Anda ingin membuat telur dadar nipis dan cantik? Tak kisah untuk tujuan hiasan atau baluran atau sebagai bahan gulungan, ia tidak semudah yang dilihat. Memang semua orang boleh buat telur dadar kerana nampak macam mudah, tetapi untuk mendapatkan telur dadar yang dinipis dan tidak koyak bila digulung, ini caranya:
Gunakan Kuali Tidak Melekat (Non Stick)
Membuat telur dadar menggunakan kuali non stick adalah pilihan terbaik, terutama anda yang jarang membuat telur dadar kerana kuali jenis ini menjadikan telur dadar tidak melekat pada kuali, mudah diterbalikkan dan tidak terkoyak. Sebagai saranan gunakan kuali yang tidak terlalu besar atau kecil seperti kuali dengan ukuran 22cm adalah lebih sesuai.
Gunakan Sekurang–Kurangnya Dua Biji Telur
Dengan dua biji telur ini, akan menjadikan kerja mendadar telur lebih mudah, ia tidak terlalu sedikit. Dengan dua biji telur anda boleh buat tiga keping telur dadar yang nipis. Kalau guna satu biji ia terlalu sedikit .
Ads
Oleskan Kuali Dengan Sedikit Minyak
Walaupun menggunakan kuali anti lekat, anda masih perlu oleskan sedikit minyak di seluruh permukaan dalam kuali, Gunakan lebih kurang satu sudu the minyak masak, kemudian ratakan dengan tisu dapur. Ia membantu telur dadar lebih mudah diterbalikan, Jika terlebih minyak boleh tekap dengan tisu dapur. Olesan minyak perlu dilakukan setiap kali menbuat telur dadar.
Guna Api Kecil
Cara paling selamat untuk mendapatkan telur dadar nipis, tidak hangus dan masak sekata, anda perlu gunakan api. Telur dadar yang cantik berwarna kuning cerah.
Ukuran Untuk Sekeping Telur Dadar
Sangat penting anda tahu berapa banyak telur yang diperlukan untuk satu keping telur dadar nipis. Anda boleh gunakan senduk gulai bulat sebagai ukuran. Agar hasil telur dadar adalah sama. Selepas itu, anda hanya perlu tuangkan telur dalam kuali kemudian perlahan-lahan layang ke kiri dan ke kanan kuali supaya telur merata nipis dengan cantik.
Ads
Goreng Sekejap
Selain menggunakan api perlahan, telur dadar juga mesti digoreng sekejap sahaja. Elak dari terlalu telur dadar menjadi terlalu garing kerana warnanya akan berubah menjadi kuning keperangan. Sebaiknya, bila kuali panas atas api perlahan masukkan telur, apabila cairan telur sudah kering terbaikkan sebelah lagi, selepas 30 saat angkat segera telur.
Ads
Gulung Dan Hiris Nipis
Apabila telur dadar telah siap dan kurang panas, gulung telur dan hiris nipis-nipis seperti hirisan mi. Atau gunakan telur dadar sebagai wrap makanan lain. Selain boleh digunakan sebagai hiasan, ia juga dijadikan lauk dimakan dengan pulut kuning, nasi goreng ata diratah begitu sahaja.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Walaupun dah ada dapur yang canggih sekarang tapi, masih ramai lagi yang menggunakan dapur gas sebegini.
Ada masa kita akan dapati api dapur gas bertukar daripada warna biru menjadi oren. Jika perkara ini berlaku, biasanya periuk atau kuali kita akan jadi hitam berjelaga. Lagi sayang jika terkena kuali atau periuk mahal yang baru dibeli.
Sekiranya ini berlaku ikut panduan yang dikongsi oleh Sharina Othman agar api oren ini bertukar jadi biru semula supaya periuk kita tak berjelaga.
Tukar api dapur gas dari oren ke biru untuk elak periuk hitam
Caranya:
1. Pusingkan tanda anak panah berkenaan.
2. Pusingkan hingga tidak menutup lubang itu (anak panah).
3. Hasilnya, api akan bertukar menjadi biru, setel masalah periuk berjelaga.
Pokok cekur atau kencur ini memang berbaloi sangat ditanam. Bukan saja daun, ubinya juga boleh dimakan.
Ia boleh diolah menjadi pelbagai hidangan, dari masak lemak, kerabu, tumis, malah daun cekur ini juga enak bila dijadikan ulam.
Dalam pada itu sayur ini juga punya khasiat kesihatan tersendiri malah ia juga tanaman yang sangat mudah untuk ditanam dan membiak. Ia boleh saja ditanam dalam pasu atau atas batas.
Cara tanam pokok cekur
Berikut adalah panduan yang boleh digunakan jika mahu menanam sayur ini.
– Untuk penanaman cekur boleh gunakan benih atau ubinya dari pokok cekur yang sedia ada. Atau boleh beli ubi atau rhizom dari pasar tani atau pasar biasa.
-Pastikan benih masih elok dan belum kering serta mempunyai tunas yang baik.
– Sediakan pasu atau dalam bekas khas isikan dengan tanah campuran (3:2:1 – Tanah, pasir dan baja organan). Pastikan pasu mempunyai lubang air keluar.
– Masukkan benih 2-3 cm dalam tanah dan buat penyiraman. Tunas baru akan keluar daripada ubi yang ditanam ini. Jika tanam dari pokok cekur sedia ada, boleh tanam sekali dengan pokoknya.
– Bagi pembajaan pokok cekur boleh gunakan baja organik (tahi ayam proses) sama ada tanaman di dalam pasu atau pun dalam kebun.
– Daun cekur boleh dikutip seawal 3-4 bulan lepas tanam, bagaimana pun umbisi cekur akan matang selepas 10-12 bulan.
Tip masak sagu ini penting supaya dapat mendapat menghasilkan hidangan pencuci mulut berasaskan sagu yang cantik.
Ini kerana tak semua kalangan kita yang tahu cara memasak sagu yang betul hingga ada yang berdepan masalah sagu berketul-ketul, melekat, tak jernih dan masih ada bintik putih. Agar sagu masak cantik, jernih dan tahan lama berikut adalah cara yang perlu dipraktikkan.
Tip masak sagu cantik dan cara simpan
1. Panaskan air hingga menggelegak kemudian baru masukkan sagu. Pastikan air lebih banyak dari sagu. Sesekali kacau untuk elak dari sagu berketul. Boleh masukkan pewarna Ketika ini jika mahu.
2. Setelah sagu bertukar jernih iaitu biji putihnya hilang, tutup api.
3. Tuang sagu dalam besen atau mangkuk lalu bilas dengan air biasa untuk membuang kanjinya.
5. Sekiranya mahu menyimpan sagu ini, letak sagu dalam bekas dan tuang air sejuk hingga menutupi sagu. Tutup kemas.
INFO
Sagu ini boleh tahan selama 1-2 minggu di dalam peti ais. Sagu yang disimpan ini boleh digunakan pada bila-bila masa untuk membuat manis sagu gula melaka atau dimasukkan dalam bubur.
Resipi nasi dagang sedap guna beras basmathi ini hasilnya memang enak. Nasi lembut berderai tapi cukup lemak dan harum bila siap dikukus bersama santan.Hidang...