Alangkah bangga jika dapat membuat sendiri pelbagai jenis roti untuk dijamu pada keluarga tercinta. Rasa puas kerana roti dibuat segar, rasa dan kualiti terjamin. Anda juga boleh menjimatkan kos lebih-lebih lagi jika memiliki ahli keluarga yang ramai. Dikongsi lima jenis roti lagi untuk anda cuba buat sendiri. Selamat mencuba!

 

 1. ROTI BENGGALI

5 Resipi Roti Lembut & Gebu Tanpa ‘Bread Maker’. Bakar Guna Oven Biasa Je.

BAHAN-BAHAN:

  • 1000gm tepung high protein
  • 80gm gula
  • 50gm susu tepung
  • 12gm yis
  • 10gm bread improver
  • 2 biji kuning telur
  • 550gm air
  • 18gm marjerin
  • 100gm garam

CARA MEMASAK:

  1. Satukan kesemua bahan ke dalam penguli dan uli selama 20 minit. Adun sehingga menjadi doh. Keluarkan doh dan rehatkan selama 20 minit.
  2. Bahagikan kepada empat doh kecil. Gulung doh seperti membuat kek gulung.
  3. Susun keempat-empat doh tadi di dalam loyang. Guna loyang bertutup.
  4. Sapu marjerin pada keseluruhan loyang termasuk penutup.
  5. Bakar di dalam oven pada suhu 170C selama 45 minit.
  6. Keluarkan dan sedia dinikmati.

Info chef: Enak dimakan bersama mentega dan kaya atau dimakan begitu sahaja.

 

2. CINNAMON ROLL

5 Resipi Roti Lembut & Gebu Tanpa ‘Bread Maker’. Bakar Guna Oven Biasa Je.

BAHAN A:

  • 250gm tepung roti
  • 20gm gula
  • 1 sudu makan susu tepung
  • 1 biji kuning telur
  • 4gm yis
  • 15gm marjerin
  • ½ sudu teh garam
  • 100ml air

BAHAN B (FILLING):

IKLAN
  • 3gm serbuk kulit kayu manis
  • 50gm gula perang
  • 20gm mentega

CARA MEMASAK:

  1. Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk penguli dan uli selama 30 minit. Adun hingga menjadi doh.
  2. Keluarkan doh dan rehatkan selama 20 minit.
  3. Canaikan doh menjadi bentuk segi empat. Sapu adunan dengan mentega, gula perang dan serbuk kayu manis di atas doh.
  4. Gulung dan kemaskan hujungnya dengan disapu dengan sedikit air pada doh agar ia melekat.
  5. Potong sebanyak 12 gulung sama saiz.
  6. Susun di dalam loyang yang telah dilengser marjerin. Ketepikan dan biarkan dalam 30 minit sehingga doh naik lagi sekali ganda.
  7. Panaskan oven pada suhu 180C dan bakar doh terlebih selama 20 minit.
  8. Keluarkan sedia untuk dinikmati.

Info chef: Boleh bentukkan roti mengikut kesukaan masing-masing.

 

3. ROTI KEK

5 Resipi Roti Lembut & Gebu Tanpa ‘Bread Maker’. Bakar Guna Oven Biasa Je.

BAHAN ROTI:

  • 6 cawan tepung gandum
  • 1 ½ cawan susu suam
  • ¾ cawan gula
  • 11gm yis
  • 3 biji telur saiz A
  • ¼ cawan mentega

BAHAN A:

  • 4 biji kuning telur
  • 20gm gula kastor
  • ½ sudu teh esen vanila

( Pukul semua bahan A sehingga ringan dan gebu)

IKLAN

BAHAN B:

  • 4 biji putih telur
  • 80gm gula

( Dalam bekas berasingan, putar putih telur hingga kembang. Tambah gula dan putar lagi hingga kaku (jika diterbalikkan putih telur tidak jatuh)

BAHAN C:

  • 110gm tepung gandum
  • 70gm mentega

BAHAN LAIN:

  • Pewarna merah dan hijau

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat doh roti; Campurkan yis dan ½ cawan susu suam ke dalam satu bekas besar. Biarkan selama 10 minit sehingga keluar buih.
  2. Masukkan baki 1 cawan susu suam tadi, diikuti dengan gula dan telur. Kacau sehingga gula larut.
  3. Masukkan mentega dan 3 cawan tepung. Gaul sebati dan masukkan baki 3 cawan tepung dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan. Rehatkan selama 1 jam.
  4. Bahagikan doh kepada 30gram dan susun di dalam loyang. Tunggu sehingga doh naik dua kali ganda. Ketepikan.
  5. Untuk membuat adunan kek; Masukkan adunan Bahan B ke dalam adunan Bahan A, kacau rata dengan menggunakan kaedah kaup balik.
  6. Ayak tepung dan masukkan ke dalam adunan tadi (kaup rata).
  7. Masukkan minyak dan kacau rata menggunakan kaedah kaup balik. Bahagikan kepada dua bahagian dan warnakan satu bahagian dengan merah dan satu bahagian dengan warna hijau.
  8. Tuang adunan kek yang telah siap tadi ke atas roti yang telah naik tadi, berselang seli warna merah dan hijau.
  9. Bakar pada suhu 180C selama 25 minit.
  10. Keluarkan dan sedia dinikmati.

Info chef: Boleh gantikan tepung gandum (bahan C) dengan tepung kek.

 

 4. ROTI PAUN MANIS

IKLAN

5 Resipi Roti Lembut & Gebu Tanpa ‘Bread Maker’. Bakar Guna Oven Biasa Je.

BAHAN-BAHAN:

  • 6 cawan tepung gandum
  • 1 ½ cawan susu suam
  • ¾ cawan gula
  • 11gm yis
  • 3 biji telur saiz A
  • ¼ cawan mentega

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan yis dan ½ cawan susu suam ke dalam satu bekas besar.
  2. Biarkan selama 10 minit sehingga keluar buih.
  3. Masukkan baki 1 cawan susu suam tadi, diikuti dengan gula dan telur. Kacau sehingga gula larut.
  4. Masukkan mentega dan 3 cawan tepung. Gaul sebati dan masukkan baki 3 cawan tepung dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan. Rehatkan selama 1 jam.
  5. Bahagikan doh kepada 30gram dan susun di dalam loyang. Tunggu seketika sehingga doh naik dua kali ganda.
  6. Bakar pada suhu 180C selama 15 minit.
  7. Keluarkan dan sedia dinikmati.

Info chef: Enak dimakan begitu saja kerana rasanya yang manis dan lemak.

 

5. ROTI PAUN KELADI

5 Resipi Roti Lembut & Gebu Tanpa ‘Bread Maker’. Bakar Guna Oven Biasa Je.

BAHAN-BAHAN:

  • 6 cawan tepung gandum
  • 1 ½ cawan susu suam
  • 2 sudu makan pes keladi
  • ¾ cawan gula
  • 11gm yis
  • 3 biji telur (saiz A)
  • ¼ cawan mentega
  • Sedikit cucu cair untuk sapuan

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan yis, pes keladi dan ½ cawan susu suam ke dalam satu bekas besar.
  2. Biarkan selama 10 minit sehingga keluar buih.
  3. Masukkan baki 1 cawan susu suam tadi, diikuti dengan gula dan telur. Kacau sehingga gula larut.
  4. Masukkan mentega dan 3 cawan tepung. Gaul sebati dan masukkan baki 3 cawan tepung dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan. Rehatkan selama 1 jam.
  5. Bahagikan doh kepada 30gram dan susun di dalam loyang. Tunggu seketika sehingga doh naik dua kali ganda. Gris susu cair di atas permukaan doh.
  6. Bakar pada suhu 180C selama 15 minit.
  7. Keluarkan dan sedia dinikmati.

Info chef: Pes pandan yang berwarna hijau membuatkan warna roti ini lebih menarik.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI