Temujanji dengan Puan Sri Betty Saw di kediamannya bagaikan satu penghormatan kepada min penulis yang sekian lama mengaguminya sebagai seorang yang pakar dalam bidang masakan. Beliau antara pelopor chef wanita Malaysia yang masih aktif walaupun lebih 30 tahun berada dalam industri.
Istimewanya, Puan Sri Betty adalah seorang chef yang pakar dalam pelbagai jenis masakan dari dari masakan tempatan (Melayu, Cina dan India) hingga antarabangsa, semuanya boleh disediakan. Malah lebih sedap bila diolah semula oleh beliau.Menurut Puan Sri, masakan dan baking adalah dua perkara yang sudah sebati dengan diri beliau. Hingga jika sehari tidak masuk dapur bagaikan tidak lengkap hari tersebut. Setiap hari ada sahaja idea untuk memasak,pendek kata tengok sahaja bahan resipi sudah ada dalam fikiran beliau.
“Sebagai seorang yang sentiasa memasak, seronok rasanya kalau tetamu datang bertamu dapat diraikan dengan air tangan sendiri. Sekurang-kurangnya secawan kopi dan mengudap satu atau dua kudapan ringan yang saya sediakan,” ujar Puan Sri yang berpisah tiada dengan masakan dan baking.
Ads
Patutlah beliau berulang kali menegaskan bahawa memasak adalah jiwanya . Dek kerana itulah, tidak ada istilah jemu atau bosan bila berekspremen dengan segala bahan masakan. Setiap hari ada sahaja masakan yang disediakan, sementelah lagi apabila beliau menerima tetamu. Bermacam juadah disediakan untuk meraikan tetamu beliau.
CUCUR SAYUR
BAHAN-BAHAN:
200gm kobis | cincang halus
1/2 batang lobak merah |cincang halus
5 ulas bawang putih | kisar
150 gm tepung beras |ayak
1 1/2 sudu teh garam
1 biji telur atau 60 gm | pukul menggunakan garpu
2 batang daun bawang |cincang
175 ml atau 3/4 cawan air
CARA MEMASAK:
Masukkan hirisan kubis, lobak merah dan bawang putih ke dalam mangkuk besar dan kacau.
Kemudian masukkan tepung beras yang telah diayak. Diikuti garam dan daun bawang.
Campurkan air dan kacau perlahan sehingga tiada ketulan.Tambah pula telur yang dipukul dan kacau.
Letakkan adunan sayuran di dalam peti sejuk dan tinggalkan selama 20 minit.
Keluarkan dari peti sejuk dan biarkan adunan sayuran pada suhu bilik sebelum menggoreng.
Panaskan minyak dalam periuk di atas api sederhana sehingga panas.
Dengan menggunakan sudu sup, masukkan satu sudu adunan sayuran ke dalam minyak panas. Goreng dan pusingkan beberapa kali sehingga perang keemasan dan rangup.
Angkat dan letakkan di atas tisu untuk keringkan minyak.
Hidangkan bersama sos cili.
BOTOK UDANG AYAM
BAHAN-BAHAN:
150gm isi ayam | potong dadu ukuran 1cm
150gm udang | buang kulit dan cincang
1/2 sudu teh garam dan serbuk lada hitam
BAHAN CAMPURAN SANTAN:
Ads
75ml santan
2 sudu makan sambal tomato
2biji cili merah | buang biji dan hiris halus
3 biji cili padi | hiris halus
4 ulas bawang merah |hiris nipis
3 ulas bawang putih | hiris nipis
1/2 sudu teh gula
3/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada hitam
10 helai daun Thai Basil | cincang halus
BAHAN LAIN:
2 batang daun bawang | cincang halus
2 biji telur | kacau rata
20 helai daun kesum
Daun pisang ikut keperluan
Lidi pencucuk secukupnya
BAHAN UNTUK SAMBAL TOMATO:
20 cili merah | buang biji
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 sudu teh serbuk belacan
1 1/2 sudu the garam
4 sudu makan minyak masak
2 biji tomato | cincang
1 sudu makan gula
CARA MEMASAK:
Masukkan hirisan ayam dan udang dalam mangkuk, taburkan garam dan serbuk lada hitam. Gaul rata.
Masukkan campuran santan dalam mangkuk ayam dan udang. Gaul rata.
Seterusnya, masukkan telur yang telah dikacau tadi, gaul rata dan perap lebih kurang 30 minit.
Kemudian ambil daun pisang, letakkan di atasnya dua helai daun kesum. Diikuti dengan dua sudu bahan perapan tadi di tengah daun pisang.
Bungkus dan kemaskan bungkusan dengan lidi pencucuk
Lakukan sehingga bahan perapan habis.
Panaskan pengukus, kemudian masukkan dalam pinggan dan kukus lebih kurang 20 minit.
Cara membuat sambal tomato.
Campurkan cili merah , bawang merah, bawang putih, garam, belacan di dalam mangkuk pengisar. Kisar hingga halus dan masukkan dalam mangkuk.
Gunakan pengisar yang sama, kisar pula tomato, keluarkan dan ketepikan.
Tuangkan pes cili tadi di dalam kuali, masak atas api sederhana.
Kacau selalu hingga timbul minyak.
Masukkan pula tomato kisar tadi, kacau hingga pekat dan tambahkan gula.
Masak satu minit lagi, tutup api.
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Siapa suka sardin jom buat menu simple dan sedap ni.Kari Sardin ni kalau tak ada nasi,sedap juga dicicah dengan roti bakar memang boleh habis sepinggan. Jom kita buat untuk menu sahur nanti pun menarik ni.
Kari Sardin
Bahan-bahan:
1 tin besar sardin ayam brand atau king cup-beli online di sini
Kerabu pucuk paku salad ala kampung yang punya banyak khasiat. Salah satu resipi kerabu yang sangat popular dan mudah disediakan. ia juga mempunyai nutrisi seperti zat besi dan juga vitamin A.
Nak makan dengan nasi atau ratah macam tu sahaja pun dah cukup sedap. Letak kelapa, perah limau buatkan kerabu ini lebih istimewa kaya dengan pelbagai rasa.
Yang sukakan sayur tu memang wajib cuba buat kerabu pucuk paku ini. Cukup rasa dan punya khasiat yang tinggi.
KERABU PUCUK PAKU
BAHAN-BAHAN ASAS:
2 – 3 ikat pucuk paku (disiang tapi ambil bahagian yang muda sahaja kemudian basuh bersih dan celur seketika dalam air yang di didihkan)- bubuh sikit garam dalm air.
Sebiji kecil kelapa (parut – sangai macam hendak buat kerisik tapi jangan sampai warna coklat gelap sangat)
BAHAN TUMBUK:
5 biji cili merah
1 biji bawang besar
1 sudu makan belacan yang digoreng terlebih dahulu
1 sudu makan udang kering- di cuci bersih & rendam air panas 10minit…toskan
1 sudu kecil serbuk lada hitam (kasar)
BAHAN PERASA:
garam
gula
6-7 biji perahan limau kasturi
serbuk perasa (pilihan)
CARA MENYEDIAKANNYA:
Bahan yang sudah ditumbuk campurkan dengan bahan asas
Perasakan bahan yang sudah dicampur. Gaul rata.
Akhir sekali masukkan pucuk paku yang sudah dicelur. Gaul lagi hingga rata.
INFO:
Boleh tambahkan kerang yang sudah direbus.
Jika mahu rasa lagi pedas boleh tambahkan cili padi.
Datin Nurulhuda Yaacob, walaupun katering meletop-letop dan berkejar sana sini tapi tauke ini masih masak untuk kateringnya. Katanya bukan tak harap pekerja tetapi ia satu kepuasan dan mahu yang terbaik untuk pelanggannya.
Admin Rasa sempat menjamah empat resipi yang terbukti sedap sesangat bila kami sempat singgap di dapurnya Jadi berikut dikongsikan resipi daripada Datin Nurul, katanya ilmu yang ada lebih baik dikongsi. Boleh juga cuba sebagai hidangan pikat hati mentua hujung minggu ni…
BOTOK-BOTOK IKAN
BAHAN-BAHAN:
4 keping ikan tenggiri
6 sudu makan rempah kari ikan
1 sudu makan kerisik
4 ulas bawang besar | dikisar
2cm halia |dikisar
250ml santan pekat
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Daun pisang | dilayukan atas api kecil
Bahan Ulam:
Sedikit pucuk ubi
Sedikit pucuk daun gajus
Sedikit daun selom
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan dan rendam dengan air garam dalam lima minit , kemudian toskan.
Campurkan semuabahan kecuali ulam ke dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati.
Bentangkan daun pisang dan letakkan campuran ulam.
Kemudian lentakkan campuran bahan yang digaul sebati di atas campuran ulam.
Lalu diselangkan dengan potongan ikan yang telah di toskan.
Bungkuskan seperti nasi
Sediakan pengukus, Bila air sudah menggelegak, kukus botok-botok sehingga masak.
GULAI TULANG BERSAMA PUCUK REBUNG MADU
BAHAN-BAHAN:
1 kg tulang lembu | direbus hingga empuk
2 pucuk rebung | direbus lima minit
1 tangkai daun kari
150gm rempah kari
3cm halia | dikisar
6 ulas bawang merah | dikisar
1kg santan pekat
2 sudu makan kerisik
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Tumiskan bahan yang dikisar dengan daun kari sehingga wangi.
Seterusnya masukkan adunan rempah kari dan tumis sehingga garing.
Masukkan pula air rebusan tulang, biar sehingga menggelegak.
Masukkan tulang lembu dan reneh lagi dengan api yang kecil dalam 20 minit.
Masukkan santan dan hirisan rebung.
Biarkan mereneh lebih kurang lima minit, kemudian siap untuk dihidang.
UDANG SAMBAL HIJAU
BAHAN-BAHAN:
15 ekor udang kertas saiz XL | bersihkan
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
12 biji cili hijau
5 biji cili padi |jika ingin pedas
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Goreng udang bersama serbuk kunyit hingga separuh masak. Ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis, tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan asam gelugor, udang, garam dan gula secukup rasa.
Masak sehingga kuah pecah minyak dan udang masak.
Angkat dan hidangkan.
SAMBAL SOTONG
BAHAN-BAHAN:
1 kilo sotong saiz XL | bersihkan dan tos.
3 biji bawang besar |dihiris
4 ulas bawang putih |dihiris
4 sudu makan pes cili kering
2 sudu besar air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis.
CARA MEMASAK:
Panaskan kuali tanpa minyak, golek-golekkan sotong beberapa minit sehingga air sotong keluar.
Kemudian angkat sotong dan toskan sekali lagi sehingga kering.
Sementara itu panaskan minyak dan tumis bahan yang dihiris sehingga wangi.
Selepas itu, masukkan pes cili kering dan tumis sehingga garing.
Masukkan pula air asam jawa, sedikit air dan garam serta gulasecukup rasa.
Akhir sekali masukkan sotong dan gaul sehingga masak.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...