Pai dan Quiche dua-dua pun menu yang sungguh lazat dam mengenyangkan. Kalau nak elak makan nasi, boleh aje makan kedua jenis menu ini. Inti daging, ayam dan keladi dikongsikan dalam tiga resipi ni.
Jika pai menggunakan pastri lapis @ puff, quiche pula biasanya menggunakan jenis pastri rapuh.
Selain inti kulit pai juga penting, mempengaruhi keenakan rasa pai dan quiche ini. Jom semak tiga resipi pai dan quiche gerenti sedap nih.
BEEF PITHIVIER @ PAI DAGING
BAHAN PITHIVIER:
3 keping doh pastri lapis @ puff pastri | boleh didapati di kedai bakeri dan pasaraya 1 biji telur | untuk disapu atas pastri lapis
BAHAN INTI:
500gm daging lembu | dicincang 100gm lobak merah | dipotong dadu kecil – beli online di sini 1 labu bawang Holland | dipotong dadu kecil – beli online di sini 1 batang daun saderi | dipotong dadu kecil 6 biji cendawan butang segar | dipotong dadu kecil 3 ulas bawang putih | dicincang halus 3 ulas bawang putih | dicincang halus 3 sudu teh serbuk sos perang 5 sudu makan minyak masak Garam & lada sulah secukup rasa
Dapatkan Muzy Stainless Steel Drill-Free Rackdengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMBUAT INTI:
1. Panaskan minyak dan masukkan bawang holland dan masak sehingga layu. 2. Masukkan daging cincang, bawang putih, halia, serbuk sos perang. Selepas itu masukkan lobak merah dan daun saderi. 3. Kacau hingga masak dan akhir sekali masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. Sejukkan dan letakkan inti ke atas 1 lapisan pastri lapis.
4. Tutup inti tadi dengan 1 lagi lapisan pastri lapis dan tekan sisi pastri lapis dengan garpu supaya tertutup rapat. Kelar di permukaan pastri. 5. Sapu dengan telur untuk mendapat kemasan warna kuning keemasan. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180°C selama 25-30 minit.
Saiz hidangan: 4 orang Waktu memasak: 30 – 50 minit Cara memasak: Tumis dan bakar Jenis masakan: Sajian barat fusion Keistimewaan: Sajian ringkas dan berkhasiat dengan gabungan inti daging dan sayuran
INFO CHEF: Panaskan ketuhar hingga 180°C dahulu supaya pastri lapis naik dan dibakar dengan rata.
Kredit resipi: Chef Mohd Zamri Idris, Pensyarah di Taylor’s University
2 biji keladi besar 80gm gula perang 25gm mentega 60gm kismis 250gm kacang walnut | dibakar dan ditumbuk 1 biji lemon | diambil jus 100ml susu segar
CARA BUAT DOH:
1. Adun bahan A hingga sebati, masukkan bahan B dan putar hingga rata 2. Masukkan bahan C yang telah diayak dan gaul sehingga sempurna. Rehatkan doh selama 15 minit.
3. Keluarkan doh dan canai di antara 2 helai pembalut plastik mengikut ketebalan dan saiz dan masukkan ke dalam acuan pai dengan kemas dan bakar dengan menggunakan suhu 180°c selama 10 minit.Kemudian keluarkan dari oven dan sejukkan. 4. Sementara menunggu kulit pai masak, sediakan crumble terlebih dahulu dengan mencampurkan kesemua bahan (D)dalam satu bekas dan gaulkan menggunakan hujung jari sahaja hingga menjadi seperti serbuk roti,dan ketepikan dahulu.
CARA MASAK INTI:
1. Kupaskan kulit keladi dan potong menjadi dadu. Rebus keladi sehingga masak dan ketepikan seketika. 2. Masak mentega dan gula perang sehingga larut, kemudian masukkan perahan jus lemon,susu segar ,kismis dan walnut kacau sehingga sebati dengan api yang sederhana besar. 3. Akhir sekali masukkan keladi yang telah direbus tadi dan kacau sebati hingga pekat 4. Kemudian isikan inti ke dalam kulit pie yang dah siap dimasak tadi sehingga penuh, dan taburkan crumble di atas permukaan pai sebelum dibakar sekali lagi di dalam ketuhar dengan suhu 180 °c selama 40 minit. 5. Setelah dimasak sejukkan dan siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan: 3-4 orang Waktu memasak: 1 jam Cara memasak: Bakar Keistimewaan: Inti keladi bersama kacang walnut menjadikan pai ini cukup unik dan sedap rasanya Jenis masakan: Pai (pastri)
INFO CHEF: Pastri akan menjadi retak jika pai dibakar terlalu lama.
Kredit resipi: Kolej Yayasan Felda Pahang, Feldajaya Timur Mempaga, Karak, Pahang
CHEEZY CHICKEN QUICHE
BAHAN KULIT PAI:
250gm tepung gandum 150gm mentega Secubit garam 60-80ml air
Ads
BAHAN INTI QUICHE:
BAHAN A:
160gm bawang holand | dihiris 3 sudu besar minyak masak
200gm susu segar 150gm whipping krim 20gm tepung gandum Garam secukup rasa Lada sulah secukup rasa 2gm serbuk kulit kayu manis
CARA MEMBUAT KULIT PAI:
1. Potong dadu mentega menjadi potongan kecil dan gaulkan dengan tepung menjadi seperti serbuk roti. 2. Tambah dan adun menjadi doh. Bentukkan ia menjadi bebola dan leperkan. Balut dengan pembalut plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 20 minit. 3. Canaikan doh di antara 2 helai pembalut plastik menjadi 3mm tebal dan sedia digunakan di dalam acuan pai. 4. Canaikan doh pastri tadi dan masukan dalam acuan pai, cucuk pastri dengan garfu dan bakar di dalam ketuhar dengan suhu 190 C selama 15 minit
CARA MEMBUAT INTI:
1. Tumiskan bahan (A) sehingga bawang menjadi perang dan lembut biarkan sehingga sejuk. 3. Masukkan bahan (A) yang telah sejuk ke dalam kulit pastri, masukkan bahan(B) dan (C) di atas. 4. Pukul bhn (D) hingga rata dan tapiskan, tuangkan ke dalam kulit pastri yang sudah siap dibakar tadi. 5. Bakar pada suhu 200oc selama 15 minit. Keluarkan dan siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan: 3-4 orang Waktu memasak: 1 jam Cara memasak: Bakar Keistimewaan: Kulitnya yang rapuh dan sedap dengan inti ayam berkrim penuh berperisa Jenis masakan: Pai
INFO CHEF: Pastri akan menjadi retak jika pai dibakar terlalu lama. Untuk inti, jangan terlalu lama masak setelah krim whipping dimasukkan.
Ads
Kredit resipi: Kolej Yayasan Felda Pahang, Feldajaya Timur Mempaga, Karak, Pahang
Kelas Online Rasa kini kembali & ia PERCUMA!
Nak belajar buat aneka juadah minum petang yang ringkas dan sedap? Jom sertai Kelas Online RASA bersama Chef Azreen, founder Dapur Kakhajjah.
Kelas Online Minum Petang
Tarikh: 10 September 2022 (Sabtu) Masa: 10.30 pagi Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Makan besar Hujung Minggu. Sesekali menjamu keluarga makan besar dengan hidangan BBQ tentunya menjadi ingatan yang sukar dilupakan oleh ahli keluarga. Sama-sama menyediakan hidangan, memangang dan diakhiri dengan menikmati hidangan sungguh menyelerakan. Terbukti makanan juga berjaya mengikat silaturahim kekeluargaan. Chef Roslan, Pemilik Ryndu Hot & Grill ni bermurah hati berkongsi resipi. Jika ingin mencuba air tangan Chef Roslan sendiri bolehlah berkunjung ke Restorannya di Wangsa Maju.
BBQ HONEY CHICKEN WINGS
BHAHAN-BAHAN:
8 ketul kepak ayam
3 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
3 sudu makan kicap manis
5 sudu makan sos lada hitam
3 sudu makan sos tiram
4 sudu makan madu
2 sudu makan jus lemon
1 sudu makan minyak jagung
Garam secukup rasa
Bijan putih untuk ditaburkan atas ayam
CARA MEMASAK:
Kepak ayam dibersihkan dan ditoskan.
Gaul semua bahan bersama kepak ayam kecuali bijan dan perap selama 2-3 jam.
Bakar sehingga kepak ayam masak kekuningan .
INFO CHEF: Untuk perapan lebih baik simpan ayam yang telah diperap dalam peti sejuk.
BBQ LAMB RIBS
BAHAN-BAHAN:
6 keping tulang rusuk kambing | di cuci dan di toskan
2 ulas bawang putih | ditumbuk
3cm halia | ditumbuk
4 sudu makan Lee Kum Kee Marinade Sauce
4 sudu makan sos tiram
4 sudu makan sos barbecue
3 sudu makan madu
1 biji ketang | belah 4 dan panggang
1/2 biji cili Bangala | panggang
1/2 biji bawang Holland | panggang
CARA MEMASAK:
Gaulkan tulang rusuk bersama bahan tumbuk dan semua sos.
Masukkan dalam bekas bertutup dan perap sekurang-kurangnya dua jam.
Kemudian panggang hingga masak. Hidangkan bersama sos yang sesuai berserta dengan salad.
INFO CHEF: Semasa memanggang tuangkan lebihan bahan perapan ke atas tulang rusuk yang dibakar.
GRILLED LEMON & YOGURT CHICKEN
BAHAN-BAHAN:
8 keping bahagian paha ayam
1 cawan yogurt putih
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
3 cm halia | cincang
1 biji cili hijau
1/2 sudu teh kunyit
3/4 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
3/4 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Kisar bawang putih, bawang merah, halia dan cili hijau.
Campurkan bahan kisar dengan yogurt, serbuk kunyit, cili, ketumbar serta garam.
Kemudian gaulkan dengan ayam dan perap sekurang-kurangnya dua jam.
Bakar hingga masak.
INFO CHEF: Hidangan ini sesuai dihidangkan dengan sos Lada Hitam atau sos BBQ.
BBQ DRUMSTIK
BAHAN-BAHAN:
ketul paha ayam
3 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
3 sudu makan kicap manis
5 sudu makan sos lada hitam
3 sudu makan sos tiram
4 sudu makan sos BBQ
2 sudu makan jus lemon
CARA MEMASAK :
Bersihkan paha ayam dan toskan.
Gaul semua bahan bersama paha ayam.
Perap selama 2-3 jam dalam peti sejuk.
Bakar sehingga masak atau kekuningan.
Hidangkan bersama salad, lobak merah, cili Bangala pangang dan sos cili.
INFO CHEF: Jika ingin segera dipanggang atau bakar, boleh kelar-kelar paha ayam supaya bahan perapan cepat sebati dengan daging.
SAVOURY MARINATED STEAK
BAHAN-BAHAN PERAP :
180gm Striploin beef
1 sudu makan herba campur
½ sudu makan paprika
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
Perapkan selama lima minit
BAHAN SOS SAVOURY
3 sudu makan sos BBQ
1 sudu makan serbuk lada hitam
*campur kedua-dua bahan, kacau hingga sebati
CARA MEMASAK :
Gaulkan kepingan daging dengan bahan perapan. Perap selama lima minit.
Kemudian, panggang daging lebih kurang 15 minit untuk kedua-dua belah daging.
Setelah masak, hidangkan dengan sos dan hiaskan dengan kentang panggang, cili Bangala panggang, hirisan lemon dan salad segar.
INFO CHEF:Jika suka boleh juga ditambahkan dengan jagung rebus dankentang putar. Ikut selera anda.
Roti enak gebu dan lembut, keluar panas-panas dari oven , huh, tak boleh ceritalah nikmatnya.
Yang penting cara ulinya kena betul dan gunakan bahan bermutu. Jom cuba aneka resipi roti buku (loaf) yang enak ni.
1.HEAVY WHOLEMEAL LOAF
BAHAN-BAHAN DOH:
500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
100gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )
20gm Tepung susu lemak penuh
8gm Garam halus
50gm Lemak Sayuran tanpa hydrogenasi
11gm Yis kering
5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan
450gm Air sejuk
120gm Serat gandum kasar
20gm Brown Malt Flour – pilihan untuk warna perang pada roti
CARA MEMASAK: 1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin penguli roti. 2. Uli sehingga doh menjadi boleh diregang. Sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza beza. 3. Kemudian keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm setiap satu. 4. Bulatkan doh dan rehatkan sebentar ( 5 minit). Doh perlu direhatkan supaya kulit pada permukaan doh akan licin dan proses seterusnya akan lebih mudah. 5. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung daripada bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak. 6. Kelim doh dengan cermat dan kemas supaya proses pengembangan dan pembakaran akan serata dan tidak merekah kerana bahagian yang di kelim tidak kemas. 7. Letakkan doh di dalam acuan loaf yang sudah disembur dengan pan coating / shortening. 8. Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda. 9. Keluarkan doh yang sudah kembang. 10. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau apabila ia berwarna perang keemasan.
INFO CHEF : Doh itu boleh diregangkan dan menghasilkan lapisan yang nipis kerana gluten yang terdapat di dalam tepung gandum terhasil di sebabkan proses menguli dan kelembapan.
Saiz Hidangan : 4 biji doh Waktu Memasak: 3 jam Jenis Hidangan : Roti Keistimewaan : Roti yang menyihatkan Cara Memasak : Bakar Anggaran harga: RM20-RM30
2. 7 GRAINS LOAF
BAHAN-BAHAN DOH:
500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
70gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )
30gm Tepung susu lemak penuh
8gm Garam halus
50gm Lemak Sayuran tanpa hydrogenasi
11gm Yis kering
5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan
450gm Air sejuk
50gm Serat Gandum kasar
150gm – Bijian Campuran – 7 jenis
20gm Brown Malt Flour – pilihan untuk warna perang pada roti
CARA MEMASAK: 1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin penguli roti. 2. Uli sehingga doh menjadi extensible dan meregang. Doh boleh diregangkan dan menghasilkan lapisan yang nipis kerana gluten yang terdapat di dalam tepung gandum terhasil di sebabkan proses menguli dan kelembapan. 3. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm. Sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza-beza. 4. Bulatkan doh dan rehatkan sebentar, sekitar lima minit. 5. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung daripada bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak. 6. Setelah itu, kelim doh dengan kemas supaya proses pengembangan dan pembakaran akan serata dan tidak merekah. 7. Letakkan doh yang telah siap dikelim ke dalam acuan loaf yang sudah disemburkan dengan pan coating / shortening. 8. Kemudian kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda. 9. Keluarkan doh yang sudah kembang. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau perang keemasan. Info chef: Doh direhatkan supaya kulit pada permukaan doh akan licin dan proses seterusnya akan lebih mudah.
Saiz Hidangan : 4 biji doh Waktu Memasak: 3 jam Jenis Hidangan : Roti Keistimewaan : Mengandungi tujuh jenis bijirin Cara Memasak : Bakar Anggaran harga: RM20-RM30
3. GREEN TEA LATTE LOAF
BAHAN-BAHAN DOH:
500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
100gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )
8gm Garam halus
50gm Lemak sayuran tanpa hydrogenasi
11gm Yis kering
5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan
250gm Air sejuk
30gm serbuk teh hijau
50ml Espresso Double Shot
CARA MEMASAK: 1. Pertama, campurkan serbuk teh hijau bersama Espresso Double Shot untuk membentuk Green Tea Latte. Ketepikan. 2. Setelah itu, masukkan kesemua bahan di atas termasuk Green Tea Latte ke dalam mesin penguli roti. Uli sehingga doh menjadi extensible (regang). Sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza-beza. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm. 3. Bulatkan doh dan rehatkan sekitar lima minit. 4. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung daripada bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak. 5. Setelah itu, kelim doh dengan cermat. 6. Letakan doh di dalam acuan loaf yang sudah di spray dengan pan coating / shortening. 7. Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda. 8. Keluarkan doh yang sudah kembang. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau setelah berwarna perang keemasan. 9. Keluarkan dan sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan panas-panas.
Saiz Hidangan : 4 biji doh Waktu Memasak: 3 jam Jenis Hidangan : Roti Keistimewaan : Rasa teh hijau yang beri keunikan pada roti Cara Memasak : Bakar Anggaran harga: RM20-RM30
4. HONEY OAT LOAF
BAHAN-BAHAN UNTUK DOH:
500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
80gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )
30gm Tepung susu lemak penuh
8gm Garam halus
60gm Lemak sayuran tanpa hydrogenasi
11gm Yis kering
5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan
350gm Air sejuk
150gm – Oat Bermadu ( seperti dia atas )
150gm Oat
100gm Madu
1. Untuk membuat oat madu; Campurkan Oat dan Madu ke dalam mangkuk dan gaul rata. 2. Gunakan parchment paper untuk melapik dulang dan tuang oat yang bercampur madu. Ratakan. 3. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 120 C selama 15 minit kemudian sejukkan. 4. Untuk membuat doh roti; Masukkan kesemua bahan termasuk oat madu (tinggalkan sedikit) yang telah dihasilkan tadi ke dalam mesin penguli roti. 5. Uli sehingga doh menjadi extensible atau meregang. Anda boleh sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza-beza. 6. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm. Bulatkan doh dan rehatkan selama lima minit. 7. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung dari bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak. 8. Kelim doh dengan cermat. Letakkan doh yang siap dikelim ke dalam acuan loaf yang sudah disemburkan dengan pan coating / shortening. 9. Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda. 10. Keluarkan doh yang sudah kembang, sembur dengan air dan baki oat madu yang ditinggalkan tadi. 11.Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau perang keemasan.
Info chef:Pastikan anda kelim doh dengan kemas untuk menggelakkan ia merekah ketika proses pengembangan dan pembakaran serta masak serata.
Saiz Hidangan : 4 biji doh Waktu Memasak: 3 jam Jenis Hidangan : Roti Keistimewaan : Rasa madu dan oat yang sedap Cara Memasak : Bakar Anggaran harga: RM20-RM30
5. DARK CHARCOAL LOAF
BAHAN-BAHAN DOH:
500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
100gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )
30gm Tepung susu lemak penuh
8gm Garam halus
50gm Lemak Sayuran tanpa hydrogenasi
11gm Yis kering
5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan
350gm Air sejuk
30gm Black Charcoal Powder
20gm Brown Malt Flour
CARA MEMASAK: 1. Masukkan kesemua bahan bahan ke dalam mesin penguli roti. 2. Uli sehingga doh menjadi extensible atau meregang. Boleh diregangkan dan menghasilkan lapisan yang nipis kerana gluten yang terdapat di dalam tepung gandum terhasil di sebabkan proses menguli dan kelembapan. 3. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm. 4. Bulatkan doh dan rehatkan selama lima minit. Doh direhatkan supaya kulit pada permukaan doh akan licin dan proses seterusnya akan lebih mudah. 5. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung dari bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak. 6. Kelim doh dengan cermat. Letakkan doh yang di dalam acuan loaf yang sudah sembur dengan pan coating / shortening. 8. Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda. 9. Keluarkan doh yang sudah kembang. 10. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau perang keemasan.
Info chef: Warna roti yang gelap pasti memberikan satu tarikan tersendiri.
Saiz Hidangan : 4 biji loaf Waktu Memasak: 3 jam Jenis Hidangan : Roti Keistimewaan : Rasa yang amat berbeza Cara Memasak : Bakar Anggaran harga: RM20-RM30
Tercuit hati melihatkan kemesraan penyanyi muda Ismail Izzani dengan Datuk Chef Wan. Chef Wan membahasakan dirinya sebagai atuk kepada Ismail, iyelah beza jurang tiga generasi tu ibarat pangkat cucu tu. Gurau senda dan gelak ketawa menyulami sembang mereka.
Dapur hari tu berkumandang nyanyian Ismail menceriakan Datuk Chef Wan pada hari itu. Anak kepada Datin Suliza Salam bukan sahaja mewarisi wajah ibunya tetapi juga kemerduan suaranya.
Dalam episod Rasa Nostalgia Ramadan musim kedua, episod ke 16 Chef Wan seronok melayan ‘kerenah’ Ismail yang kelihatan mesra sekali dengan ‘atuknya’. Ismail memang pandai mengambil hati dan menghormati orang tua.
Ismail menunjukkan minat masak bila sempat bertanya apa rahsia memasak Chef Wan yang menjawab.”Memasak ni kena penuh minat dan kegembiraan dengan niat untuk menggembirakan hati orang lain yang menikmatinya”.
Bagi yang tak berkesempatan menyalin resipi ni dia tiga masakan dari dua selebriti ini.
1. NASI MINYAK
BAHAN-BAHAN:
125 ml minyak sapi
10 biji bawang merah kecil (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
2 helai daun pandan (cerai-ceraikan)
1 kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
10 biji badam
125 ml stok ayam
4 sudu besar susu sejat
125gm beras basmathi
4 sudu besar air mawar
Saffron
Halia
Garam
Kismis hitam & kuning (kisar)
Kismis hitam & kuning (tidak kisar) Bahan hiasan :
Bawang goreng
Kismis
Kacang
Badam goreng
Daun ketumbar CARA MEMASAKNYA : 1. Panaskan minyak sapi dalam periuk. 2. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih sehingga naik bau. 3. Seterusnya masukkan daun pandan, bawang merah kecil, halia, dan bawang putih yang dihiris halus. Kacau sehingga warna keperangan dan naik bau. 4. Masukkan kismis hitam dan kuning yang telah dikisar ke dalam periuk dan sedikit badam. 5. Setelah itu, masukkan beras basmathi, kismis dan dikacau bagi sebati. 6. Masukkan stok ayam dan susu sejat. Kacau beras bagi sebati. 7. Masukkan saffron, garam dan biji badam ke dalam periuk. 8. Tuangkan air mawar dan masukkan lagi biji badam. Tunggu sehingga nasi siap masak. 9. Letakkan bahan-bahan hiasan setelah nasi siap dimasak.
2. KURMA AYAM
BAHAN-BAHAN :
½ ekor ayam (dipotong)
3 biji kentang, kupas dan belah 4 setiap 1, rendam
2 biji tomato merah, didadu
1 biji cili merah, belah 2
1 biji cili hijau, belah 2
1 biji bawang besar belah 4
½ cawan pati santan
1 camca besar bawang goreng
2 ½ camca besar penuh rempah kurma
3 sudu makan yoghurt perisa asli
Minyak masak
Asam gelugor
Garam
Gula
Air
Bahan Kisar:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji buah keras
Daun pudina
Bahan Tumis:
2 tangkai daun kari
1 biji bawang besar, hiris
3/4 camca teh jintan kasar
3/4 camca teh jintan halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Halia
Bawang putih
Daun pandan
Bahan Hiasan: Daun pudina Daun ketumbar Limau kasturi
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia. 2. Masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga, jintan halus dan jintan kasar. Tumis sehingga wangi. 3. Masukkan daun pandan, daun pudina, dan semua bahan kisar ke dalam periuk. 4. Masukkan rempah kurma, ayam, santan dan air. Kacau bagi sebati dan reneh sampai ayam masak. 5. Masukkan garam, gula, kentang dan tomato. Reneh sehingga kentang empuk. 6. Masukkan bawang goreng dan bahan-bahan hiasan. Hidangkan panas dengan nasi.
3. POPIA SAMBAL
BAHAN-BAHAN:
Kulit popia
1 sudu besar tepung gandum (bancuh guna air 4-5 sudu besar untuk jadikan pelekat)
Bahan Inti:
1/2 biji kobis (hiris nipis)
2 batang lobak merah (sagat)
3 biji tauhu (goreng dan potong dadu)
½ biji sengkuang (hiris nipis)
10 ekor udang (dicincang halus)
3 ulas bawang putih (dicincang)
Sos tiram
Kicap cair
Daun ketumbar
Garam
Serbuk lada sulah
2 sudu besar minyak
Minyak untuk menggoreng Bahan hiasan:
Bawang goreng
Bijan
Bahan sos :
3 sudu besar cili kering kisar
3 ulas bawang putih (cincang halus)
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
Kismis
Bawang merah
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih dan udang. 2. Masukkan tauhu, kicap cair, sos tiram, dan semua sayuran. Kacau sehingga agak layu. 3. Masukkan daun ketumbar, bawang goreng, bijan dan sedikit garam. 4. Tutup api dan biarkan sejuk seketika. 5. Ambil sekeping kulit popia dan masukkan inti. Gulung dan sapu bancuhan tepung gandum pada hujung gulungan. Buat hingga siap. 6. Goreng gunakan api sederhana hingga betul-betul garing. Toskan dan angkat.
TERUSKAN MENONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN MUSIM KEDUA SEPANJANG RAMADAN INI
Teruskan menonton Rasa Nostalgia Ramadan dengan resipi yang menarik dan menyelerakan dari Datuk Chef Wan bersama artis dan selebriti jemputan yang lain berkongsi masakan yang menjadi nostalgia Ramadan masing-masing.
Rasa Nostalgia Ramadan musim kedua bersiaran dari Isnin hingga Jumaat, setiap jam 5 petang di Astro Prima di saluran 125 dan Prima HD di 105.
Tak sangka, hanya dari secawan kopi, perpaduan rakyat Malaysia boleh tercetus. Kopitiam Xin Aun Nong Yong yang nampak biasa ini rupanya tersimpan nostalgia tentang...