Udang Masak Buttermilk Gerenti Sedap Bila Cukup Lemak, Manis & Pedasnya.

Resipi udang dengan kuah pekat yang kaya dengan pelbagai rasa enak. Rasa berlemak dari susu serta mentega dan diseimbangkan dengan pedas cili padi. Aroma daun kari menambahkan lagi kesedapannya. Hidangan menyelerakan untuk berbuka.

UDANG MASAK BUTTERMILK

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • Udang besar dalam 15 ekor
  • Serbuk kunyit/garam
  • 3-4 batang daun kari (dalam 20 helai)
  • 3 sudu butter/mentega
  • 4-5 ulas bawang putih-dicincang halus
  • Bawang besar dihiris dadu(pihan kalau tidak letak)
  • 4-5 biji cili padi (ikut suka hendak pedas tambah lagi)
  • Setengah tin susu cair (nak lebih pun boleh)
  • Sedikit tepung jagung  (untuk memekatkn kuah)

CARA MEMASAK:

  1. Gaul udang dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Gorengkan sampai udang masak. Janagan terlalu garing cukup sekadar bertukar warna.
  2. Angkat udang dan ketepikan, biarkan sedikit minyak goreng tadi dan masukkan butter.
  3. Tumiskan bawang putih, bawang besar, cili padi dan daun kari hingga naik bau.
  4. Masukkan susu cair, masak sampai kuah pekat. Kalau tidak pekat letak tepung jagung yang dibancuh dengan air (tidak perlu letak kalau sudah pekat)
  5. Bubuh udang, garam dan gula atau Susu pekat. Sesuaikan rasa,letak banyak sedikit biar ada rasa manis, lemak, masin atau ikut citarasa anda

INFO: Jangan masak sampai susu pecah minyak.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Ratu Nia’s

IKLAN

 

Wow! Sedapnya Paprik Udang Banjir Penuh Satu Kuali

IKLAN

Sambal Udang Goreng Cili Padi Pedas Menyengit

Viral Udang Galah Masak Diraja Padat Rasa Enak Masakan Melayu

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI