Korang minat cookies? Berikut adalah 10 resipi cookies yang menarik & sedap! Boleh lah hidang untuk tetamu yang hadir.. Selamat mencuba! 

BISCOTTI

10 Aneka Resipi Yang Mesti Dicuba Oleh Penggemar Cookies!

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji putih telur
  • 100gm gula kastor
  • 150gm Tepung blue key
  • 150gm badam biji
  • 1 sudu teh vanila

CARA MEMASAK:

  1. Pukul putih telur sehingga separuh keras dan masukkan gula kastor.
  2. Pukul sehingga adunan menjadi pekat dan keras.
  3. Masukkan tepung dan gaul rata.
  4. Masukkan pula badam biji dan gaul sebati.
  5. Masukkan adunan ke dalam acuan 9 x 9 x 4 dan bakar selama 30 minit.
  6. Setelah sejuk masukkan ke dalam peti ais selama 1 malam.
  7. Kemudian potong nipis-nipis dan bakar lagi selama 15 minit.

Info chef:  Boleh juga tabur cili hijau sebagai hiasan.

Saiz hidangan : 3-4 orang

Waktu memasak: 1 jam

Jenis hidangan : Biskut

Keistimewaan : Rangup digigit

Cara memasak :  Bakar

BROWN BUTTER SNICKERDOODLES

10 Aneka Resipi Yang Mesti Dicuba Oleh Penggemar Cookies!

BAHAN-BAHAN (AYAK SEMUA):

  • 2 ½ cawan tepung gandum
  • 1sudu teh soda bikarbonat
  • ½ sudu teh serbuk kayu manis
  • 2 sudu teh cream of tartar
  • ¼ sudu teh garam

BAHAN MEMBUAT BROWN BUTTER (masak dlm periuk atas api sehingga warna bertukar coklat)

  • 1 ¼ cawan gula perang
  • ½ cawan gula kastor
  • 1 biji telur
  • 1 biji telur kuning
  • 1 sudu makan yogurt
  • Sedikit esen vanila

LAIN-LAIN:

  • *½ cawan gula kastor + ½ sudu teh serbuk kayu manis (untuk salut biskut)

CARA MEMASAK:

  1. Pukul brown butter, gula perang dan gula kastor.
  2. Masukkan telur. Pukul, yogurt dan esen vanila, pukul lagi.
  3. Campurkan bahan yang diayak ke dalam adunan. Pukul sekata.
  4. Sejukkan doh selama 3 jam.
  5. selepas direhatkan, bulat-bulatkan doh. Tekan-tekan doh supaya menjadi leper sedikit dan golek dengan bahan (*).
  6. Bakar selama 8 – 11 minit pada suhu 175C.
  7. Angkat dan sejukkan sebelum simpan di dalam bekas kedap udara.

Info chef:  Boleh tabur sedikit serbuk kayu manis ketika menghidang.

Saiz hidangan : 3-4 orang

Waktu memasak: 4 jam

Jenis hidangan : Biskut

Keistimewaan : Rasa kulit kayu manis yang sedap

Cara memasak :  Didih dan bakar

BUTTER COOKIES WITH BLACK SESAME

10 Aneka Resipi Yang Mesti Dicuba Oleh Penggemar Cookies!

BAHAN-BAHAN:

  • 80gm mentega
  • 30gm gula ising | ayak
  • 1 biji telur kuning
  • Secubit garam
  • 25ml krim putar
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 100gm tepung naik sendiri
  • 1 ½ sudu makan black sesame | dibakar sedikit

CARA MEMASAK:

  1. Pukul gula ising garam dan mentega sehingga gebu dan kembang.
  2. Tambah telur kuning, esen vanila dan krim putar. Pukul sehingga semua sebati.
  3. Gaul tepung yang diayak dan black sesame menggunakan spatula sehingga semua sebati.
  4. Masukkan ke dalam piping bag dan paip bentuk bunga. Bakar selama 15 – 20 min pada suhu 165C.
  5. Keluarkan, sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Info chef:  Enak diminum bersama teh O panas.

Saiz hidangan : 3-4 orang

Waktu memasak: 1 jam

Jenis hidangan : Biskut

IKLAN

Keistimewaan : Rasa lemak mentega

Cara memasak :  Bakar

FLORENTINE

10 Aneka Resipi Yang Mesti Dicuba Oleh Penggemar Cookies!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket tepung Bienetta
  • 500gm hirisan badam
  • 500gm biji kuaci
  • 500gm biji melon
  • 500gm biji labu
  • 100gm bijan hitam
  • 100gm bijan
  • Parchment paper | untuk alas membakar

CARA MEMASAK:

  1. Tabur semua kacang di dalam dulang yang dialas dengan parchment paper.
  2. Tabur tepung biennetta menutupi kacang-kacang tadi.
  3. Bakar selama 15 minit sehingga bahagian atas bertukar coklat keemasan.
  4. Terus potong selepas dikeluarkan dari oven.
  5. Sedia dinikmati.

Saiz hidangan : 3-4 orang

Waktu memasak: 1 jam

Jenis hidangan : Biskut

Keistimewaan : Rasa aneka bijirin yang lemak dan sedap

Cara memasak :  Bakar

GOOEY SALTED CARAMEL VANILLA BUTTER COOKIES   – DOUBLE SPRED DENGAN BLACK BEAUTY

10 Aneka Resipi Yang Mesti Dicuba Oleh Penggemar Cookies!

BAHAN-BAHAN:

  • 150gm mentega
  • ½ cawan gula
  • 2 telur kuning
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 ½ cawan tepung gandum

BAHAN SALTED CARAMEL:

  • 1/3 cawan gula perang
  • 55gm mentega
  • 2 sudu makan krim putar
  • Sedikit Fleur De Sel  (Kosher Salt)

CARA MEMASAK:

  1. Pukul mentega, gula, telur kuning dan esen vanila sehingga gebu dan kembang.
  2. Masukkan tepung. Bulatkan doh sebesar 1.5inci tiap satu.
  3. Tekan di bahagian tengah adunan, untuk dipaipkan sos karamel. Sejukkan semalaman.
  4. Keluarkan adunan dan terus bakar selama 8 hingga 10 minit. Tekan semula bahagian tengah.
  5. Setelah masak, keluarkan dan sejukkan. Ketepikan.
  6. Untuk membuat sos karamel; cairkan mentega dan gula perang sehingga semua sebati, kacau hingga berbuih. Angkat dari api.
  7. . Masukkan krim putar dan kacau lagi sehingga semua sebati. Biarkan sejuk sebentar dalam 10 minit.
  8. Masukkan adunan sos karamel ke dalam piping bag dan paipkan sos karamel ke dalam biskut. Akhit sekali, tabur Fleur De Sel.
  9. Sedia dinikmati.

Info chef:  Fleur De Sel  adalah garam laut yang dikikis pada bahagian paling lapisan atas lautan garam.

Saiz hidangan : 3-4 orang

Waktu memasak: 1 jam

Jenis hidangan : Biskut

Keistimewaan : Rasa lemak, manis dan sedikit masin

Cara memasak :  Tumis dan reneh

IKLAN

MATCHA COOKIES – DOUBLE SPREAD DGN STRAWBERY JEM SHORTBREAD

10 Aneka Resipi Yang Mesti Dicuba Oleh Penggemar Cookies!

BAHAN-BAHAN:

  • 113gm mentega
  • ¼ cawan + 2susu makan gula kastor
  • ¼ cawan + 2 sudu makan gula perang
  • Sedikit esen vanila
  • 1 biji telur
  • 1 cawan  + 1 sudu makan tepung gandum
  • ½ sudu teh soda bikarbonat
  • ½ sudu teh garam
  • 2 sudu makan matcha powder
  • 1 cawan semi –sweet chocolate chips

CARA MEMASAK:

  1. Pukul mentega, gula kastor dan gula perang.
  2. Masukkan telur dan esen vanila. Pukul sekata. Ketepikan.
  3. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat, garam dan serbuk matcha.
  4. Campur bahan ayak ke dalam adunan bahan tadi dan juga chocolate chips.
  5. Rehatkan adunan semalaman.
  6. Bulat-bulatkan adunan, tekan-tekan doh supaya menjadi leper sedikit dan bakar pada suhu 170C selama 10-13 minit sehingga masak sepenuhnya.
  7. Keluarkan dan sedia dinikmati.

Info chef:  Pastikan simpan di dalam bekas kedap udara supaya biskut tidak lemau.

Saiz hidangan : 3-4 orang

Waktu memasak: 1 jam

Jenis hidangan : Biskut

Keistimewaan : Rasa unik kerana kandungan teh hijau di dalamnya

Cara memasak :  Bakar

NUTELLA OATMEAL BARS

10 Aneka Resipi Yang Mesti Dicuba Oleh Penggemar Cookies!

BAHAN-BAHAN:

  • 141gm mentega | cairkan
  • 130gm gula perang
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan rolled oats
  • ¾ sudu teh serbuk penaik
  • 1/8 sudu teh garam
  • 150gm nutella
  • 75gm semi sweet chocolate chip
  • Sedikit esen vanila

CARA MEMASAK:

  1. Lapiskan loyang empat segi bersaiz 8 x 8 inci dengan parchment paper dan sembur baking spray. Ketepikan.
  2. Campurkan mentega yang dicairkan, gula perang dan esen vanila. Gaul sehingga semua bersatu. Ketepikan.
  3. Dalam bekas lain, masukkan tepung gandum, rolled oats, serbuk penaik dan garam. Dengan menggunakan teknik ‘rubbing’, satukan dengan adunan bercampur mentega tadi sehingga menjadi crumble.
  4. Ambil separuh dan tabur ke dalam loyang. Tekan-tekan dan bakar selama 10 minit.
  5. Keluarkan dari oven dan sapukan bahagian atas dengan Nutella dan ratakan dengan spatula. Tabur chocolate chip.
  6. Kemudian masukkan lebihan adunan tadi menutupi lapisan nutella dan chocolate chip. Tekan-tekan sedikit dan bakar semula selama 12-15 minit pada suhu 160C.
  7. Biarkan sejuk, barulah dipotong.

Info chef:  Rolled oats terbentuk apabila bijirin oat dikukus dan kemudian dijadikan emping oat. Boleh dibeli di kedai.

Saiz hidangan : 3-4 orang

Waktu memasak: 1 jam

Jenis hidangan : Biskut

Keistimewaan : Rasa coklat yang sedap

Cara memasak :  Bakar

IKLAN

PALMIER

10 Aneka Resipi Yang Mesti Dicuba Oleh Penggemar Cookies!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket puff pastry
  • Gula kastor secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Keluarkan 1 set helaian puff pastry dan tabur gula kastor di atas permukaan puff pastry.
  2. Dengan menggunakan rolling pin, gelek di atas permukaan puff. Proses ni akan membolehkan gula masuk ke dalam kulit puff. Ulang sehingga empat kali.
  3. Kemudian, bentangkan puff pastri di atas meja. Lipat bahagian kiri dan kanan ke dalam. Seterusnya lipat lagi ke dalam sehingga membentuk seperti gulungan.
  4. Sejukkan selama 1 jam. Setelah sejuk, potong dan susun di dalam dulang pembakar yang telah dilapik dengan parchment paper.
  5. Bakar selama 20 minit atau sehingga bertukar warna coklat keemasan.
  6. Keluarkan dan sedia untuk dinikmati.

Saiz hidangan : 3-4 orang

Waktu memasak: 2 jam

Jenis hidangan : Biskut

Keistimewaan : Sangat mudah dibuat

Cara memasak :  Bakar

RED VELVET CRINCLE COOKIES

10 Aneka Resipi Yang Mesti Dicuba Oleh Penggemar Cookies!

BAHAN-BAHAN:

  • 115gm mentega
  • 200gm  muscovado sugar (gula perang)
  • 2 biji telur
  • 2 sudu teh pewarna merah

BAHAN AYAK:

  • 280gm tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • ¼ sudu teh soda bikarbonat
  • 40gm serbuk koko
  • 25g gula ising  | untuk digolek dengan bebola doh

CARA MEMASAK:

  1. Pukul telur dan muscovado sugar sehingga kembang.
  2. Masukkan telur. Pukul lagi. Campur pewarna merah.
  3. Masukkan bahan ayak. Campur semua sehingga menjadi doh.
  4. Bulat-bulatkan doh dan golekkan dengan gula ising.
  5. Susun di atas dulang pembakar. Tekan sedikit doh menjadi leper sedikit.
  6. Bakar selama 12-15 minit pada suhu 165C.
  7. Keluarkan dan sejukkan. Sedia dinikmati.

Info chef:  Muscovado berwarna perang gelap dan sedikit kasar serta melekit daripada kebanyakan gula perang dan diperbuat daripada air tebu.  

Saiz hidangan : 3-4 orang

Waktu memasak: 35 minit

Jenis hidangan : Lauk pauk

Keistimewaan : Rasa lemak santan dan agak pedas

Cara memasak :  Tumis dan reneh

Anggaran kos : RM15-RM20

WHITE CHOCOLATE PEANUT BUTTER BARS

10 Aneka Resipi Yang Mesti Dicuba Oleh Penggemar Cookies!

BAHAN-BAHAN:

  • 226gm mentega | cairkan
  • 1 cawan mentega kacang
  • 1 cawan biskut cream crackers
  • 450gm gula ising
  • 340gm coklat putih

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam mesin pemproses makanan, kisar biskut cream crackers, gula dan mentega kacang.
  2. Kemudian gaul bersama mentega yang dicairkan.
  3. Masukkan ke dalam loyang 8 x 8 inci. Tekan-tekan sedikit.
  4. Cairkan coklat putih dan tuang ke atas aduan tadi. Sejukkan sebelum potong.

Saiz hidangan : 3-4 orang

Waktu memasak: 1 jam

Jenis hidangan : Biskut

Keistimewaan : Rasa lemak dan manis

Cara memasak :  Reneh

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI