1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan merah hingga wangi. 2. Masukkan hirisan fish cake, kacau seketika, masukkan Pak Choy, kacau rata tambahkan hirisan cili dan sos tiram. 3. Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tutup api, sayur sedia dihidangkan.
TERUNG GORENG SAMBAL DAGING KISAR
BAHAN-BAHAN:
3 biji terung panjang 250 gm daging kisar 3 sudu makan pes cili kering 1 sudu makan sos tiram 1 sudu makan sos tomato – beli online di sini ½ biji bawang besar | potong dadu – beli online di sini 2 ulas bawang putih | cincang halus Garam dan gula secukup rasa Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
1. Terung dipotong dua kemudian belah empat. Panaskan minyak, goreng terung dan ketepikan. 2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi. 3. Masukkan pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak. Tambahkan sos tomato dan daging kisar. 4. Setelah tumisan kering perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 5. Akhir sekali masukkan terung, kacau rata agar terung sebati dengan tumisan daging kisar. Tutup api dan sedia dihidangkan.
TUMIS KACANG PANJANG BERSAMA DAGING KISAR
BAHAN-BAHAN:
10 batang kacang panjang | potong 4cm 150gm daging kisar ½ biji bawang besar | hiris 2 ulas bawang putih | cincang halus 1 sudu makan sos tiram 3 biji cili padi | hiris – beli online di sini Sedikit hirisan cili benggala merah Sedikit minyak masak untuk menumis
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga wangi. 2. Masukkan daging kisar, kacau rata hingga bertukar warna. 3. Seterusnya masukkan kacang panjang dan cili benggala, kacau hingga kacang layu. 4. Perasakan dengan sos tiram. Setelah cukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan.
TUMIS KACANG BOTOL BERSAMA DAGING
BAHAN-BAHAN:
Ads
6 batang kacang botol | hiris serong 150gm hirisan daging rebus Sedikit hirisan cili Benggala Merah ½ biji bawang besar | hiris 2 ulas bawang putih | cincang halus 1 sudu makan sos tiram Minyak masak untuk menumis
CARA MASAK:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi. 2. Masukkan daging, kacau rata diikuti dengan kacang botol dan hirisan cili Benggala. 3. Apabila sayur layu, perasakan dengan sos tiram. Setelah masak, tutup api dan sedia dihidangkan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Perkembangan Terkini Isu Cacing Mati Ditemui Dalam Produk Ikan Dalam Tin
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan perkembangan terkini tentang laporan yang tular di laman media sosial berkaitan cacing mati yang ditemui dalam produk sardin dalam tin.
KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sedang menjalankan pemantauan ke atas produk ikan dalam tin (sardin dan mackerel) yang diimport serta di pasaran tempatan. Selain daripada 2 jenama produk ikan sardin yang telah dikesan mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp. sebelum ini iaitu TL Tan Lung dan TLC, hasil pemantauan terkini mendapati produk ikan sardin jenama Cinta, Sea Fresh dan HS Brand juga mengandungi cacing FilumNematoda daripada genus Anisakis spp..
Di samping itu, produk ikan mackerel dalam sos tomato jenama King Cup, Bintang dan TC Boy didapati mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.
Sehubungan itu, KKM telah mengambil tindakan penguatkuasaan di mana syarikat terlibat telah diarah menarik balik produk tersebut dari pasaran.
KKM juga telah mengenakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas terhadap pengimportan produk ikan dalam tin di semua pintu masuk negara. Tahan, Uji dan Lepas merupakan tindakan di mana sampel akan diambil untuk analisis dan produk tersebut hanya akan dilepaskan sekiranya keputusan analisis menunjukkan tiada pelanggaran dikesan iaitu dalam hal ini, cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.. Manakala bagi produk ikan dalam tin keluaran tempatan, verifikasi di semua kilang pengeluaran dijalankan oleh KKM.
Bagi produk ikan dalam tin, risiko kepada kesihatan adalah amat rendah kerana cacing tersebut telah mati disebabkan proses memasak atau pengetinan.
Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukan mana-mana pihak yang terlibat di dalam mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya yang memudaratkan kesihatan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah/Kawasan/Bahagian yang terdekat atau hubungi KKM melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq jika terdapat sebarang aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan.
Masakan ikan memang menjadi kegemaran ramai. Tambah pula jika dapat menikmati masakan yang diidamkan. Jika makan di kedai kadangkala tidak menepati cita rasa sebagaimana yang diinginkan. Nah apa kata masak resipi perkongsian Sheena ini. Istimewa dihidangkan untuk sekeluarga untuk sahur mahupun berbuka nanti.
IKAN SIAKAP GORENG TOM YAM
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap
4 biji bawang merah
5 batang cili padi
2 batang cili merah
2 biji tomato
3 batang serai
2 helai daun limau purut
Sedikit jus perahan limau nipis
3 sudu makan pes tomyam
2 sudu makan pes cili kering
Cara memasak:
1.Tumis bawang merah, serai,cili padi,tomato,cili merah dan daun limau purut.
2.Setelah bawang layu masukkan pes cili kering. Masak sehingga pecah minyak.
3. Setelah pecah minyak,masukkan pes tomyam.
4.Gaul rata dan perasakan dengan garam.
5.Tambah 1 cawan air. Biarkan mendidih.
6.Setelah mendidih,masukkan jus limau nipis.Tutup api apabila kuah mendidih.
7. Tuang kuah keatas ikan yg siap digoreng tadi.Sedia dihidang. (Tuang tanpa minyak)
Kredit: Sheena Cooking Passion
ADA YANG NAK MEMBELI KUALI NON STICK? BOLEH BELI DI SINI
Hidangan sup ringkas yang dimasak menggunakan bahan-bahan segar sememangnya sangat lazat. Penggunaan bahan berkualiti seperti makanan laut, isi ayam, daging dan telur memberikan rasa, aroma serta keenakan yang tersendiri. Ditambah pula dengan penambahan aneka sayur-sayuran berkhasiat serta rempah, menjadikan hidangan sebegini semestinya sangat bagus untuk dicuba dan disajikan buat keluarga lebih-lebih lagi di bulan puasa nanti.
1. SUP UDANG DAN NANAS
BAHAN-BAHAN:
300gm udang sederhana besar
1/2 biji nanas | dihiris
1 biji cili merah
2 biji cili padi
3 ulas bawang putih | dihiris
Sedikit daun bawang | dihiris
Air secukupnya
Sedikit minyak masak
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan. Kemudian masukkan kepingan buah nanas. Tumis seketika.
Seterusnya masukkan air dan biarkan merenih. Tambahkan cili merah dan cili padi.
Apabila kuah mendidih, masukkan udang dan biarkan sehingga masak.
Ubah suai rasa dengan menambah garam mengikut cita rasa anda.
Sedia untuk dinikmati.
2. SUP KAMBING BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
5 keping isi dan tulang kambing
1 biji bawang Bombay | dihiris
3 ulas bawang putih | dihiris
2 ulas bawang merah | dihiris
2 sudu makan serbuk rempah sup | tambahkan sedikit air supaya menjadi pes
1 kiub stok daging
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh herba basil
1 liter air
1 biji ubi kentang | dipotong kiub
Hirisan cili merah secukupnya
Hirisan daun bawang secukupnya
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang Bombay, bawang merah dan bawang putih sehingga layu. Kemudian masukkan pes rempah sup dan tumis seketika.
Masukkan daging serta tulang kambing dan gaul sebati. Tambahkan air dan kacau sebati. Perlahankan api dan biarkan sup merenih.
Tambahkan kiub stok daging, herba basil dan ubi kentang. Biarkan sehingga masak.
Perasakan dengan garam mengikut cita rasa anda.
Hidangkan bersama hirisan cili merah dan daun bawang.
3. SUP KELAPA DAGING BAKAR
BAHAN-BAHAN:
300gm daging batang pinang
1 biji air kelapa
1 kiub stok ayam
100gm isi kelapa | dihiris nipis
2 biji cili padi merah | dihiris nipis
Daun bawang untuk hiasan
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Lumurkan garam pada daging dan bakar pada suhu 150C selama satu jam. Setelah masak, rehatkan daging seketika dan barulah dihiris nipis. Ketepikan seketika.
Masukkan air kelapa ke dalam periuk dan panaskan. Tambahkan stok ayam dan reneh sehingga sedikit mendidih.
Seterusnya masukkan daging bakar dan perasakan dengan serbuk lada sulah dan garam dengan secukupnya.
Setelah mendidih, padamkan api dan taburkan cili dan daun bawang sebelum dihidangkan.
4. SUP EKOR PANGGANG
BAHAN-BAHAN:
5 ketul ekor lembu
3 ulas bawang putih | diketuk
1 biji bawang bombay | dimayang
2 kiub stok daging
2 liter air
3 biji tomato ranum | dibelah empat
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan ekor lembu, bawang putih, bawang Bombay dan air ke dalam periuk. Rebus sehingga empuk.
Kemudian masukkan stok daging. Reneh menggunakan api perlahan. Tambah air jika perlu.
Masukkan buah tomato dan perasakan dengan garam serta serbuk lada sulah dengan secukupnya.