Pelbagai jenis biskut raya ada dijual di pasaran namun 10 jenis biskut yang dikongsi ni memang antara yang paling popular. Pendek kata, kalau tak ada memang tak sah. Bagi anda yang tercari-cari idea untuk kuih raya tahun ni, ini seleksi 10 resipi biskut raya mudah & paling popular yang wajib ada tahun ni. Anda boleh dicuba.

 

1.  BISKUT SARANG SEMUT

10 Resipi Biskut Raya Mudah & Paling Popular Yang Wajib Ada Bila Sambut Lebaran.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan mentega
  • 1/2 cawan gula halus
  • 2 biji kuning telur
  • Sedikit esen vanilla
  • 1 sudu kecil pewarna kuning
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 cawan tepung jagung
  • 2 1/4 cawan tepung naik sendiri (@ tepung gandum + 1 sk baking powder diayak)

CARA MEMASAK:

1.Pukul metega dan gula hingga kembang dan gula hancur.
2.Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul sekejap kemudian matikan mixer.
3.Masukkan pewarna kuning, susu tepung dan tepung kastard. Kacau rata.
4.Masukkan tepung jagung dan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit sambil uli hingga jadi doh yang cantik dan tidak melekat di tangan.
5.Doh boleh terus diparut atau balut dengan plastik dan simpan dalam peti ais selama 20 minit sebelum diparut.
6.Masukkan parutan doh tadi ke dalam cawan kertas dan hias dengan coklat urai berwarna.
7.Panaskan ketuhar dan bakar biskut selama 20 minit pada suhu 160C.

Kredit resipi & foto: Reen Khan Shariff

 

2. BISKUT NESTUM

10 Resipi Biskut Raya Mudah & Paling Popular Yang Wajib Ada Bila Sambut Lebaran.

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm mentega
  • 100gm gula halus @ kastor
  • 100gm tepung jagung
  • 1 biji kuning telur gred A
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 sudu teh air sejuk dlm peti ais
  • Tepung gandum cap ros secukupnya – bergantung pada kondisi doh
  • 80gm nestum 
  • 1 biji telur ayam + sedikit pewarna kuning telur (untuk sapuan)
  • Nestum untuk hiasan

CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega, gula & air sejuk hingga sebati kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati @ nampak warna kuning keputihan.
2. Masukkan tepung jagung, nestum yang dah diramas sikit dan tepung rose. Tepung rose dimasukkan sedikit demi sedikit hingga doh yang boleh diuli dan tidak melekat di tangan.
3. Terap doh guna acuan kesukaan, sapu telur diatasnya dan tabur nestum.
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160C selama 20-25 minit atau bergantung pada oven masing-masing.

NOTA: Panaskan oven dulu degan suhu 170 selama 20 minit kemudian semasa membakar turunkan suhu pada 160C.

Kredit resipi & foto: Hizar Harmiza Hashim

 

3. TAT NANAS KEJU

10 Resipi Biskut Raya Mudah & Paling Popular Yang Wajib Ada Bila Sambut Lebaran.

BAHAN KULIT:

  • 150gm mentega tanpa garam
  • 50gm marjerin
  • 50gm gula aising
  • 1/4 sudu teh garam
  • 2 biji kuning telur
  • 225gm tepung paling halus/superfine
  • 35gm tepung jagung
  • 25gm tepung susu
  • 50gm keju cheddar-diparut halus

BAHAN UNTUK EGG WASH:(GAUL RATA)

  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu teh susu cair

BAHAN UNTUK TABUR:

  • 50gm keju cheddar-disagat

BAHAN INTI NENAS:

IKLAN
  • 450gm nanas – parut
  • 125gm gula pasir
  • 1/8 sudu teh garam
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3cm kulit kayu manis
  • 25gm keju cheddar-diparut
  • 1 sudu teh jus lemon

CARA MEMASAK:
1. Inti: Masak nanas sampai air meresap. Masukkan gula pasir, garam, cengkih dan kayu manis.
Masak lagi sambil dikacau hingga kering.Tambahkan keju parut dan jus lemon.Gaul rata.
Dinginkan.Bentuk bulat-bulat kecil.
2. Kulit: Pukul mentega, marjerin, gula aising selama 30 saat. Masukkan kuning telur. Pukul rata.
3. Tambahkan tepung paling halus, tepung jagung dan tepung susu sambil digaul rata.Tambahkan keju parut.Gaul rata.
4. Ambil adunan kulit sebesar hujung ibu jari. Bulatkan, leperkan. Letak inti nanas.Bulatkan kembali.
5. Letakkan di atas loyang yang sudah digris dengan marjerin atau alas dengan baking
paper.
6. Bakar tat pada suhu 150’C guna api bawah selama 25 minit sampai setengah masak.
7. Keluarkan tat dari oven. Biarkan suam. Oles dengan kuning telur dan tabur keju parut.
8. Bakar kembali tat pada suhu 150’C selama 20 minit sampai masak.

Kredit resipi & foto: Noraziah Yazid Nor Cookies

 

4. CORNFLAKES MADU

10 Resipi Biskut Raya Mudah & Paling Popular Yang Wajib Ada Bila Sambut Lebaran.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ketul buttercup
  • 1 cawan gula perang
  • 500gm cornflakes
  • 10 sudu makan madu

CARA MEMASAK:
1. Cairkan buttercup dengan gula perang dalam kuali.Bila dah cair, tutup api.
2. Masukkan madu. Kacau hingga rata.
3. Masukkan cornflakes. Gaul hingga rata dan bersalut. Jika nak tambah buah-buahan kering atau hirisan badam pun boelh. Pastikan badam dibakar terlebih dahulu.
4. Sudukan campuran cornflakes tadi ke dalam cawan kertas.
5. Hias ikut kreativiti dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150C selama 10 minit.
6. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Norasiah Samsudin

 

5. CORNFLAKES COKLAT

10 Resipi Biskut Raya Mudah & Paling Popular Yang Wajib Ada Bila Sambut Lebaran.

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm coklat masakan
  • 1 kotak cornflakes
  • 2 sudu makan mentega
  • Cawan kertas secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Cairkan coklat dan mentega dalam kuali.
2. Kemudian tuang coklat tadi ke dalam bekas berisi cornflakes. Gaul rata.
3. Masukkan cornflakes ke dalam cawan kertas dan hias ikut citarasa.
4. Tunggu coklat keras baru dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

Kredit resipi & foto: Min Hani

IKLAN

 

6. BISKUT MAKMUR

10 Resipi Biskut Raya Mudah & Paling Popular Yang Wajib Ada Bila Sambut Lebaran.

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan minyak sapi
  • 6 cawan tepung gandum
  • Gula aising secukupnya

BAHAN INTI KACANG:

  • 1kg kacang tanah – bakar dan kisar
  • 1/2kg gula – dikisar halus
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1 senduk marjerin

CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan inti kacang. Gaul rata dan pastikan doh boleh dikepal. Kemudian cubit inti dan gentel kecil.
2. Untuk membuat doh biskut, campur tepung dan minyak sapi. Uli hingga doh tidak melekat di tangan.
3. Setelah doh sebati, cubit sedikit dan balut inti kacang yang digentel tadi. Boleh bentukkan seperti biskut Almond London.
4. Letak biskut dalam cawan kertas dan bakar pada suhu 170C selama 35 minit.
5. Bila dah siap bakar, ayak gula ising diatasnya.
6. Simpan dalam bekas kedap udara.

Kredit resipi & foto: Norliza Bonda

 

7. SEMPERIT SUSU

10 Resipi Biskut Raya Mudah & Paling Popular Yang Wajib Ada Bila Sambut Lebaran.

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm mentega
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • Pewarna kesukaan secukupnya
  • 2 sudu makan ( menggunung) tepung kastard
  • 4 1/4 cawan tepung jagung

CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan diatas dan kacau menggunakan senduk.
2. Kemudian masukkan tepung kastard. Kacau lagi hingga rata.
3. Seterusnya masukkan tepung jagung. Uli hingga sebati. Adunan mestilah agak lembut. Jika keras, tambah mentega secukupnya.
4. Terap adunan dan biarkan 20 minit sebelum dibakar pada suhu 180C selama 20-25 minit atau sehingga masak, Guna api atas dan bawah.

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal

 

IKLAN

8. BISKUT MAZOLA

10 Resipi Biskut Raya Mudah & Paling Popular Yang Wajib Ada Bila Sambut Lebaran.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 1/2 cawan tepung gandum -ayak
  • 1/2 cawan gula icing – ayak
  • 2 cawan kacang tanah kisar – goreng dulu tanpa minyak, barulah dikisar
  • 1 cawan minyak jagung

HIASAN :

  • Kuning telur
  • Kacang tanah goreng

CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung, gula dan kacang kisar. Kacau sebati.
2. Tuangkan minyak jagung sedikit demi sedikit sambil diuli hingga jadi doh yang boleh dikepal. Tak perlu habiskan minyak jika doh telah cantik.
3. Bulatkan doh, tekan sedikit dan letak kacang tanah di atasnya. Sapu kuning telur dan bakar hingga masak antara suhu 150’C – 180’C, masa antara 20 – 25 minit mengikut oven masing-masing.
4. Jika nak buat banyak, gandakan adunan.

Kredit resipi & foto: Suzi Yanti Md Hane

 

9. TAT NANAS GULUNG

10 Resipi Biskut Raya Mudah & Paling Popular Yang Wajib Ada Bila Sambut Lebaran.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan mentega
  • 2 sudu makan minyak sapi
  • 30gm gula icing
  • 3 cawan tepung gandum – diayak. Jumlah boleh tambah kalau doh lembik
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu sudu makan tepung ubi kayu
  • 1 sudu teh essen vanila
  • 1 biji kuning telur
  • Pewarna kuning lemon

HIASAN:

  • 2 biji kuning telur 
  • 1 sudu makan susu manis
  • Pewarna kuning lemon

CARA MEMASAK:

1.  Satukan mentega, gula aising, minyak sapi dan esen vanilla. Sebatikan.
2. Kemudian masukkan telur dan pewarna kuning. Kacau rata.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh.
4. Kemudian terap doh dengan acuan yang disukai. Biarkan doh selama 1 jam baru sapu kuning telur.
5. Bakar pada suhu 160-170C selama 20-25 minit. Masa mungkin berbeza bergantung pada ketuhar masing-masing.

Kredit resipi & foto: JJ Pau Mawar

 

10. ALMOND LONDON

10 Resipi Biskut Raya Mudah & Paling Popular Yang Wajib Ada Bila Sambut Lebaran.

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm buttercup
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 cawan gula aising
  • 2 cawan tepung jagung
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1/2 cawan serbuk badam/almond ground
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Badam biji secukupnya. Anggaran 160-170 biji (bakar dulu dalam ketuhar selama 20 minit)
  • Cawan kertas secukupnya
  • 500gm coklat masakan
  • 2 sudu makan cocoa butter
  • Badam cincang secukupnya – bakar terlebih dahulu

CARA MEMASAK:
1. Satukan buttercup, gula aising, kuning telur & esen vanila dlm bekas. Kacau sebati guna senduk kayu.
2. Masukkan serbuk badam, tepung jagung & tepung beras. Gaul rata.
3. Masukkan pula tepung gandum sedikit demi sedikit. Jika doh dah ok, tak perlu habiskan. Jika doh masih lembik, tambah tepung gandum hingga dapat tekstur yang boleh dibentuk.
4. Ambil doh dan letakkan sebiji badam. Bentukkan bujur. Ulang hingga doh habis.
5. Bakar selama 20-25 minit menggunakan api atas bawah pada suhu 180C.
6. Setelah masak, sejukkan biskut terlebih dahulu.
7. Cairkan coklat masakan menggunakan teknik double-boiler. Semasa cairkan coklat, tambah cocoa butter. Kacau sebati.
8. Celup biskut yang telah sejuk tadi ke dalam coklat. Masukkan ke dalam cawan kertas dan tabur badam cincang.
9. Simpan biskut dalam peti sejuk selama 5-10 minit.
10. Bila coklat dah keras, keluarkan dari peti sejuk dan simpan dalam bekas.

NOTA: 1 adunan ini akan dapat dalam 168 biji biskut.

Kredit resipi & foto: Siti Hajar Hashim

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI