Bertemakan Sinar Ramadan Bufet 2019 , lebih daripada 40 buah gerai dan 200 jenis hidangan tradisional dan autentik yang bakal menarik perhatian pengunjung.
Hotel Tenera yang telah beroperasi bermula pada akhir tahun 2017 ini telah dianugerahkan Hotel 4 Bintang Terbaik bagi tahun 2018 oleh HAPA Award dan pihak pengurusan mensasarkan lebih ramai pengunjung pada bulan Ramadan tahun ini berbanding tahun lalu yang telah mencatatkan lebih ribuan pengunjung.
Hotel Tenera juga tampil dengan promosi yang lebih menarik iaitu potongan sebanyak 30% atau RM68 dari harga asal iaitu RM98, promosi tempahan awal ini berlanjutan sehingga 30 April 2019.
Majlis yang diadakan pada 1 April 2019 telah dihadiri oleh 250 orang jemputan yang terdiri daripada 100 pihak media dan selebihnya rakan korporat hotel bagi memperkenalkan menu-menu dan gambaran bufet Sinar Ramadan yang akan bermula pada 7 Mei sehingga 3 Jun 2019.
IKLAN
“Kami amat berharap agar pengunjung di sekitar Bangi dan berdekatan dengan Selangor dapat menikmati promosi hotel sempena Ramadan akan datang ini dan dapat menikmati pelbagai juadah yang penuh variasi dan kelainan dari tahun sebelumnyai”, kata Dato’ Ab Ghani Mohd Ali, Pengerusi Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) semasa merasmikan program Preview Sinar Ramadan Buffet tempoh hari.
Tema bagi bufet Ramadan tahun ini ialah Sinar Ramadan Buffet 2019 yang bakal menampilkan 10 menu yang menjadi tumpuan utama pengunjung sejak tahun lalu iaitu Kambing Golek “Pesto Caracas”, Lidah Bakar Mulut Senget, Seafood Goreng “Mae Pranom”, Mee Rebus Tulang Rawan/Gear Box, Roti Periuk Leper, Pulut Kuning Sambal Ibu Saodah, “Live” Dim Sum Aliff Lalulah, Cendol Sawit, Apam Balik Terangkat dan Warung Kopi Tok Wan.
IKLAN
IKLAN
Penolong Pengurus Eksekutif Hotel Tenera, En. Fadzly Hamzah menyatakan bahawa pengunjung boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai promosi bufet Ramadan melalui laman sosial media Hotel Tenera.
Seiring dengan konsep hotel mesra muslim yang dibawa oleh pihak Hotel Tenera, sepanjang bulan
Ramadan juga pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak pengurusan hotel bagi menyinarkan lagi
suasana sepanjang bufet Ramadan di Hotel Tenera.
Terletak di kawasan strategik iaitu 5 minit dari laluan keluar ke lebuhraya KLIA dan ibu kota negara,
Kuala Lumpur, Hotel Tenera berdekatan dengan kawasan membeli-belah dan kawasan makanan
pilihan umum.
Sempena Ramadan Hotel Sri Petaling Kuala Lumpur memperkenalkan bufet Ramadan bertemakan “#throwback Ramadhan” yang membawa anda mengimbau detik berbuka puasa bersama keluarga dengan pelbagai hidangan tradisional.
Bufet bermula hari ini 8hb Mei higga 3hb Jun 2019 bermula 6.30 petang sehingga 10.00 malam. Harga bufet adalah RM79 bagi dewasa dan RM39 untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun. Selain itu Hotel Sri Petaling turut menawarkan harga istimewa iaitu RM50 untuk minggu pertama Ramadan daripada 8hb Mei hingga 12hb Mei.
Hidangan Arab
Berkonsepkan “The Hawker Stall” , pelanggan dapat menikmati 80 jenis juadah berbuka puasa yang sangat istimewa dengan pelbagai pilihan masakan seperti Masakan Melayu Tradisional, Timur Tengah, Asean dan sebagainya.
Antara juadah istimewa berbuka puasa yang terdapat di bufet Ramadan di sini adalah Ayam Percik Kelantan, Ketam Goreng Berempah, Ayam Opor Pahang, Sup Gear Box, Asam Pedas Daging Tetel, Ikan Patin Tempoyak Pahang, Siput Sedut Masak Lemak, Kambing Panggang, Daging Kulai Kawah dan pelbagai masakan istimewa yang lain. Pasti merangsang selera anda dengan hidangan yang lazat dan berkualiti ini
Lauk Pauk Utama Tradisional
Dengan kapasiti yang mampu memuatkan 200 orang hotel ini, dijangkakan kira-kira empat ribu pengunjung yang akan berkunjung dan berbuka puasa bersama.
Bertepatan dengan Ramadan Hotel Sri Petaling juga akan mengadakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan pihak berkuasa tempatan PDRM dan Masjid Asy Syakirin KLCC dengan mengedarkan Bubur Lambuk kepada komuniti setempat di kawasan sekitar Sri Petaling dan menjemput anak-anak yatim yang kurang bernasib baik berbuka puasa di hotel
Jika anda berminat untuk berbuka di sini dan mahukan maklumat lanjut mengenai #throwback Ramadhan boleh melayari FB Hotel Seri Petaling dan Instagram hotelsripetalingkl
Bagi peminat ayam, kini anda boleh menikmati ayam yang dimasak dalam pasu. Namanya Nasi Ayam Panggang Pasu FRD. FRD itu sebenarnya adalah singkatan daripada Food Runner Delivery.
Antara menu yang ada dijual di sini adalah Nasi 1/4 Ayam Panggang Pasu. Menu ini dijual bersama kari, sambal belacan dan timun. Harganya RM7. Separuh Ayam Panggang Pasu bersama Sos Black Pepper RM12. Seekor Ayam Panggang Pasu Bersama Sos Black Pepper RM23.
Menurut Mohd Kamal Shari, resipi ayam panggang pasu ini adalah olahan keluarga. Rasanya memang sedap dan sesuai dimakan bersama seisi keluarga.
"Boleh saya katakan, anda pasti akan suka dengan Ayam Panggang Pasu ni. Baunya pun dah naikkan selera. Apatah lagi kalau memakannya. Makan 1/4 ayam pun dah puas sebenarnya. Anda boleh cuba makan tanpa letak sos. Rasanya dah cukup sedap. Ayam ini garing di luar tapi lembut sangat di dalam," ujar Mohd Kamal Shari.
14 BAHAN TERBAIK
Ayam Panggang Pasu FRD mementingkan kualiti ayam yang disediakan. Sesuai dengan tagline gerai ini iaitu 'selera anda komitmen kami'.
"Sejak dari mula beroperasi pada 26 Ogos 2017, kami memang tak pernah membelakangkan kualiti. Ayam diperap dengan baik sebelum dipanggang di dalam pasu. Kami menggunakan 14 bahan terbaik untuk memerap ayam sehingga rasanya sedap dan puas dimakan," tambah beliau.
Bagi memudahkan orang ramai menikmati ayam panggang ini, Ayam Panggang Pasu FRD menggunakan khidmat runner untuk menghantar makanan yang dipesan.
"Orang ramai boleh memesan makanan seperti biasa dan kami gunakan perkhidmatan Food Panda dan Bungkusit untuk menghantar ayam panggang kepada anda. Gerai dibuka setiap hari dan anda boleh pesan pada bila-bila masa," ujar Mohd Kamal mengakhiri bicara.
INFO GERAI
NAMA GERAI: Nasi Ayam Panggang Pasu FRD
PEMILIK: Mohd Kamal Shari Johari
LOKASI: Persiaran Budiman Taman Sri Muda, Shah Alam
WAKTU OPERASI: 11 pagi hingga 6 petang setiap hari
WAJIB CUBA: Ayam panggang pasu bersama sos black pepper
Kalau tekak terasa nak makan pasta, boleh singgah di Mr Mac yang cukup terkenal dengan hidangan pasta yang confirm buat anda terliur. Limpahan keju yang tidak jemu untuk anda nikmati. Serius memang sedap! Lebih cheese, lebih tarik.
Mempunyai lima cawangan di sekitar Lembah Klang, Mr Mac menawarkan pelbagai hidangan makaroni dan spaghetti yang sungguh enak dan lazat. Lebih-lebih lagi jika dimakan panas-panas. Memang hidangan yang wajib dicuba oleh para pencinta cheese.
Jika anda sukakan Mac n Cheese, anda boleh cuba nikmati Signature Mr Mac. Memang terbaik. Makaroni yang lembut, ditambah dengan tortilla chips serta cheese yang lemak berkrim menjadikan ia satu hidangan yang cukup sempurna.
Selain itu, ada dua lagi menu bagi makaroni iaitu Lava Mr Mac bagi anda yang sukakan pedas dan Ocean Mr Mac, dilengkapi dengan makanan laut seperti udang harimau dan kupang.
Manakala bagi spaghetti pula, terdapat enam menu yang boleh dipilih mengikut cita rasa anda iaitu Creamy Tomato, Salted Egg, Aglio Olio, Carbonara, Bolognese dan Arabiata. Harga yang ditawarkan juga murah dan berbaloi, bermula RM10 sehingga RM20, mengikut hidangan pilihan anda.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan pasta yang lazat di Mr Mac. Sekali cuba, anda pasti nak lagi.