Bubur Chacha pastinya antara manisan kegemaran ramai. Lemak, manis, memang sedap! Bagi anda yang tercari-cari idea bubur yang mudah dan cepat disediakan untuk minum petang, boleh cuba resipi Bubur Chacha @ Bubur Gunting perkongsian saudari Mas Ryana ni.Istimewa resipi ini ia menggunakan doh chacha yang dihasilkan sendiri. Wow… Pasti enak. Jomlah cuba.
CARA MEMBUAT BUBUR CHACHA @ BUBUR GUNTING YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: Tepung gandum – beli online disini Pewarna pilihan – beli online disini Air secukupmnya Santan – beli online disini Gula Daun pandan Secubit garam (sukatan ikut selera masing-masing, banyak mana bubur yang mahu anda hasilkan)
Ads
CARA MEMASAK:
1.Masukkan tepung gandum ke dalam bekas dengan secukupnya. 2. Ambil air dan masukkan pewarna kesukaan. Kemudian tuang ke dalam bekas berisi tepung tadi sedikit demi sedikit. 3. Uli hingga jadi doh yang kental. Jangan lembik. Jika suka, boleh hasilkan doh beberapa warna. 4. Canai doh nipis-nipis dan masak seketika di atas kuali atau pan tanpa menggunakan minyak. 5. Bila doh sudah masak, angkat. Potong panjang dan gunting menjadi kepingan yang lebih kecil.
6. Untuk menyediakan kuah bubur, masak santan bersama gula, daun pandan dan secubit garam. Sebatikan. 7. Bila kuah mendidih, masukkan potong doh yang digunting tadi. Sebatikan.
8. Bila kuah sudah pekat dan bubur sudah enak sempurna, matikan api dan sedia untuk dihidangkan.
Bagi puan-puan yang gemar membuat kek, boleh cuba resipi Kek Span Coklat perkongsian saudari Imah Rahman ni. Sangat mudah dan hasilnya memang mengagumkan. Sangat berbaloi untuk dicuba.
RESIPI KEK SPAN COKLAT TERLAJAK GEBU
.
BAHAN A:
5 biji putih telur
1/2 cawan gula kastor
1 sudu teh cream of tartar
CARA-CARA: 1. Putar putih telur hingga berbuih. Kemudian masukkan gula dan cream of tartar. Pukul sehingga kental dan bertanduk. Ketepikan sebentar
BAHAN B:
5 biji kuning telur
1 biji telur
3/4 cawan tepung kek
1 sudu makan serbuk koko
1/4 cawan minyak jagung
1/4 cawan susu cair
Secubit garam
1 sudu teh perisa coklat/coklat emulco
1 suduteh esen vanilla
CARA-CARA: 1. Pukul sebati hingga berkrim
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu160°c.
Lapik loyang dengan baking paper dan sapu dengan majerin.
Masukkan bahan A sedikit demi sedikit ke dalam bahan B. Sebatikan dengan mengaup balikkan adunan hingga sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama 70 minit menggunakan kaedah double boiler.
Nota: Kek ini lebih sedap dimakan bila disimpan dalam peti sejuk.
Sedapnya menu Tauhu Telur Berlado Petaini. Lauk sangat ringkas namun rasanya sangat padu. Memang terbaik. Kadang-kadang, tidak perlu lauk pauk yang mewah dan mahal untuk membuka selera. Hidangan ringkas begini ada kalanya lebih memuaskan hati. Makan pula dengan nasi panas-panas, memang terbaik. Dah lapar? Jomlah masak resipi perkongsian saudari Khairunnisa Ahmad ni. Selamat mencuba!
CARA MASAK TAUHU TELUR BERLADO PETAI
BAHAN-BAHAN:
2 tiub tauhu telur – potong kecil
Petai secukupnya
Udang – kalau nak letak
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukupnya
BAHAN SAMBAL:
Cili padi hijau – ikut suka nak banyak mana
1 tangkai cili merah – saja letak untuk menaikkan warna
3/4 biji bawang holland – bawang merah biasa pun boleh
3 ulas bawang putih
Belacan secukupnya – boleh abaikan jika tidak suka
CARA MEMASAK:
1.Satukan bahan-bahan sambal. Kisar hingga halus.
2. Panaskan minyak masak dan goreng tauhu telur terlebih dahulu hingga kekuningan. Angkat.
3. Seterusnya tumis bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga naik minyak.
4. Masukkan garam, ajinomoto, petai, udang dan akhir sekali masukkan tauhu telur yang sudah digoreng.
Terasa nak buat biskutTat Gulung Cadbury untuk raya nanti? Ramai yang dah cuba dan rasanya memang sedap. Namun biskut ni ada pelbagai versi. Bezanya hanya pada bahan-bahan doh. Salah satu resipi yang mudah ialah resipi yang perkongsian saudari Sri Noratika Hassan ni. Guna 4 bahan je. Jom cuba!
RESIPI TAT CADBURY 4 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega/marjerin
1 sudu teh minyak sapi
3 1/4 cawan tepung gandum – disangai sehingga ringan dan diayak.
1. Satukan mentega bersama minyak sapi. Kemudian masukkan tepung gandum. Gaul menggunakan spatula hingga sebati.
2. Uli dan satukan bahan-bahan sehingga menjadi doh yang tak terlalu lembik dan tak terlalu keras. Rehatkan dalam chiller selama 5-10 minit sebelum diterap.
3. Masukkan doh ke dalam acuan dan terap ke atas dulang. ( jika doh tak pecah atau tak melekat di dulang sewaktu gulung, ia menandakan doh tersebut sangat sempurna.)
4. Ambil sekeping coklat dan gulung bersama doh yang telah diterap tadi dengan secantik mungkin.
5. Akhir sekali, sapukan kuning telur diatas biskut dan bakar dalam ketuhar pada suhu 160C menggunakan api atas bawah.
6. Bakar selama 15-20 minit atau hingga masak. Masa mungkin berbeza mengikut jenis dan saiz ketuhar.
7. Sejukkan biskut sebelum disimpan dalam balang.
TIP : Untuk mendapatkan kesan topping kuning telur yang cantik berkilat, campurkan kuning telur dengan pewarna kuning dan juga setitis dua susu cair.
Bagi yang suka makan Cina salah satu yang selalu dipesan jika makan di restoren ini adalah Ma Po Tofu. Tekstur tauhu yang lembut dan dimasak bersama kuah pekat memang cukup enak sekali untuk dimakan dengan nasi.