Dah lama tak viral pasal kek..Tup..tup keluar pulak kek coklat 4 sudu. Apa yang 4 sudu mesti pelikkan, rupanya semua bahan yang digunakan dengan sukatan 4 sudu makan. Memang senang sangat, bahannya pun mudah untuk didapati. Semudah ABC, kamu wajib cuba tau… anak-anak mesti suka!
Bubur Chacha pastinya antara manisan kegemaran ramai. Lemak, manis, memang sedap! Bagi anda yang tercari-cari idea bubur yang mudah dan cepat disediakan untuk minum petang, boleh cuba resipi Bubur Chacha @ Bubur Gunting perkongsian saudari Mas Ryana ni.Istimewa resipi ini ia menggunakan doh chacha yang dihasilkan sendiri. Wow… Pasti enak. Jomlah cuba.
CARA MEMBUAT BUBUR CHACHA @ BUBUR GUNTING YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: Tepung gandum – beli online disini Pewarna pilihan – beli online disini Air secukupmnya Santan – beli online disini Gula Daun pandan Secubit garam (sukatan ikut selera masing-masing, banyak mana bubur yang mahu anda hasilkan)
CARA MEMASAK:
1.Masukkan tepung gandum ke dalam bekas dengan secukupnya. 2. Ambil air dan masukkan pewarna kesukaan. Kemudian tuang ke dalam bekas berisi tepung tadi sedikit demi sedikit. 3. Uli hingga jadi doh yang kental. Jangan lembik. Jika suka, boleh hasilkan doh beberapa warna. 4. Canai doh nipis-nipis dan masak seketika di atas kuali atau pan tanpa menggunakan minyak. 5. Bila doh sudah masak, angkat. Potong panjang dan gunting menjadi kepingan yang lebih kecil.
6. Untuk menyediakan kuah bubur, masak santan bersama gula, daun pandan dan secubit garam. Sebatikan. 7. Bila kuah mendidih, masukkan potong doh yang digunting tadi. Sebatikan.
8. Bila kuah sudah pekat dan bubur sudah enak sempurna, matikan api dan sedia untuk dihidangkan.
Melihat pada cara membuat kuih kole kacang, memang agak mencabar untuk membuat kuih tradisional ini. Silap buat, tahi minyak jadi pahit. Tapi, dengan teknik dan resipi yang betul, memang boleh dibuat. Lama-lama cuba buat, mesti makin lama makin sedap kuih kole kacang kita.
Hanya menggunakan sukatan cawan, mudah untuk diikut resipi ini. Jom kita lihat resipinya!
BAHAN TAHI MINYAK
3 cawan santan pekat
Secubit garam
CARA MEMBUAT TAHI MINYAK
1. Dalam kuali, masukkan santan dan garam.
2. Masak sehingga bertukar menjadi warna coklat keperangan.
3. Kena selalu kacau supaya tidak hangit. Api perlahan sahaja.
BAHAN KUIH
2 cawan gula merah
1 cawan air
1/2 cawan gula pasir
3 helai daun pandan
2 cawan tepung kacang hijau goreng (rujuk video)
2 cawan santan pekat
1 sudu kecil garam
5 cawan air panas (1 liter)
CARA MEMBUAT
1. Dalam kuali, masukkan gula merah, air, gula pasir dan daun pandan. Masak sehingga gula larut. Tidak perlu lama sangat bimbang air gula jadi pekat. Siap masak, tapiskan air gula. Ketepikan.
2. Dalam kuali lain, sangai tepung kacang hijau goreng tadi selama 5 minit.
3. Masukkan santan dan air panas sedikit demi sedikit. Sambil masukkan, kacau adunan supaya sebati. Adunan memang akan jadi berketul-ketul. Kena selalu kacau supaya tidak berketul.
4. Selepas tiada lagi tepung yang berketul, masukkan air gula yang telah dibuat awal tadi. Masak sehingga pekat dan likat sedikit. Keluarkan daun pandan.
5. Kacau lagi adunan supaya lebih cantik teksturnya.
6. Masukkan pula minyak yang terhasil daripada tahi minyak yang kita buat awal-awal tadi. Hasilnya tepung akan berkilat.
7. Tuangkan adunan dalam loyang. Ratakan adunan supaya kuih padat dan licin permukaan atasnya.
8. Taburkan tahi minyak. Tutup dengan aluminium foil dan biarkan sejuk pada suhu bilik sahaja. Lebih kurang 3 hingga 4 jam. Kemudian, bolehlah potong kuih kole kacang anda.
Anda suka makan Agar-Agar Lumut Gula Merah? Jika ya, resipi ni anda kena cuba. Kalau makan masa sejuk-sejuk, memang layan sungguh. Lebih-lebih lagi kalau makan dikala cuaca panas. Jom cuba resipi perkongsian saudari Tengku RosElyza ni. Pasti puas hati.
RESIPI AGAR AGAR LUMUT GULA MERAH
BAHAN-BAHAN
CARA MEMASAK:
1. Didihkan air dan masukkan agar-agar tali. Biarkan hancur dan larut.
2. Kemudian masukkan gula merah, gula dan esen vanilla. Masak sehingga mendidih.
3. Dalam bekas lain, satukan santan dan telur. Kacau kemudian tuang ke dalam periuk. Masak selama 5 minit menggunakan api perlahan.
4. Kuatkan api sehingga naik buih. Padamkan api dan tuang campuran ke dalam loyang.
5. Sejukkan agar-agar dan boleh dipotong apabila mengeras.