Periuk nasi elektrik @ rice cooker memang memudahkan kerja-kerja memasak. Tak perlu menunggu api bagi mengelakkan nasi hangit. Hanya letak di dalam bekas elektrik, tekan suis dan tunggu sahaja nasi masak. Mudah dan nasi pasti masak sempurna.

Namun, jangan tak tahu, periuk nasi elektrik ni bukan itu sahaja fungsinya. Jika keadaan darurat, macam-macam boleh masak menggunakan periuk ni.

Mana tahu, tiba-tiba gas memasak habis, nak keluar beli pun susah. Nak beli lauk pauk yang dah siap pun tidak sedap. Jadi, periuk nasi elektrik ni adalah penyelamat anda. Masa memasak mungkin agak lambat berbanding penggunaan dapur biasa namun ia adalah cara yang boleh dicuba bagi anda yang tidak mempunyai dapur induksi yang boleh digunakan dikala kecemasan sebegini. Antara menu-menu mudah yang boleh anda cuba ialah:

 

1. AYAM GORENG KICAP CILI PADI BERSERAI

14 Resipi Lauk Mudah Boleh Masak Guna Rice Cooker

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg ayam | potong kecil
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 batang serai | titik
  • 10 biji cili padi | hiris halus
  • 1 biji bawang besar | potong dadu
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • 3cm halia muda | hiris halus memanjang
  • 1 sudu makan air asam Jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
  • Sedikit hirisan daun bawang | untuk hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Ayam cuci bersih dan tos.
  2. Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan kunyit, perap seketika.
  3. Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak.
  4. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  5. Tumis bawang merah, putih, halia, serai dan cili. Tumis hingga naik bau.
  6. Masukkan kicap pekat, kicap manis dan sos tiram.
  7. Kacau rata dan masukkan ayam, gaul rata dan tambahkan sedikit air.
  8. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Ayam kicap sedia dihidangkan.

 

2. AYAM MADU CILI KERING

14 Resipi Lauk Mudah Boleh Masak Guna Rice Cooker

BAHAN-BAHAN:

  • 1 keping isi dada ayam | hiris nipis kecil
  • 150gm biji gajus
  • 2 sudu makan madu
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1/2 bji bawang Holland | dadu besar
  • 5 tangkai cili kering | hiris 2-3cm
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 2cm halia muda | hiris halus memanjang
  • Garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam dengan sediki garam dan serbuk lada sulah.
  2. Panaskan minyak, goreng separuh masak, angkat dan ketepikan.
  3. Goreng pula buah gajus hingga kekuningan diikuti dengan cili kering. Angkat dan ketepikan.
  4. Seterusnya, keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis.
  5. Tumiskan bawang Holland, bawang putih dan halia hingga wangi.
  6. Masukkan madu, sos tiram.
  7. Kacau rata dan masukkan ayam, biji gajus dan cili kering.
  8. Perasakan dengan garam dan minyak bijan, kemudian kacau rata.
  9. Sedia dihidangkan.

 

3. DAGING MASAK MERAH

14 Resipi Lauk Mudah Boleh Masak Guna Rice Cooker

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm daging rebus | hiris nipis
  • 2 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu teh sos cili
  • 1 sudu teh sos tomato
  • 3cm halia muda | hiris halus memanjang
  • 1 biji bawang besar | hiris bulat
  • 3 ulas bawang putih | ketuk
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan pes cili kering, kacau hingga pecah minyak.
  3. Seterusnya masukkan sos cili dan dan tomato, diikuti dengan hirisan daging.
  4. Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula.
  5. Setelah cukup rasa,  daging sedia dihidangkan.

 

4. SINGGANG DAGING

14 Resipi Lauk Mudah Boleh Masak Guna Rice Cooker

BAHAN-BAHAN :

  • 300gm daging
  • 2.5 sm kunyit hidup/ditumbuk
  • 2.5 sm lengkuas/ ditumbuk
  • 5 ulas bawang putih/ dihiris nipis
  • 1 sudu teh lada hitam/ ditumbuk halus
  • 1 sudu teh ketumbar/ ditumbuk halus
  • 4 keping asam gelugor
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK :

  1. Masukkan air dan rebus daging bersama bahan-bahan tadi di dalam periuk. 
  2. Biarkan mendidih hingga daging empuk. 
  3. Perasakan dengan garam dan gula.
  4. Angkat dan sajian masakan mudah ini sedia untuk dihidangkan.

 

5. AYAM GULAI ASAM TEMPOYAK

14 Resipi Lauk Mudah Boleh Masak Guna Rice Cooker

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg ayam | potong kecil, cuci dan tos
  • 2 sudu makan tempoyak
  • 2 batang serai | titik
  • 5 tangkai daun kesum | ambil daun sahaja
  • 1 kuntum bunga kantan | jika suka
  • 1 keping asam gelugor | jika tempoyak kurang masam
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 15 biji cili padi
  • 3cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan bahan kisar bersama tempoyak dan ayam.
  2. Gaul rata dan tambahkan sedikit air.
  3. Renehkan. Setelah mendidih, masukkan serai, daun kesum, bunga kantan.
  4. Jika kurang masak, tambahkan asam gelugor.
  5. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Setelah ayam empuk, angkat dan sedia dihidangkan.

 

6. AYAM GORENG BEREMPAH DAUN PANDAN

14 Resipi Lauk Mudah Boleh Masak Guna Rice Cooker

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam | potong 16
  • 4 helai daun pandan | potong 4-6cm dan siat-siatkan
  • 2 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • Garam secukupnya untuk menggoreng

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm halia muda
  • 3cm lengkuas
  • 3 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan ayam kemudian toskan.
  2. Sementara itu, campurkan bahan kisar bersama serbuk ketumbar, kunyit dan jintan manis.
  3. Kemudian masukkan dalam ayam bersama daun pandan dan garam secukupnya.
  4. Gaulkan bahan perapan hingga meliputi semua ayam dan perap sekurang-kurangnya 15 minit.
  5. Panaskan minyak, goreng ayam hingga garing angkat dan toskan minyak.
  6. Sajian masakan mudah; Ayam goreng berempah sedia dihidangkan.

 

7. TAUHU GORENG TELUR MASIN

14 Resipi Lauk Mudah Boleh Masak Guna Rice CookerBAHAN-BAHAN:

  • 3 keping tauhu | potong dadu
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 biji putih telur | kacau
  • 1 biji kuning telur masin | lenyek hingga halus
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air sejuk secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan tepung bersama telur masin dan tambahkan sedikit garam dan gula. Gaul rata.
  2. Bancuhkan dengan sedikit air dan masukkan putih telur.kacau rata hingga menjadi bacuhan yang tidak terlalu pekat atau cair.
  3. Panaskan minyak , kemudian celupkan tauhu dalam bancuhan tepung kemudian goreng tauhu hingga kekuningan.
  4. Angka dan sedia dihidangkan.

 

8. SAMBAL BILIS TUMBUK PECAH TELUR

14 Resipi Lauk Mudah Boleh Masak Guna Rice CookerBAHAN-BAHAN:

  • 150gm ikan bilis | dibelah dua
  • 2 biji telur
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 15 biji cili padi
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Kisar kasar cili, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis menggunakan pengisar kering.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar.
  3. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Terus kacau hingga garing.
  4. Setelah cukup rasa, pecahkan telur di dalamnya dan kacau rata hingga sebati.
  5. Angkat dan sambal sedia dihidangkan.

 

IKLAN

9. SUP TELUR ITIK BERSAMA FUCUK

14 Resipi Lauk Mudah Boleh Masak Guna Rice Cooker

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur itik
  • 1 keping fucuk | rendam
  • Sedikit suhun | rendam
  • Sedikit hirisan sawi
  • Sedikit hirisan lobak merah
  • 2-3 keping cendawan hitam
  • 3 ulas bawang putih | titik
  • 4 ulas bawang merah | titik
  • 3 hirisan halia muda
  • 4-5 biji cili padi | titik
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • 1 sudu teh perencah sup sayur
  • 1 sudu teh lada sulah
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, halia dan bawang putih.
  2. Setelah mendidih, kecilkkan api masukkan telur satu persatu.
  3. Setelah telur mula mengeras, masukkan lobak merah, cendawan, fucuk, suhun, cendawan dan sawi.
  4. Kemudian perasakan dengan perencah sup sayur, lada sulah, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa.
  5. Sup sedia dihidangkan.

 

10. TAUHU TELUR GORENG DAGING CINCANG

14 Resipi Lauk Mudah Boleh Masak Guna Rice CookerBAHAN-BAHAN:

  • 3 batang tauhu telur | potong bulat dan goreng.
  • 200gm daging kisar
  • 2 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 biji bawang Holland | dadu halus
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • 2 cm halia muda | cincang halus
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan tauhu bersama sedikit garam halus dan serbuk kunyit. Panaskan minyak, goreng tauhu hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis. Tumiskan bawang Holland, bawang putih, halia hingga wangi.
  3. Tambahkan pes cili dan kacau seketika dan masukkan daging kisar. Kacau rata, kemudian masukkan pula sos tomato dan sos tiram.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Biarkan mereneh seketika.
  5. Susun tauhu dalam pinggan dan tuangkan sambal daging kisar di atasnya. Tauhu sedia dihidangkan.

 

11. KURMA TELUR KENTANG

14 Resipi Lauk Mudah Boleh Masak Guna Rice Cooker

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji telur ayam | rebus dan kupas kulitnya
  • 200ml santan kotak
  • 1 cawan air
  • 2 sudu makan rempah kurma
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 2 biji ubi kentang | buang kulit dan belah empat
  • 1/2 batang lobak merah | potong memanjang
  • 2 biji cili hijau | belah dua
  • 2 biji cili merah | belah dua
  • 1 biji bawang holand | belah empat
  • 1 biji tomato | belah empat
  • 1 keping asam gelugor
  • Sedikit daun ketumbar | hiris kasar
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak

BAHAN HIRISAN:

  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3cm halia muda

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

CARA MEMASAK:

  1. Cucuk telur rebus dengan garpu, kemudian ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
  3. Masukkan rempah kurma yang dicampur dengan serbuk ketumbar dan dibancuh dengan sedikit air.
  4. Kacau rata hingga pecah minyak, masukkan kentang dan lobak merah, asam gelugor serta air Setelah mendidih, masukkan santan dan telur.
  5. Perasakan dengan garam, gula dan lada sulah secukup rasa.
  6. Setelah kuah pekat. Masaukkan hirisan bawang besar, tomato serta cili hijau dan merah. Kacau seketika dan masukkan daun ketumbar.
  7. Kurma telur sedia dihidangkan.

 

12. ASAM TUMIS TELUR MASIN DENGAN SAWI JERUK

IKLAN

14 Resipi Lauk Mudah Boleh Masak Guna Rice Cooker

BAHAN-BAHAN:

  • 6 biji telur masin | bersihkan
  • 1 pokok sawi jeruk | asingkan dari kelopak
  • 3 tangkai daun kesum
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 5 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 cawan air
  • 4 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 2 biji cili merah
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 hiris halia
  • 2cm kunyit hidup
  • 2cm belacan

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam periuk , tumiskan bahan kisar hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan pes cili kering, terus kacau hingga pecah minyak. Masukkan air dan biarkan hingga kuah mereneh.
  3. Seterusnya masukkan air asam jawa dan daun kesum. Kecilkan api, kemudian pecah telur masin ke dalam kuah sebiji-sebiji.
  4. Setelah telur mengeras, masukkan sawi jeruk. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Apabila cukup rasa dan telur masak sepenuhnya. 
  6. Asam Pedas sedia dihidangkan.

 

13. SUP TELUR BERSAMA JEJARI KETAM

14 Resipi Lauk Mudah Boleh Masak Guna Rice Cooker

BAHAN-BAHAN:

  • 3-4 biji telur
  • 3 keping cendawan hitam | rendam dan toskan
  • 4 batang jejari ketam | siat memanjang
  • 1/2 sudu makan serbuk sup sayur
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 3 ulas bawang merah | hiris
  • 2 ulas bawang putih | titik
  • 2 hirisan halia muda
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 cawan air
  • 1 sudu makan hirisan daun bawang
  • 1 sudu makan hirisan daun ketumbar
  • Sedikit hirisan batang seleri

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.
  2.  Setelah mendidih masukkan jejari ketam dan cendawan.
  3. Seterusnya perasakan dengan serbuk sup sayur, serbuk perasa ayam, lada sulah,garam dan sedikit gula secukup rasa. 
  4. Pecahkan telur di dalamnya. Biar telur masak. 
  5. Setelah siap, masukkan sup dalam mangkuk. Hias di atasnya dengan daun bawang dan bawang goreng.
  6. Sup telur sedia dihidangkan.

 

14. KARI TELUR KENTANG

14 Resipi Lauk Mudah Boleh Masak Guna Rice Cooker

BAHAN-BAHAN:

  • 10 biji telur |rebus dan buang kulit
  • 700ml santan
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 3 biji kentang | belah empat
  • 2 biji cili hijau | hiris memanjang
  • 2 biji cili merah | hiris memanjang
  • 2 biji tomato | belah enam
  • 3 sudu makan rempah kari daging
  • 2 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 batang serai | titik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 5 sudu makan minyak masak

REMPAH PENUMIS:

  • 3 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 ulas buah pelaga

BAHAN HIRIS HALUS:

  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 4cm halia

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis rempah penumis dengan bahan hiris halus hingga wangi.
  2. Seterusnya masukkan bahan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air bersama serbuk cili dan kunyit.
  3. Tumis hingga pecah minyak, masukkan air asam jawa dan kentang.
  4. Tambah sedikit air, biarkan kentang empuk.
  5. Setelah kentang empuk masukkan pula santan dan telur.
  6. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Setelah cukup rasa, lauk telur ini sedia dihidangkan.

 

Beli disini: [su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/small-kitchen-appliances/primada-microcomputer-rice-cooker-20016625?utm_source=rasa&utm_medium=referral&utm_campaign=POC” style=”soft” background=”#efbb2d” color=”#190e0e” size=”6″ icon_color=”#db1616″]Primada Microcomputer Rice Cooker[/su_button]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Nikmati Pelbagai Produk Gourmet Terbaik Dari South Australia

Petua Buat Cucur Udang Sedap & Tak Serap Minyak Tanpa Guna Baking Powder

Resipi Mi Goreng Basah Paling Sedap. Cuba Resipi Ni Confirm Laris!

Ringkas Tapi Sedap. Resipi Jantung Pisang Goreng Cili Wajib Cuba

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI