Sedapnya ayam golek. RASA kongsikan tiga jenis resipi ayam golek yang pasti memikat selera. Ada yang manis, ada yang pedas dan ada yang lemak santan. Pilihlah mana yang korang suka. Pasti puas hati.
AYAM GOLEK THAI SOS
BAHAN PERAPAN AYAM GOLEK
1 ekor ayam | bersih dan tos
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
Garam secukupnya
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Ads
BAHAN SOS THAI
Minyak masak untuk menumis
4 ulas bawang putih | cencang
4 biji cili merah | kisar kasar
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan cuka
Sedikit daun ketumbar | hiris
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK
1. Gaulkan ayam dengan bahan perapan iaitu serbuk kunyit, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan garam. Kemudian perap 30 minit.
2. Panaskan minyak masak. Goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
3. Untuk membuat sos Thai, panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan cili merah. Kacau hingga pecah minyak.
4. Seterusnya masukkan sos cili, cuka dan hirisan daun ketumbar.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
6. Tutup api, tuangkan sos ke atas ayam dan hidangkan.
Selamat mencuba!
AYAM GOLEK SAMBAL MERAH
BAHAN PERAPAN AYAM
1 ekor ayam | bersih dan tos
Garam secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN SAMBAL
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
3 biji bawang besar | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
6 cm halia | kisar
2 batang serai | kisar
3 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan air asam jawa
100 ml susu cair
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK
1. Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Perap sekejap.
2. Panaskan pengukus, kukus ayam lebih kurang 15 minit, angkat dan toskan.
3. Panaskan minyak masak dalam kuali, goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan siapkan dalam pinggan hidangan.
4. Untuk menyediakan sambal. Keluarkan minyak masak, tinggal sedikit untuk menumis. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, serai dan pes cili kering hingga wangi. Kacau rata.
5. Selepas beberapa minit, masukkan air asam jawa, susu cair, garam dan gula.
6. Kecilkan api, biarkan kuah sambal mereneh seketika dan timbul minyak.
7. Tutup api, dan tuangkan sambal di atas ayam golek yang telah digoreng tadi.
Selamat mencuba!
Ads
AYAM GOLEK PERCIK
BAHAN PERAPAN AYAM
1 ekor ayam | bersihkan
Garam secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh lada sulah
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
BAHAN SOS PERCIK
4 biji bawang besar | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
4 cm halia | kisar
3 cm lengkuas | kisar
3 cm kunyit hidup | kisar
3 biji cili merah | kisar
3 batang serai | kisar
1 liter santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
Ads
CARA MEMASAK
1. Untuk menyediakan ayam golek, gaulkan ayam dengan bahan perapan.
2. Panaskan pengukus dan kukus lebih kurang 15 minit. Angkat dan ketepikan.
3. Panaskan minyak masak dalam kuali. Goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan letakkan di atas pinggan hidangan.
4. Untuk membuat sos, panaskan sedikit minyak masak.
5. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup, cili merah dan serai hingga naik bau.
6. Masukkan pula santan, garam dan gula secukupnya.
7. Apabila kuah mula pekat, kecilkan api. Biar kuah mereneh hingga timbul minyak.
8. Akhir sekali, tutup api dan tuangkan kuah di atas ayam sebelum dihidangkan.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Dumpling antara masakan Cina yang sudah terbiasa dengan selera kita. Jika selalu menikmatinya di restoren apa kata cuba pula buat sendiri.
Lagi pun ada resipi mudah dikongsi untuk menghasilkan dumpling iaitu dengan menggunakan rice paper saja. Kalau ada lebihan rice paper di rumah boleh terus buat.
Selain itu kelebihan buat sendiri dumpling ini, intinya boleh dipelbagaikan ikut citarasa selain boleh direbus, dikukus, atau digoreng. Bagi yang sedang diet, boleh gunakan sayur-sayur seperti yang dikongsi oleh Shaa Zainol.
Resipi dumpling guna rice paper
Bahan-bahan:
Ayam/Daging kisar
Bawang Holland/Besar
Bawang Putih
Daun Sup & Bawang
Lobak merah
Kubis
Serbuk perasa
Garam secukup rasa
Sos tiram
Lada sulah
1 sudu besar tepung jagung
Rice paper
Cara membuat:
1. Hiris halus bawang dan sayur-sayuran. Satukan kesemua bahan dan gaul sebati. Tak perlu masak.
2. Basahkan rice paper supaya tak pecah dan senang dibalut, isikan inti kemudian gulung atau balut dengan kemas.
3. Boleh terus dikukus, rebus atau digoreng.
Tip
Supaya rice paper dumpling ini tak melekat, basahkan sedikit bahagian bawah.
Boleh hidangkan dengan chili oil, ataupun cicah dengan sos Thai.
Dua hidangan yang biasa disajikan oleh Datih Seri Nur Shahida Mohd Rashid di pagi Hari Raya adalah resipi Rendang Terlajak Laris dan Masak Lodeh Terlajak Sedap.
Ditanya apa bezanya resipi Rendang Terlajak Laris dengan rendang lain, jawab wanita ayu ini ,“Masak rendang ni macam reseipi rendang lain yang lain, tetapi dalam resepi rendang keluarga saya, saya memasukkan daun salam untuk melazatkan lagi rasanya.
.Memiliki darah keturunan Pakistan di sebelah datuknya, menu capati dan kari juga adalah di antara kemahiran memasak Shahida yang dipelajari dari keluarganya
Wanita kelahiran Kedah ini juga gemar mempelajari resepi baru di internet untuk meningkatkan skil masakan demi memenuhi keinginan selera mereka sekeluarga.
Ni dia 2 resepi ‘terlajak’ hasil air tangan Datin Seri Nur Shahida:
RENDANG AYAM TERLAJAK LARIS
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam | dipotong 12
2 cawan santan pekat
3 sudu makan kerisik
2 helai daun kunyit | dihiris halus
2 helai daun salam | dihiris halus
Bahan dihiris:
5 bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Garam secukup rasa
Gula atau gula merah secukup rasa
1 keping asam asam keping
Bahan kisar:
5 sudu makan pes cili kering
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2.5 sm kunyit hidup
3 batang serai
3 sm halia
3 smi lengkuas
3 biji buah keras
CARA MEMASAK : 1. Hiris halus bahan bahan sebelum dikisar. Panaskan minyak dan tumis bahan dikisar hingga naik bau. 2. Masukkan ayam dan bahan bahan hiris ke dalam kuali. Biarkan sehingga ayam agak kecut dan terbit minyak, baru dimasukkan santan. Dengan cara ini, rendang akan lebih sedap dan tahan lama 3. Terus masak dengan api kecil sambil di kacau sehingga pekat dan pecah minyak. 4. Setelah kuah pecah minyak, masukkan kerisik, asam keping, gula dan garam secukup rasa. Sebelum diangkat, taburkan dengan daun kunyit dan daun salam dan terus tutup api.
MASAK LODEH TERLAJAK SEDAP
BAHAN BAHAN:
3 biji terung | dibelah dua dan potong 3 bahagian
10 batang kacang panjang | dihiris serong
300gm kubis
4 keping tauhu kering | direndam dan dipotong dadu
3 keping tempe | boleh digoreng dahulu jika suka
1 ikat soo hoon | direndam dan dipotong sederhana panjang
CARA MEMASAK : 1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk bersama santan kecuali garam. 2. Masak dan biarkan mendidih dengan selalu dikacau supaya tidak pecah santan. 3. Apabila hampir masak, masukkan garam dan gula secukup rasa. 4. Kacau sebentar dan tutup api. 5. Siap untuk dihidang.
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi ayam masak merah yang gerenti sedap. Tak tau la nak kata tapi kalau makan ayam masak merah di kenduri kahwin, mesti lauk tu sedap, kan? Kalau suka makan ayam masak merah style kenduri kahwin, ini RASA kongsikan resipinya.
AYAM MASAK MERAH STYLE KENDURI
BAHAN UTAMA
1 ekor ayam dipotong kecil dan basuh bersih. (Bubuh garam dan serbuk kunyit. Goreng jangan garing sangat.)
BAHAN KISAR
3 biji bawang besar size besar
4-5 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
BAHAN LAIN
Minyak masak untuk menumis
1 kulit kayu manis
3 bunga lawang
5 buah pelaga
2 batang serai diketuk
3-4 senduk cili kisar
Garam dan gula secukupnya
5 sudu besar sos cili
2 biji tomato (didadu kecil)
CARA MEMBUAT
1. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau. Masukkan serai. Tumis sekejap.
2. Masukkan bahan kisar. Tumis sampai garing. Kemudian masukkan cili kisar. Tumis lagi sampai garing.
3. Masukkan gula, sos cili dan tomato. Biar seketika. Kacau sesekali. Perisakan garam.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati. Siap.