. 4. Masukkan bancuhan air + sesudu kecil tepung jagung. Pastu masukkan ayam tadi dan gaul la biar jadi sekata. 5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Nak cair boleh tambah air, nak pekat tak perlu tambah. 6. Dah nak masak, tabur bawang besar. Tutup api dan tabur daun bawang. Siap!
IKAN BAKAR SAMBAL
BAHAN KISAR:
3 biji bawang besar 2 biji bawang putih ½ cm belacan 1 biji tomato
BAHAN-BAHAN:
Ikan (apa-apa ikan pun boleh) Cili kisar Daun pisang 3 biji atau lebih limau kasturi Garam
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau, masukkan cili kisar dan tumis sampai naik minyak. Masukkan garam dan perasa. Bila dah garing, angkat dan ketepikan. 2. Letak sedikit sambal atas daun pisang kemudian letak ikan. Tutup ikan dengan sambal sekali lagi dan balut ikan tu dengan daun pisang elok-elok. 3. Bakar ikan hingga masak. Perahkan limau sebelum dihidangkan.
AYAM BUTTERMILK
BAHAN-BAHAN:
2 ketul besar ayam, bahagian isi ½ tin susu cair 3 ulas bawang putih, hiris halus ½ biji bawang besar holland atau bawang besar biasa | potong dadu 4 sudu besar mentega 2 tangkai daun kari 4 biji cili padi
BAHAN UNTUK TEPUNG SALUTAN AYAM:
2-3 sudu besar tepung gandum 1 sudu besar serbuk kari 1 biji telur Sedikit garam Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Potong dadu isi ayam, masukkan telur dan garam ke ayam dan gaulkan sebati. 2. Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Gaul dan biar tepung menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih. 3. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
CARA BUAT BUTTERMILK:
1. Panaskan butter dalam kuali sehingga cair dan masukkan bawang putih, cili dan daun kari, tumis sehingga naik bau. 2. Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi. 3. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siap.
BUBUR NASI AYAM GORENG
BAHAN-BAHAN:
1 ½ cawan beras 1 ½ inci halia | diketuk 1 kiub pati ayam Sedikit garam 1 liter air Ayam goreng Lada merah Daun bawang & daun sup Sedikit minyak bijan (kalau ada)
1. Basuh beras bersih. Masukkan beras dan air dalam periuk. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. 2. Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam. 3. Bubur bolehlah dihidang dengan potongan ayam goreng, bawang goreng, lada merah dan daun sup. Titiskan sikit dengan minyak bijan kalau ada. Siap.
AYAM PHAT PHET
BAHAN-BAHAN:
Ayam 1 batang serai 1 asam keping 4 helai daun limau purut Garam Gula
BAHAN KISAR:
5 biji cili padi 1 inci halia 1 inci kunyit hidup 1 atau 2 batang serai 5 ulas bawang putih 1 biji bawang besar
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan secawan air. 2. Masukkan serai dititik, asam keping, ayam, daun limau purut dan garam serta gula. 3. Gaul sekali sekala hingga ayam masak. Jika suka berkuah, boleh tambah air. Siap.
AYAM GORENG BERLADA
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam 1 biji bawang besar | dihiris 1 biji tomato | dicincang dadu 2 sudu besar gula 1 – 2 sudu kecil garam 1 asam keping/air asam jawa
BAHAN KISAR/ TUMBUK KASAR:
10 batang cili merah 5 tangkai cili padi (optional) 7 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 2 inci halia
CARA MEMASAK:
1. Ayam dilumur garam kunyit dan digoreng sehingga masak. 2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik minyak. 3. Masukkan tomato cincang dadu, air asam jawa atau asam keping, gula dan garam. 4. Masukkan ayam dan gaul rata. Masak sehingga ayam masak. 5. Taburkan hirisan bawang. Gaul seketika, Siap!
Nasi lemak antara makanan wajib jika berada di Malaysia. Sedap di makan dan dibuat untuk hidangan sarapan pagi mahupun makan malam. Jika kamu merancang ingin membuat kenduri atau memulakan perniagaan kecil-kecilan disarankan untuk ikut sukatan ini, sangat membantu.
Pagi ni ada yang pm saya,tanyakan sukatan nak masak nasi lemak untuk 10 orang makan yang sebelum ni saya kongsikan sukatan untuk 30-60 orang makan.Ok…ada dah kat bawah tu.
Sukatan(10 orang makan)
1kg beras
1/2kg santan
1 liter air
1sudu garam
Sukatan(30-40 orang makan)
3 kg beras
1kg santan
3 liter air
3 sudu besar garam
Sukatan(55-60 orang makan)
5 kg beras
1 1/2 kg santan
5 liter air
5 sudu besar garam
Daun pandan jangan lupa pula.
Kredit resipi: Fazniza Razali MAHN
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nasi Goreng USA adalah antara sajian nasi goreng yang popular di kedai masakan panas. Nama seakan berasal dari luar negara tetapi sebenarnya USA adalah singkatan kepada nasi goreng udang, sotong dan ayam. Bahan sampingan yang perlu ada adalah hirisan timun dan telur mata. Namun jika makan di gerai tomyam siam, Nasi Goreng USA biasanya disajikan dengan Daging Masak Merah. Sedap! Nak cuba masak Nasi Goreng USA yang sedap secara homemade? Saudara Emee Sham ada kongsikan resipinya. Cubalah. Pasti puas hati.
JOM MASAK NASI GORENG USA SEDAP ALA GERAI TOMYAM SIAM
RESEPI NASI GORENG
BAHAN-BAHAN: 2 mangkuk nasi putih 3 ulas bwg putih – ketuk Sedikit bawang holland – hiris Cili api – ketuk 1 sudu makan cili boh @ secukupnya – beli online disini Sos tiram secukup rasa – beli online disini Nampla @ sos ikan secukup rasa – beli online disini 1 biji telur Pak choy @ sawi cina
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang holland dan cili api. Masak hingga wangi. 2. Kemudian masukkan cili boh. Tumis sampai cili masak dan pecah minyak. 3, Masukkan sos tiram dan juga nampla dengan secukup rasa. 4. Bila sudah sebati, pecahkan telur dan masukkan nasi. Kacau rata dan besarkan api memasak. 5. Akhir sekali masukkan hirisan sawi. Kacau hingga sayur masak. Tutup api.
RESEPI DAGING MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN: Daging – dipotong kiub, direbus dengan pewarna merah @ sirap ros 3 ulas bawang putih – ketuk – beli online disini 5 biji cili api – ketuk 1 biji bawang Holland – hiris – beli online disini 1 biji cili merah – hiris Pes cili secukupnya / cili kisar Sos cili secukupnya – beli online disini Sos tiram secukupnya Nampla @ sos ikan secukupnya Gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1.Bila daging selesai direbus, goreng seketika untuk garingkan sekeliling permukaannya. Angkat dan hiris nipis. Ketepikan seketika. 2. Panaskan minyak, masukkan bawang putih dan pes cili @ cili kisar. Tumis sampai cili masak. 3. Masukkan sos tiram dengan secukupnya. Gaul rata. 4. Seterusnya masukkan sos cili dan nampla @ sos ikan. Kacau rata. 5. Bila sudah mendidih, masukkan daging yang telah dihiris tadi. 6. Tambah sedikit air jika kuat terlalu pekat. Perasakan dengan gula seccukupnya. 7. Akhir sekali masukkan hirisan cili api, cili merah serta bawang holland. Gaul dan masak seketika. Padamkan api. 8. Hidangkan Daging Masak Merah bersama nasi goreng dan juga telur mata.
Khasiat labu bukan sekadar baik untuk mata. Ketahui 10 manfaat labu untuk sistem imun, kesihatan jantung, kulit, penghadaman serta diet harian yang lebih seimbang.