Untitled design - 2022-09-30T100224.424

Buat mereka yang inginkan kelainan untuk bubur nasi, boleh cuba resipi lengkap bubur nasi berlauk ini.

Resipi yang dikongsikan daripada Ben Safwan ini, memang popular dalam kalangan mereka yang gemarkan menu simple tapi mengenyangkan.

Jom kita cuba resipi yang mudah dan sedap ini!

 

AYAM HALIA

Resipi Penuh Bubur Nasi Berlauk, Memang Terangkat Habis!

BAHAN-BAHAN:

300-350gm isi ayam | dipotong kecil
½ senduk minyak – beli online di sini
1 ulas bawang putih | ketuk
1 senduk hirisan halia tua (potong dulu baru sukat)
1 senduk hirisan bawang besar holland (potong dulu baru sukat)
½ senduk sos plum
1/3 senduk kicap masin cair
1/3 senduk sos ikan
Secubit gula
Cili (untuk hiasan)

CARA MEMASAK:

1. Isi ayam dipotong kecil. Toskan dan masukkan sekali dengan kulit ke dalam kuali. Api sederhana. Biarkan air ayam keluar, tuang keluar air tu dan baru letak minyak ½ senduk. Goreng sekadar setengah masak. Keluarkan.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

2. Boleh tengok pada gambar jenis senduk yang saya guna. 
3. Tumis (guna minyak yang sama) 1 ulas bawang putih ketuk,1 senduk hirisan halia tua (potong dulu baru sukat ),1 senduk hirisan bawang besar Holland. Biarkan layu bawang besar.

Resipi Penuh Bubur Nasi Berlauk, Memang Terangkat Habis!
4. Tambah masuk ½ senduk sos plum, 1/3 senduk kicap masin cair,1/3 senduk sos ikan dan secubit gula. Masukkan semula ayam.
5. Besarkan api hingga ayam mulai masak, sos mulai memekat. Tutup api. Taburkan cili.
6. Saya buatkan nak rasa herbal dan masin sedikit, sebab bubur nasi plain (kosong). Jadi sesuai sangat.

 

SOTONG MINYAK CILI

Resipi Penuh Bubur Nasi Berlauk, Memang Terangkat Habis!

BAHAN-BAHAN:

250-300gm sotong kecil
½ senduk minyak cili
2 ulas bawang putih | ketuk
1 ½ senduk minyak cili premium Ben (produk sendiri)
2/3 senduk sos cili
Batang saderi (optional) | untuk hiasan

IKLAN

CARA MEMASAK:

1. Bersihkan buang isi perut dan dakwat hitam 250-300gm sotong kecil. Lepas tu masukkan dalam kuali tanpa minyak. Api sederhana. Biarkan air sotong keluar dulu. Buang air dan keluarkan sementara sotong.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

2. Tuang ½ senduk minyak cili dan tumis 2 ulas bawang putih kecil diketuk sampai baik bau. Baru tambah masuk 1 ½ senduk minyak cili premium Ben, 2/3 senduk sos cili. Tak perlukan perasa sebab minyak cili dah cukup. Kacau seketika.

Resipi Penuh Bubur Nasi Berlauk, Memang Terangkat Habis!

3. Baru masukkan sotong dan besarkan api. Biarkan sotong mulai masak dan kuah mulai memekat.
4. Angkat dan sebagai hiasan, taburkan batang saderi (optional).
5. Saya buatkan nak rasa pedas sedap untuk makan dengan bubur nasi.

 

KANGKUNG GORENG BELACAN

Resipi Penuh Bubur Nasi Berlauk, Memang Terangkat Habis!

BAHAN-BAHAN:

2 biji bawang merah saiz 50 sen lama
1 ulas bawang putih sederhana
2/3 sudu makan belacan
½ senduk minyak
2/3 senduk sos tiram
¼ senduk sos ikan
Secubit gula
½ senduk hirisan bawang besar
½ senduk hirisan kangkung

IKLAN

CARA MEMASAK:

1. Tumbuk 2 bawang merah saiz 50 sen lama,1 ulas bawang putih sederhana dan 2/3 sudu makan belacan. Tumbuk lagi sedap dari kisar.
2. Tumis bahan tumbuk dengan ½ senduk minyak. Bila dah layu bawang, tambah 2/3 senduk sos tiram, 1/4 senduk sos ikan dan secubit gula untuk harmonikan rasa.

Resipi Penuh Bubur Nasi Berlauk, Memang Terangkat Habis!
3. Masukkan sekali ½ senduk hirisan bawang besar dan batang kangkung. Masak sampai batang kangkung layu.
4. Tambah baki 1 ikat kankung yang telah dipotong. Angkat bila warna kangkung menjadi hijau terang. Tanda dah masak. Terus angkat.
5. Kalau dibiar lama tak sedap nanti terlalu layu. Menu ni saya buat supaya beraroma bila makan dengan bubur nasi.

 

BUBUR NASI

Resipi Penuh Bubur Nasi Berlauk, Memang Terangkat Habis!

 

BAHAN-BAHAN:

250gm beras bubur nasi
Air secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Untuk bubur nasi ni senang je. Saya guna lebih kurang 250gm beras bubur nasi dan tambah air sehingga paras jari paling atas. Air kena banyak.
2. Didihkan dan ulang tambah air 2 kali lagi sehingga mulai nampak rupa bubur. Api sederhana hingga dia mulai mendidih dan seterusnya api kecil.
3. Jangan biarkan bubur kering ya. Biarkan bubur ada air seperti ini.
4. Bubur nasi ni saya buat kosong sebab kekuatan menu lain sudah cukup. Beras cap ni tak wangi. Kalau anda nak jenis yang wangi, guna beras nasi air thai cap naga hijau.
5. Kalau nak makan dengan menu atas ni,nak tambah 1-2 titik minyak bijan dalam mangkuk bubur pun sedap. Ada penggemar dia.

IKLAN

 

TELUR MASIN

Resipi Penuh Bubur Nasi Berlauk, Memang Terangkat Habis!

Telur masin macam biasa, saya bersihkan dan letak terus dalam air. Buka api sederhana hingga mulai mendidih dan baru saya kira 8-10 minit dari tempoh mendidih tu sebelum tutup api.

 

BILIS KERING

Resipi Penuh Bubur Nasi Berlauk, Memang Terangkat Habis!

BAHAN-BAHAN:

1 genggam ikan bilis
1/3 senduk minyak
Emping cili/chili flakes
Secubit gula

CARA MEMASAK:

1. Bilis kering ni senang je. Goreng 1 genggam ikan bilis sampai garing. Toskan.
2. Letak sedikit minyak dalam 1/3 senduk minyak,masukkan emping cili / chili flakes kasar bercampur halus bersama dengan secubit gula.
3. Masak hingga mulai kering lepas tu tutup api.
4. Lap dulu dasar kuali dengan tisu untuk kurangkan minyak. Dah sejuk sikit baru masukkan ikan bilis dan gaul sebati.
5. Baru bilis kekal rangus dan tak lembik. Kalau nak buat bilis goreng sahaja pun dah cukup sedap.

Kredit resipi & foto: Ben Safwan

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Masak Ayam Varuval, Enak Dimakan Walau Tanpa Kuah 

Resipi Mudah Ala Chawanmushi @ Telur Kukus, Hanya Guna 3 Bahan!

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI