Menu ni paling mudah untuk disediakan untuk minum petang. Kalau ada potluck untuk anak-anak pun menu ni pasti jadi kesukaan ramai. Hanya menggunakan empat bahan untuk menyediakan sandwich ini.Jomlah kita buat.
Strawberry Peanut Butter Sandwich
Bahan-bahan:
Roti Coklat kismis
Roti butterscotch
Ads
Strawberry filling
Chocolate peanut butter
*2 bungkus roti ni boleh dapat satu box sandwich tu.
Sedapnya Roti Goreng Sosej Cheese meleleh ni. Sajian yang cukup mudah untuk dibuat tanpa memerlukan masa yang lama. Gabungan keju, roti, sosej dan telur menghasilkan hidangan yang cukup lengkap untuk sarapan atau makan malam anda. Nak buat untuk minum petangpun boleh. Jom cuba resipi perkongsian saudari Noor Haffiza Mohd Rashid ni. Anak-anak pasti suka.
ROTI GORENG SOSEJ CHEESE LELEH
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Mula-mula sediakan 2 keping roti.
2. Letakkan keju di atas roti diikuti sosej yang dipotong kecil.
3. Letakkan sekeping lagi keju diatas hirisan sosej diikuti dengan sekeping lagi roti.
4. Pecahkan 2 biji telur di dalam mangkuk atau pinggan dan pukul sedikit.
5. Celupkan roti tadi ke dalam bancuhan telur hingga rata.
6. Panaskan kuali dan goreng roti hingga keperangan.
Ada yang teringin nak rasa portuguese egg tart? Kalau beli pun pasti tak puas makan tambah pula kalau anak ramai. Jadi jom buat ikut resipi ni. Makan pula semasa tengah panas, fuh memang sedap.