Selain ulam kacang botor, atau kelisa, pokok selom juga antara ulam yang selalu ditanam di rumah.
Ini kerana cara penanaman pokok ini memang mudah, lagi menarik kita boleh makan hasilnya dalam tempoh singkat. Lebih kurang sebulan tanam, dah boleh petik daunnya. Tanam dalam polibeg saja pun elok suburnya.
Bagi yang cuba tanam boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Muhammad Fertigasi Masa Kini. Cara ini menurutnya membolehkan pokok selom cepat merimbun dan cepat tuai hasilnya.
Cara semai pokok selom dan penjagaannya supaya cepat merimbun
1. Langkah pertama, pergi pasar cari ulam daun selom. Kalau boleh cari yang batang banyak katih atau ruas macam tebu. Cari yang keras, jangan terlampau lembik.
2. Potong batang selom ikut ruas batang selom.
Ads
3. Letak air dalam bekas, tak perlu penuh pun kemudian rendam potongan batang selom tadi.
4. Campurkan sedikit baja AB untuk percepatkan pertumbuhan akar. Biarkan batang selom direndam selama 2-3 hari hingga nampak akar keluar.
5. Apabila sudah berakar, bolehlah terus semai ke dalam polibeg berisi cocopeat jika tiada tanah. Jika ada cocopeat bekas tanaman sebelum ini lagi bagus, sebab cocopeat tersebut hancur dan mampu bertahan lama jika disiram air.
6. Perlu diingat cocopeat perlu dibasahkan terlebih dahulu sehingga lencun kemudian baru boleh semai batang selom.
7. Dalam satu polibeg boleh letak dalam 8 potongan. Selepas tanam siram hari-hari sampai lencun.
Ads
8. Selangi dengan siraman baja AB Insya-Allah dalam sebulan lebih pokok merimbun dan boleh buat ulam makan sendiri atau jual.
Ads
INFO
Lagi besar polibeg lagi banyak dapat hasil. Kalau tiada polibeg, boleh guna guni yang potong separuh dan letak cocopeat. Seterusnya boleh semai batang selom.
Cara masak pulut kuning, biasanya kita perlu merendam beras pulut sebelum dikukus. Ia bagi memastikan pulut kuning yang dimasak menjadi sempurna.
Namun ada dikalangan kita yang tak ada periuk kukusan untuk masak hidangan ni. Jangan risau, versi ini sangat mudah. Jom lihat cara-caranya menerusi perkongsian dari saudari FaidhatulArfah Ahmad ini.
Hi ! Arfah nak share dengan korang cara masak pulut yang paling senang, simple di abad ini. Tak payah nak pening kepala nak rendam pulut dulu 2 jam. Rebus air kukus etc. Tak sampai 40 minit pulut dah boleh makan dengan riangnya ahahahaha.
CARA MASAK PULUT TANPA KUKUS DAN TAK PERLU RENDAM TERLEBIH DAHULU
Ikut koranglah berapa cawan pulut yang korang nak buat makan cucikan dan masukan ke dalam kuali.
Masukan air ke dalam kuali banyak manapun takpe ikut suka uols dan bukakan api. Boleh letakan pewarna kuning / serbuk kunyit atau biarkan warna putih sahaja, terpulang yaa. Kemudian gaul-gaulkan pulut tersebut, jika korang letak pewarna tujuanya supaya warna itu nanti kena sekata pada keseluruhan pulut kite itu.
Pastikan tunggu sehingga air rebusan pulut tu betul-betul mendidih / mengelegak terus tutupkan api. Apabila air rebus pulut sudah mendidih jangan biar terlalu lama sangat yaa takut pulut kembang nanti apabila kita nak masak dalam rice cooker.
Kemudianya, tapiskan pulut kite tu, buangkan air rebusan tadi. Sebab kite taknak guna air dah.
Masukan pulut kite ke dalam rice cooker. Jika tak nak santan tak payah letak santan dan tidak perlu tambah langsung air okeh . Tapi arfah buat pulut santan. Santan tu letak bersama sedikit garam kemudian gaulkan dengan pulut kite tadi agar sebati. Santan tu letak betul-betul paras pulut sahajaa atau kurang dari paras pulut yee, jangan sampai pulut tengelam dengan santan sebab takut nanti pulut kite tu lembik pulak kang.
Kemudianya, masak di dalam rice cooker sehingga rice cooker dari button “cooking” menjadi, “keep warm”. Dalam 10 minit – 15 minit cenggitu, bergantung jugak kepada berapa banyak pulut kita masak.
Bila pulut dah masak / button keep warm yeaahh masa itu uols letakan gula dan gaul-gaulkan rata. Kemudianya tutupkan sekejap periuk rice cooker kite tu semula, tapi tak payah lama sangat. Tujuan letak gula itu nanti cantik elok je pulut kite berkilat gojess hihihi . Anddd, pulut anda sudah siap & boleh di makan dengan bahagianyaaaaa.
InsyaAllah, kalau korang masak pulut mengunakan kaedah ini walaupun pulut tidak di rendam dahulu. Tetapi, pulut akan masak elok, tidak kembang dan tesktur pulutnya cantik dan sangat-sangat menjimat masa.
Setengah orang suka jugak kan masak pulut di dalam rice cooker kalau nak cepat, tetapi yg versi kene sukat air tu kan, kalau tak pandai nak agak sukatan kuantiti air memang pulut akan kembang hihihi :’).
Moga-moga perkongsian ini memberi manfaat dan selamatt mencuba guys ⚘.
Potong daging melintang urat biasa kita dengar, ia untuk memastikan daging yang dimasak tidak liat dan mudah dikunyah.
Tapi walau selalu dengar, ada juga tak tahu macam mana yang dikatakan melintang urat. Untuk yang tak tahu boleh rujuk cara ini ya!
1. Kenal pasti arah urat daging
Boleh nampak kan urat daging yang berjalur-jalur.
2. Potong arah bertentang urat
Anak panah biru menandakan arah urat daging
Anak panah hitam cara potong daging yang betul.
3. Hasilnya begini
Memotong daging melintang urat ini akan memastikan daging lebih senang untuk dikunyah,tak liat berbanding mengikut urat.
Ini salah!
Pastikan potong daging nanti ikut cara melintang urat bukan ikut urat!
INFO EKSTRA: 5 Tip Potong Daging Dengan Betul
Bekukan separa daging sebelum potong Letak daging dalam peti sejuk beku selama 30–60 minit hingga separa keras. Ini membantu daging jadi lebih pejal dan senang dipotong nipis dan sekata, terutama untuk hirisan nipis seperti daging bakar atau tumis.
Gunakan pisau yang betul dan tajam Pisau tumpul akan merosakkan tekstur daging dan boleh menyebabkan irisan jadi tidak sekata. Gunakan pisau daging yang lebar dan tajam untuk potongan yang lebih licin dan kemas.
Potong mengikut jenis masakan Untuk goreng, potong nipis supaya cepat masak. Untuk sup atau rendang, boleh potong agak tebal atau sederhana. Cara potongan mempengaruhi masa masak dan kelembutan daging.
Buang lebihan lemak dan urat keras Potong keluar bahagian lemak berlebihan atau tisu keras (tendon) yang boleh buat daging liat. Ini juga bantu kuah masakan tak jadi terlalu berminyak.
Potong daging dalam saiz yang sekata Saiz potongan yang seragam penting untuk memastikan semua daging masak serentak. Kalau ada yang tebal dan nipis bercampur, nanti ada yang mentah, ada yang terlebih masak.
Nak menyediakan hidangan untuk keluarga memang ambil masa jadi untuk memudahkan kerja terutama bagi ibu bekerja ramai yang akan memasak banyak dan buat stok frozen.
Bila nak makan keluarkan dari peti ais dan panaskan. Tapi bagi memastikan makanan frozen ini kekal selamat untuk dimakan boleh ikut panduan dan tip yang dikongsi oleh ahli kimia Dr Fatimah Salim.
Boleh tahan 2-6 bulan
Saya sendiri biasa bekukan makanan yang berlebihan termasuklah nasi, sup, lauk pauk dan sayuran. Bukan apa, saya juga suka dan rajin masak. Cuma ada masanya keadaan terdesak, kehabisan bahan mentah masakan atau meraikan sisi malas, makanan siap masak beku ini adalah penyelamat.
Sebenarnya makanan siap masak yang disejukbeku boleh bertahan 2 hingga 6 bulan bergantung kepada jenis bahan masakan dan keupayaan mengekalkan suhu peti sejuk. Nutrisi sedia ada juga kekal.
Lepas 6 bulan masih lagi selamat tapi…
Selepas tempoh ini, stabiliti komponen masakan akan mula terganggu dan kualitinya akan berkurangan. Keadaan ini kita boleh dipastikan melalui pemerhatian sendiri apabila rupa, warna dan struktur makanan telah berubah daripada yang asal. Namun masih lagi selamat dimakan.
Kita harus faham yang makanan boleh basi atau rosak disebabkan aktiviti bakteria atau pertumbuhan kulat (aka kuman) dan tindakbalas kimia yang berlaku pada komponen makanan. Kuman ini boleh datang daripada udara, tangan dan peralatan yang digunakan dalam pengendalian makanan yang telah dimasak.
Pastikan sejuk beku lauk
Suhu sejuk dalam peti sejuk beku (air menjadi ais) akan merencatkan aktiviti kuman dan memperlahankan tindakbalas kimia dalam makanan, maka makanan akan tahan lebih lama.
Foto: Facebook Sya Qiela
Ketahuilah kebanyakkan jenis makanan siap masak atau mentah (termasuklah sayuran dan buah-buahan) boleh dibekukan untuk meningkatkan jangka hayatnya. Pengekalan kualiti (terutamanya rupa dan tekstur) makanan yang dibekukan adalah bergantung kepada jenis makanan itu sendiri.
Tip untuk panaskan kembali lauk
• Untuk mengekalkan kualiti, elakkan menyahbeku berulang kali makanan yang sama. Elok bungkus dan simpan dalam bekas cukup untuk sekali makan seperti tuan siaran ini lakukan.
• Keluarkan makanan lebih awal untuk dinyahbeku sebelum dipanaskan untuk mengekalkan struktur makanan.
• Sedar diri dengan ruang peti sejuk beku untuk penyimpanan. Dan pastikan kandungan peti sejukbeku lebih teratur untuk mengelakkan cemaran silang antara makanan, terutamanya yang tidak memerlukan pemanasan seperti ais batu.
Singgang tumis ikan selar, antara lauk ringkas yang pastinya membuka selera. Selain direbus, masak singgang ada banyak jenis, ramai yang tak tahu ada juga...