Sekali lagi kita kembalikan nostalgia lama dengan membuat biskut lejen ni. Orang dulu panggil biskut buah pinggang mungkin sebab bentuknya. Kalau dah rasa pasti susah nak henti makan. Boleh buat banyak-banyak dan makan sebagai kudapan. Sedap biskut ni, kanak-kanak pun suka.
BISKUT BUAH PINGGANG Bahan-bahan: 250gram buttercup 1 cawan gula aising (saya letak 3/4 je)-BELI ONLINE DI SINI 1 biji kuning telur 1 sudu teh esen vanila-BELI ONLINE DI SINI 1 cawan tepung naik sendiri – self raising-BELI ONLINE DI SINI 1 cawan tepung jagung 1 cawan biskut marie yang dikisar halus (saya guna biskut marie munchy’s) 1 cawan cornflakes yang dikisar halus 1/2 cawan tepung gandum (saya guna tepung gandum cap ros)
Cara membuat: 1)Pukul buttercup dengan gula.Bila kembang masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul lagi. 2)Masukkan tepung naik sendiri dan tepung jagung. Kacau guna senduk saja atau spatula. 3)Masukkan biskut marie dan cornflakes yang dikisar tadi ke dalam adunan. 4)Akhir sekali masukkan tepung gandum sikit-sikit sampai jadi doh yang boleh dicanai. 5)Dah siap uli, canaikan doh dan terap guna acuan. 6)Sapu kuning telur sikit di atas biskut dan ditabur dengan cornflakes yang dah diramas. Bakar ikut kepanasan oven masing-masing ye.
Anda pernah rasa sakit lutut bila naik tangga. Ia berpunca dari sakit sendi ada hubung kaitnya dengan faktor usia dan berat badan yang berlebihan. Tisu penghubung yang makin haus menyebabkan ia makin sakit dan mengalami keradangan. Lagi pulak di musim raya, pasti banyak mengemas rumah kan.
Kredit foto: greenbelttp.comTapi usah dibiarkan ia masih boleh diredakan dan dirawat dengan minuman ini. Tapi sebelum tu, Min nak kongsi fakta ini. Kekurangan vitamin adalah penyebab utama yang menyebabkan keradangan sendi terutamanya jika tubuh kekurangan kalsium , bromelain, magnesium dan zat besi.
Jadi resipi minuman ‘smoothie’ yang min nak kongsikan ni mampu membekalkan nutrisi yang tepat untuk mengurangkan keradangan dan menghilangkan kesakitannya. Murah aje kosnya, dari sumber semulajadi iaitu dari buah-buahan dan bahan semulajadi. Ni 5 bahan ramuannya.
1. NENAS
Kandungan utama dalam nenas yang berkesan untuk sakit sendi adalah bromelain. Sebatian anti keradangan ini memang disarankan untuk mereka yang mengalami arthritis (keradangan sendi) kerana ia boleh mengurangkan bengkak akibatkan kecederaan tisu penghubung. Nenas juga kaya vitamin C, Manganese, Copper , fiber dan vitamin B.
2. JUS OREN
Jus oren membantu ligamen dan tendon menjadi kuat, ini amat baik untuk sendi. Kandungan anti oksidan meredakan keradangan. Flavonoid dan carotenoids di dalam oren menyokong saraf darah dan menghalang tindakbalas keradangan yang boleh mengurangkan kesakitan. Jus oren juga mengandungi magnesium dan kalsium yang menyumbang kepada sendi yang sihat.
3. KULIT KAYU MANIS
Kulit kayu manis adalah rempah yang boleh melancarkan peredaran darah. Ia juga digunakan untuk perubatan holistik (ubatan tanpa kimia) untuk merawat keradangan sendi. Kajian tahun 2018 mendapati arthritis dan kerosakan tulang boleh meningkatkan aktiviti sel osteoclast yang menyebabkan kerosakan tulang. Kulit kayu manis berupaya memperlahan aktiviti osteoclast yang menyekat kerosakan tulang.
4. ROLLED OAT (Empingan oat yang digelek, belum dimasak)
Bijirin penuh seperti oat melindungi dari keradangan kerana kandungan kanji di dalamnya. Bijirin ini adalah sejenis karbohidrat yang boleh memasuki system penghadaman dan merangsang bakteria baik membiak. Bakteria baik mengeluarkan asid lemak yang mengurangkan keradangan. Zat besi di dalamnya turut mengurangkan keradangan.
5. MADU
Madu sudah terbukti kandungan anti oksidan. Sejak zaman dahulu lagi ia digunakan sebagai ubat merawat batuk dan jangkitan kulit. Dicampurkan dengan cuka epal, madu adalah penawar kepada sakit sendi. Okay, di bawah ini ramuan ‘smoothies’ (kisaran buah-buahan) yang mengandungi kebaikan anti oksidan, vitamin dan mineral dari kebaikan 5 ramuan di atas bagi meredakan dan menghilangkan sakit sendi. Rasanya pun sungguh sedap, cubalah ya…
RESIPI MINUMAN ‘SMOOTHIE’
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK : 1. Masukkan air dan oat di dalam periuk dan masak mengikut peraturan di bungkusan oat. 2. Biarkan oat sejuk 3. Masukkan jus oren, oat yang sudah dimasak tadi, kulit kayu manis dan madu di dalam pengisar. Kisar hingga halus. 4. Tambahkan air lagi jika mahukan teksturnya cair sedikit
Minum minuman ini sekurangnya sehari sekali, untuk 5 hari berturut, InsyaAllah kesakitan sakit sendi akan berkurangan.
Nak variasi kuih raya, mungkin korang boleh try buat Honey Nestum Almond Cookies. Bahan-bahan pun tak adalah susah sangat. Boleh cuba buat sambil-sambil berkumpul dengan ahli keluarga yang lain.
Bahan A
• 250 gram mentega/marjerin
• 1/2 cawan gula perang halus
• 1 penutup esen vanila
• 2 sudu besar madu
Bahan B
• 1 sudu kecil baking powder
• 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
• 1 sudu besar tepung beras
• 1 sudu besar tepung jagung
Bahan C
• 1 1/2 cawan tepung gandum
Bahan D
• 2 sudu besar susu tepung
Bahan E
• 1/2 cawan nestum
• 1/2 cawan coklat chips
• 1/2 cawan almond nips/strip
Cara Membuat
1. Whisk rata bahan A. Masukan bahan B, whisk lagi bagi rata.
2. Masukkan bahan C, sedikit demi sedikit kacau rata. Masukkan bahan D, gaul rata. Masukkan bahan E, gaul lagi bagi rata.
3. Kalau adunan agak berderai tambah mentega atau marjerin sikit demi sikit hingga adunan elok tak berderai. Simpan dalam peti ais selama 30 minit.
4. Ambik adunan sejemput demi sejemput atau guna sudu. Susun atas dulang pembakar.
5. Panaskan oven 10 minit suhu 160°C. Bakar adunan selama 30-35 minit ikut oven masing masing.
Ekstra: Ketika panas biskut ini agak lembut. Apabila sudah sejuk, baru keras elok. Kalau gigit terasa rangup.
Resipi apam kampung ni perlu kita jaga sebab ianya sejenis hidangan tradisional yang sedap dan disukai ramai. Kalau tak dijaga, bimbang nanti makin dilupakan. Apam yang dimasak gebu memang selalunya mencuit selera. Lagi-lagi kalau dimakan dengan kelapa parut. Lemak manis jadinya. Ini apam yang sangat basic. Nama pun kampung. Tapi kalau dah makan, memang teringat-ingat. Apam yang manis dimakan dengan kelapa parut masin, memang amat mengasyikkan.
BAHAN-BAHAN
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
Sehelai daun pandan
1 1/2 cawan air
3 cawan tepung gandum
1/2 peket mauripan (mauripan + air setengah cawan kembangkan)
Kelapa parut putih + garam
CARA MEMBUAT
1. Masak gula merah, gula pasir, daun pandan bersama air 1 1/2 cawan tadi. Sejukkan.
2. Sediakan loyang, masukkan tepung, mauripan yg direndam tadi dan air gula yang disejukkan.
3. Kemudian bancuh rata. Perap 1 jam.
4. Panaskan pengukus sehingga air mendidih. Kukus adunan selama setengah jam. Siap.
5. Hidangkan dengan kelapa parut.
Kempen KEWPIE Dari Dapur Ke Hati memudahkan penyediaan juadah Raya dengan sos creamy dan versatil. Cipta hidangan lebih sedap, praktikal dan penuh kasih untuk keluarga.