Terung digoreng terlebih dahulu dan dicurah sambal yang dimasak berasingan, jadilah hidangan terung goreng sambal cili padi
TERUNG GORENG SAMBAL CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
Terung panjang (digoreng)
BAHAN SAMBAL:
- Segemgam cili padi
- 3 batang cili hijau besar
- 2 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 1/2 biji bawang besar
- Air asam jawa
- 1 sudu besar udang kering ( pilihan bole gantikan dengan belacan )
CARA MEMASAK:
- Kisar semua bahan sambal kecuali asam jawa dan tumis dengan sedikit minyak.
- Masukan gula dan garam. Biar nampak bergula.
- Masukan air asam jawa kacau sampai pekat dengan api yang kecil.
- Bila sudah siap boleh tabur ke atas terung.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: azahari abdullah
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pernah Makan Bunga Durian? Orang Sarawak Dan Indonesia Cukup Suka Ni
Bunga durian, sayur alami yang hanya ada satu atau dua kali musim dalam setahun. Dalam dunia masakan ia bukanlah sesuatu yang baharu. Di Sarawak bunga durian adalah sayur yang cukup disukai. Menurut rakan admin yang berasal dari Sarawak, rasanya garing dan manis.
Tetapi awas, jangan silap cara penyediaannya. Bunga durian mempunyai getah atau lendir pada setiap putik debunga atau biji bunga durian.
Sebelum dimasak, ia perlu dibersihkan dengan membuang setiap biji-biji bunga yang ada di hujung bunga durian kerana rasanya agak pahit. Eloknya dicelur atau direbus dalam air panas beberapa minit, kemudian ditoskan dan disimpan di tempat yang kering.
Bunga durian yang ‘fresh’ dan sedap dimakan ialah yang berwarna putih kecerahan. Kalau dah berwarna perang bila dimakan tidak garing sebaliknya akan menjadi lembik dan berair pula bila dimasak. Dah siap proses ini, anda boleh goreng dengan bawang dan ikan bilis atau boleh juga dimasak sebagai kuah lemak dengan mengikut cara masak lemak sayur yang lain. Jom kita cuba masak bunga durian, mana tahu sesuai dengan selera anda.
1. BUNGA DURIAN GORENG BELACAN ( sumber: nazronshahahmad.blogspot.my)
BAHAN-BAHAN:
- 200gm bunga durian (dicelur dahulu bagi lembut)
- 2 sm belacan(dibakar dan ditumbuk)
- 2 ulas bawang putih/diketuk
- 1 biji bawang besar/dihiris
- 1 biji cili merah/dihiris
- 1/2 cawan air
- Garam secukup rasa
- Minyak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang besar, cili sehingga layu sedikit.
- Kemudian masukkan belacan yang telah di sebatikan dengan 1/2 cawan air
- Akhir sekali masukkan bunga durian dan kacau sehingga sebati dan kuahnya pekat. Bunga durian siap untuk dihidangkan.
2. ASAM LEPAS BUNGA DURIAN (sumber: zanavilla.blogspot.my)
BAHAN- BAHAN :
- 3 ekor ikan kembung
- 200gm bunga durian
- 5 biji bawang merah /ditumbuk
- 2 sm halia/ditumbuk
- 2 sm belacan/ditumbuk
- 3 batang serai/diketuk
- 2 sudu makan pes cili kering
- 2 keping asam gelugur
- 3 cawan air
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Masukkan bahan tumbuk, serai, pes cili, asam gelugur dan air ke dalam periuk.
- Masakkan di atas api sederhana sehingga merene, kemudian masukkan ikan diikuti bunga durian.
- Masukkan garam secukup rasa, dan biarkan mendidih . Bila masak boleh lah ditutup api.
- Boleh dihidang bersama ikan masin dan nasi panas.
Resipi Pecal Mangga Hanya Guna 4 Bahan. Lagi Sedap Bila Ada Isi Ikan
Mangga muda selain dicicah dengan asam, dibuat jeruk atau kerabu mangga ada satu lagi menu yang boleh menaikkan selera makan iaitu pecal mangga.
Hanya menggunakan empat bahan saja termasuk mangga muda, lauk juga sedap dimakan begitu saja. Kalau makan dengan nasi, kena jaga-jaga sebab boleh buat kita menambah.
Cara buat pecal mangga
Bahan-bahan:
1 biji mangga muda
Sedikit lada hitam
1-2 biji bawang merah
Isi ikan rebus atau panggang
Santan pekat
Garam
Gula
Cara membuat:
- Cincang halus buah mangga. Ketepikan seketika.
2. Selepas itu, tumbuk bawang merah dan lada hitam. Tak perlu terlalu lumat.
4. Masukkan ikan dan tumbuk bersama bawang merah dan lada hitam tadi.
5. Bila dah sebati, masukkan ke dalam buah mangga yan dicincang halus tadi.
6. Masukkan santan pekat.
7. Tambahkan sedikit garam dan gula. Biar sebati.
8. Siap. Boleh makan dengan nasi panas.
Sumber: Mim Yusof
Resipi Sayur Masak Lemak Kuning. Hidangan Lazat, Rasa Sedap Dan Berlemak, Macam Mak Buat!
Teringin nak merasa makanan kampung. Masak lemak kuning sayur ini memang enak di nikmati, cara memasaknya mudah dan menjadi lauk kegemaran tak kira muda atau pun tua.
MASAK LEMAK KULAT SISIR DAN PUCUK PAKU
BAHAN-BAHAN:
- 1 mangkuk kulat sisir (direndam terlebih dahulu)
- 1 ikat pucuk paku
- 1 kotak santan
- 2 batang serai – diketuk
- Sehelai daun kunyit – dihiris halus
- Sekeping asam gelugor/keping
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit air jika perlu
BAHAN KISAR:
- 1 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 2 1/2 inci kunyit hidup
- 15 biji cili padi
CARA MEMASAK:
- Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam periuk bersama santan, serai, asam keping dan daun kunyit.
- Masak dan kacau perlahan. Pastikan selalu dikacau untuk mengelak pecah minyak
- Kemudian, setelah mendidih masukkan kulat dan pucuk paku. Kacau rata.
- Perasakan dengan garam dan gula.
- Setelah kuah pekat tutup api dan hidangkan.
REBUNG MASAK LEMAK CILI API PEDAS
BAHAN-BAHAN:
- 300 gram rebung
- 250 gram udang
- 3 batang serai – diketuk
- 3 helai daun kunyit – disiat
- 1 keping asam keping
- 1 liter santan cair segar
- 1 biji santan
- Garam dan gula secukupnya
- Bahan yang perlu dikisar
- 20 biji cili padi atau ikut tahap kepedasan
- setengah inci kunyit hidup
- 8 biji bawang merah
- 6 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
- Bersihkan rebung dahulu dan direbus sekejap.Selepas direbus perlulah ditoskan.
- Masukkan kesemua bahan yang telah dikisar, santan segar serta serai ke dalam periuk kemudian kacau sehingga sebati. Teruskan mengacau untuk mengelakkan santan menjadi berketul/berbiji2.
- Kemudian masukkan rebung, garam dan masak lagi hingga keluar minyak.
- Jika sudah masak bolehlah ditutup apinya.
- Siap untuk dihidangkan.
PUCUK UBI MASAK TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kg tempoyak
- bahan perasa secukupnya(garam)
BAHAN DITUMBUK/DIKISAR:
- 2 inci kunyit hidup
- 20 biji cili api(ikiut kepedasan masing2)
BAHAN DIHIRIS HALUS:
- 1 cekak pucuk ubi kayu
- 1 ikat daun mengkudu
- 1 ikat daun kaduk
- 5 helai daun kunyit
- 4 batang serai
CARA MEMASAK:
- Masukkan kunyit,cili api(ditumbuk @dikisar) ,tempoyak serta santan pekat ke dalam periuk berisi air
- Didihkan dan kacau perlahan lahan
- Kemudian,masukkan bahan yang dihiris halus tadi lalu kacau hingga mendidih
- Masukkan bahan perasa secukupnya.
- Sedia untuk dihidang
PUCUK PAKU MASAK LEMAK
BAHAN_BAHAN:
- 2 ikat pucuk paku
- 2 biji keledek oren- dipotong sederhana
- 2 cawan santan pekat
- 2 cawan air
- 1 batang serai – diketuk
- 3 ulas bawang putih-dikisar
- 2 ulas bawang merah- dikisar
- 5 tangkai cili padi hijau- dikisar
- 1 inci kunyit hidup- dikisar
- sedikit garam, gula, ajinomoto
CARA MEMASAK:
- Masukkan bahan yang dikisar kedalam periuk bersamam serai, air dan santan. Tunggu sehingga mendidih.
- Masukkan ubi keledek dan masak sehingga ubi empuk.
- Seterusnya masukkan bahan perasa kacau sebentar.
- Akhir sekali masukkan pucuk paku.
- Masak sehingga pucuk paku empuk.
- Sedia untuk dihidang.
NANGKA MASAK LEMAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg nangka muda yang telah siang disiang
- 5 – 6 ketul tulang ikan kurau masin yang masih berdaging
- 3 batang serai, diketuk
- 2 helai daun kunyit, disiat
- 1 keping asam gelugor
- 1.5 liter santan cair
- 400 ml pati santan
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
- 1 biji bawang besar
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 25 biji cili padi kampung
- 1 inci kunyit hidup
- 1/2 inci belacan, dibakar
CARA MEMASAK:
- Nangka mudah dicelur hingga 1/2 empuk, toskan. Tulang ikan kurau dicuci, kemudian rendam selama 1 jam. Ketepikan.
- Masukkan nangka ke dalam periuk bersama serai dan bahan2 kisar halus. Gaul rata dan tuang santan cair. Kacau dan masak hingga mendidih. Masukkan tulang ikan kurau masin (toskan) dan asam gelugor, kacau dan terus memasak hingga nangka empuk.
- Tuang pati santan, masukkan daun kunyit dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak dengan api kecil hingga mendidih dan kacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan atau jika anda ingin rasa yang lebih mantap, biar 1 -2 jam sebelum dihidangkan..