Menu ni kalau ke kedai nasi kandar kadang harganya kayangan juga. Tapi sebab sedap punya pasal bedal juga, kadang tak cukup seekor udang. Sebaiknya masak sendiri baru puas makan. Sedap yaamat rasa kemanisan udang bersama bawang serta wangi rempah tu buatkan berselera makan tak sedar boleh bertambah nasi.
Udang Masak Masala
Bahan-bahan: 10-15 ekor udang- cuci bersih Daun ketumbar -potong halus 5 tangkai cili padi -potong kasar 3 biji tomato- potong halus 3 biji bawang besar -potong mayang (jika suka pedas boleh lebihkan cili padi)
Bancuh rempah dengan bahan berikut: 2 sudu makan rempah ikan 2 sudu makan serbuk ketumbar 2 sudu makan serbuk jintan putih 1 sudu makan serbuk jintan manis 1 sudu makan serbuk kunyit 2 cawan air
¾ cawan minyak masak
Cara memasak:
1.Panaskan minyak.
2.Bila minyak sudah panas tumis bawang besar sehingga betul-betul layu. Masakan ini memang perlukan bawang yang banyak, baru rasa kemanisan masakannya.
Ads
3.Pastikan bawang sudah layu, masukkan bahan bancuhan rempah.
4.Masukkan cili potong.
5.Juga masukkan tomato yang telah dipotong halus.
6.Kacau sebati hingga rempah pecah minyak. Kena rajin kacau supaya rempah tak hangit.PENTING. Kena masak rempah ini sehingga betul-betul masak. Anggaran dalam 10-15 minit pecah minyak. Kalau rempah tak masak elok memang rasa lain bila makan nanti. Kena rajin kacau supaya rempah tak berbau hangit.
Ads
7.Bila rempah sudah betul-betul masak masukkan santan cair.
8.Kacau bagi santan sebati dengan rempah.
9. Perasakan dengan garam secukup rasa.
10.Bila bahan rempah dah sebati elok, terus masukkan udang yang telah dicuci bersih tadi.
Ads
11.Kacau perlahan, biar rempah sebati meresap dalam udang. Masa ni nampak kuah sedikit cair sebab air udang sudah keluar. Masakan ini kuahnya tidak terlalu pekat.
12.Bila udang sudah masak, taburkan daun ketumbar, kacau sekilas dua dah boleh tutup api. Masa ni jangan masak terlalu lama pula nanti udang jadi keras.
Bila menghampiri hujung bulan dompet dah mula nipis jadi bila ke pasar terpaksalah bajet. Jangan risau sebenarnya dengan modal bajet banyak lagi menu yang boleh korang masak dengan hasil rasa yang sedap dan masak pun ringkas. Tak percaya cubalah beberapa menu yang RASA kongsikan di sini. Kena sangat dengan orang bujang ni.
SARDIN TELUR BUNGKUS
BAHAN-BAHAN
1 tin sedang ikan sardin | asingkan dari kuah
Sedikit cili benggala | dadu halus
1 pokok daun bawang | hiris halus
1/2 biji buah tomato | dadu halus
1/2 biji bawang Holland | dadu halus
1 biji bawang putih | cincang halus
1 sudu makan pes cili kering
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan minyak masak
BAHAN TELUR DADAR:
2 atau 3 biji telur
Secubit garam
Secubit serbuk lada sulah
CARA MEMASAK:
Hancurkan isi sardin dalam mangkuk, kemudian ketepikan.
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang Holland hingga layu.
Masukkan pes cili, kacau hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan sardin, cili benggala dan tomato, kacau rata.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah kuah kering, tutup api.
Sediakan pula telur dadar, pecahkan telur dalam mangkuk.
Masukkan sedikit garam dan lada sulah, kacau rata.
Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak.
Tuang telur dan dadarkan ikut saiz sesuai dengan isi sardin tadi.
Setelah garing, letakkan isi sardin di tengahnya, kemudian lipat bahagian tepi hingga menjadi bentuk empat segi sama.
Angkat dan sedia dihidangkan.
ASAM PEDAS IKAN SARDIN MACKEREL
BAHAN-BAHAN:
1 tin besar ikan mackerel | asingkan isi ikan dari kuah
4 biji bendi
1 biji tomato | belah empat
1 kuntum bunga kantan | belah dua
3 pucuk daun kesum
1/2 cawan air asam Jawa
Air secukupnya
2 sudu makan pes cili kering
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2cm lengkuas
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan pes cili, kacau lagi hingga pecah minyak.
Masukkan pula air asam Jawa, biarkan mereneh seketika baru masukkan sardin.
Seterusnya masukkan kacang bendi, bunga kantan, daun kesum .
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Biarkan mereneh seketika sehingga timbul minyak. Tutup api,
Sedia dihidangkan.
IKAN KERISI GORENG CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
5 ekor ikan kerisi | buang sisik dan bersihkan
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
20 biji cili padi | hiris
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji cili merah
2cm halia
1 batang serai
CARA MEMASAK:
Gaulkan ikan kerisi yang telah dibersihkan dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
Panaskan minyak goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan hirisan cili, kacau rata.
Masukkan pula air asam jawa, kecilkan api dan terus kacau.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Tutup api dan masukkan ikan dan gaul rata.
Ikan sedia dihidangkan panas-panas.
SAMBAL KERING IKAN SELAR
BAHAN-BAHAN:
8-10 ekor ikan selar | siang dan bersihkan
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR KASAR:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
15 biji cili padi
1 batang serai
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan garam halus dan serbuk kunyit. Ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumikan bahan kisar hingga garing, kemudian masukkan air asam jawa.
Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali tutup api, masukkan ikan dan gaul rata.
Ikan sedia dihidangkan panas-panas.
TAUHU TELUR GORENG BERSAMA DAGING CINCANG
BAHAN-BAHAN:
3 batang tauhu telur | potong bulat dan goreng.
200gm daging kisar
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato
1 biji bawang Holland | dadu halus
3ulas bawang putih | cincang halus
2 cm halia muda | cincang halus
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan tauhu bersama sedikit garam halus dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak, goreng tauhu hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bawang Holland, bawang putih, halia hingga wangi.
Tambahkan pes cili dan kacau seketika dan masukkan daging kisar.
Kacau rata, kemudian masukkan pula sos tomato dan sos tiram.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api, dan biarkan mereneh seketika.
Susun tauhu dalam pinggan dan tuangkan sambal daging kisar di atasnya.
10, Tauhu sedia dihidangkan.
TEMPE GORENG KICAP
BAHAN-BAHAN:
1 keping tempe | hiris menyerong
1 biji bawang besar | belah dua dan hiris bulat
2 ulas bandi | hiris
Sedikit cili benggala merah dan hijau | dadu
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh air asam jawa
1 sudu makan kicap pekat panis
Garam, gula secukup rasa
Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis.awang putih | titik
8 biji cili padi | hiris
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng tempe hingga sederhana garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bawang putih, bawang merah dan hirisan cili padi. Kacau rata hingga layu.
Masukkan tempe, sos tiram, kicap dan air asam. Kacau rata
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Sebelum angkat masukkan hirisan cili benggala. Kacau lagi seketika.
Tutup api dan hidangkan tempe panas-panas bersama nasi putih:
SUP CENDAWAN TIRAM
BAHAN-BAHAN:
1 paket cendawan tiram | siat-siatkan yang besar
1 pokok sawi | potong
1/2 batang lobak merah
2 ulas bawang putih | titik
3 ulas bawang merah | hiris
3 hirisan halia muda
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh serbuk perasa sup sayur
Garam secekup rasa
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, halia dan bawang putih.
Setelah mereneh, masukkan cendawan, lobak merah dan sawi.
Kemudian perasakan dengan serbuk pati ayam sup sayur dan garam secukup rasa.
Seketika kemudian, tutup api.
Sup cendawan sedia dihidangkan.
KURMA TELUR KENTANG
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur ayam | rebus dan kupas kulitnya
200ml santan kotak
1 cawan air
2 sudu makan rempah kurma
1 sudu makan serbuk ketumbar
2 biji kentang | buang kulit dan belah empat
1/2 batang lobak merah | potong memanjang
2 biji cili hijau | belah dua
2 biji cili merah | belah dua
1 biji bawang holand | belah empat
1 biji tomato | belah empat
1 keping asam gelugor
Sedikit daun ketumbar | hiris kasar
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
BAHAN HIRISAN:
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia muda
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Cucuk telur rebus dengan garpu, kemudian ketepikan.
Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
Masukkan rempah kurma yang dicampur dengan serbuk ketumbar dan dibancuh dengan sedikit air.
Kacau rata hingga pecah minyak, masukkan kentang dan lobak merah, asam gelugor serta air
Setelah mendidih, masukkan santan dan telur.
Kecilkan api, dan perasakan dengan garam, gula dan lada sulah secukup rasa.
Setelah kuah pekat. Masaukkan hirisan bawang besar, tomato serta cili hijau dan merah.
Kacau seketika dan masukkan daun ketumbar.
Tutup api dan kurma telur sedia dihidangkan.
IKAN TONGKOL SAMBAL CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
4-5 ketul ikan tongkol yang telah direbus
BAHAN KISAR:
15 biji cili padi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang serai
CAR MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumis bahan kisar kasar hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan air asam Jawa, garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan ikan tongkol yang telah digoreng tadi.
Gaul rata dan tutup api.
Ikan tongkol sambal sedia dihidangkan.
SAMBAL BILIS TUMBUK TELUR PECAH
BAHAN-BAHAN:
150gm ikan bilis yang telah dibelah dua
2 biji telur
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
15 biji cili padi
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
CARA MEMASAK:
Kisar kasar cili, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis menggunakan pengisar kering.
Panaskan minyak, tumis bahan kisar.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api dan terus kacau hingga garing.
Setelah cukup rasa, pecahkan telur di dalamnya dan kacau rata hingga sebati.
Penggemar hidangan Rojak Sotong Kangkung mesti suka resipi ni. Maklumlah, jika dibeli, sepinggan kecil sahaja dah mahal harganya. Sedangkan ia boleh dihasilkan sendiri secara homemade.
Keenakan Rojak Sotong Kangkung terletak pada sos dan juga pada sotongnya. Amat penting untuk tahu cara mengolah sotong kembang supaya tidak berbau. Jika sos sudah enak tapi sotongnya berbau, memang kurang berseleralah.Oleh itu kena tahu cara serta petua untuk mencuci sotong jenis ini.
Dah terasa nak makan ke tu? Menerusi perkongsian saudari Puteri Santubong, beliau kongsikan resipi Sos Rojak Sotong Kangkung yang mudah, sedap dan tak guna banyak bahan.
Malah beliau juga bermurah hati dengan berkongsi petua untuk menghilangkan bau sotong kembang. Jadi tunggu apa lagi kan? Jomlah masak. Selamat mencuba.
Asyik nasi goreng kampung je, apa kata kali ni kita cuba resipi nasi Goreng Ketam yang mudah dan rasa lain dari yang lain. Cara penyediaannya juga sangat mudah dan ringkas. Nama pun Nasi Goreng Ketam, haruslah ada isi ketam bukan crabsticks tau! Jangan derhaka resipi.
Buat sendiri di rumah lagi puas hati, nak letak extra isi ketam pun takde hal. Resipi penuh Nasi Goreng Ketam ini telah di kongsikan oleh Fizalgk.
Jom kita cuba resipi lengkap ini.
NASI GORENG KETAM
BAHAN-BAHAN:
2 sudu besar minyak masak 4 ulas bawang putih dicincang 1 biji telur 2 cawan nasi sejuk – di peroi 1/2 cawan isi ketam yang direbus 2 sudu teh kicap cair 1 sudu teh kicap sotong 1/2 sudu teh gula 1/2 sudu teh lada sulah 1 tangkai daun bawang dihiris nipis sedikit serbuk cili Thai
CARA PENYEDIAAN:
Panaskan minyak di dalam kuali besar dengan api yang sederhana. Masukkan minyak masak dan tumis bawang putih hingga berubah warna. Pecahkan pula telur sambil dikacau.
Masukkan nasi dan isi ketam dan kacau sebentar.
Masukkan kicap sotong, kicap cair, gula, lada sulah dan kacau lagi sehingga semua bahan bercampur dan sebati.
Masukkan daun bawang dan kacau sekadar bercampur. Lalu, matikan api. Hidangkan dengan serbuk cili Thai. potongan limau dan cili padi.
Untuk topping macam dalam gambar, goreng telur aadd-on secara berasingan dan tambahkan isi ketam.
SELAMAT MENCUBA!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Nak tahu ayam segar atau tidak? Rahsianya ada pada warna buntut ayam! Ketahui cara mudah bezakan ayam segar, ayam tak halal, dan ayam bangkai sebelum beli di pasar.