Sambal sotong yang sangat lazat dan mudah untuk dimasak. Aroma bahan rempah kari menambah rasa padu pada sambal. Pedas dan berempah memang enaklah
SAMBAL SOTONG TUMIS BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong
Serbuk Kunyit
CARA MEMASAK:
1. Cuci dan toskan.
2. Kemudian digaul dengan sedikit serbuk kunyit
IKLAN
3. Panaskan kuali, goreng sebentar sotong yang telah digaul serbuk kunyit tadi. Angkat dan ketepikan.
BAHAN MENUMIS:
1 biji bawang besar – potong memanjang
3 ulas bawang putih – diketuk
1/2 inci halia – dimayang halus
3 biji cili padi – dibelah 2 (boleh juga gunakan cili besar ye)
2 pelepah daun kari
1 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar rempah kari ikan
Air
Garam
Gula
IKLAN
CARA MEMASAK:
1. Guna kuali yang sama goreng sotong tadi, masukkan minyak dan tumiskan bahan tumisan. Kecuali serbuk cili, rempah kari dan cili api.
2. Bila bahan tumisan sudah agak kekuningan, masukkan serbuk cili, rempah kari dan sedikit air. Kacau seketika sehingga rempah agak garing dan pecah minyak.
IKLAN
3. Kemudian masukkan sotong yang telah digoreng sebentar tadi. Kacau hingga sebati.
4. Akhir sekali bolehlah dimasukkan cili api, garam serta gula. Gaul mesra dan siap.
INFO:
Jika tidak suka gunakan serbuk cili boleh tukar ke cili kisar.
Boleh gunakan daun limau purut untuk bau yang harum.
Menghirup kuah sup adalah salah satu kelegaan apatah lagi jika tekak sedang tak sedap makan. Sup daging sedap dimakan pada waktu makan tengah hari dan juga cuaca sejuk. Kiranya memang sesuai pada apa-apa keadaan pun. Apa kata kali ni kita cuba buat sup ala Siam. Daging bercampur kentang sudah semestinya sedap dimakan bersama nasi putih ataupun dihirup begitu sahaja.
SUP SIAM
BAHAN-BAHAN
• 1/2 kg tulang
• Minyak masak untuk menumis
• 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
• 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
• 1/2 inci halia (ditumbuk)
• 1 peket rempah sup bunjut atau sup tulang
• 1 sudu besar rempah sup serbuk (dikacau bersama sedikit air)
• 1 sudu besar sos ikan
• 2 biji ubi kentang (dipotong 2)
• 4 biji cili padi (diketuk)
• 1/2 biji bawang holand (hiris bulat-bulat)
• 1 biji tomato (dibelah 4)
• 1/2 batang saderi (dihiris)
• 1 biji perahan air limau nipis
• Sedikit garam dan gula
• Sedikit bawang goreng
• Sedikit daun sup
• Sedikit daun bawang
CARA MEMBUAT
1. Rebuskan tulang sejam atau sehingga empuk. Pastikan air menenggelamkan semua tulang. Ketepikan.
2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia bersama dengan rempah sup bunjut sehingga garing dan naik bau.
3. Masukkan rempah sup serbuk, sos ikan dan air rebusan dan tulang tadi.
4. Tambahkan ubi kentang dan biarkan sehingga 30 minit.
5. Kemudian masukkan cili padi, hirisan bawang holand, tomato, saderi dan perahan air limau nipis.
6. Tambahkan garam dan sedikit gula. Gaul dan sesuaikan rasa.
7. Tutup api dan sedia untuk dihidang. Taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
Resipi kuih tradisi tepung gomak ni ada banyak versi. Tapi min paling suka dengan versi ini kerana ada ubi keledek rebus dimasukkan juga ke dalam tepung atau kulit tepung gomak. Hasilnya memang sedap melampau.
Ada sesetengah resipi hanya menggunakan ramuan tepung pulut tanpa ubi keledek. Ada setengah resipi meletakkan sedikit tepung gandum dalam inti, tetapi resipi yang dikongsikan oleh Maria Bentalibmemasukkan kacau hijau didalam inti. Sudah pastilah berbaloi baloi kesedapannya. Ni warisan omak den, katanya . Jom cuba…
TEPUNG GOMAK OMAK DEN
BAHAN-BAHAN :
Bahan kulit :
1 kg tepung pulut
500g keledek direbus | dilecek
2 sudu besar air kapur
1 1/2 sudu besar garam
800ml air
CARA MASAK :
Semua bahan-bahan di atas gaul sebati, ambil sedikit adunan tepung ,leperkan.
Masukkan inti , tekan sedikit dan bulatkan dan rebus. Apabila timbul, angkat dan golekkan dan salut rata dengan tepung kacang hijau.
Bahan inti :
1 biji kelapa parut
80gm gula pasir
80gm gula melaka
2 helai daun pandan
1 sudu besar warna coklat
50gm kacang hijau direbus dulu sampai kembang
*Gula pasir dan gula melaka tu dimasak dulu dengan daun pandan hingga larut
CARA MASAK :
Tapis air gula, masukkan air gula yang dimasak tadi dalam kuali.
Campurkan kelapa parut. Masukkan pewarna coklat jika suka, dan kacau masukkan kacang hijau rebus. Kacau.
Masak hingga kering, api kecil .
Bahan tepung kacang hijau :
*Boleh beli dah siap dalam pek, kalau nak buat sendiri ni resipinya
200gm kacang hijau
CARA MASAK :
Basuh kacang hijau sehingga bersih
Goreng tanpa minyak di dalam kuali sehingga kekuningan
Kemudian dikisar halus
Ayak tepung sebelum digunakan untuk menyalut kuih.
Menu kari memang jadi kegemaran ramai. Selain kari ikan, kari ketam memang menyelerakan. Rempah ratus yang digunakan memberi aroma yang sedap pada masakan.Carilah rempah yang dijamin kebersihan dan juga halal. Banyak rempah yang boleh anda gunakan seperti BABA’S, Adabi, Bestari dan sebagainya. Penggunaan rempah yang tepat jadikan masakan lebih beraroma.
Dikongsikan resepi kari ketam untuk anda jamu buat keluarga.
KARI KETAM TUMIS DARAT
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ketam | bersihkan dan toskan
4 ulas bawang merah | kisar kasar
3 ulas bawang putih | kisarkasar
2.5cm halia | kisar kasar
2 sudu makan rempah kari
1 sudu makan serbuk cili
Sedikit rempah penumis | kulit kayu manis, pelaga dan bunga lawang
2 sudu makan air asam jawa
150ml susu rendah lemak
1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Cuci bersih ketam kemudian toskan.
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar bersama rempah penumis sehingga naik bau.
Masukkan daun kari, biarkan seketika.
Kemudian masukkan rempah kari bersama serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau sehingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa, susu rendah lemak dan diikuti ketam. Terbalik-terbalikkan ketam sehingga masak.