Sesekali hujung minggu cari ikan darat masak dengan menu tradisi kampung pasti tidak memgecewakan. Ia bukan hanya sedap tetapi boleh mengundang nostalgia zaman dulu-dulu. Terbayang sedapnya masak pindang, pais dan asam rebus ikan. Lebih sedap kalau ikan yang dimasak dirampai dengan sayur seperti bendi dan terung. Tak percaya anda boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
IKAN LAMPAM GULAI LEMAK ATAS DAUN PISANG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan Lampam | lebih kurang 300gm
250ml santan pekat
1 keping asam gelugor
1 helai daun kunyit | mayang halus
Daun pisang secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
Ads
10 biji cili padi
3cm kunyit hidup
1 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Ikan dibuang sisik, isi perut dan bersihkan dengan air limau nipis. Kemudian toskannya..
2. Sementara itu lapiskan kuali dengan dua atau tiga lapisan daun pisang.
3. Seterusnya tuangkan santan di atasnya dan campurkan di dalamnya dengan bahan kisar.
3. Kacau supaya bahan sebati, masukkan asam gelugor.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
5. Masukkan ikan dan tabur daun kunyit yang telah dimayang halus di atasnya.
6. Tutup kuali kemudian masak ikan tadi menggunakan api perlahan.
7. Selepas lima minit balikkan ikan, dan biarkan mendidih hingga kuah pekat dan iakan masak sepenuhnya.
8. Tutup api, ikan sedia dihidangkan.
ASAM REBUS IKAN SUSU
BAHAN-BAHAN:
1 kg Ikan Susu | buang sisik, bersih dan toskan
3 sudu makan pes cili kering
1 biji bawang besar | hiris
2 hirisan lengkuas | titik
3 keping asam gelugor
1 batang bunga kantan | belah dua
5 tangkai daun kesum
4 biji kacang bendi
Garam, gula dan perasa secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air di dalam periuk secukupnya,masukkan asam gelugor, hirisan lengkuas dan bawang besar.
2. Kemudian masukkan pes cili kering, kacau rata.
3. Renehkan atas dapur, apabila kuah mendidih masukkan ikan, bunga kantan dan daun kesum.
4. Selepas dua minit perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
5. Setelah cukup rasa, masukkan kacang bendi.
6. Apabila sudah layu, tutup api dan hidangkan.
Ads
IKAN TILAPIA TEMPOYAK
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan Tilapia | buang sisik, cuci bersih dan tos
3 sudu makan tempoyak
Garam dan gula secukup rasa
Daun kunyit secukupnya | untuk membalut ikan
Aluminium foil secukupnya
BAHAN HIRISAN:
Daun kunyit secukupnya
Daun kesum secukupnya
Daun pegaga secukupnya
Daun limau purut secukupnya
4 batang serai
BAHAN KISAR HALUS:
10 biji cili padi
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Lapkan ikan yang telah dibersihkan dengan tisu dapur. Ketepikan.
2. Campurkan tempoyak, bahan kisar, garam dan gula secukupnya.
3. Gaul rata dan sebati.
4. Kemudian campurkan dengan bahan hirisan, gaul rata sekali lagi.
5. Untuk membalutnya, bentangkan aluminium foil di atas meja, kemudian lapiskan dengan daun kunyit.
6. Ambil campuran tempoyak tadi ratakan di atas daun kunyit.
7. Seterusnya letakkan ikan di atasnya.
8. Sapukan keseluruhan ikan termasuk di bahagian dalam perut dengan bahan tempoyak tadi.
9. Balutkan ikan dengan lapisan daun kunyit dan kemaskan dengan aluminium foil di luarnya.
10. Kukus ikan hingga masak.
11. Setelah masak, pais ikan sedia dihidangkan panas-panas.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Tak cuba tak tau rasa, tapi bila dah cuba tak cukup sebiji ye menu Telur Air Asam ni. Sesuai sangatlah bila tekak dah bosan dengan menu rendang kari dan segala macam makanan berlemak. Kalau anda ingin merasai sediri keenakannya atau berubah rasa sesekali, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan di bawah ini:-
TELUR AIR ASAM BAHAN-BAHAN: 4-5 biji telur ayam 1/2 cawan air asam jawa 1 biji bawang besar | mayang halus 10 biji cili padi | hiris halus Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUAT:
Rebus telur lebih kurang 5 minit ( separuh masak lagi sedap).
Kupas kulit dan belah dua ( jika tidak mahu belah pun boleh tetapi cucuk-cucuk dengan garpu telur) ketepikan.
Campurkan hirisan bawang, cili padi, garam dan gula secukup rasa. Gaul rata.
Susu telur yang dibelah dua dalam mangkuk, tuangkan air asam.
Biarkan lebih kurang 5 minit supaya air asam meresap dalam telur baru dihidangkan dengan nasi panas-panas.
1. Sangai almond strips dalam kuali selama 10-15 minit sehingga garing.
2. Dah siap, angkat dan sejukkan sedikit. Almond akan betul-betul rangup selepas dah sejuk sepenuhnya. * Tambahan: boleh juga masuk dalam ketuhar sekejap selepas disangai (suhu 180° selama 5-10 minit). 3. Cairkan coklat dengan kaedah double boil. Dah cair angkat dan sejukkan sedikit.
Hidangan anda pasti menjadi lebih lengkap dengan adanya pemanis pulut yang menyegarkan ini. Aneka puding yang bukan sahaja cantik dipandang, bahkan sedap dimakan. RASA kongsikan 15 jenis puding yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada keluarga atau para tetamu yang datang.
PANNA COTTA BUAH MARKISA DENGAN PURI MANGGA
BAHAN-BAHAN:
600ml krim putar
375ml susu segar
185ml isi buah markisa (jika tidak mahu biji, boleh ditapis)
115gm gula kastor
1 sudu makan air panas mendidih
3 sudu teh serbuk gelatin
2 biji mangga bersaiz sederhana
1 sudu teh perahan limau nipis
3 sudu makan gula
CARA MEMASAK:
Satukan krim putar, susu segar, isi buah markisa dan gula kastor di dalam periuk, masak di atas api sederhana selama 15 minit sambil selalu dikacau (elakkan daripada mendidih). Setelah adunan panas, matikan api dan ketepikan.
Masukkan air panas ke dalam gelas dan campurkan serbuk gelatin. Kacau menggunakan garpu hingga gelatin larut.
Masukkan air gelatin ke dalam adunan susu tadi dan kacau sebati.
Masukkan adunan ke dalam bekas yang bersesuaian. Simpan di dalam peti ais selama sekurang-kurangnya 6 jam untuk panna cotta mengeras.
Untuk puri mangga, masukkan isi mangga ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga menjadi puri.
Masak puri bersama perahan limau nipis dan 3 sudu makan gula hingga gula larut. Ketepikan.
Apabila panna cotta sudah keras, paipkan puri mangga di atasnya dan sedia untuk dihidang.
INFO CHEF: Anda boleh menggunakan apa-apa isi buah dan puri untuk menggantikan markisa dan mangga.
PUDING CHIA SEED DENGAN BUAH KUNDANG DAN OREN
BAHAN A (PUDING):
1 1/2 cawan susu segar
½ cawan air kelapa
5 sudu makan isi buah kundang
5 sudu makan isi buah oren
100gm chia seed
1 sudu makan madu
5 sudu makan gula
BAHAN B (TOPPING):
50gm isi buah kundang | potong kasar
50gm isi buah oren | potong kasar
3 sudu makan gula
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan A kecuali chia seed ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga gula larut dan adunan menjadi halus.
Masukkan adunan ke dalam mangkuk dan campurkan chia seed. Kacau sebati dan tuang ke dalam bekas yang diingini. Simpan di dalam peti sejuk semalaman.
Untuk topping; campurkan semua bahan B dan kacau sebati. Simpan di dalam peti ais.
Untuk menghidang, letakkan topping di atas puding dan taburkan kelapa parut jika mahu. Atau boleh juga paipkan krim putar di atasnya dan hiaskan dengan hirisan oren, blueberi dan strawberi untuk warna.
INFO CHEF: Untuk yang sedang berdiet, boleh tukarkan susu segar kepada susu rendah lemak dan gula kepada madu.
PUDING AISKRIM OREO
BAHAN-BAHAN:
8gm serbuk agar-agar
100gm gula
500gm air
250gm krim putar
200gm susu segar
4 sudu makan aiskrim vanila
200gm biskut Oreo | buang krim dan hancurkan bahagian biskut
CARA MEMASAK :
Serbuk agar-agar, gula dan air dimasak sehingga serbuk agar-agar larut.
Tutup api dan masukkan krim putar, susu segar, aiskrim vanila dan serpihan biskut Oreo.
Tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan sehingga beku.
Keluarkan dan sedia dinikmati.
INFO CHEF : Untuk hidangan yang lebih menarik, pukul krim putar bukan tenusu sehingga kental, paipkan ke atas puding dan hiaskan dengan biskut Oreo sebagai hiasan.
PUDING TEH HIJAU
BAHAN-BAHAN:
10gm serbuk gelatin
2 sudu makan air sejuk
300gm susu segar
50gm gula
1 ½ sudu makan serbuk teh hijau
CARA MEMASAK :
Taburkan serbuk gelatin ke dalam air sejuk. Biarkan selama 10 minit sehingga kembang. Panaskan ke dalam ketuhar gelombang mikro teknik ‘double-boil’ sehingga gelatin mencair. Sejukkan seketika tetapi jangan sampai memekat.
Panaskan susu segar dan gula. Masukkan serbuk teh hijau dan kacau sehingga sebati. Tapis adunan.
Masukkan larutan gelatin ke dalam sebatian teh hijau. Tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan. Hidangkan sejuk di dalam bekas puding.
Sedia dinikmati.
INFO CHEF : Hidangan mesti disajikan sejuk-sejuk kerana gelatin akan cair semula pada suhu bilik. Boleh gantikan dengan serbuk agar-agar untuk puding yang lebih stabil.
PUDING SUMI KASTARD
BAHAN-BAHAN:
*10gm serbuk agar-agar
*200gm gula pasir
*1000gm air
*4 sudu makan tepung kastard
*400gm susu cair (1 tin)
1 bungkus sumi atau secukupnya
BAHAN UNTUK SOS KASTARD:
400ml susu cair
200ml air
2 sudu makan gula
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
Susun sumi di dalam bekas dan bekukan sebentar (15-20 minit) di dalam peti sejuk dingin beku.
Satukan semua bahan bertanda * di dalam periuk dan kacau sebati. Masak di atas api sehingga agar-agar larut.
Angkat periuk dan biarkan adunan sedikit suam (tidak terlalu panas). Boleh bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan jika suka. Tuang adunan kastard ke dalam bekas yang berisi sumi beku. Sejukkan semula sehingga kastard mengeras.
Untuk membuat sos kastard untuk dituang di bahagian atas; satukan kesemua bahan untuk sos kastard dan masak di dalam periuk. Kacau dan masak hingga sos memekat. Angkat dan sejukkan.
Untuk menghidang, keluarkan puding dan tuangkan sos kastard di atasnya hingga meleleh untuk lebih sedap dan lemak.
Hiaskan dengan strawberi segar untuk warna yang lebih menarik.
INFO CHEF : Tujuan sumi dibekukan adalah untuk mengelakkan sumi mencair apabila kastard panas dituang.
PUDING PISANG COKLAT
BAHAN-BAHAN (UNTUK MEMBUAT LAPISAN PUDING COKLAT):
500gm susu segar
80gm gula halus
25gm mentega
120gm coklat hitam | dipotong kecil
25gm tepung jagung | dibancuh dengan sedikit susu
UNTUK MEMBUAT LAPISAN KASTARD PISANG:
5 biji pisang emas | kupas dan potong kecil
200gm gula
1 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
500gm susu segar
4 biji kuning telur
2 sudu makan mentega
1 sudu teh esen perasa pisang
CARA MEMASAK:
Untuk membuat lapisan puding coklat; masak semua bahan kecuali tepung jagung sehingga mendidih. Pastikan adunan sentiasa dikacau. Perlahankan api dan masukkan larutan tepung jagung. Masak sehingga licin dan tuangkan ke dalam bekas. Sejukkan. Ketepikan.
Untuk membuat lapisan kastard pisang; kuning telur, tepung gandum, tepung jagung, dan esen pisang dikacau menggunakan whisk tangan sehingga sebati.
Panaskan susu segar dan gula di atas api sehingga menggelegak sedikit di bahagian tepinya. Tuangkan separuh adunan susu ke dalam adunan telur sambil dikacau laju bagi mengelakkan telur masak. Kembalikan semua adunan ke dalam periuk dan masak sehingga adunan agak likat.
Tutupkan api dan masukkan mentega serta pisang. Kacau sebati menggunakan senduk kayu dan tuangkan ke atas lapisan puding coklat yang telah disejukkan.
Sejukkan di dalam peti sejuk sehingga beku dan sedia untuk dihidangkan.
Boleh hiaskan dengan sedikit krim putar, hirisan pisang dan strawberi di atasnya untuk lebih menarik.
INFO CHEF : Puding ini merupakan puding lembut dan seeloknya dihidangkan di dalam bekas puding yang sesuai. Bukan jenis agar-agar yang boleh dipotong.
PUDING COKLAT HERSHEY’S
BAHAN-BAHAN:
50gm gula
400ml susu penuh krim
30gm krim putar (pekat/thicked) | dipukul sehingga kembang
1 sudu makan serbuk agar-agar
1 sudu makan serbuk koko | dibancuh dengan sedikit air panas
½ sudu makan coklat Hershey’s
UNTUK HIASAN:
Sedikit krim putar
Sedikit kepingan coklat
CARA MEMASAK:
Didihkan susu, gula dan serbuk agar-agar. Kacau sehingga larut.
Campurkan serbuk koko dan coklat Hershey’s.
Tapis dan tuang adunan ke dalam mangkuk. Masukkan krim putar dan kacau sehingga sebati.
Tuang adunan ke dalam bekas kaca kecil dan sejukkan di dalam peti sejuk.
Selepas adunan keras, tuangkan sedikit coklat Hershey’s cair di bahagian atasnya bersama krim putar.
Sedia dinikmati ketika sejuk.
Info chef: Hiaskan dengan kepingan coklat dan sedikit parutan coklat untuk lebih menarik.
PUDING PADDLE POP
BAHAN-BAHAN:
1 cawan susu tepung
1 cawan susu segar
1 sudu teh serbuk agar-agar
1000ml air
½ cawan gula halus
Pewarna dan perisa makanan /esen makanan
(Strawberry paste/emulco, Pandan paste, mangga)
CARA MEMASAK:
Satukan agar-agar, gula halus, susu tepung, susu segar, air ke dalam periuk dan kacau rata.
Pastikan ia dimasak sehingga mendidih.
Bahagikan kepada beberapa warna dan letakkan perisa. Sebagai contoh pewarna kuning untuk mangga, pink dengan strawberi, hijau dengan pandan atau epal.
Tuang satu adunan satu perisa/warna ke dalam botol dan sejukkan.
Jika ingin pelbagai lapisan warna dalam satu botol; tuangkan satu lapisan warna contohnya kuning dan sejukkan. Bila lapisan tersebut mengeras tuangkan pula lapisan yang lain dan ulang proses tersebut sehingga habis.
Info chef: Anda boleh membuat lapisan pelbagai warna dalam satu botol atau satu warna sahaja untuk setiap botol. Terpulang pada cita rasa anda.
PUDING BLUEBERI
BAHAN-BAHAN:
5gm serbuk agar-agar
2 ½ cawan air
4 sudu makan gula
200ml susu cair/ susu segar
300gm buah blueberi
UNTUK HIASAN:
Sedikit krim putar
Sedikit buah blueberi
Sedikit daun pudina
CARA MEMASAK:
Kisarkan buah blueberi bersama susu dan tapiskan.
Satukan gula dan serbuk agar-agar ke dalam periuk berisi air sehingga mendidih.
Masukkan susu cair dan buah blueberi yang telah dikisar dan ditapis.
Kacau rata dan tuangkan ke dalam bekas kaca kecil. Simpan di dalam peti sejuk sehingga mengeras.
Keluarkan dan hiaskan dengan sedikit krim putar, buah blueberi dan daun pudina untuk lebih menarik.
sedia dinikmati.
Info chef: Sedap dimakan ketika sejuk.
PUDING FRUITS DELIGHT
BAHAN-BAHAN A:
15gm serbuk agar-agar
600ml air
150gm gula
2 biji putih telur
BAHAN B:
10gm serbuk agar-agar
600ml air
120gm gula
UNTUK HIASAN:
Sedikit buah strawberi dipotong nipis
Sedikit buah blueberi, pic atau buah-buahan lain
CARA MEMASAK:
Atur hirisan buah strawberi di sekeliling bekas atau acuan plastik bersegi. Ketepikan.
Masak bahan A sehingga mendidih kecuali putih telur. Ketepikan seketika dan biarkan suam.
Putar putih telur sehingga kembang. Masukkan adunan agar-agar tadi sedikit demi sedikit sambil diputar dengan kelajuan sederhana.
Tuang agar-agar putih telur ke dalam bekas atau acuan sehingga paras hirisan strawberi. Biarkan beku.
Susun buah-buahan yang anda sukai di atas permukaan lapisan yang telah beku tadi.
Masak bahan B hingga mendidih, biarkan suam dan tuang ke atas buah-buahan sehingga penuh.
Sejukkan terlebih dahulu dan enak dinikmati ketika sejuk.
Bagi yang suka makan Cina salah satu yang selalu dipesan jika makan di restoren ini adalah Ma Po Tofu. Tekstur tauhu yang lembut dan dimasak bersama kuah pekat memang cukup enak sekali untuk dimakan dengan nasi.