Kalau anda seorang penggemar kudapan rangup, pedas dan padu, pasti akan jatuh cinta dengan Walik Cireng, snek popular dari Indonesia yang semakin viral dan digemari ramai di Malaysia. Nama “walik” sendiri membawa makna terbalikkan dan itulah rahsia kelainan hidangan ini.
Tauhu lampung yang biasanya dimasak begitu sahaja, kali ini diterbalikkan, disalut adunan tepung kenyal, kemudian digoreng hingga garing keemasan. Bila digandingkan dengan sambal kicap pedas manis yang pekat beraroma, hasilnya memang susah nak berhenti makan.
Hidangan ini sangat sesuai untuk minum petang, dijadikan snek berkongsi ketika berkumpul, atau disajikan sebagai pembuka selera dalam majlis kecil. Resipinya mudah, bahan tak banyak, tetapi rasa dia luar biasa.
Lebih menarik, tekstur cireng yang kenyal di bahagian dalam menjadikan setiap gigitan berbeza daripada gorengan biasa. Kombinasi rangup, kenyal dan pedas manis ini memang addictive.
Asal Usul & Keunikan Walik Cireng
Mari kita selami sedikit bagaimana Walik Cireng boleh jadi kegemaran ramai. Di Indonesia, cireng (aci digoreng) memang makanan jalanan yang sangat terkenal, terutama di Bandung. Ia dibuat daripada tepung ubi yang menghasilkan rasa kenyal berkualiti. Bila digabungkan dengan tauhu dan sambal kicap, itu yang menjadikan hidangan ini lebih unik dan “mahal” rasanya. Walaupun ringkas, ia ada karakter tersendiri yang membuatkan sesiapa sahaja rasa nak ulang banyak kali.
Ads
Bagi anda yang suka bereksperimen di dapur, resipi ini memang sesuai kerana ia tidak rumit dan boleh disiapkan dalam waktu yang singkat. Apa yang penting, gunakan air sejuk semasa membuat adunan untuk dapatkan tekstur kenyal yang cantik. Jika nak lagi kenyal, anda boleh tambah sedikit tepung ubi seperti dalam resipi di bawah.
Pastikan juga minyak betul-betul panas sebelum menggoreng supaya bahagian luar cepat garing dan tidak menyerap minyak berlebihan. Inilah salah satu sebab kenapa ramai suka membuat Walik Cireng di rumah, bahan simple tetapi hasil sangat memuaskan.
WALIK CIRENG
Ads
Bahan-bahan:
Tauhu lampung | dibelah dua (cukup 4-5 biji)
Isi tauhu
½ biji bawang merah | dipotong dadu
Daun sup secukupnya
½ sudu teh lada sulah
1 sudu teh serbuk ayam
1 sudu teh garam
1 sudu besar tepung ubi | nak lagi kenyal boleh buat 2 sudu
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
80ml air sejuk
Bahan Sambal Kicap:
5 biji cili padi
2 ulas bawang putih
3 sudu besar kicap manis
1 ½ sudu besar cuka
1 sudu besar gula
1 kiub belacan
200ml air
3 sudu besar air tepung jagung
Cara Memasak Walik Cireng:
Di dalam satu mangkuk, satukan bawang merah, lada sulah, serbuk ayam, garam, tepung ubi, tepung beras, tepung gandum, daun sup dan air sejuk. Gaul sehingga semua bahan sebati dan membentuk adunan pekat.
Belahkan tahu lampung kepada dua. Masukkan isi tauhu ke dalam adunan tadi dan gaul lagi.
Terbalikkan tahu, bahagian dalam diletakkan di luar. Sudukan adunan ke atas permukaan tauhu tersebut. Ulang sehingga adunan habis.
Panaskan minyak dan goreng Walik Cireng hingga garing, rangup dan keperangan. Angkat dan toskan.
Cara Membuat Sambal Kicap Pekat Pedas Manis:
Satukan cili padi, bawang putih, kicap manis, cuka, gula, belacan dan air ke dalam pengisar. Kisar hingga halus dan sebati.
Tuangkan sambal kisar ini ke dalam kuali dan masak hingga mendidih.
Masukkan air tepung jagung untuk memekatkan kuah. Kacau sehingga sambal menjadi pekat dan berkilat.
Tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama Walik Cireng panas-panas.
Kenapa Anda Kena Cuba Walik Cireng?
Hidangan ini bukan saja sedap, tetapi sangat fleksibel. Boleh makan begitu saja, boleh cicah sambal kicap, atau boleh juga buat versi cheesy dengan menambah keju dalam adunan. Ia ringkas, mengenyangkan, dan paling penting, memang crowd pleaser. Anak-anak suka, orang dewasa pun tak berhenti makan.
Kalau anda belum pernah cuba, inilah masa yang terbaik. Snek budget, bahan mudah, tapi rasa dia memang padu tak terkata. Sekali cuba, mesti nak buat lagi. Hidangan seperti Walik Cireng ini juga sesuai untuk dijual sebagai kudapan kecil kerana kos rendah tetapi permintaan tinggi. Selamat mencuba dan selamat mengunyah!
Ads
TONTON VIDEO PENUH DI SINI:
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sedapnya kalau dapat makan Lempeng Tuna Cili Berkeju ni. Makan pula panas-panas, tak cukup satu. Cara nak buatnya pun senang je. Sesuai juga untuk anak-anak yang suka hidangan pedas. Sesuai juga dimakan untuk sahur. Kenyang perut! Boleh tambahkan taburan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes dan bakar untuk hasil kerak perang keemasan yang sempurna selain menambah rasa dalam hidangan. Sangat membuka selera.
LEMPENG TUNA CILI BERKEJU
Bahan-bahan:
230gram tepung gandum – ayak
125gram Fernleaf Yogurt Asli
120ml Fernleaf Susu UHT
150gram Perfect Italiano Perfect Bakes
1 sudu teh garam
Bahan-bahan inti:
200gram isi tuna (dalam tin)
1 sudu makan cili flakes
1 labu bawang besar – cincang halus
2 biji cili merah – buang biji & cincang
Garam & lada sulah secukupnya
Cara Memasak:
Di dalam mangkuk; Masukkan tuna, cincangan bawang, cincangan cili merah, lada sulah dan garam secukupnya. Gaul rata dan ketepikan.
Untuk membuat lempeng; satukan tepung gandum, garam, Fernleaf Yogurt Asli dan Fernleaf Susu UHT di dalam mangkuk. Kacau hingga semua bahan sebati.
Untuk memasak lempeng; sapu sedikit mentega pada kuali non-stick. Tuang sesenduk bancuhan lempeng. Letak sesudu inti tuna di atas lempeng dan ratakan. Tabur Perfect Italiano Perfect Bakes secukupnya dan ratakan. Bila bahagian bawah lempeng telah masak, perlahan-lahan terbalikkan dan masak di bahagian yang satu lagi hingga agak perang. Masak hingga semua bahan habis.
Sedapnya Bakwan Sayur rangup ni. Bila cicah dengan sos, lagi bertambah enak. Buat yang pening fikir nak masak apa untuk sarapan makan pagi dan minum petang, bolehlah cuba resipi Bakwan ni. Masak macam ni boleh pikat selera anak. Yang cerewet makan sayur pun suka Bakwan. Nak sediakan pun mudah & bahan-bahan pun ringkas sahaja. Saudari Khadijah Jaafar ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
CARA BUAT BAKWAN SAYUR RANGUP
BAHAN-BAHAN:
1 ½ cawan tepung gandum – beli online disini
½ cawan tepung beras – beli online disini
1 cawan isi jagung
1½ cawan lobak merah – disagat halus
1 ½ cawan kubis – dihiris halus
1 batang daun bawang – dihiris halus
6 ekor udang – dipotong kecil – optional
2 ulas bawang putih – ditumbuk hancur
Air sejuk secukupnya
*nak letak tauge pun boleh
CARA MEMASAK:
1.Masukkan tepung gandum, tepung beras, isi jagung, lobak merah, kubis, daun bawang, udang (nak ganti dengan ikan bilis pun boleh) & bawang putih yang sudah ditumbuk hancur ke dalam mangkuk.
2. Masukkan bahan bumbu iaitu serbuk ketumbar, serbuk lada hitam, serbuk pati ayam/ikan bilis, gula dan garam.
3. Bila sudah masukkan semua bahan, tuangkan air sedikit demi sedikit, kacau adunan sehingga sebati, pastikan air tu sejuk. Adunannya tidak terlalu kental atau terlalu cair. Ini supaya bila digoreng, bakwan akan jadi nipis & rangup. Rasa tu, ikut pada selera, boleh ubahsuai garam & gula mengikut selera.
4.Jika cair boleh tambahkan sedikit lagi tepung gandum.
5. Panaskan minyak masak. Ambil adunan secukupnya dan goreng ke dalam kuali yang panas . Pastikan kuali betul-betul panas, supaya adunan tidak melekat pada kuali.
6. Sekali sekala siram kan adunan dalam kuali tadi dengan minyak panas. Goreng sehingga garing, ikutlah pada tahap kegaringan yang korang suka.
7. Angkat & toskan minyak. Hidangkan dengan sos pencicah.
Terasa nak makan sate ayam & sate daging tapi nak resipi versi mudah? Sesuai sangat cuba resipi perkongsian saudari Riena Eris ni. Sedap, cepat dan tidak menggunakan banyak bahan. Adun serbuk je dah boleh perap. Jom cuba. Anda dan keluarga pasti suka.
CARA MASAK SATE AYAM & SATE DAGING SEDAP GUNA AIR FRYER
CARA MEMASAK:
1.Satukan bahan kisar. Kemudian campurkan dengan bahan-bahan lain dan sebatikan.
2. Bahagikan bahan kepada dua untuk ayam dan daging.
3.Perapkan semua bahan tadi bersama isi ayam dan daging yang sudah dipotong kiub. Sebatikan perap semalaman dalam peti sejuk. Lagi lama diperap lagi sedap.
4. Cucuk isi ayam dan daging pada lidi dan bakar dalam air fryer pada suhu 180-200c selama 40 minit.
Air perapan sate tadi jangan dibuang. Boleh guna untuk masak kuah kacang.
BAHAN KUAH KACANG
Air perapan sate
10 tangkai cili kering – dikisar & tumis
1 batang serai – ketuk
Kacang tanah secukupnya – goreng & kisar
Air asam jawa secukupnya
Garam & gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Tumis cili kering kisar bersama serai hingga masak dan masukkan air perapan sate, kacang tanah kisar dan air asam jawa.
2. Masak sampai pecah minyak perasakan dengan gula dan garam dengan secukupnya.
3. Angkat dan nikmati bersama sate.
TIP:
Satukan madu, air, minyak dan sedikit serai. Sapu pada sate masa bakar untuk dapatkan hasil sate yang berkilat.
Cuba Kerabu Maggi Thai yang sedap dan menggiurkan dengan resipi mudah ini. Tekstur mi yang sempurna bersama gabungan rasa pedas, masam dan manis pasti memikat selera.