Ads

Nasi Goreng Cili Kering, Sedap & Ngam Untuk Sahur.

Ramai suka nasi goreng, dan nasi goreng itu sendiri pelbagai jenis. Dalam banyak-banyak jenis itu, mungkin Nasi Goreng Cili Kering yang dikongsikan ini, boleh membangkitkan selera bersahur anda seisi keluarga. Silap-silap bila jiran sebelah tercium bau pun teringin. Bagi anda yang ingin mencuba, ini resipinya.
NASI GORENG CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
Segenggam ikan bilis
6 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
10 tangkai cili kering | telah direbus)
2 biji telur
Semangguk nasi
Garam secukup rasa

CARA MEMBUAT:

Ads
Ads
Ads
  1. Tumbuk kasar bawang putih, bawang merah, cili kering dan ikan bilis.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan sedikit garing.
  3. Kemudian masukkan telur. Gaul sebati hingga telur masak.
  4. Masukkan nasi yang telah digembur-gembur. Gaul sebati.
  5. Masukkan garam.
  6. Bila dah sebati, siap untuk dihidang.

Kredit: #daridapurkakHas #kualikakHas

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Pesta Seri Rasa x RASA Meriahkan Festival Budaya Malaysia 2026, Pelbagai...

Buat penggemar makanan, budaya dan aktiviti keluarga, jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan Pesta Seri Rasa sempena Festival Budaya Malaysia (FBM) 2026 yang bakal berlangsung dari 11 hingga 16 September 2026 di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.