Di laman sosial, terdapat banyak menu ringkas dan mudah yang anda boleh cuba. Sebagai contoh, Roti Rangup Inti Berlauk perkongsian Mleisya Scarf Comel Sokmo ni. Daripada roti sandwicbiasa, anda boleh ubah jadi hidangan luar biasa sedapnya! Jom cuba. Anda pasti suka.
ROTI RANGUP INTI BERLAUK
BAHAN-BAHAN:
Roti sandwic
Tepung goreng sebaguna
BAHAN INTI:
Ads
Telur – goreng hancur tanpa minyak
Ayam – rebus & cincang halus
Sosej – rebus & potong nipis
Daun ketumbar@ daun sup – hiris halus
Lobak merah – hiris nipis
Mayones secukupnya
Serbuk lada hitam @ serbuk lada putih secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Ambil tepung goreng serbaguna dan bancuh dengan air hingga jadi bancuhan agak pekat. Adun hingga sebati. Tepung ini akan digunakan untuk mencelup roti.
2. Satukan telur hancur, isi ayam, sosej, daun ketumbar dan lobak merah dalam bekas.
3. Kemudian masukkan mayones serta serbuk lada hitam @ lada putih dengan secukupnya. Gaul rata.
Ads
4. Ambil roti dan potong dua. Kemudian letak inti berlauk tadi.
5. Lipat kemas dan salut dalam bancuhan tepung yang telah dibancuh awal tadi.
Ads
6. Kemudian golekkan roti dalam bekas berisi tepung gorengan serbaguna yang kering.
7. Panaskan minyak dan goreng roti hingga garing dan berwarna keemasan. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan roti. Goreng guna api sederhana.
Nak menu yang ringkas dan mengenyangkan? Boleh buat menu untuk sarapan Sushi Sandwich dan Wanpaku Sandwich. Bahan-bahan nak buat juga mudah dicari. Sushi sandwich Nampak comel jer tapi bila dah makan memang cukup kenyang.Mana taknya dalamnya penuh dengan lobak merah,timun, tuna dan lain-lain bahan.
TONTON GERENTI JADI : Resipi Sosej Gulung Rangup Goreng
Cara buat: 1.Sediakan sekeping roti, gelek nipis dan potong tepinya. 2.Letak inti tuna, telur hancur, jejari ketam 3.Letak timun dan lobak merah(dipotong memanjang) 4.Gulungkan roti hingga habis. 5.Potong kepada 2 bahagian 6.Letakkan sos dan mayo. 7.Tabur parsli flakes jika suka.
Wanpaku Sandwic
Roti wholemeal/ roti biasa gardenia
Isi ayam /nuggets
Sosej
Kubis ungu-hiris halus
Lobak merah -potong panjang
Timun Jepun – potong panjang
Telur hancur
Salad hijau – hiris halus
Mayonis
Sos cili
Cara buat: 1.Letakkan roti, susun semua bahan atas roti berlapis-lapis 2.Tutup roti dan balut dengan aluminium foil. 3.Belah tengah roti tadi. Dah siap untuk dinikmati.
Kudapan atau jajan memang mengasyikkan kalau dimakan sambil tonton televisyen. Krup krap krup krap je kan? Nak buat sendiri jajan untuk dimakan seisi keluarga? Jom try resipi yang dikongsikan oleh Cahaya Malaika melalui chanel Telegram KakiMakan ni. Senang je nak buat tau.
POTATO CHIP ALA MR POTATO
Bahan-bahan
6 biji kentang (mengikut kuantiti yang diperlukan)
Satu periuk air (untuk merebus kentang)
Sedikit garam (tak nak letak pun boleh)
2 sudu cuka makan
Serbuk cili
Serbuk cheese
Gula halus
Minyak masak untuk menggoreng
Cara membuat
1. Basuh kentang. Kentang tak perlu buang kulit.
2. Hiris kentang nipis-nipis. Lebih mudah menggunakan penyagat atau slicer.
3. Didihkan air bersama cuka dan garam.
4. Masukkan kentang yang dihiris ke dalam air rebusan selama 3 minit sahaja. Ini untuk pastikan kentang kekal rangup dan tidak lembik apabila digoreng.
5. Basuh dan toskan kentang. Biarkan kentang kering. Boleh juga gunakan oven pada suhu rendah untuk cepatkan pengeringan.
6. Kentang kena betul-betul kering supaya rangup.
7. Goreng kentang sehingga kuning keemasan dan rangup. Angkat dan toskan minyak.
8. Gaul kentang dengan serbuk cili, serbuk cheese dan gula halus.
9. Simpan kerepek kentang dalam bekas.
Info
Kalau tak nak letak apa-apa perasa pun boleh makan macam tu dah sedap.
Pisang goreng memang enak dimakan ketika panas. Dapat pula yang rangup, memang makan tak berhenti dibuatnya. Apa yang penting ketika mahu menggoreng pisang ini adalah bancuhan tepungnya. Jika dibancuh dengan cara yang betul, maka akan rangup dan sedaplah pisang goreng itu. Anda nak tahu cara bancuhan tepung yang rangup dan sedap? Jom kita cuba intai resipi oleh Are Peace ini.
RESIPI TEPUNG PISANG GORENG
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung beras cap gajah3
1 sudu kecil garam
1 biji telur
4-5 ketul ais kiub
1 sudu kecil pewarna kuning(kunyit pun ok)
Air sejuk dalam peti ais
Sedikit kapur makan (hujung sudu je bancuh dengan 1 sudu air)
CARA PENYEDIAAN:
1. Masuk semua bahan-bahan dalam bekas kecuali ais dan air.
2. Gaul hingga sebati, baru masukkan ais dan masukkan air sedikit demi sedikit. Jangan cair sangat sebab nanti ais tu akan cair.
3. Cara nak goreng pula, guna api sederhana besar dan pastikan minyak betul-betul panas.
4. Masukkan pisang yang telah disaluti tepung tadi.
5. Masa menggoreng tu jangan kecilkan api ya, biar je api tu dengan tahap yang sama.
6. Bila dah nampak kekuningan yang anda mahukan, angkat dan toskan.
7. Siap untuk dihidang!
RESIPI SAMBAL KICAP
BAHAN-BAHAN
12 biji cili padi hijau
3 sudu besar gula
3 sudu besar gula merah
5 sudu besar kicap manis
2 ulas bawang putih
1 cawan air
CARA PENYEDIAAN:
Masuk semua bahan-bahan ke dalam pengisar.
Kisar sampai halus dan masak atas api sehingga sedikit pekat.
Resipi kicap ni akan rasa pedas-pedas manis. Kalau suka pedas lagi boleh tambah cili padi lagi.
Siap!
Selamat mencuba!
Jika anda sedang mencari KUALI yang berkualiti pada harga yang murah, boleh klik DISINI.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!