Rasa Instafamous episod ke sepuluh menampilkan Zmila_Thai dengan tiga resipi menarik beliau, Kentang Lolipop, Rendang Daging Hijau Bubur Biji Nangka. Walaupun pertama kali bersiaran di rancangan tv, Kak Mila nama panggilan mesranya begitu ‘serasi’ dan ‘mesra’ dengan hos rancangan Aunty Aini.
Instafamous Zmila Thai atau nama sebenarnya Zamila Jeffry, 46 tahun, merupakan suri rumah sepenuh masa. Beliau mula aktif di instagram sejak 2 tahun yang lalu, katanya
Asalnya bila anak duduk asrama hari-hari call tanya mami masak apa.. dan bila difikir daripada bil telefon melambung banyak, jadi anak sulung buatkan ig untuk mami masak tapi saya tak sangka ramai yg followww..
Dari situ beliau terus menjadikan medium sosial IG sebagai tempat beliau berkongsi gambar dan video resipi bersama pengikut-pengikutnya dari pelbagai peringkat usia. Dengan kemudahan media sosial yang ada, niatnya mahu berkongsi dan bertukar ilmu lebih mudah dan cepat.
Minat memasaknya bermula dari sekolah sekola tadika lagi. “Ketika itu curi ambik ikan bilis, minyak dan mancis kat dapur… ambik dan nyalakan api, guna penutup tin milo bakar kat luar rumah dan mak memang tak tau sebab bekerja di pejabat ofis ketika itu rancangan memasak Tv 1 kesuma tv 3 rancangan kuali…”. Menu pertama masakannya adalah ikan kembong masak pindang dan masakan kampung menjadi pilihannya sekeluarga.
Ads
“Memasak adalah perkara yang menyeronokkan kerana kita akan merasa lebih puas bila suami dan anak-anak makan dengan hasil air tangan sendiri dan akan ada bandingan contoh seperti ‘sedap lagi mami masak’ “,katanya.
Suri hati kepada Thairul Shah Sulaiman, 50 tahun, mengakui tiada hidangan wajib bagi mereka sekeluarga dan bersyukur dengan apa jua rezeki yang ada tetapi sayur-sayuran wajib ada dalam setiap hidangan mes kipun timun. Mereka sekeluarga hanya akan makan di luar pada hari minggu dan dari situ idea memasak akan muncul bila tiba di pasaraya bila melihat bahan-bahan segar, ujar Zamila yang merupakan ibu kepada tiga cahaya mata, kesemuanya perempuan. Anak pertama Dani Arishah Thairul Shah, 19tahun, belajar, anak kedua Danish Irishah Thairul Shah, 16tahun, belajar dan yang bongsu Daris Marshah Thairul Shah, 12tahun, sekolah rendah.
Ditanya apa perasaannya apabila dirinya diundang di program Rasa Instafamous, katanya dia merasa sangat seronok kerana masakannya dihargai oleh orang lain dan merasa bangga dapat berkongsi dengan lebih ramai lagi peminat masakan. Pengalaman bersama krew rancangan dan host Aunty Ani juga amat berharga buat dirinya.
Nah rasai sendiri kesedapan 3 resipi istimewa yang di kongsikan oleh Zmila_Thai , Kentang Lolipop, Rendang Daging Hijau dan Bubur Biji Nangka. Selamat mencuba!
1. KENTANG LOLIPOP
2. RENDANG DAGING HIJAU
Ads
3. BUBUR BIJI NANGKA
Ads
Jika anda inginkan lagi resipi-resipi lazat yang lain, teruskan menonton rancangan Rasa : Instafamous yang bersiaran setiap hari Isnin jam 12 tengahari hanya di saluran Astro Prima 105 dan Maya HD 135
Kalau makan nasi berlauk sedap macam mana pun, kalau tak ada sambal belacan memang tak lengkap hidangan. Bila ada sambal belacan yang sedap dan padu, memang berselera betul kita makan. Ini ada resipi Sambal Belacan Goreng yang dikongsikan Norliza Razali. Boleh simpan buat stok dalam peti sejuk. Sambal Belacan Goreng Sempoi ini sesuai untuk semua jenis masakan juga sama ada makanan laut seperti ikan, udang, sotong, ketam dan ayam atau daging. Jom kita cuba.
RESIPI SAMBAL BELACAN GORENG SEMPOI
BAHAN-BAHAN:
Ikan atau udang, ketam, sotong dan sebagainya (ikut cita rasa masing-masing) Ayam pun boleh
BAHAN-BAHAN UNTUK SAMBAL:
Cili padi (jika suka pedas boleh lebihkan) – BELI ONLINE Bawang besar Belacan – BELI ONLINE
CARA MEMBUAT:
1. Kisar cili padi, bawang besar dan belacan. Boleh buat banyak dan simpan dalam peti sejuk.
2. Pinggan di atas untuk bahan-bahan sambal yang dikisar manakala pinggan di bawah pula bawang yang digunakan bersama sambal. Lebih banyak bawang lebih sedap.
3. Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan yang dikisar. Goreng sehingga garing. Masukkan garam, serbuk perasa, serbuk kunyit. Tumis sehingga garing. Masukkan bawang besar. Selepas bawang besar layu, masukkanlah apa jenis lauk yang kita suka.
Kesedapan pai ni banyak bergantung kepada doh atau pastri dibuat selain intinya.Cara buah doh dan teknik membuatnya kena betul baru pastri jadi rapuh dan sedap. Ni tip dan perkongsian resipi dari Eny Abdullah boleh dijadikan panduan untuk mendapat kulit pastri yang diiinginkan.
RESIPI KULIT PAI * sesuai untuk pai bersaiz besar
Kredit Foto : pinterest.com
Bahan-bahan :
1 cawan tepung
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan Butter (beku terus dari peti ais e)
4 sudu besar air ais sejuk
TIP BUAT PASTRI RAPUH :
1. Guna mentega yang sejuk
Biasanya kalau buat kek kita kena pakai mentega yang perlu dilembutkan pada suhu bilik. Tapi untuk kulit pastri, mentega boleh guna mentega terus dari dalam peti sejuk
2. Parut mentega
Sebab mentega masih sejuk jadi keras dan mudah diparut menggunakan pemarut biasa tu. Bila kita pakai pemarut ni, kita akan dapat hasil kulit pastry yang flaky dan rapuh.
3. Guna air ais
Bukan air sejuk tapi air berais. Sediakan satu cawan air berisi ais ketul di dalamnya semasa kita mengadun pastry.
4. Jangan uli tapi adun
Jangan sesekali menguli macam kita uli doh untuk buat donat atau pizza. Tapi kita perlu adun (campur dan gaul sehingga menjadi adunan sebati) sehingga menjadi seketul doh. Caranya hanya putar pakai hujung pemegang senduk kayu
CARA MENGADUN
1. Campurkan mentega dan tepung dalam satu mangkuk. Pakai jari ratakan mentega dan tepung menjadi serbuk. Tetapi jangan lama sangat, cukuplah sehingga mentega bergaul dengan mentega.
2. Masukkan air sejuk sesudu demi sesudu, putar tepung dengan hujung pemegang senduk kayu sehinga adunan nampak berketul dan agak boleh dibentuk
3. Kemudian guna tangan dan bentuk kan adunan menjadi bulat dengan menekan nekan sehingga padat.
4. Simpan adunan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum digunakan.
Periuk nasi elektrik memang memudahkan kerja-kerja memasak. Tak perlu menunggu api bagi mengelakkan nasi hangit. Hanya letak di dalam bekas elektrik, tekan suis dan tunggu sahaja nasi masak. Mudah dan nasi pasti masak sempurna.
Namun, jangan tak tahu, periuk nasi elektrik ni bukan itu sahaja fungsinya. Jika keadaan darurat, macam-macam boleh masak menggunakan periuk ni. Biasanya bagi pelajar-pelajar universiti, memang biasa sangatlah masak menggunakan periuk nasi ni. Kadang-kadang pelbagai menu yang kita fikir agak susah nak masak, boleh dihasilkan. Ada sahaja idea kreatif yang terhasil. Maklumlah, nak jimat duit belanja.
Bagi geng mak-mak, idea masak menggunakan rice cooker ni pun anda boleh cuba. Mana tahu, tiba-tiba gas memasak habis, nak keluar beli pun susah. Nak beli lauk pauk yang dah siap pun tidak sedap. Jadi, periuk nasi elektrik ni adalah penyelamat anda.
Masa memasak mungkin agak lambat berbanding penggunaan dapur biasa namun ia adalah cara yang boleh dicuba bagi anda yang tidak mempunyai dapur induksi yang boleh digunakan dikala kecemasan sebegini. Antara menu-menu mudah yang boleh anda cuba ialah:
1. BIHUN CELUP SIAM
BAHAN -BAHAN:
1 bungkus bihun| dicelur
Sedikit sawi | dicelur
Sedikit kubis | dihiris halus
Sedikit tauge
Sedikit daun sup | dihiris
Limau nipis
Sedikit kacang tanah | digoreng tanpa minyak, dibuang kulit dan ditumbuk kasar
Bawang goreng secukupnya
Sambal kicap secukupnya
Emping cili | jika suka
BAHAN SUP:
1 kg ayam | direbus dengan 2 liter air hingga empuk. Air rebusan disimpan.
1 1/2 biji bawang besar | dikisar
5 ulas bawang putih | dikisar
2 inci halia | dikisar
1 batang serai | dititik
1 bungkus sup bunjut
1/2 cawan sos ikan
1/2 cawan kicap manis
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan sup, panaskan periuk nasi. Kemudian masukkan minyak dan tumis bahan dikisar serta serai hingga naik bau.
Kemudian masukkan sup bunjut dan air rebusan ayam. Biarkan mendidih.
Tambahkan sos ikan, kicap, gula serta garam secukup rasa. Jika kuah kelihatan sedikit, tambah sedikit lagi air. Biarkan sehingga mendidih.
Untuk menyediakan bihun celup, masukkan bihun, sawi, kubis, tauge, daun sup, kacang tumbuk, bawang goreng serta isi ayam yang telah dicarikkan ke dalam mangkuk.
Kemudian tuangkan kuah dengan secukupnya.
Taburkan emping cili, sambal kicap serta limau nipis. Sedia untuk dinikmati.
2. SPAGETI SEAFOOD
BAHAN-BAHAN:
200gm spageti | dicelur
150gm campuran makanan laut
6 batang asparagus | dicelur & direndam dalam air berais
4 ulas bawang putih | diketuk
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh emping cili
1/2 sudu teh oregano
2 sudu makan mentega
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Letakkan periuk nasi dan tekan on. Masukkan mentega dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan campuran makanan laut dan goreng lagi hingga masak. Tutuip periuk jika perlu.
Tambahkan spageti. Gaul rata.
Kemudian masukkan serbuk lada hitam, emping cili, oregano dan perasakan dengan garam secukupnya.
Masukkan asparagus. Gaul rata. Tutup periuk dan biar hingga asparagus masak.
Sedia untuk dinikmati.
3. UDANG GORENG BERSAMA TELUR DAN DAUN BAWANG
Bahan Perapan Udang:
300gm udang saiz sederhana ] buang kulit dan cuci bersih
1 sudu teh garam
1 sudu teh minyak bijan
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
Hirisan:
4 ulas bawang putih ] cincang
1 biji bawang besar ] cincang
3cm halia muda ] hiris halus memanjang
Lain-Lain:
4 biji telur
1/2 sudu teh serbuk lada putih
50gm daun bawang ] potong 3cm
1 sudu makan susu segar
Garam secukup rasa
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Bersihkan udang dan toskan, kemudian gaulkannya dengan garam, minyak bijan dan serbuk lada sulah. Perapkan 5-10 minit dan ketepikan.
Pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Kacau rata sehingga sebati.
Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Biarkan panas dan tumiskan bahan hirisan hingga wangi.
Kemudian masukkan udang, kacau rata hingga udang kemerahan (lebih kurang 5-8 minit). Angkat dan ketepikan.
Seterusnya panaskan sedikit lagi minyak dalam periuk, masukkan telur dan kacau rata, lebih kurang dua minit.
Masukkan daun bawang dan udang yang telah digoreng tadi.
Kacau rata dan tutup periuk. Biar udang masak bersama daun bawang tadi. Kacau sekali sekala.
Setelah udang kelihatan masak dan daun bawang layu, angkat dan dihidangkan panas-panas.
4. TELUR DADAR KENTANG
BAHAN-BAHAN:
8 biji telur
2 ketul ubi kentang
2 biji bawang merah
50gm tepung gandum
½ sudu teh lada hitam
1 sudu teh cincangan daun ketumbar
1 sudu teh garam
1 sudu makan susu segar
2 sudu makan mentega
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Panaskan periuk nasi, masukkan sedikit minyak.
Masukkan kentang yang telah dipotong kecil. Masak hingga lembut. Ketepikan.
Di dalam mangkuk, pukul telur dan masukkan garam, susu, lada hitam,tepung gandum dan daun ketumbar, pukul hingga rata bahan-bahan tadi. Setelah itu masukkan kentang yang telah disejukkan. Kacau perlahan-lahan sehingga rata.
Panaskan kembali periuk, letak mentega dan minyak sedikit.
Masukkan telur tadi, kacau dengan perlahan-lahan. Tutup periuk dan biarkan sehingga masak.
5. SAMBAL TELUR HANCUR
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur
5 biji bawang merah | kisar tanpa air
2 ulas bawang putih |kisar tanpa air
5 sudu makan cili kisar
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit asam jawa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan yang dikisar sehingga wangi dan garing.
Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau perlahan.
Setelah kuah mendidih dan sedikit kering airnya, masukkan telur satu persatu.
Jangan kacau dahulu, biarkan telur sedikit keras barulah digaulkan keseluruhan.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Bawang perlu dikisar tanpa air bagi mempercepatkan ia garing.
6. MAKARONI GORENG KEJU
Kredit gambar & resipi: Ziera Johari II
BAHAN-BAHAN:
500gm makaroni
2 tin sos Cheese & Herbs prego
2-3 ulas bawang putih | diketuk/dihiris
1 biji lada benggala ( merah & hijau)
1 tin cendawan butang | hiris
1 paket sosej ayam | hiris
2 kiub pati ayam
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang putih hingga kekuningan. Kemudian masukkan kiub pati ayam. Kacau hingga hancur.
Masukkan sosej dan cendawan butang. Goreng seketika.
Tambah sedikit minyak jika berkurangan.
Masukkan sos cheese & herbs. Kacau sebati.
Masukkan makaroni yang telah direbus.
Jika kering sangat, masukkan 1/4 cawan air masak. Kacau sebati. Tabur sedikit garam jika perlu.
Seterusnya masukkan lada benggala.
Untuk lebih rasa berkeju, boleh tambahkan sekeping keju cheddar. Kalau tak masukkan pun tidak mengapa. Tutup periuk seketika supaya keju cair.
Sedia untuk dinikmati.
Nota: Jika nak buat separuh paket makaroni, boleh kurangkan separuh untuk semua bahan kecuali cendawan butang. Untuk rasa lebih sedap, boleh tambah isi ayam yang dipotong kecil.
7. KERABU SOTONG SIAM KAP KUN KAP
BAHAN-BAHAN:
300gm sotong | potong kecil
1 biji tomato | cincang nipis
2 biji cili merah |mayang halus
4 biji cili padi | mayang halus
1 labu bawang besar | mayang halus
1 batang serai | mayang halus
1 sudu makan cincangan daun ketumbar
1 sudu makan air perahan limau nipis
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Dididhkan air di dalam periuk nasi kemudian celur sotong hingga masak. Toskan airnya.
Satukan semua bahan di dalam mangkuk.
Gaul sebati kesemuanya.
Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
8. SINGGANG AYAM
Kredit resipi & gambar: Puan Rabiatun Adawyah Mohamed Din
BAHAN-BAHAN:
1/4 ekor ayam (potong kecil, dibersihkan dengan jus limau, bilas dan ditoskan)
5 ulas bawang putih – diketuk
2 batang serai – dititik
1/4 bawang besar- dihiris
1/4 batang lobak merah- dipotong kecil
4 helai daun limau purut ( tak letak pun takpe)
2 inci halia – diketuk
2 keping asam keping
1/2 biji tomato- dipotong
5 biji cili api – diketuk @ dipotong.
Air secukupnya
Garam
CARA MEMASAK:
Masukkan air, bawang putih, halia, ayam, daun limau purut, serai dan asam keping ke dalam periuk. Tutup periuk dan biarkan hingga mendidih dan ayam empuk.
Masukkan tomato, cili api, lobak merah dan garam. Biarkan didih seketika.
Siap dihidangkan dengan nasi panas, sambal belacan, sayur @ ulam dan telur dadar.
9. SAMBAL UDANG GORENG KACANG BOTOL
BAHAN-BAHAN:
200gm udang
5 batang kacang botol |hiris tebal
1/2 biji perahan jus limau nipis
Minyak masak secukupnya
Gula dan garam secukupnya
BAHAN KISAR:
5 tangkai cili kering
4 biji bawang merah
½ sudu teh belacan
1 sudu makan udang kering |rendam dan tos dahulu
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
Masukkan udang dan masak ia seketika dan masukkan kacang botol. Gaul rata. Tutup periuk seketika.
Perasakan dengan jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
Sedia dinikmati.
10. ASPARAGUS BERSOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
600gm asparagus |potong
1 biji bawang besar |hiris
3 ulas bawang putih |hiris
10 biji cili api | hiris
50gm udang kering
5 sudu makan sos tiram
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan bawang besar dan bawang putih serta cili api. Biarkan kekuningan.
Masukkan udang kering. sos tiram dan garam secukup rasa. Kacau rata.
Masukkan asparagus. Tumiskan hingga asparagus lembut. Angkat dan sedia dinikmati.