Ini idea bernas  yang boleh bantu anda yang tercari-cari menu untuk minum petang sambil layan keputusan PRU14. Mudah, senang dan sedap. Nak resipi ini ada empat resipi yang boleh anda pilih dan cuba ye.

4 Idea Menu Minum Petang Paling Sempoi

CHURROS BERSOS COKLAT

BAHAN-BAHAN:

  • 115gm mentega tanpa garam
  • 240ml air
  • 2 sudu teh gula halus
  • ¼ sudu teh garam
  • 110ml tepung serba guna
  • 3 biji telur
  • Minyak sayuran untuk menggoreng
  • Gula halus secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan air, mentega, gula dan garam di dalam periuk. Masak hingga mendidih atas api sederhana. Kecilkan api dan masukkan tepung dan gaul kira-kira satu minit.
  2. Keluarkan adunan tadi dan masukkan ke dalam mangkuk pengadun. Pukul dengan kelajuan perlahan dan masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.
  3. Setelah itu masukkan adunan pastri ke dalam beg paiping/pastri yang dipasang dengan nozel berbentuk bintang.
  4. Panaskan 10cm minyak dalam periuk sehingga suhunya mencecah 325 darjah C. Pegang beg pastri beberapa inci daripada minyak dan tekan adunan sepanjang 10cm dan potong dengan pisau.
  5. Goreng dan balikkan sehingga kuning keemasan. Angkat dan tos.
  6. Golek churros pada gula halus dan hidangkan bersama sos coklat.

4 Idea Menu Minum Petang Paling Sempoi

IKLAN

MUFIN PISANG BERSAMA KACANG WALNUT

BAHAN-BAHAN:

  • 115gm kacang walnut
  • 195gm tepung serba guna
  • 170gm gula halus
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • ¼ sudu teh soda bikarbonat
  • ¼ sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
  • 2 telur (gred A) ] pukul sedikit
  • 115gm mentega  ] cairkan dan sejuk
  • 3 biji pisang (454 gram) ] lenyek
  • 1 sudu teh esen vanila

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panggang kacang walnut di dalam ketuhar kira-kira 8 minit. Cincang kasar.
  2. Campurkan tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat, garam dan kulit kayu manis. Ayak.
  3. Dalam bekas berasingan masukkan telur, mentega, gula dan esen vanila. Gaul rata.
  4. Campurkan pisang lenyek.
  5. Kemudian tuangkan ke dalam adunan bahan kering (campuran tepung). Masukkan kacang dan kaup balik sehingga rata.
  6. Tuangkan ke dalam acuan muffin dan bakar pada suhu 180 darjah C selama 20 minit.
  7. Keluarkan dan sedia dinikmati.

4 Idea Menu Minum Petang Paling Sempoi

PUDING ROTI COKLAT

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 buku perisa roti buah-buahan
  • 120gm coklat gelap
  • 60gm coklat susu (milk chocolate)
  • 2 biji telur
  • 300ml double cream
  • 85gm gula kastor
  • 3 titis esen vanila
  • Sedikit mentega

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah C. Ketepikan.
  2. Untuk kastard coklat. Panaskan krim secara ‘double boil’.
  3. Sementara itu, pukul telur hingga kembang dan pekat. Kemudian tuangkan ke dalam krim.
  4. Masukkan esen vanila dan kacau. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan kacau sehingga adunan menjadi agak pekat.
  5. Tutup api dan angkat. Kemudian masukkan coklat sedikit demi sedikit dan kacau sebati sehingga adunan pekat dan berkilat. Ketepikan.
  6. Sapukan mentega pada kedua-dua bahagian roti, potong segi tiga dan susun di dalam loyang untuk lapisan pertama.
  7. Patahkan coklat susu dan tabur di atas roti. Susun roti untuk lapisan kedua. Kemudian tuang kastard coklat dan ratakan.
  8. Bakar selama 25 minit.
  9. Keluarkan dan sedia dinikmati.