Ada yang teringin cottage pie, bolehlah cuba buat ikut resepi ni. Gabungan sos bolognese daging dan kentang lenyek memberi rasa yang sangat enak.Sedap dimakan panas panas. Boleh jamu untuk minum petang nanti.
Kupas dan bersihkan kentang Russet. Potong kecil dan rebus hingga empuk.
Sementara kentang empuk, sediakan sos bolognese.
Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang Holland hingga keperangan.
Masukkan daging kisar dan goreng hingga daging masak. Masukkan lada hitam dan sedikit garam ketika memasak daging.
Masukkan cendawan butang. Kacau rata.
Masukkan tomato, tomato puri dan air.
Perisakan dengan mixed herb, lada hitam kisar, gula dan garam secukupnya.
Masak hingga kuah sedikit pekat. Tutup api.
Setelah kentang empuk, angkat dan lenyekkan.
Masukkan mentega, susu penuh krim, keju cheddar, lada sulah & serbuk lada hitam ketika kentang masih panas. Kacau sebati.
Panaskan oven pada suhu 180c. Sediakan bekas yang sesuai, masukkan sos bolognese diikuti dengan kentang lenyek. Ratakan. Boleh letak tomato ceri jika suka.
Bakar selama 30minit atau sehingga keperangan. Sedia dihidang.
Asyik beli donut kat luar je, jom lah kita buat donut sendiri di rumah. Macam-macam jenis donut boleh kita buat, nak yang biasa ke, berinti coklat, kastard dan sebagainya, semuanya mengikut kreativiti sendiri dan pastinya lagi puas hati! Kali ni jom kita buat donut ala Big Apple yang gebu gebas!
DONAT COKLAT
BAHAN-BAHAN
CARA PENYEDIAAN
Adunan 1 Sediakan mangkuk, masukkan tepung dan buatkan satu ruang kosong di tengahnya. Dalam ruang tersebut, masukkan yis hancur, 1/2 sudu besar gula, dan separuh cawan daripada susu panas. Tutup dengan sedikit tepung dan mula mengaulkannya sehingga menghasilkan doh tebal berkrim. Tutup mangkuk dan biarkan ia sejuk selama 20 minit sehingga doh mengembang.
Adunan 2 Dalam mangkuk yang berasingan, masukkan susu yang selebihnya dan kacau bersama mentega dan yogurt.
Adunan 3 Dalam mangkuk lain, pukul kuning telur bersama baki gula yang ada.
Campurkan Adunan 1, Adunan 2 dan Adunan 3 sekaligus, uli sehingga menjadi doh yang licin dan elastik. Tutup dan biarkan ia pada suhu bilik selama 1 jam atau sehingga ia menjadi dua kali ganda saiznya.
Pada permukaan yang ditabur tepung, keluarkan doh dari mangkuk, uli doh tersebut sehingga tebal doh tersebut dalam anggaran 1 cm.
Gunakan gelas atau pemotong biskut berbentuk bulat untuk memotong bulatan doh dan letakkan di atas l bekas yang ditabur tepung. Tutup dengan kain, dan biarkan sejuk selama 40 minit lagi.
Panaskan minyak di dalam kuali supaya donat boleh terapung bebas dan tidak menyentuh bahagian dasar. Masukkan sebahagian kecil doh dan jika ia bertukar menjadi perang dengan cepat, bermakna sudah boleh diangkat.
Goreng donat sehingga perang keemasan di kedua-dua belah bahagian. Pindahkan ke atas kertas tisu. Beg pastri dipasang dengan tip panjang pada hujungnya, diisi dengan jem dan cucukkan jem ke dalam donat. Taburkan dengan gula tepung dan sedia dihidang!
Info: Kalau nak buat frozen, goreng separuh masak je (agak2 dah nampak kuning sikit/light golden, terus angkat dari kuali). Sejukkan, simpan dalam bekas dan masuk dalam peti sejuk. Kalau nak guna keluarkan biar hilang sejuk, kemudian boleh digoreng.
Dah lama tidak membuat roti, terakhir buat dulu semasa PKP 1.0. Sebenarnya feeling buat roti ni yang paling best bila roti yang diuli , naik gebu. Sekali lagi semasa ia dibakar, aroma bau roti semerbak harum beri kepuasan kepada si pembuat. Jadi untuk minum petang ni , jom kita meroti, stok yis pun ada.
Cara memasak: 1.Masukkan semua bahan ke dalam mixer kecuali mentega. 2.Bila adunan dah sebati masukkan mentega. 3.Uli hingga elastik dan lembut. 4.Perap doh selama 1 jam. 5.Bila dah siap, tumbuk-tumbukkan bagi keluar angin dan bahagikan doh setiap satu berat 40gm (akan dapat dalam 10-11 doh ) 6.Bentukkan lonjong dan canai memanjang. 7.Letakkan chicken slice dan cheese slice. 8.Gulung dari atas hingga hujung. 9.Masukkan dalam bekas dan tunggu hingga doh naik. 10.Sapukan egg wash. 11.Pipekan mayonis dan sos cili. 12.Panaskan oven suhu 180 dan bakar selama 25-30 minit.
Anda penggemar roti naan cheese dan ayam tandoori? Rindu nak makan sama macam di kedai mamak?
Nah, anda boleh cuba resipi lengkap daripada Tahrunnisah Jali ini. Bukan saja boleh buat naan cheese dan ayam tandoori sendiri di rumah, tetapi juga hidangan sampingan lain seperti timun yogurt dan keema daging.
1. Campurkan yis +1 sudu besar gula dari resepi di atas. Bakinya nanti masukkan dalam tepung dan sedikit saja air suam. Kacau biarkan selama 5 minit. *jika yis aktif. Campuran tersebut akan mengembang seperti dalam gambar.
2. Masukkan adunan tepung, lebihan gula, garam, yogurt, baking powder dan minyak jagung. Aduk hingga menjadi seperti serbuk roti. 3. Masukkan campuran yis tadi ke dalam adunan tepung. Aduk sebati, kemudian baru masukkan susu segar tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan tak melekat di tangan. Uli sehingga adunan licin 10-15 minit. 4. Biarkan adunan naik sekali ganda. Tutup adunan dengan kain lembap selama 45 minit suhu agak suam-suam panas (seperti dalam ketuhar suhu 35c atau kawasan yang agak-agak panas untuk mempercepatkan proses kenaikan doh).
5. Adunan dah naik, bahagikan adunan seberat 80gm. Taburkan dengan sedikit tepung. Bulat-bulatkan seperti dalam gambar sehingga habis. Biarkan seketika dalam 10 minit tutup dengan kain. 6. Ambil sebiji guna roller (penggelek) kemudian leperkan doh tadi dan masukkan mozarella parut di tengah-tengah doh dan tutup semula (macam buat pau).
7. Kemudian leperkan balik guna roller tadi secara perlahan-lahan supaya cheese tadi tak terkeluar. 8. Panaskan non stick pan, tak perlu letak minyak ye. Api jangan kuat, sederhana sahaja atau perlahan.
9. Letak roti tadi atas non stick pan. Tutup kejap dengan penutup. Balik-balikkan roti tadi. Bila ia menggelembung, leperkan ia.
10. Siap angkat, boleh dihidang dengan kari pekat atau keema daging, ayam tandoori dan timun yogurt.
** Jika yogurt takde tak mengapa, abaikan. Cuma nanti lebihkan cecair susu segar ye. ** susu segar tu jangan curah sampai habis, nanti terlembik pula. Masukkan sedikit demi sedikit. Adunan ni tak keras dan tak lembik, erti kata lain tak lekat di tangan. ** jika anda suka letak madu, siap masak layang-layangkan madu atas roti naan tadi.
RESIPI AYAM TANDOORI MAMAK HAJI
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
6 atau 8 ketul ayam yang disingkirkan lemak-lemak yang berlebihan ½ cawan atau 125 gm yoghurt asli / Greek-Style (nestle cawan kecil) 2 sudu besar rempah tandoori 2 sudu besar pes halia bawang putih | dilulurkan kesemua ketulan ayam 2 sudu besar jus limau nipis. 1 sudu garam masala (saya tak letak sebab takde) ½ sudu kecil serbuk jintan putih – beli online di sini 2 sudu besar daun ketumbar segar | dicincang halus 2 sudu besar minyak masak (minyak ini bukan untuk apa, tak bagi melekat bila goreng dengan minyak sedikit) ½ sudu kecil serbuk pewarna oren merah (kalau tak ada, tambah serbuk kunyit sedikit tapi saya tak letak) 1 biji bawang labu bersaiz besar | dihiris bulat Garam dan perasa makanan (aji) secukup rasa (tak mahu aji, guna gula sikit)
CARA-CARA:
1. PENYEDIAAN PES TANDOORI – 4 sudu besar air stok ayam atau air biasa dengan adun serbuk tandoori, garam masala, serbuk jintan putih, lada putih dan minyak. Masak di atas dapur dengan api kecil dan jadikan pes. 2. Masukkan yoghurt, daun ketumbar dan pes tandoori (telah sediakan) dan garam secukup rasa. Kalau nak warna tandoori ayam berwarna merah menyala, masukkan pewarna kalau suka. Gaul sebati adunan ini. 3. Ketulan ayam bahagian tebal daging, kelar sedikit dan tekan sedikit dan masukkan pes campuran garam + serbuk cili dan jus limau nipis. Ini untuk daging yang tebal cepat masak dan juga bahagian dalam daging itu berasa. 4. Masukkan semua ketulan ayam dalam pes tandoori yang telah sediakan. Pastikan ketulan ayam disalut dengan baik. 5. Peram selama lebih dari sejam atau yang terbaik semalaman dalam peti sejuk bahagian dingin. 6. Panaskan kuali leper tak melekat kalau ada. Kalau tak ada, kuali biasa pun boleh. Masukkan sedikit minyak masak dalam 1/4 bahagian ketulan ayam dan goreng dengan api dapur yang sederhana. Jangan hangus, kita cuma nak keluarkan air ayam yang berlebihan. Goreng dalam 50 peratus masak. 7. Sementara itu, panaskan ketuhar dalam suhu 180C bersama chargrill plate (plate bakar). Sapukan minyak selaput nipis di permukaan chargrill. 8. Susun hirisan bawang yang dipotong bulat di atas. Hirisan bawang ini bukan saja memberi haruman kepada ayam, tetapi ia menentukan pengudaraan baik di bawah ketulan ayam dengan permukaan plate chargrill itu. Kadangkala permukaan ketulan ayam akan berair sangat dan bila sejat isi ayam akan melekat. Kalau bakar ayam penuh buat begini. 9. Masa pembakaran awal adalah 30-40 minit, selepas itu terbalikkan ketulan ayam dengan sapukan pes yang berlebihan itu di permukaan ketulan ayam. 10. Bakar kembali dalam 40 minit lagi dan sapukan minyak sekali kala pada ketulan ayam supaya permukaannya tidak kering. Tunggu hingga ketulan daging ayam bertukar kepada warna keemasan, ambil seketul cuba potong dan pastikan ia masak dengan sempurna.
RESIPI TIMUN YOGURT
2 batang timun | diracik halus 2 cawan plain yogurt Sedikit garam Sedikit dry mint
CARA-CARA:
Campurkan kesemuanya dalam satu bekas.
RESIPI KEEMA DAGING
1/2 kg daging | dipotong kecil & dibersihkan Sedikit halia – beli online di sini 3 biji bawang putih | dicincang halus – beli online di sini 2 biji bawang besar saiz sederhana | dicincang halus 2 sudu kecik serbuk ketumbar | ditumbuk 1 sudu kecil serbuk jintan putih – beli online di sini 2 sudu besar cili kisar 1 batang kayu manis – beli online di sini 3 biji bunga lawang – beli online di sini 3 biji bunga cengkih 3 biji buah pelaga 1@2 biji tomato | dipotong dadu Kacang peas Sedikit minyak (untuk menumis) 2 sudu yogurt plain 1 sudu besar garam masala
CARA-CARA:
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang besar, bawang putih, dan halia. Biar ia naik bau dan masukkan cili kisar. 2. Masukkan rempah 4 beradik (kayu manis, lawang, cengkih,pelaga), kemudian masukkan rempah serbuk ketumbar dan jintan putih dan garam masala. 3. Kemudian masukkan daging dan sedikit air. Masak hingga empuk. 4. Masukkan sedikit air lagi. Jangan terlalu cair sangat ye sebab ia tak guna santan. Masukkan tomato, kacang peas, yogurt dan perasakan dengan garam.