Enaknya bila menjamah masakan lauk kampung air tangan bonda sewaktu berbuka puasa. Sementelah lagi bila sajian yang disajikan adalah hidangan yang sememangnya menjadi idaman anak-anak tatkala berada di perantauan. Biarpun resipi trending bertukar ganti, gulai lemak cili padi, asam rebus daging, dan opor nangka ibu tetap jadi pilihan . Untuk membangkitkan nostalgia di bulan Ramadan ini, RASA kongsikan resipi-resipi lauk kampung untuk berbukayang enak dan mudah yang anda boleh cuba sendiri di rumah.
KOLEKSI RESIPI MASAKAN LAUK KAMPUNG
1. UDANG MASAK LEMAK CILI API BERSAMA DAUN SELOM
BAHAN-BAHAN:
10 ekor udang saiz besar |bersih dan tos
1 batang serai |titik
2 ulas bawang merah |kisar
1 keping asam gelugur
2 sudu kunyit hidup | kisar
Seikat daun selom | potong
10 biji cili padi | kisar
1 mangkuk santan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan kesemua bahan kecuali udang dan daun selom.
Kemudian didihkan kuah atas api sederhana hingga mendidih.
Sentiasa kacau agar santan tidak pecah.
Masukkan garam, udang dan daun selom.
Biarkan lebih kurang lima minit. Tutup api
Hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Jangan masak udang terlalu lama kerana ia akan menjadi sedikit keras.
2. TELUR MASIN LEMAK CILI API
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur masin
1 batang serai | titik
1 ulas bawang merah | kisar
1 keping asam gelugur
2 sudu kunyit hidup |kisar
10 biji cili padi |kisar
1 mangkuk santan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan kecuali telur.
Didikan kuah sehingga mendidih.
Kecilkan api, masukkan telur satu persatu.
Biarkan telur agak keras, perasakan dengan sedikit garam jika tidak berapa masin.
Tutup api dan hidangkan.
INFO CHEF: Jika tidak mahu telur masin boleh juga menggunakan telur itik biasa.
Sedapnya lauk Balado Ayam ni. Ringkas, mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Walaupun cuma satu lauk, ini pun dah cukup untuk membuka selera suami dan anak-anak. Nak cuba masak? Resipi perkongsian saudari Nana Sabrina Sarsan ni antara yang terbaik boleh dicuba.
RESIPI BALADO AYAM MUDAH, SEDAP & TAK GUNA BANYAK BAHAN
BAHAN-BAHAN:
Ayam – potong kecil
Serbuk kunyit secukupnya
Garam secukup rasa
Gula secukupnya
½ inci asam gelugur
Bawang besar – hiris
BAHAN KISAR:
1 biji bawang merah bombay
2 ulas bawang putih
15 tangkai cili merah
10 biji cili padi hijau
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan ayam dan perap dengan serbuk kunyit dan garam. Gaul rata. 2. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing. Angkat. 3. Kurangkan sedikit minyak gorengan ayam tadi. Kemudian tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak. Jika minyak kurang, tambah sedikit. 4. Bila dah pecah minyak, masukkan garam, sedikit gula dan ½ inci asam gelugur. Asam gelugur tidak letak banya bagi elak rasa yang terlalu masam. 5. Masukkan ayam dan bawang hiris. Kacau rata sehingga bawang layu. Angkat dan siap untuk dihidangkan.
Makan nasi ambeng tanpa sambal goreng bagaikan tidak lengkap. Istimewanya dalam sambal goreng terdapat pelbagai bahan antaranya daging, paru ataupun lauk lain. Manakala sayur yang sering jadi piihan ialah kacang panjang . Manakala resipi asli sambal jawa perlu ada di dalamnya suhun, ubi kentang, tauhu fucuk dan tempe. Dikongsikan resipi mudah membuatnya.
Sambal Goreng Jawa
Bahan-bahan:
-Kentang
-tempe
-pedal ayam
-tauhu
Cara memasak:
1.Gorengkan semua bahan di atas.
2. rendamkan suhun.
3. Hiris bawang merah, bawang putih, sikit halia,cili besar merah dan hijau.
4. Tumbuk sedikit ikan bilis.
5.Tumiskan ikan bilis dan bahan2 yg dihiris. Kemudian masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan suhun. Kacau2. Dan masukkan bahan yg dah digoreng tadi.
Hidangan lauk pauk gorengpastinya menjadi pemikat selera serta pilihan ramai. Selain enak dan menyelerakan, sajian sebegini amat senang disediakan serta menjimatkan masa di dapur. Sajian lauk pauk goreng ini juga sangat sesuai bagi kaum ibu yang gemarkan hidangan yang ringkas, enak dan juga berkhasiat buat keluarga.
RESIPI LAUK PAUK GORENG
1. BROKOLI DAN KACANG WALNUT GORENG
BAHAN-BAHAN:
1 biji brokoli | dipotong sederhana besar
3 ulas bawang putih | ditumbuk kasar
2 sudu makan sos tiram
50gm kacang walnut goreng
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
50ml air
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga garing kekuningan.
Kemudian masukkan brokoli dan sos tiram yang sudah dilarutkan dengan air. Kacau rata.
Apabila brokoli kelihatan sedikit lembut, masukkan serbuk lada hitam dan sedikit garam.
Padamkan api dan masukkan walnut. Gaul rata dan sedia untuk dihidang.
Info chef: Walnut memberikan rasa lemak serta rangup pada hidangan lauk pauk goreng.
2. AYAM GORENG BBQ
BAHAN-BAHAN:
6 ketul ayam | dibersihkan
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan madu
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh herba parsli
1 sudu teh serbuk stok ayam
2 sudu makan minyak masak
Minyak untuk mengoreng
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Dalam mangkuk besar, satukan sos tiram, sos tomato, madu, lada, herba parsli, stok ayam dan minyak masak. Kacau sehingga sebati. Tambah garam mengikut cita rasa anda.
Masukkan ayam dan gaul rata. Perapkan selama satu jam.
Panaskan minyak masak dan goreng hingga garing.
Sedia untuk dihidangkan.
3. KERANG GORENG KICAP
BAHAN-BAHAN:
500gm kerang | dibersihkan
5 ulas bawang putih | diketuk
2 batang serai
50ml kicap masin
250ml air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Tumis bawang putih dan serai sehingga garing dan kekuningan.
Masukkan kicap dan tumis seketika. Kemudian masukkan kerang dan tambahkan air.
Sesuaikan rasa dengan menambahkan garam mengikut cita rasa anda.
Tutup kuali dan biarkan kerang masak sempurna. Sedia untuk dihidang.
Info chef: Cuba rasa terlebih dahulu sebelum menambah garam kerana kicap telah memberikan rasa masin. Tambah gula jika perlu.
4. LALA GORENG CILI API
BAHAN-BAHAN:
500gm lala | dibersihkan
5 ulas bawang putih
5 biji cili padi
2 sudu makan sos tiram
50ml air
1 batang bunga kantan
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Bawang putih, cili padi dan bunga kantan diracik halus. Ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga garing kekuningan.
Masukkan cili padi dan bunga kantan. Tumis sehingga wangi.
Tambahkan sos tiram, air dan lala. Kacau sehingga lala kelihatan masak.
Ubah suai rasa dengan menambah garam dan gula mengikut cita rasa anda.
Sedia untuk dihidangkan.
5. SOTONG NESTUM
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong | dibersihkan
60gm tepung gandum
3 ulas bawang putih | dicincang halus
100gm nestum
50ml susu pekat
50ml susu cair
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh serbuk lada hitam
3 sudu makan mentega
Sedikit minyak untuk mengoreng
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Sotong digaul dengan tepung dan sedikit garam lalu di goreng separuh masak. Ketepikan.
Tumis bawang putih dengan mentega sehingga garing kekuningan.
Masukkan susu cair, susu pekat dan serbuk pati ayam. Kacau sebati.
Seterusnya masukkan sotong dan nestum. Perasakan dengan garam secukup rasa.
Sedia untuk dihidang.
Info chef: Kurangkan jumlah susu pekat jika kurang menggemari hidangan yang sedikit manis.
6.DAGING GORENG UBI KENTANG
BAHAN-BAHAN:
300gm daging batang pinang
2 biji ubi kentang | dipotong dan digoreng separuh masak
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1/2 sudu makan serbuk kari
2 ulas bawang putih | dihiris
Sedikit minyak untuk mengoreng
Garam secukup rasa
125ml air
CARA MEMASAK:
Masukkan daging ke dalam periuk dan rebus menngunakan api kecil selama 20 minit. Sejukkan daging seketika.
Hiris daging nipis-nipis dan lumurkan dengan campuran serbuk kunyit, serbuk kari dan garam. Perap seketika.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
Kemudian masukkan daging. Goreng hingga separuh masak lalu masukkan air ddan juga ubi kentang.
Ubah suai rasa mengikut cita rasa anda dan sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Jika menggunakan daging bahagian lain, pastikan anda merebus lebih lama bagi mendapatkan tekstur daging yang empuk.
7. JANTUNG PISANG TUMIS BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN:
1 biji jantung pisang | dihiris
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji cili padi
1 biji cili merah
30gm ikan bilis
Sedikit minyak untuk mengoreng
Garam secukup rasa
Sedikit air| jika perlu
CARA MEMASAK:
Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, cili merah dan ikan bilis sehingga lumat.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi sehingga kekuningan.
Kemudian masukkan jantung pisang. Tambahkan sedikit air jika perlu. Kacau sehingga jantung pisang menjadi lembut.
Ubah suai rasa dengan menambahkan garam mengikut cita rasa anda. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Jantung pisang hendaklah dihiris nipis dan direndam dengan air garam seketika bagi membuang getahnya.
8. CENDAWAN TOFU GORENG
BAHAN-BAHAN:
3 paket tofu jepun | dipotong bulat
1 paket cendawan shintake | dihiris
1 paket cendawan inoki
1 paket cendawan shimeiji
3 ulas bawang putih | dihiris
2 sudu makan sos tiram
2 biji cili padi
Sedikit air
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Tumis bawang putih menggunakan sedikit minyak sehingga wangi.
Kemudian goreng tofu jepun sehingga hampir masak dan berwarna kekuningan.
Masukkan kesemua cendawan dan masak sehingga sedikit layu.
Tambahkan sos tiram, sedikit air dan cili padi. Reneh sehingga cendawan masak.
Angkat dan hidangkan segera.
Info chef: Hidangan ini tidak menggunakan garam kerana sos tiram telah memberikan rasa masin pada masakan.
9. PUCUK MANIS TELUR GORENG
BAHAN-BAHAN:
1 ikat pucuk manis
3 ulas bawang putih | diketuk kasar
2 biji telur
1 sudu teh stok ayam
Serbuk lada hitam dan garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
Pecahkan telur dan perasakan dengan stok ayam dan juga serbuk lada hitam. Pukul sedikit hingga rata.
Masukkan bancuhan telur ke dalam kuali. Kacau dengan cepat dan masukkan pucuk manis.
Masak seketika dan tambah bahan perasa jika perlu.
Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Tambah sedikit air jika sukakan sayur goreng yang sedikit berkuah.
10. TELUR HANCUR PERIA KATAK
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur ayam | dipukul
2 biji peria katak | dihiris nipis
3 ulas bawang putih | dihiris
3 biji bawang merah | dihiris
1 biji cili merah | dihiris
Serbuk lada hitam dan garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan cili sehingga garing.
Kemudian masukkan peria dan gaul sehingga separuh masak.
Setelah itu tuangkan telur dan gaul lagi sehingga semua bahan kelihatan sebati.
Perasakan dengan garam serta serbuk lada hitam dengan secukup rasa.
Angkat dan nikmatinya bersama nasi panas.
Info chef: Rendam hirisan peria di dalam air garam selama 10 minit bagi mengurangkan rasa pahit.
Musim hujan ini hidangan yang paling enak dimakan adalah sup. Dapat hirup sup panas-panas memang menyelerakan. Antara idea yang boleh dihidangkan adalah sup cendawan ayam. Sup ini lebih sedap dihirup begitu saja tanpa makan dengan nasi.