Sapa tak suka makan petai? Rugi tau tapi rasanya ramai yang sukakan. Petai adalah antara ulaman terbaik untuk kesihatan.Walaupun lepas makan ada bau yang kurang menyenangkan, tapi ada suatu aroma yang sangat sedap ketika petai dikunyah di dalam mulut.
Ads
Berdasarkan kajian, buah petai mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain iaitu sebanyak 8%, 11% karbohidrat, 71% air serta mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C. Petai juga mengandungi tiga jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa yang dikombinasikan dengan serat. Kombinasi zat ini mampu memberikan tenaga segera yang besar cukup untuk melakukan aktiviti berat selama 90 minit.
Cara nak pilih petai, pilihlah petai yang lebih segar kerana ia lebih berkhasiat jika nak dibandingkan dengan petai yang telah kecut. Kalau nak tahu, biji petai ni dipercayai membantu merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang serta mengeluarkan cacing bagi kanak-kanak yang ada masalah cacing dalam usus.
Khasiat Petai Untuk Kesihatan
Mengurangkan depresi.
Membantu mengatur kadar gula dalam darah di samping membaiki mood.
Membantu menstimulasi pembentukan sel darah merah.
Mencegah Anemia.
Membantu meredakan tekanan darah tinggi.
Membantu memudahkan proses pencernaan seterusnya mengurangkan risiko diserang sembelit.
Membantu menstabilkan emosi dan suhu badan.
Mengawal ketagihan merokok.
Bagi yang berhajat nak berhenti merokok, petai dapat membantu. Kandungan Vitamin B6, B12, kalium dan magnesium di dalam petai membantu tubuh cepat sembuh dari kesan ketagihan nikotin. Maksudnya ia membantu membersihkan sisa nikotin dalam badan. Memang elok sangat kalau suami-suami yang dalam proses berhenti merokok. Hari-hari bagi suami ulam petai. Mana tahu usaha isteri berjaya.
Ads
Menurut kajian yang dilaporkan oleh The New England Journal of Medicine, amalan makan petai sebagai menu harian dapat menurunkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40 peratus. Jadi kalau nak sihat sepanjang hayat dan awet muda sentiasa, amalkan petai sebagai ulaman utama. Tak perlu sambal sangat, makan begitu ajer pun sedap…Kalau dimasak dah berkurangan khasiat petai akibat daripada proses memasak. Sebaiknya makan mentah je.
CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang besar, bawang putih, cili padi dan cili merah dengan sedikit minyak sehingga garing.
2. Masukkan petai dan goreng sehingga masak.
3. Tambahkan garam dan gula dengan secukupnya. Gaul sebati.
4. Akhir sekali, perahkan jus limau nipis sebelum dihidang.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Santan kotak saiz besar biasanya lebh murah dan jimat berbanding santan kotak kecil. Namun jika nak masak dalam jumlah yang sedikit, pastinya ada lebihan. Jika disimpan begitu sahaja dalam peti sejuk, jika tidak dihabiskan dalam masa 3 hari pastinya akan basi. Oleh itu boleh cuba petua menyimpan santan yang dikongsi oleh saudari Nelisa Sofea ni.
PETUA SIMPAN SANTAN KOTAK SUPAYA TAHAN LAMA
BAHAN-BAHAN: Santan kotak Plastik aiskrim
CARA PENYEDIAAN:
1. Masukkan santan ke dalam plastik aiskrim ikut sukatan untuk sekali pakai bila masak. Santan jenama ini pekat, jadi bungkus sedikit-sedikit pun sudah cukup jika masak dalam kuantiti sedikit.
2. Bila sudah masukkan santan ke dalam plastrik aiskrim, ikat plastik dan terus masukkan dalam peti sejuk di bahagian bawah. Jangan letak dalam peti sejuk beku (freezer). Letak dekat peti bawah sahaja.
3. Bila nak digunakan untuk masak, ambil dan gunakan dalam masakan seperti biasa. 4. Pastikan anda meletakkan label tarikh luput pada plastik santan untuk rujukan jangka hayatnya.
Nak cuba pelbagai jenis masakan yang mudah, lazat dan menambat selera keluarga? Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA.
Sedapnya masakan berasaskan sotong kembang. Lebih-lebih lagi sotong masak sambal tumis cukup rasa pedas, manis dan masamnya.
Namun, cara menyiang sotong kembang juga penting agar hasilnya anda mendapat daging sotong yang lembut dan tidak berbau.
Ikut langkah ini, pastikan sambal tumis sotong anda semakin enak nanti:
1. Pilih sotong yang segar dan cuci bersih.
2. Siapkan bahan-bahan ini untuk dicampur dengan air rebusan untuk mencelur sotong.
4 batang serai
2 ini halia
1 labu bawang besar,
1 inci lengkuas,
5 ulas bawang putih.
Kesemua bahan tadi di potong-potong.
Letak sedikit garam
3. Didihkan air sehingga naik bau dan masukkan sotong, celup jangan lama, 6-7 minit dah masak.
Angkat, toskan air dan sejukkan sebentar.
4. Cara nak siangnya tarik dulu ekor kecil yang dibahagian atas si sotong
5. Kemudia tarik lapisan-lapisan yang ada pada badannya.
6. Bahagian dalam bersihkan seperti biasa.
7. Seterusnya potong mengikut saiz yang anda suka. Kemudian cuci bersih dan toskan.
Nota: Masukkan dalam masakan seperti sambal tumis yang sudah hampir masak kerana sotong
ini tidak perlu dimasak lama. Ia sudah sedia masak ketika dicelur sebelum itu.
Sumber: Mariberkongsi
RESIPI SAMBAL TUMIS SOTONG
Bahan-bahan:
2 ekor sotong kembang ~ bersihkan dan dipotong ikut suka. Jerangkan air dan celur sotong. Jika tidak, kita memerlukan masa yang lama untuk mengeringkan sambal kerana sotong ini banyak mengeluarkan air.
1 senduk besar cili kisar
1 biji bawang besar ~ dihiris bulat
3 ulas bawang putih *
5 ulas bawang kecil *
1 inci belacan *
asam jawa, garam & gula
Cara memasak:
1. Panaskan kuali dan masukkan anggaran 1 senduk minyak. Tumis cili kisar hingga sedikit
garing dan campuran dengan bahan kisar yang bertanda (*)
2. Masukkan asam jawa, garam dan gula mengikut rasa.
3. Akhir sekali masukkan sotong yang telah ditoskan bersama bawang besar yang dihiris
bulat. Kacau rata dan biarkan ia merenih sekejap sebelum diangkat.
Selalunya jambak bunga kantan yang masih muda dan belum mengembang merupakan perencah utama untuk membuat kuah laksa yang selalunya di sebalah utara. Ianya juga selalu diletakkan dalam lauk asam pedas atau tom yam sebagai pembangkit aroma.
Nama Pokok Herba: KANTAN
Nama saintifik: Phaeomeria speciosa Koord
Pokok herba monocot yang berasal dari Malaysia ini ditanam di sekitar rumah kampung untuk jambak bunganya dengan mengunakan rizomnya untuk pertumbuhan. Ia mempunyai daun yang agak panjang seakan akan pokok lengkuas tapi lebih besar. Jambak bunganya juga mempunyai tangkai yang panjang dan terkeluar dari pangkal tunas daun menyebabkan ianya kelihatan cantik dan unik.
Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu ini tidak hilang di telan zaman.
Khasiat/Kegunaan:
Di dalam perubatan tradisional Kantan digunakan dan berkhasiat untuk mengubati sakit:
Sakit telinga dan membersihkan luka.
Sakit telinga boleh dirawat dengan menggunakan air rebusan buah kantan.
Selepas merebus buah kantan selama beberapa minit, air rebusan perlu dititikkan ke dalam telinga.
Jika diamalkan selalu, ia bukan saja melegakan kesakitan akibat bengkak malah boleh mengatasi masalah telinga berair.
Buah kantan juga dikatakan boleh digunakan sebagai ubat bagi menghilangkan lendir dan kahak pada tekak.
Air pencuci luka badan
Daun pokok kantan turut mempunyai khasiatnya tersendiri. Bagi mereka yang mengalami luka di badan, bolehlah merebus daun kantan. Air rebusan daun yang masih suam dikatakan boleh digunakan sebagai air pencuci luka dengan cara melumurkannya ke seluruh bahagian luka.
Merawat kencing manis dan darah tinggi.
Ambil buah kantan, dibersihkan dan direbus.
Air rebusan ini disaring dan kemudian diminum seperti biasa. Pengambilan secara teratur dapat mengurangkan masalah ini.
Menguatkan tenaga bati lelaki.
Buahnya yang masak boleh digunakan untuk membantu meningkatkan tenaga batin dengan cara merebus buahnya yang masak dan meminum air rebusannya dan pastikan bertanya kepada pakar atau pengamal perubatan tradisional terlebih dahulu sebelum meminumnya.
Hilangkan bau badan wanita lepas bersalin
Bunga pokok kantan ini boleh digunakan untuk tujuan awet muda. Pokoknya juga dikatakan boleh menghilangkan bau badan terutama bagi wanita yang baru lepas bersalin.
Caranya ialah dengan mengambil beberapa batang pokok kantan yang segar. Potong batangnya pendek-pendek dan ditumbuk hingga lumat.
Rebus hingga mendidih dan apabila air ini telah sejuk, gunakan sebagai air mandian.
Penambah selera makan
Biji pokok kantan pula dikatakan boleh digunakan sebagai penambah selera makan serta menghilangkan rasa kurang bermaya.
Caranya ialah dengan menumbuk biji pokok kantan ini sehingga lumat.
Tos biji untuk mendapatkan airnya. Kemudian campurkan dengan segelas air suam.
Minumlah air ini pada waktu pagi dan sebelum tidur. Amalkannya untuk beberapa kali.