Tak dinafikan, kuih tradisional Melayu memang menggamit selera untuk minum petang.
Kuih goreng selalu jadi pilihan sebab mudah disediakan dan enak walau sudah sejuk.

RASA tampilkan 4 resipi kuih goreng iaitu karipap inti daging, karipap inti kentang, donut dan keria. Empat
jenis kuih ini memang boleh jadikan minum petang anda sempurna.

KARIPAP PUSING INTI DAGING

4 Resipi Kuih Tradisional Goreng Untuk Minum Petang Yang Sempurna

BAHAN ADUNAN A
700 gram tepung gandum
3 sudu besar mentega (dicairkan)
250 ml air
Secubit garam

CARA MEMASAK
Satukan bahan dan uli sehingga lembut ketepikan

BAHAN ADUNAN B
1cawan mentega
1cawan minyak masak
300 gram tepung gandum

IKLAN

CARA MEMASAK
1.Cairkan mentega dalam periuk dengan api sederhana.
2.Masukkan mentega dan minyak masak ke dalam tepung gandum.
3.Masukkan air perlahan-lahan.
3.Uli sebati.

BAHAN INTI
Minyak masak untuk menumis
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih (dipotong dadu)
1 peket kecil serbuk kari
250 gram daging cencang
1 kg kentang (dipotong dadu)
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK
1.Tumis bawang besar dan bawang putih.
2.Masukkan serbuk kari.
3.Letakkan daging cencang. Kacau sehingga sebati.
4.Masukkan kentang dan sedikit air. Biarkan kentang masak. Gaul perlahan.
5.Masak sehingga air kering.

CARA PENYEDIAAN
1.Ambil Adunan A, leperkan.
2.Bulatkan Adunan B. Masukkan dalam Adunan A seperti inti kemudian bulatkan.
3.Gelekkan dan gulung tepung menjadi panjang.
4.Potong bulat-bulat dan canai leper.
5. Masukkan inti dan kelim tepinya.
6.Goreng karipap dalam minyak masak sehingga kekuningan. Angkat dan toskan.

KARIPAP INTI KENTANG

4 Resipi Kuih Tradisional Goreng Untuk Minum Petang Yang Sempurna

BAHAN DOH
1 kg tepung gandum
3 sudu besar mentega (dicairkan)
250 ml air
Secubit garam

IKLAN

CARA MEMASAK
1.Cairkan mentega dalam periuk dengan api sederhana.
2.Masukkan mentega dan minyak masak ke dalam tepung gandum.
3.Masukkan air perlahan-lahan.
4.Uli sebati.

BAHAN INTI
Minyak masak untuk menumis
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih (dipotong dadu)
1 peket kecil serbuk kari
1 kg kentang (dipotong dadu)
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK
1.Tumis bawang besar dan bawang putih.
2.Masukkan serbuk kari. Kacau sehingga sebati.
4.Masukkan kentang dan sedikit air. Biarkan kentang masak. Gaul perlahan.
5.Masak sehingga air kering.

CARA PENYEDIAAN
1.Ambil doh dan leperkan.
2.Gelek doh dengan penggelek.
5. Masukkan inti dan kelim tepinya.
6.Goreng karipap dalam minyak masak sehingga kekuningan. Angkat dan toskan.

DONUT GEBU

4 Resipi Kuih Tradisional Goreng Untuk Minum Petang Yang Sempurna

IKLAN

BAHAN-BAHAN
1 kg tepung gandum biasa
200 gram gula halus
1 camca teh garam halus
1peket yis mauripan
15 gram bread improver
500 ml air
1 biji telur ayam gred A
100 gram marjerin

CARA MEMASAK
1.Masukkan tepung, gula dan garam halus dalam mangkuk adunan.
2.Pasang mixer. Masukkan air sikit demi sikit sambil pecahkan telur.
3.Masukkan marjerin dan adun sampai kental.
4.Keluarkan daripada mixer. Biar kembang dan tumbuk-tumbukkan.
5.Timbang atau anggar 40 gram. Buat bulat-bulat seperti buat roti.
6.Susun atas loyang. Tunggu sampai kembang dua kali ganda baru goreng.
7.Semasa hendak goreng, masuk jari telunjuk di tengah-tengah.
8.Apabila sudah kekuningan, angkat dan toskan minyak.

CARA PENYEDIAAN
1.Salutkan dengan gula dan hidang bersama kopi panas.

KUIH KERIA

4 Resipi Kuih Tradisional Goreng Untuk Minum Petang Yang Sempurna

BAHAN-BAHAN
600 gram keledek
1 ¼ cawan tepung gandum
1 camca teh garam
Minyak masak untuk menggoreng.

BAHAN SIRA
½ cawan gula
1 cawan air

CARA MEMASAK
1.Potong keledek kepada 2 bahagian kemudian rebus bersama garam.
2.Biarkan keledek empuk.
3.Buang kulit keledek. Lenyek sehingga tidak berketul.
4.Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Masukkan garam.
5.Bulatkan doh dan buat lubang di tengah.
6.Goreng, angkat dan toskan.

CARA SIRA GULA
1.Masukkan gula dan air ke dalam periuk.
2.Masak hingga pekat.
3.Salut keledek dengan air sira.
4.Sejukkan dan hidang.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI