Yee mee rasanya kenyal sedikit berbanding mi kuning. Sedap tau makan yeemee ni. Cita rasa tomyam pula membangkitkan selera. Haruman bau bunga kantan turut menjadikan rasanya lebih sedap. RASA berikan resipinya untuk anda.
YEE MEE TOMYAM
Ads
BAHAN TUMBUK
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
Ads
BAHAN LAIN
Minyak masak untuk menumis
100 gram sotong
100 gram jejari udang
3 sudu besar pes tomyam
Tomato ceri secukupnya
1/2 batang lobak merah (potong kecil)
Air secukupnya
Garam secukup rasa
100 gram yee mee
Ads
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk.
2. Masukkan sotong, jejari ketam dan pes tomyam.
3. Masukkan sayur dan masak selama 2 minit.
4. Masukkan air dan garam. Kacau seketika.
5. Masukkan yee mee dan goreng sehingga yee mee lembut.
6. Sedia dihidang.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sekian lama asyik makan nasi lemak dan nasi goreng masa sarapan, apa kata tukar menu kepada mi wantan. Sedap jugak mi wantan ni. Mi wantan ni, banyak guna kicap. Nak dapatkan rasa mi wantan sebenar, tambah minyak bijan dan sos ikan. Baru macam asli rasanya.
BAHAN SOS
1 sudu sos soya cair
1 sudu kicap pekat
1 sudu kicap manis
1 sudu minyak bijan
1 sudu sos ikan
CARA MEMASAK
1. Rebus mi wantan dan sayur sampai masak. Angkat dan basuh dengan air bersih sehingga sejuk dan toskan.
2. Satukan semua bahan sos mi wantan dalam mangkuk. Masukkan mi wantan dan gaul sehingga bersalut semua bahagian.
3. Masukkan dalam pinggan dan letakkan ayam, sayur, telur rebus (jika suka) dan hiaskan dengan daun ketumbar dan cili merah.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Paprik ayam yang dikongsikan wirawati negara ini cukup istimewa sekali. Penggunaan tiga sos iaitu sos cili, sos tiram, sos tomato dan kicap memberikan rasa sedap yang padu.
Ada pulak ramuan sayur-sayuran lobak merah , jagung muda dan bunga kubis, memang cukup berkhasiatlah. Jom cuba cepat dimasak, sedap dimakan
RESEPI PAPRIK AYAM
BAHAN-BAHAN :
6 ketul Ayam | boleh guna bahagian kepak dipotong kecil
Bahan A (dikisar semua dengan sedikit air): 👉 1 biji bawang merah besar 👉 3 ulas Bawang putih 👉 6 tangkai cili kering (rendam dgn air pnas)
Bahan B : 👉 2 sudu mkn sos cili 👉 2 sudu mkn sos tiram 👉 1 sudu mkn sos tomato 👉 2 sudu mkn kicap manis utk pewarna
BAHAN C:
👉 1 batang lobak merah 👉 bunga kobis (ikut byk mna nk letak) sy xda bunga kubis jd sy pkai brokoli😂 👉 2 batang Baby corn (anak jagung muda) 👉 2 batang serai dititik 👉 4 helai daun limau purut (buang urat tgh)
👉 2 tangkai cili padi merah (diketuk atau belah tgh) 👉 2 tangkai cili padi hijau (diketuk atau belah tgh) 👉 1 biji bawang holland potong bulat @ potong ikut suka😂
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan A dgn sedikit minyak sehingga masak @ pecah minyak, masukkkan semua bahan B tambah sedikit air. 2. Kemudian masukkan ayam. Biarkan didih sekejap, kemudian tmbahkan perisa garam, gula n ajinomoto(optional) secukup rasa biarkn menggelegak dulu. 3. Agak ayam dh separuh masak, baru masukkn semua Bahan C sayur, serai dan daun limau purut yg dibuang urat tengah. 4. Biarkan menggelegak seketika, kemudian masukkan bawang holland dan cili padi. dah masuklan semua bahan, biarkan bersatu dlm kuali dan biarkn semua mengelegak dlm 3 ke 4 minit. 5. Jangan masak lama² nanti sayur terlampau layu jadi tak sedap.. dah boleh tutup api.. siap blh hidang..
Penggemar makan sardin pasti suka dangan resipi menarik ini. Rasa lemak, masam dan manis enak daripada sardin tin yang dimasak dengan kuah kari. Makan pula dengan bihun atau mi dan jangan lupa cili potong untung rasa pedas.
Ketahui cara pilih ketam segar dengan 10 tip mudah untuk mendapatkan isi yang padat, manis dan berkualiti. Panduan lengkap sebelum membeli ketam di pasar atau pasar raya.