Bubuk atau kutu beras memang musuh suri rumah. Ada seekor je dalam bekas beras, dalam masa yang singkat serangga kecil ini akan membiak dengan pantas. Menyakitkan hati betul. Beras yang diserang bubuk akan menjadi kurang enak, lembik dan mudah basi. Nak buang pula terasa rugi lebih-lebih lagi jika beras masih banyak. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, ada petua yang anda boleh cuba. Moga ia bermanfaat dan membantu anda di dapur.

 

6 CARA MUDAH & BERKESAN UNTUK HALAU KUTU BERAS

1. JEMUR PANAS

Cara Mudah & Selamat Untuk Halau Kutu Dari Bekas Beras. Memang Berkesan!

  • Paling mudah untuk hilangkan kutu beras ialah letakkan beras di atas dulang kemudian jemur di tengah panas. Kutu beras akan keluar dari beras untuk cari tempat lembap.

 

2. GUNA CILI KERING

IKLAN

Cara Mudah & Selamat Untuk Halau Kutu Dari Bekas Beras. Memang Berkesan!

  • Kedua, masukkan cili kering ke dalam bekas simpanan beras. Cili kering berbau kuat dan juga bersifat panas. Kutu beras tak suka cili kering dan ia dapat menghilangkan dan menghalau kutu beras.

 

3. LETAK BAWANG PUTIH

Cara Mudah & Selamat Untuk Halau Kutu Dari Bekas Beras. Memang Berkesan!

  • Kutu beras tidak sukakan bau-bauan jadi boleh halau kutu beras dengan bawang putih. Bawang putih mempunyai bau yang sangat kuat. Jadi ia mampu menghalau kutu beras.

 

IKLAN

4. HALAU GUNA DAUN PUDINA

Cara Mudah & Selamat Untuk Halau Kutu Dari Bekas Beras. Memang Berkesan!

  • Daun pudina perlulah dikeringkan terlebih dahulu dan kemudian kisar jadi serbuk dan masukkan ke dalam uncang. Boleh juga digaulkan bersama-sama dengan beras. Cara ini agak berkesan menghalau kutu beras.

 

5. DAUN LIMAU PURUT

IKLAN

Cara Mudah & Selamat Untuk Halau Kutu Dari Bekas Beras. Memang Berkesan!

  • Letakkan daun limau purut ke dalam beras. Selain beras berbau harum, ia boleh menghalau kutu beras dari terus menghuni bekas simpanan beras.

 

6. SIMPAN BERSAMA KULIT KAYU MANIS

Cara Mudah & Selamat Untuk Halau Kutu Dari Bekas Beras. Memang Berkesan!

  •  Anda juga boleh letak kulit kayu manis di dalam bekas beras. Bau harumnya mampu menghalau kutu dari bekas beras.

Cubalah petua ni, kalau-kalau ada yang berkesan dan masalah bubuk beras tak ada lagi.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI