Roti kalau dibuat sendiri boleh makan panas-panas, fresh from the oven . Gunakan pulak ramuan berkhasiat memang terbaik lah.

Ni min kongsikan dua resipi roti daripada bahan makanan sunnah iaitu zaitun, madu dan kismis. Adun dan uli elok-elok. Jangan lupa semak resipi bun oreo coklat sekali ya.

OLIVE HERB POTATO FOCCACIA

Tiga Roti Gebu ,Kismis , Buah Zaitun  & Bun Coklat, Menu Sarapan Terbaiklah

BAHAN-BAHAN :

  • 800gm tepung roti | diayak
  • 200gm kentang | direbus dan dilecek
  • 40gm yis
  • 20gm garam
  • 20gm gula
  • 6gm oregano
  • 500ml susu segar
  • 150ml minyak zaitun
  • Buah zaitun secukupnya | dihiris

CARA MEMASAK :
1. Masukkan tepung, kentang lecek, yis, garam, gula dan oregano ke dalam penguli. Campur dan gaulkan sebati.
2. Masukkan susu segar dan uli selama 5 minit lagi dalam kelajuan perlahan.
3. Masukkan minyak zaitun dan ulikan lagi selama 7 minit.
4. Ambil dan doh dan letakkan di dalam tin pembakar.
5. Rehatkan selama 2 jam, sehingga saiz doh naik dua kali ganda dari asal. Letakkan buah zaitun di atasnya
6. Panaskan oven dalam suhu 200 darjah celcius dan bakar selama 25 minit atau keperangan.

Saiz hidangan : 10 orang
Waktu memasak: 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : roti
Keistimewaan : Sedap dimakan bersama sup dan keenakan minyak dan buah zaitun yang sihat

INFO CHEF : Buah zaitun boleh juga diganti dengan tomato ceri atau bawang putih.

IKLAN

HONEY GOLDEN RAISIN LOAF

Tiga Roti Gebu ,Kismis , Buah Zaitun  & Bun Coklat, Menu Sarapan Terbaiklah

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm tepung roti
  • 20gm gula perang
  • 8gm garam
  • 10gm yis kering
  • 30ml madu
  • 50gm mentega
  • 250ml air
  • 150gm kismis kuning

CARA MEMASAK :
1. Di dalam mangkuk penguli, satukan tepung roti, gula perang , garam dan yis.
2. Masukkan air dan madu, ulikan lebih kurang 5 minit.
3. Masukkan mentega dan teruskan menguli selama 7 minit dan akhir sekali masukkan kismis.
4. Biarkan rehat selama 30 minit ,hingga ia naik kali pertama.
5. Bentukkan doh dan masukkan ke dalam dulang pembakar.
6. Biarkan rehat dan naik sehingga dua kali ganda.
7. Panaskan oven selama 10 minit dalam suhu 200 darjah celcius, dan bakar selama 20 minit

Saiz hidangan :2 buku roti, 4 orang
Waktu memasak: 20 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Roti
Keistimewaan : Roti manis buah dengan rasa kismis, enak dimakan disapu jem atau mentega

IKLAN

INFO CHEF : Boleh tambah kekacang seperti badam, pistachio atau walnut jika suka. Boleh tahan seminggu, jika disimpan dalam peti sejuk.

TERIMA KASIH : THE PEARL HOTEL KL

OREO CHOCOLATE BUN

Tiga Roti Gebu ,Kismis , Buah Zaitun  & Bun Coklat, Menu Sarapan Terbaiklah

BAHAN-BAHAN :
Bahan A:

IKLAN
  • 330 gm tepung roti
  • 8 gm yis
  • 16.6gm susu tepung
  • 50 gm gula
  • 30 gm mentega
  • 6 gm garam
  • 45gm telur
  • 167 ml susu segar

BAHAN INTI :
Coklat ganache :

  • 125 gm krim putar
  • 125 gm coklat masakan (baking chocolate)
  • 50 gm mentega

Krim kastad :

  • 250 gm tepung kastad
  • 1/2 liter susu segar
  • 1 liter krim putar
  • 50 gm serbuk biskut Oreo

Topping’:

  • 100 gm serbuk biskut Oreo

CARA MEMASAK :
Cara masak inti (chocolate ganache):
1. Masakkkan krim putar di atas api sederhana hingga mendidih sedikit dan tutupkan api.
2. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga sebati.
3. Kemudian masukkan mentega dan sebatikan. Biarkan dalam suhu bilik.
Cara masak inti (krim kastad) :
1.Masukkan tepung kastad, susu segar dan krim putar di dalam periuk.
2.Masakkan di atas api sederhana
3.Tutup api dan biarkan seketika dalam suhu bilik.

Cara membuat oreo bun :
1. Masukkan bahan bahan A ke dalam mixer dan bancuh dengan kelajuan rendah selama 1 minit
2. Selepas 1 minit, bancuh dengan kelajuan sederhana selama 10 minit
3. Tutup mixer dan periksa jika doh lembut dan licin
4. Keluarkan doh dari mixer dan timbang 60 gm untuk setiap doh
5. Rehatkan pada suhu bilik selama 10 minit
6. Uli doh memanjang untuk dililit ke acuan
7. Sesudah siap semua celup ke dalam air dan celup ke oreo hancur untuk topping dan letak ke dulang pembakar
8. Rehatkan selama 1 jam sebelum bakar
9. Panaskan oven dengan suhu 190 darjah celcius, kemudian masukkan dulang pembakar berisi bun.
10. Bakar hingga coklat keemasan, keluarkan dan sejukkan selama 30 minit dan isi dengan bahan inti ke dalam bun

Saiz hidangan : 10 biji
Waktu memasak : 40 minit
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Rasa coklat berkrim dan keenakan biskut Oreo
Anggaran kos : RM 25

INFO CHEF : Pastikan coklat masakan tidak dimasak ‘langsung’ atas api. Tutupkan api dan anda boleh tuangkan krim putar atas coklat masakan hingga cair.
TERIMA KASIH : HOTEL ROYALE CHULAN BUKIT BINTANG

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI