Sekiranya anda teringin nak makan pizza, boleh saja buat sendiridi rumah. Hanya gunakan tortilla sebagai base dan kari daging serta keju sebagai topping. Memang sedap! Pastikan kari daging yang digunakan kering dan tidak basah supaya tortilla tidak lembik. Nak lagi sedap, tambahan keju Perfect Italiano Perfect Pizza untuk regangan pizza yang sempurna. memang puas hati bila tarik tu. Rasa keju ini juga seimbang dan tidak berminyak. Jom cuba.
TORTILLA KARI DAGING BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
4-6 keping tortilla
250gram Perfect Italiano Perfect Pizza
BAHAN-BAHAN B (INTI):
300gram daging – potong kiub kecil
2 biji ubi kentang – potong dadu kecil
100gram Anchor Unsalted Butter
150ml Susu UHT Fernleaf
3 sudu makan serbuk kari daging
2 bji tomato – cincang halus
4 biji bawang merah – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
1 labu bawang besar – mayang halus
2 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
Garam & lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan/cairkan Anchor Unsalted Butter di dalam periuk. Tumis bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis hingga harum. Masukkan daun kari.
Masukkan bawang yang dimayang lalu tumis lagi hingga layu.
Masukkan bawang merah kisar, bawang putih kisar, serbuk kari daging dan tomato cincang. Gaul sebati dan tambah sedikit air jika terlalu kering. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan daging lalu didihkan hingga hampir empuk. Masukkan ubi kentang dan Susu UHT Fernleaf. Didihkan hingga semua bahan masak sempurna dan kuah agak pekat.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Sejukkan sebentar.
Ambil sekeping tortilla, sendukkan kari daging secukupnya lalu ratakan. Tabur Perfect Italiano Perfect Pizza Taburkan lebihan daun kari di atasnya.
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 15-18 minit atau hingga pizza masak. Hidangkan panas.
JOM SERTAI PERADUAN #MYDAPURFLEX
Nak menang wang tunai RM1,000? Kalau tak pandai masak pun tak apa. Janji confident. Ha…Gitu! Jom join peraduan Flex & Menang.
Anda hanya perlu:
Kongsi GAMBAR atau VIDEO aksi memasak di Facebook dan Instagram.
Tag @majalahrasa @fonterra.my @DairyliciousMY. Sertakan juga hashtag #mydapurflex.
Tag 3 rakan anda. Pastikan akaun anda berada dalam tetapan umum.
Tak perlu masak menu hebat. Goreng telur pun boleh. Janji skill masak tu nampak power.
Mak-mak, student universiti, orang bujang, tukang masak, makcik kantin, abang jual burger atau sesiapa je, semua orang boleh join .
Hantar je penyertaan. Mana tahu duit cash RM1000 ni milik anda.
Ads
Bolehlah guna buat belanja barang sekolah anak, shopping @ pergi holiday!
Nasi Pandan Kismis Mentega ni sangat sesuai dihidangkan kepada para tetamu yang datang ke rumah pada Hari Raya ini. Aroma pandan serta mentega yang memikat selera pasti buat anda tak jemu menikmatinya. Tambahan pula makan bersama Ayam Masak Merah, memang ngam! Untuk nasi lebih sedap, gunakan Anchor Unsalted Butter. Mentega ini merupakan 100% mentega tulen New Zealand. Wajib guna dalam nasi kita. Cubalah nanti. Confirm anak-anak pun suka.
NASI PANDAN KISMIS MENTEGA
Bahan-bahan:
2 cawan beras basmathi – cuci bersih
2 cawan air perahan daun pandan
200ml Anchor Cooking Cream
125gram Anchor Unsalted Butter
30gram kismis
3 kuntum bunga lawang
1 sudu teh garam
Cara Memasak:
Cairkan Anchor Unsalted Butter di dalam kuali. Tumis bunga lawang dan hirisan bawang hingga wangi.
Tuang bahan tumisan ke dalam periuk nasi. Masukkan air perahan pandan, Anchor Cooking Cream, beras dan garam. Kacau rata lalu didihkan hingga nasi masak.
Apabila bahan cecair telah sejat, masukkan kismis lalu gaul rata.
Tabur lebihan kismis di atas nasi. Hidangkan bersama lauk pilihan.
Telur Dadar Gulung Berkeju ni memang antara menu yang sesuai dimasak bila anda nak cepat. Tak sampai 10 minit dah boleh siap. Yang penting, kena makan panas-panas kerana limpahan keju dalam Telur Dadar Gulung ni pastinya buat anda makan bertambah. Gunakan Keju Perfect Italiano Mozzarella untuk regangan yang sempurna serta meningkatkan rasa dalam masakan. Bila tarik tu, fuhhh memang puas hati dan buat anda rasa teruja dalam setiap gigitan. Jom cuba.
TELUR DADAR GULUNG BERKEJU
Bahan-Bahan:
6-8 biji telur
150gram Perfect Italiano Mozzarella
1 biji cili merah – cincang halus
½ labu bawang besar – cincang halus
Garam dan lada sulah secukupnya
Cincangan daun bawang secukupnya
Cara Memasak:
Di dalam mangkuk, pukul telur hingga agak kembang dan ringan.
Masukkan Perfect Italiano Mozzarella, cincangan cili, cincangan bawang besar, garam dan lada sulah secukupnya. Gaul sebati.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper.
Tuang sesenduk bancuhan telur lalu ratakan. Masak hingga bahagian bawah telur agak perang (api kecil sahaja).
Gulung telur dadar dan potong mengikut cita rasa. Tabur cincangan daun bawang. Hidangkan panas.
Resipi Kubis Kukus Gulung Berkeju yang mudah, lazat dan halal. Hidangan ini juga sesuai untuk anda yang sedang berdiet. Sihat dan mengenyangkan. Bukan itu saja, orang yang tak makan sayur pun mesti suka dengan hidangan ini.
Tambahkan keenakan hidangan ini dengan kepingan keju Anchor Cheese Slices yang diperbuat daripada susu New Zealand yang kaya dengan kalsium dan protein. Kami kongsikan resipi penuh untuk anda cuba nanti.
KUBIS KUKUS GULUNG BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
5-6 keping kobis panjang/bulat
6-8 keping Anchor Cheese Slices
400gram daging kisar
½ biji lobak merah – parut halus
4 biji cendawan shiitake – hiris
3 ulas bawang putih – cincang halus
2 tangkai daun bawang – cincang halus
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap soya cair
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh minyak bijan
Garam & lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
Celur kepingan kobis hingga sedikit layu (dalam 10-15 saat) lalu toskan (buang lebihan air).
Di dalam mangkuk, satukan daging kisar, cendawan shiitake, parutan lobak merah, cincangan daun bawang, bawang putih cincang, sos tiram, kicap soya cair, minyak bijan, tepung jagung, garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul rata.
Ambil sekeping kobis yang telah dicelur tadi, letak sesudu inti lalu gulungkan dengan rapi dan susun di dalam pinggan tahan panas.
Kukus gulungan kobis selama 8 minit.
Keluarkan pinggan berisi kobis gulung, susun kepingan Anchor Cheese Slices diatas gulungan kobis. Kukus kembali selama 1-2 minit. Hidangkan panas.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!