Sepanjang tahun 2022, pelbagai resepi menarik muncul dan buat anda terliur ingin mencuba. Ini antara senarai menu makanan buat anda ketagih nak makan dan boleh juga masak untuk hidangan sekeluarga dan tetamu yang bakal datang tahun baru nanti.

1.KARI AYAM BANGLADESH

11 Menu Viral 2022, Buat Anda Terliur Nak Cuba

Bahan-bahan:

4 kg ekor ayam

1 1/2 biji bawang besar

5 ulas bawang putih

2 biji bawang merah kecil

4-5 tangkai cili padi

3 tangkai cili merah

1 inci halia

1 sudu besar jintan putih

2 batang kayu manis

7 biji pelaga

1 1/2 sudu besar serbuk kari daging

1/2 sudu besar serbuk kunyit

1/4 cawan minyak masak

1/2 sudu besar garam

1 1/2 cawan air

2 biji kentang

Penyediaan bahan:

1.Hiris nipis bawang besar. Potong kasar bawang putih, bawang merah kecil, halia, cili padi dan cili merah besar.

2.Potong kentang kepada 4 bahagian.

3.Tumbuk halus bawang putih, bawang merah, cili padi, cili merah, halia, jintan putih dan buah pelaga.

Cara memasak:

1.Dalam kuali, masukkan ayam, bahan tumbuk halus, bawang besar, kulit kayu manis, serbuk kari daging, serbuk kunyit, garam dan minyak masak.

2.Gaul sebati kesemua bahan.

3.Tambah air, tutup kuali dan masak dengan api perlahan.

4.Masukkan kentang, sedikit air dan sambung masak sampai kentang empuk dan minyak terapung.

5.Boleh tambah air untuk lebih berkuah.

6.Hidang bersama nasi panas.

Kredit: Che Nom

11 Menu Viral 2022, Buat Anda Terliur Nak Cuba 

2.DONUT RED VELVET

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1 sudu besar yis instant
1 sudu besar gula
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar emulco Red Velvet
¾ cawan air suam
Secubit garam
1 sudu besar marjerin

Cara membuat:

1.Satukan semua bahan dalam bekas kecuali marjerin. Gaul dan uli sampai sebati

  1. Masukkan marjerin dan terus uli sampai licin. Perap 30 minit – 1 jam.

3.Bentukkan jadi donat guna acuan/tangan. Perap lagi 20-30 minit.
4. Goreng dalam minyak panas, api perlahan. Siap untuk dihidang.

Kredit: Khairunnisa Mohammad

11 Menu Viral 2022, Buat Anda Terliur Nak Cuba

3.CRAB RANGOON

Bahan-bahan kulit: ( jika guna kulit wantan segera, abaikan bahan ini)
2 cawan tepung gandum
4 sudu makan marjerin
Air secukup untuk jadikan doh

Cara membuat:
1.Ramas marjerin dengan tepung sampai jadi peroi.
2. Tambah air sedikit demi sedikit sampai jadi doh.
3. Ketepikan doh. Nak bagi rehat dalam peti sejuk pun boleh.

 Bahan-bahan inti:
1 cawan isi ketam (boleh guna isi ketam tiruan @ crabstick) 
1 cawan krim keju / cream cheese 
¼ cawan daun sup + daun bawang (ikut selera)
Garam secukup rasa
Lada hitam secukupnya
1 biji telur – jika suka

Cara membuat:
1. Satukan semua bahan dan gaul sehingga sekata.
2. Jika nak jadikan lebihan inti ini sebagai salad untuk dimakan terus atau diletakkan pada sandwich / croissant, tidak perlu letak telur.

IKLAN

Cara memasak:
1. Ambil doh yang telah direhatkan tadi. Canai doh dengan ketebalan yang tidak terlalu tebal dan nipis. Sedang-sedang sahaja.

  1. Ukur atau potong doh menjadi empat segi sama 2 x 2 inci.
  2. Ambil inti dan letak 1 sudu teh di atas kepingan doh tadi.
  3. Balut dan kelim. Caranya ialah mula-mula, temukan bucu bertentangan.
  4. Kemudian temukan bucu kedua yang bertentangan.
  5. Kelim bahagian tepi-tepi supaya kemas dan tidak terbuka.
  6. Ulang langkah yang sama hingga habis adunan doh dan inti.
  7. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga garing.
  8. Angkat, toskan minyak dan hidang dengan sos cili atau sos Thai. Satu adunan ini akan dapat 45 biji Crab Rangoon.
  9. Rangup di luar, lembut dan berkrim di dalam. Memang sedap!

Kredit: Hazneza binti Abdul Hamid

11 Menu Viral 2022, Buat Anda Terliur Nak Cuba

4.RAINDROP CAKE @ JAPANESE WATER CAKE

Bahan-bahan:
1 paket Konyaku Jelly Powder / serbuk agar agar
950ml air
250gm gula halus
Pewarna – jika suka
Gula merah
Serbuk kacang tanah

Cara memasak:
1. Satukan serbuk konyaku, air dan gula halus. masak hingga hancur.

  1. Jika suka, boleh letak pewarna pilihan atau jika mahu warna jernih, kekalkan sahaja pada warna asal.
  2. Bila campuran sudah larut, tuang adunan dalam bekas acuan lompang. Biarkan sejuk.
  3. Masak gula merah bersama sedikit air hingga larut. Kemudian biarkan sejuk.
  4. Bila agar-agar sudah mengeras, keluarkan dari acuan dan siram dengan gula merah serta serbuk kacang.
  5. Raindrop Cake versi mini sedia untuk dihidang dan dinikmati.

Kredit resipi & foto: Norma Shahrin

11 Menu Viral 2022, Buat Anda Terliur Nak Cuba

5.KOKTEL BUAH NAGA

BAHAN-BAHAN:

1 tin susu sejat

1/2 tin susu pekat manis

2 cawan air panas

1 tin buah laici

1 biji buah naga

2 biji buah mangga

Cincau

Ais

Cara memasak:

1.Susu pekat dibancuh bersama 2 cawan air panas. Tambah lagi dua cawan air.

2.Campur semua bahan-bahan lain. Sebatikan.

3.Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Zaky Mat Ali 

11 Menu Viral 2022, Buat Anda Terliur Nak Cuba

6.KERABU MAGGI ALA THAILAND

Bahan-bahan:

3 bungkus Maggie Thai/Siam

1 biji buah tomato | dihiris
1/2 labu bawang besar Holland Sejengkal batang saleri
Segenggam daun ketumbar
1 biji cili merah besar
1 sudu sos ikan (jika suka)
1 sudu air asam limau (jika suka)
2 paket rempah maggie siam (yang ada dalam paket maggie tu, 1 lagi tak dipakai).

Bahan lauk:

Sotong
Udang
Fish cake
Crab stick
Fish ball

Cara membuat:

IKLAN
  1. Panaskan air untuk merebus bahan lauk dan maggi segera.
  2. Masukkan 1 paket rempah maggi segera. Tunggu hingga mendidih.
  3. Masukkan udang, sotong, kemudian diikuti dengan fish cake (hanya sekejap sahaja, rebus secara berasingan).
  4. Keluarkan udang, sotong.
  5. Dalam periuk rebusan yang sama, masukkan maggi segera.
  6. Apabila sudah lembut, keluarkan. Air rebusan jangan dibuang kerana digunakan untuk dicampurkan dengan kerabu.
  7. Masukkan kesemua bahan dan juga air rebusan di dalam mangkuk besar. Gaulkan hingga semuanya sekata. Siap untuk dihidang!

Kredit resipi: Cik Wan Kitchen

11 Menu Viral 2022, Buat Anda Terliur Nak Cuba

7.DONUT SUSU

BAHAN-BAHAN:

250g tepung high protein
1 biji kuning telur
120ml-150ml susu full cream (letak sikit-sikit sebab jenis tepung kadang tak sama)
1 sudu besar susu tepung fernleaf full cream
40g gula
30g mentega
2-3g yis

*doh tak boleh terlalu lembik sebab akan menyerap minyak, kalau terlalu keras, donut akan keras. Cukup sekadar tak melekat di tangan dan mudah untuk dirounding* (untuk 500gm boleh gandakan adunan)

Cara membuat:

  1. Masukkan susu full cream dan telur dalam bread maker.
    2. Masukkan tepung, susu tepung dan gula. Set masa uli lebih kurang 45 minit.
  2. 10 minit pertama masukkan mentega dan 10 minit terakhir baru masukkan yis dan uli sampai yis sebati dengan doh.
    4. Dah uli, boleh rounding dan bentukkan doh ikut berat yang diingini.
  3. Tip goreng donut ialah bila angkat doh, doh tak melekat di tangan dan rasa ringan.
    6. Bila ditekan guna jari, doh akan lambat memantul ke bentuk asal dan kesan jari tu masih ada sikit saja. Kalau tak ada kesan jari, masih belum boleh goreng sebab masih underproof, kalau overproof doh tak kan memantul ke bentuk asal. Api kena perlahan dan minyak kena panas, goreng donut dengan cara satu kali balik.n bentukkan doh ikut berat yang diingini.
  4. Untuk salutan, guna sukatan 2:1, 2 sudu besar susu tepung dan 1 sudu besar gula kastor, kisar dan salutkan donut bila dah suam sejuk.

Kredit resipi: Nurul Ijlah

11 Menu Viral 2022, Buat Anda Terliur Nak Cuba

8.ASAM PEDAS MUO

Bahan-bahan:

1 genggam cili kering (direbus terlebih dahulu) – boleh kurangkan jika tak nak terlalu pedas

1 biji bawang merah

5 ulas bawang putih

Kunyit hidup sebesar 1 ibu jari

(kisar semua bahan di atas)

4-5 ekor ikan kembung (ikut citarasa. Johor menggunakan ikan kembung, ikan pari atau ayam)

Daun kesum

Sayur bendi

1 biji tomato

Bunga kantan

Lobak masin

Halba

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan letak halba terlebih dahulu, digoreng sekejap bagi naik bau.
  2. Masukkan bahan kisaran tadi ke dalam minyak panas, masakkan sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa apabila sudah pecah minyak (sedikit demi sedikit)
  4. Gaulkan dan kemudian masukkan air dalam 2 mug (boleh tambah air kalau rasa nak kuah banyak)
  5. Renehkan dan kemudian masukkan lobak masin, jangan terlalu banyak.
  6. Masukkan daun kesum, tomato serta bendi.

Kredit: @squigglymack

11 Menu Viral 2022, Buat Anda Terliur Nak Cuba

9.BUKO PANDAN FILIPINA

Bahan-bahan:

1 peket agar-agar serbuk perisa pandan( masak dan bekukan ikut arahan dari belakang bungkusan)

1 cawan teh biji sagu

IKLAN

1 sudu kecil coconut Pandan Emulco

1 tin krimer sejat cair Saji,jika kurang kuah boleh lebihkan

1 cawan teh whipping cream non diary-pukul tak perlu sampai kembang

1 cawan air gula-ikut manis yang disukai

1 mangkuk isi kelapa

1 mangkuk kecil Nata De Coco perisa kelapa ambil isinya sahaja

Ais secukupnya

*buah logan jika suka. Sebenarnya letak buah laici dalam tin lagi sedap dari mata kucing dan pastikan jangan masuk air laici.

*setengah cawan biji selasih yang telah kembang (rendam dalam air panas)

Cara membuat:

1.Satukan semua bahan isi dan kuah dalam bekas besar.

2.Masuk ais dan seimbangkan rasa manis lemak krim ikut selera.

3.Siap untuk dinikmati.

Kredit: Aisyah Humaira

11 Menu Viral 2022, Buat Anda Terliur Nak Cuba

10.BEBOLA UBI KOPONG

Bahan-bahan:
2 cawan ubi keledek oren (direbus & dilenyek)
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung jagung
5 sudu besar gula
1 sudu besar serbuk penaik
Minyak masak untuk menggoreng

Cara membuat:
1. Dalam bekas, satukan semua bahan.
2. Gaul sebati sehingga menjadi doh.
3. Bulat-bulatkan doh sehingga habis.

  1. Panaskan minyak masak dengan api yang sederhana. Masukkan bebola ubi apabila minyak telah benar-benar panas.
    5. Apabila bebola ubi sudah kekuningan, layang-layangkan dan tekan-tekankan bebola tersebut dengan menggunakan belakang sudip. Tidak perlu risau bebola akan penyek kerana bebola akan kembali kepada bentuk asal.
  2. Goreng sehingga bebola berwarna kuning keemasan. Angkat dan toskan. Siap.

Kredit: Farisha Sofea

11 Menu Viral 2022, Buat Anda Terliur Nak Cuba

11.SANG KAYA PANDAN

Bahan-bahan:

1 cawan air pandan (cukuplah 5 helai daun pandan dikisar)

1 cawan susu cair

1 cawan gula (cikgu fazz buat 3/4 je)

1 kotak santan 200g

2 sudu susu pekat manis

3 sudu tepung jagung

1 biji telur

Sedikit garam

Titiskan sikit pewarna hijau kalau nak

Cara membuat:

1.Masukkan semua dalam periuk kecil. Tenggekkan atas api dan kacau sampai berkilat. Ingat tau sampai berkilat.

* Jangan lupa simpan dalam peti sejuk boleh makan lama.

Kredit: Fazelina Isa

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/

https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/

https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/

https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI