Kuih bahulu ialah kuih tradisi Melayu yang enak dimakan sebagai kudapan ataupun minum petang.
Lagi sedap bila makan pula dengan kopi atau teh panas.
Teksturnya yang lembut, ringan dan gebu memang menjadi kegemaran ramai. Jika dahulu dibakar menggunakan sabut, namun sekarang boleh hasil gunakan ketuhar eletrik.
Tapi macam mana nak elakkan adunan melekat pada acuan? Jom kita tengok tips yang dikongsikan Badariah Abdrahman.
Menurut Badariah, tips yang digunakan daripada arwah ibunya ini sangat membantu dan sudah 20 tahun mengamalkannya.
Ads
Tips yang diamalkan ini turut meliputi bagaimana kaedah penyimpanan acuan selepas digunakan.
*Apabila acuan dibasuh, ia dijemur di bawah terik cahaya panas matahari.
*Apabila sudah kering, bubuh minyak panas dan dibiarkan semalaman.
*Selepas guna untuk membakar bahulu, jangan basuh. Sebaliknya, simpan dengan cara tutup dengan plastik dan tindih dengan acuan satu lagi. (ini cara saya kerana saya hari-hari buat dan bakar bahulu)
Ads
*Bila nak gunakan, hanya panaskan saja. Kalau acuan yang lama tak digunakan, boleh dilap sahaja.
*Kalau nak basuh, keringkan di bawah kipas pun okay.
*Yang pasti, acuan mesti panas dan sapu minyak. Kemudian, bubuh sedikit adunan sebagai percubaan untuk tengok sama ada ia melekat atau tidak.
Ini cara saya kerana sudah mengamalkannya lebih 20 tahun. Mungkin anda di luar sana ada cara lain. Kita kongsi bersama.
Jom belajar tanam tauge! Walaupun dikategorikan sebagai sayur yang murah, namun tauge mempunyai nilai khasiat yang tinggi. Ia enak dimasak dengan pelbagai gaya masakan malah sangat enak dicampur ke dalam sup. Kalau nak tahu, tauge ni juga sangat mudah untuk dihasilkan. Bagi anda yang nak cuba hasilkan tauge sendiri, bolehlah ikuti teknik-teknik yang dikongsi oleh saudari Velvey Rossa ini. Pasti seronok bila dapat tuai hasilnya.
CARA TANAM TAUGE SENDIRI DI RUMAH
BAHAN-BAHAN: Kacang hijau – jumlahnya ikut cita rasa masing-masing 2 helai kain tuala kecil – sehelai untuk semai kacang & sehelai untuk tutup kacang sekaligus jadi pemberat Bekas untuk menanam – boleh guna tapis sayur Bekas untuk menyimpan – boleh guna bekas plastik gelap, plastik hitam atau periuk kukus
CARA MENANAM:
1. Kacang hijau perlu direndam semalaman atau 7-8 jam hingga ianya kembang. 2. Untuk menyemai kacang, bekas tapis harus dialas dengan sehelai tuala kecil. 3. Kemudian taburkan kacang hijau yang telah kembang tadi atas tuala. 4. Kemudian tutup kacang menggunakan sehelai lagi tuala. Ia berfungsi sebagai pemberat supaya taugeh terbantut dan tidak tumbuh kurus meninggi. 5. Siram keseluruhan tuala tadi dan toskan airnya. 6. Simpan tapis berisi kacang tadi dalam bekas gelap seperti bekas plastik. Boleh guna apa sahaja bekas asalkan gelap. Boleh juga guna plastic hitam atau periuk kukusan. 7. Simpan bekas tersebut di tempat gelap dan tidak terdedah pada cahaya. Ini keran jika kena cahaya tauge akan menjadi kurus. 8. Siram kacang tadi 4-5 kali sehari untuk pembesaran tauge yang sempurna. 9. Tauge yang ditanam boelh dituai pada hari keempat.
Semperit memang mudah dihasilkan namun yang renyahnya apabila tiba bab nak tekan acuan. Bagi yang kurang mahir, pasti rupa doh yang ditekan ada bermacam-macam saiz. Ada yang besar, ada yang agak nipis, ada yang senget dan sebagainya.
Melalui perkongsian saudari ChuYusmini, beliau telah menunjukkan cara menekan acuan semperit yang mana hasilnya sangat cantik dan kelihatan sekata tanpa ada senget-senget. Mudah sahaja. Hanya menggunakan muncung botol yang telah dipotong yang diselit pada acuan semperit. Memang kreatif! Anda pun boleh cuba cara ni.
Udang antara makanan laut ini yang biasa kita beli. Sebelum masak kepala dan kulit udang selalunya kita buang.
Tapi kalau ada bercucuk tanam di rumah, sebaiknya simpan sisa udang ini kerana boleh jadi baja ‘power’ untuk tanaman.
Caranya dikongsi oleh Azuan Abdullah. Menurut beliau baja kepala dan kulit udang ini boleh menguatkan pokok selain cepat merawat pokok yang terkena serangan perosak.
Cara buat ‘baja power’ untuk tanaman guna kepala/kulit udang
Bila siang udang, kepalanya jangan buang ya. Boleh buat baja power untuk tanaman. Ada tiga cara nak buat baja menggunakan kepala dan kulit udang ini.
1. Paling mudah rebus
Paling mudah, kita rebus kepala udang hingga mendidih. Kemudian biarkan sejuk. Toskan airnya. Air ini boleh siram terus atau nak simpan pun boleh. Saya suka simpan dulu sebab ia jadi lagi power. Bau pun boleh tahan. Masa nak siram kena buat pencairan dulu ya.
Kepala yang direbus tadi nak letak pada pokok terus pun boleh. Syaratnya kena kambus dengan tanah. Kalau nak simpan, kena sangai/jemur bagi ia jadi rapuh dulu. Kemudian tumbuk atau kisar. Boleh simpan lama buat begini.
2. Keringkan
Cara yang kedua, kita tak rebus pun kepala udang. Sebaliknya sangai/jemur terus hingga ia rapuh. Kemudian tumbuk atau kisar. Cara ini lagi power dari cara nombor 1.
3. Peram dengan gula merah, paling power
Nak paling power boleh peram ia dengan gula merah. Kepala udang tadi tak perlu sangai/jemur, memadai tos hingga air kering. Kemudian peram dengan gula merah.
Lepas sebulan, tapis ambil airnya sahaja.
Untuk penggunaan kena tambah air, 2-5 ml untuk 1 liter air baja bergantung pada umur pokok
Air baja ini memang padu buat semburan pada pokok. Pokok cili yang disembur air ini akan punya antibodi yang kuat. Bukan pokok cili saja tapi boleh guna pada semua jenis pokok.
Ketahui 10 kuasa luar biasa halia, superfood semula jadi yang bukan sekadar bumbu masak! Dari melawan kanser hingga membantu pencernaan, halia memberi 1001 manfaat kesihatan untuk tubuh anda.