Mengapa ya resipi dah betul, tapi bila mengukusnya kuih atau kek tak menjadi. Malah rosak pulak. Hati-hati sikit korang nak mengukus ni tak semudah membakar guna oven, set timing dan tunggu masak.
Bab paling penting teknik mengukusnya kena betul. Suhu wap atau stim tidak dapat di tentukan ia bergantung kepada kepanasan api dapur gas, jumlah air dalam kukusan dan perkakasan yang digunakan.
Kekurangan air dalam kukusan menyebabkan kuih atau kek terbantut dan tidak masak, terlalu kecil api juga menyebabkan wap tidak naik, dan jika api terlalu besar pula menyebabkan kuih mengerutu dan mengelembong.
Wap yang menitis ke permukaan kuih juga boleh merosakkan kuih. Ini adalah masalah yang selalu di alami ketika membuat kek atau talam menggunakan kaedah mengukus.Ni min kongsikan petua yang dikongsikan dari Faira Ali dari lamannya fairacoklatmoist.blogspot.
Ads
NI 7 PETUA @ TEKNIK MENGUKUS YANG BOLEH DIJADIKAN PANDUAN :
1. Gunakan pengukus yang mempunyai penutup yang tinggi supaya wap menjadi seimbang.
Foto : chohomes.en.made-in-china.com
2. Saiz pengukus hendaklah bersesuaian dengan saiz loyang.
3.. Sentiasa periksa air di dalam pengukus, sentiasa pastikan air mencecah lantai pembahagi kukusan.
Foto : freep.com
4. Jika air berkurang, masukkan air panas untuk menambahkannya. Air hendaklah diisi 3/4 penuh dalam periuk kukus. Air pula mestilah sudah mendidih sebelum memasukkan kuih.
Masalah yang kerap berlaku adalah apabila air telah kering tetapi kuih pula belum lagi masak. Usah bimbang, isikan sahaja semula periuk dengan air panas.
Foto : pooyuhcorets.blogspot.com
5. Balut tutup pengukus dengan tuala supaya wap tidak keluar.
6. Tutup loyang adunan dengan penutup atau tudung supaya air tidak menitis ke permukaan kek.
7. Pastikan api dapur tidak terlalu besar atau terlalu kecil. Mudahkata guna api sederhana aje.
Ads
4 TIP EKSTA UNTUK KUIH TALAM KUKUS :
8. Sejukkan kuih sekurang-kurangnya 3 jam.
9. Untuk mendapatkan saiz kuih yang lurus dan sama, potong kuih menggunakan pisau plastik dan pembaris.
Ads
Foto : azurarahman.comPembaris talam pun ada dijual, lebih mudah mengukur
10. Kuih yang telah masak hendaklah disejukkan atas redai besi atau bekas telur.
11. Jika anda ingin kuih cepat sejuk, rendam loyang kuih di dalam dulang berisi air.
12. Kuih talam yang sedap ini mampu bertahan selama 24 jam di luar dan lebih kurang 2 hari dalam peti sejuk.
Sumber : azwanhalik.blogspot.com
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Ingin makan masakan udang yang sedap dan terasa manis dan segar isinya tanpa perlu keluar duit banyak makan di restoran ternama atau hotel ye. Sebenarnya, korang boleh je masak sendiri di rumah hanya dengan ikut tip cara membersih dan memasak undang yang RASA kongsikan ini. Sebenarnya ia sangat mudah, cuma perlu tahu cara dan teknik untuk membersih dan memasaknya saja.
CARA MEMBERSIH UDANG:
Cuci udang di bawah air mengalir
Jika ingin memasak dengan kulit sekali, korang perlu gunting sesunggutnya saja. Jika kepala udang hampir tertanggal, pisahkan saja dan bersihkan kepala udang kemudian rebus jadikan stok udang.
Setelah dibersihkan, lumurkan udang dengan air limau nipis dan sedikit garam. Cuci bersih dan toskan.
Jika ingin menggunakan isi udang tanpa kulit, korang boleh rendam dengan campuran cuka makan dan air. Tujuannya untuk melembutkan kulit udang supaya lebih mudah dikopek.
Jangan lupa membersihkan kotoran yang ada dibahagian belakang udang, caranya hiris sedikit dan tarik benang hijau kehitam yang ada dibahagian belakangnya itu.
Jika tidak terus dimasak, simpan udang dalam peti sejuk untuk kekalkan kesegaran dan mengelakkan dari tercemar dengan bakteria. Tapi jangan simpan terlalu lama, sebaiknya elakkan juga dari frozenkannya lebih dari sekali.
CARA MEMASAK UDANG:
Masak dengan api besar. Jika ingin memasak dengan cara menumis atau menggoreng sebaiknya guna api besar dan masak dengan pantas. Tujuannya untuk mengekalkan rasa manis dan kesegaran udang.
Masukkan dalam air mendidih, jika ingin merebus masukkan udang, jangan lupa tambahkan sedikit garam dalam air rebusan dan tutup seketika periuk. Seketika kemudian keluarkan udang dan celupkan ke dalam air sejuk. Tujuannya untuk menghentikan proses memasak udang tersebut.
Memasak dengan cepat supaya isi udang kenyal dan manis. Masaklah udang sekitar 3-4 minit sahaja atau sampai udang berubah warna kemerahan kerana tekstur isi udang sangat lembut.
UDANG GORENG MENTEGA TELUR
BAHAN UNTUK UDANG GORENG:
500gm udang saiz XXL | dibersihkan
8 biji cili padi | dihiris
1/2 cawan susu seger
1 sudu makan mentega
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN UNTUK SARANG TELUR:
2 biji telur kuning
1 sudu makan mentega
1 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
Gaulkan udang bersama garam dan lada sulah secukupnya. Ketepikan.
Panaskan minyak, goreng udang sehingga kemerahan.
Angkat dan toskan.
Kemudian keluarkan minyak kerana ia tidak digunakan lagi.
Panaskan mentega dalam kuali, tumiskan bawang putih dengan cili hingga garing dan naik bau.
Masukkan susu cair, kacau seketika. Kemudian masukkan udang yang telah digoreng tadi.
Perasakan dengan serbuk lada hitam dan sedikit garam.
Untuk membuat sarang telur. Pukul ringan kuning telur.
Panaskan mentega bersama minyak masak sehingga panas, tuangkan kuningan telur sedikit demi sedikit supaya telur masuk kuali halus-halus.
Sambil itu kacau laju-laju hingga telur habis.
Terus kacau sehingga telur kelihatan bersarang dan berwarna kuning keemasan.
Kemudian tuangkan ke atas tapisan untuk toskan minyak.
Akhir sekali taburkan di atas udang dan hidangkan panas-panas.
Semoga dengan tip ini korang boleh menyediakan menu udang setanding dengan restoran ataupun hotel ternama.
Korang suka makan Bubur Kacang Hijau, tapi selalu ambik masa nak rebus kacang hijau tu kan. Sebenarnya masalah ini boleh selesai dengan cara ikut tip yang RASA kongsikan ini. Boleh cuba sebab mudah sangat.
Rendam Kacang Hijau
Sebelum rebus pastikan kacang hijau direndam dahulu lebih kurang 3-4 jam atau supaya apabaila direbus kacang cepat empuk.
Masukkan Kacang Bila Air Mendidih
Masak air dalam periuk dan masukkan kacang hijau selepas air rebusan mendidih. Air mendidih boleh membantu kacang lebih cepat empuk dan kandungan nutrisinya tetap kekal dalam rebusan kacang.
Api Sederhana
Disarankan menggunakan api sederhana, tidak terlalu kecil atau besar, dengan cara ini kacang hijau yang direbus lebih mudah empuk dan masak sempurna.
Campurkan Gula dan Garam Apabila Kacang Empuk
Jika ingin menambah perisa seperti gula dan garam pada rebusan kacang hijau sebaiknya tambah ketika kacang hijau mula kembang. Jika dimasukkan awal kacang hijau sukar empuk.
Diharapkan tip berikut membantu rebusan kacang hijau lebih cepat empuk dan masak sekata.
Elok cantik pau kukus gebu ni, antara resipi pau yang cantik dan lembut hasilnya. RASA kongsikan resipi dari Rasidah Mohamad pau kampung air tangannya. Nampak lazat sekali, puan-puan boleh cuba untuk hidangan pagi atau petang nanti.
RESIPI PAU KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh mauripan
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu the softener
2 sudu makan minyak
4 sudu makan gula
1 1/4 cawan air (saya tambah 2 sudu untuk lebih lembut)
Barli rebus memang sejak dahulu kita amalkan bila demam atau panas badan. Tapi khasiatnya bukan sekadar itu saja.
Barli kaya dengan serat dan nutrisi yang...