Bulan puasa sudah kian hampir.Pencuci mulut seperti agar-agar dan puding pasti jadi rebutan. Agar-agar Neapolitan ni ialah agar-agar marble je sebenarnya, cuma biasa orang buat warnanya coklat saja. Nak lebih menarik, kita tambah warna pink dan lapiskan satu-satu.Lebih teruja nak makan bila dah berwarna-warni begini. Menurut pembuat agar-agar ini, resepi asal diambil dari group MAHN dan diolah ikut citarasanya. Selamat mencuba

 

Agar-agar Neapolitan

Bahan-bahan:

1 paket agar-agar tali

1 liter air

1 1/2 cawan gula (resepi asal 2 cawan. Tapi macam manis sikit. 1 ½ cawan ok)

2 biji telur

1 tin susu cair-beli online di sini

IKLAN

1 penutup esen vanila-beli online di sini

2 sudu besar tepung kastard (bancuh dengan sedikit air)-beli online di sini

 

Cara memasak:

1.Masak agar-agar dan gula sampai semua larut.

IKLAN

2.Sementara itu blend susu cair, telur dan esen vanilla.

3.Bila agar-agar dan gula dah larut, masukkan susu+telur yang dah diblend tadi. Kemudian masukkan tepung kastard. Masak sampai menggelegak. Sentiasa kacau.

4.Bahagikan kepada 3 bahagian ikut warna kesukaan. Kemudian lapis satu-satu.

5.Dah siap.

Agar Agar Neapolitan Pasti Jadi Rebutan Di Bulan Ramadan

IKLAN

Agar Agar Neapolitan Pasti Jadi Rebutan Di Bulan Ramadan

Kredit: Tengku Nilam Tengku Ibrahim

Sangat Sedap. Resipi Kuih Penjaram Guna Sukatan Cawan

Mudah Je Buat Sendiri Inti Murtabak & Samosa, Sambut Ramadan 

Resepi Semperit Coklat Mudah & Tip Bunga Biskut Tetap Cantik Lepas Dibakar

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI